webnovel

Always Together '20 (Selalu Bersama '20)

Kisah seorang remaja bernama Hakimi menempuhi "sebuah dunia" yang bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat di Malaysia namun diterima di negara barat. Adakah usaha Hakimi mencari sebuah identiti agar mendapat sebuah pengakhiran yang baik akan berjaya? Mengikut hawa nafsu atau memperoleh ketenangan dari Tuhan yang didambakan? percayalah, ia kelihatan pelik TAPI benar.

Secret_99 · LGBT+
Pas assez d’évaluations
16 Chs

Hujung Minggu 3

Ikmal bangun lebih awal dari Daus dan Kimi. Mereka masih tidur dengan penuh gaya. Mata Ikmal tidak berkelip memandang wajah Kimi yg nampak begitu comel ketika tidur. Ikmal berjalan ke arah Kimi dan perlahan-lahan naik ke atas katil. Dia duduk di sebelah Kimi dan menatap wajah comel Kimi. Tiba2 Kimi yg masih tidur memeluk Ikmal yg sedang duduk di sebelahnya. Wajah Kimi betul2 berada di atas ribaan Ikmal. Ikmal cuba melepaskan diri perlahan-lahan tapi pelukan Kimi dan bunyi manja suaranya menyebabkan Ikmal tidak mampu bergerak. Jantungnya berdegup laju. Namun, Ikmal cepat-cepat buang fikiran nakalnya tentang Kimi dan menggeleng geleng kepalanya.

Ikmal: "walaupun kau tak de perasaan kat aku Kimi, walau apa pun yg terjadi, aku akan sentiasa ada utk kau", bisik perlahannya pada telinga Kimi sambil mengusap rambut Kimi yg berada dalam ribanya.

Setelah beberapa ketika, Ikmal berjaya lepaskan diri dan terus masuk ke kamar mandi. Ikmal menanggalkan bajunya dan terus mencapai berus gigi. Sambil memberus gigi, dia melihat ke cermin sambil membelek wajahnya kiri dan kanan. Dengan menggunakan cleanser berjenama garnier, Ikmal membersihkan wajahnya kemudian membilas dengar air. Titisan air pada wajahnya menitik satu demi satu sambil wajahnya menatap cermin dan tangannya lurus berada di sinki kamar mandi. Dalam fikirannya masih memikirkan saat dirinya berduaan bersama Kimi pada malam semalam di taman mini yang terletak di tingkat paling atas itu. Ikmal hanya tersenyum memandang cermin. Kemudian, dia bergerak ke arah shower dan mandi. Pancuran air dengan suhu sederhana panas mengeluarkan wap menyebabkan keadaan di dalam kamar mandi itu berkabus. Air yg keluar terus membasahi tubuh Ikmal. Sebagai pelajar yg banyak terlibat dengan sukan terutama taekwando, susunan six pack di badannya sangat cantik. Air dari pancuran mengalir di setiap bahagian tubuhnya. Ada ketika Ikmal mengangkat wajahnya ke arah pancuran shower menampakkan jawlinenya yg begitu jelas kelihatan sambil mengusap rambutnya ke belakang. Usai mandi, Ikmal mengelap rambutnya dan keluar dari kamar mandi dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai tuala.

Keluar sahaja dari kamar mandi, Ikmal melihat Kimi masih lagi tidur dengan memeluk bantal panjang seperti anak kucing. Manakala Daus yang sudah bangun berada di bilik sebelah utk mempersiapkan diri memandangkan bilik2 yg lain di tingkat tersebut umpama almari baju bagi Daus. Bahkan ada satu bilik di tingkat yang sama hanya menyimpan pelbagai jenis kasut berjenama.

Kimi yang sedang lena diulit mimpi membuka matanya dalam keadaan separa sedar kerana mendengar suara yg memanggilnya utk bangun dari tidur. Kemudian Kimi tutup matanya semula kerana beranggapan itu hanya mimpi. Ikmal menarik bantal panjang berbentuk zirafah dari pelukan Kimi. Kimi merasakan ada seseorang cuba merampas bantal zirafah dari pelukannya. Dia menahan dan memegang bantalnya dengan lebih kuat. Ikmal ketawa kecil melihat gelagat Kimi yg begitu comel. Tiba2, Kimi menarik semula bantal zirafahnya dengan kuat sehingga menyebabkan sesuatu berlaku.

Daus yg kebetulan telah bersiap masuk semula ke dalam biliknya dan terkejut melihat aksi yg sedang dilakukan oleh Ikmal dan Kimi. Ikmal tanpa baju dan hanya bertuala berada di atas Kimi. Wajah Kimi tepat berada di dada Ikmal yg sasa. Manakala tangan Kimi berada di pinggang Ikmal seolah-oleh sedang melakukan adegan (18 tahun). Walaupun agak terkejut, tapi Daus bertanya dengan tenang dan selamba sahaja pada mereka berdua.

Daus: "what are u guys doing actually?" Sambil mengangkat kening kanan dan menyilangkan kedua belah tangannya.

Dalam keadaan malu dan merah muka, Kimi tertolak dan tertendang 'bebird' Ikmal tanpa sengaja.

Ikmal: "arghhhh...aduh duh...senak siak" gumamnya sambil menahan kesakitan.

Daus tergelak melihat aksi Kimi yang sedang gelabah. Kimi cuba menjelaskan situasi yg berlaku.

Kimi: "tak tak de ape2... jangan salah sangka Daus...tadi aku tertarik bantal nie.. Ikmal pun tertarik sekali sebab dia yg tarik bantal nie dulu..sebab tu dia jatuh atas aku... itu je sumpah.."

Kimi menjelaskan keadaannya sambil menunjukkan bantal zirafah yg cuba dipersalahkan. Kemudian Kimi memandangkan ke arah Ikmal dan melihat bebird Ikmal sekilas,

"Sorry Ikmal aku tak sengaja tertendang...sorry2..🙏🏻🙏🏻🙏🏻"katanya sambil membuat isyarat minta ampun dan menundukkan kepalanya pada Ikmal.

Daus masih lagi ketawa kerana baginya adegan itu sangat lawak. Ikmal yang berasa sedikit lega cuba berlagak biasa.

Ikmal: "hurmm..x de apelah aku okay, dah Kimi pegi mandi... ke nak abang ikut sekali"

Kimi yg mendengar ayat itu terus mencapai tuala yg di almari dan berlari masuk ke kamar mandi seperti lipas kudung. Ikmal hanya gelengkan kepala dan tersenyum melihat Kimi yg begitu gelabah.

Mereka bertiga pun bersiap utk keluar memberi barang kelengkapan. Pada awalnya Daus ingatkan Pak Usop yg akan hantar mereka ke shopping mall. Rupa-rupanya Ayah dan Ibu Daus telah pulang semalam dalam jam 3 pagi. Jadinya, sempatlah Kimi utk bertemu dengan mereka. Setelah selesai sarapan pagi bersama-sama,

Mama Daus: "Firdaus, ini kad nya ye....gunalah beli apa2 yg patut.. and make sure beli juga utk Kimi dan Ikmal...gune je kad mama okay sayang, jangan bagi kawan2 kamu yg kacak nie bayar sendiri", kata mama Daus dengan wajah yg penuh senyuman dan kelembutan.

Kimi: "tapi aunty..." belum sempat Kimi menghabiskan ayatnya,

Mama Daus: "no tapi2... this is an order... langgar perintah orang yg lebih tua dosa tau", kata mama Daus sambil mengenyitkan matanya pada Kimi.

Papa Daus: "tak pe Kimi...Mama si Firdaus memang begini... jangan say no...hahahaha"

Mama Daus: "abang nie, ada2 je... okay anak2, jangan balik lewat ye, malam nie aunty masak special tau"

Daus: "hahaha..okay mama...love u"

Mama Daus: "love u too anak mama sayang"

Ikmal & Kimi: "okay aunty, kami gerak dulu"

Papa Daus: "jom2... banyak tempat nak singgah utk shopping nie"

To be continue....