webnovel

3 Pendekar Penyelamat Negara

Di sebuah Negara terdapat 3 pendekar yang hebat, mereka telah mempelajari ilmu mempertahankan diri dengan berjumpa dengan beberapa orang mahaguru untuk menambah ilmu mempertahankan diri mereka. Di Setiap pengembaraan mereka terjadi peristiwa-peristiwa yang menarik dan menakutkan. Pengembaraan mereka terlalu panjang sehingga mereka kembali berbakti di negara mereka sendiri. Mereka di angkat menjadi Benteng utama Negara.

Razli_Ismail · Fantaisie
Pas assez d’évaluations
6 Chs

Episode 3: Di Suatu Petang

Di waktu petang, seperti biasa mereka bertiga berkumpul dia suatu tempat di kawasan pantai yang terdapat banyak pokok-pokok kelapa. " Kau rasa apakah ujian yang akan Tok berikan untuk kita nanti?" Soal Hussin. Ali hanya mendiamkan diri sebaliknya Hassan berkata." Aku rasa tidak perlu untuk kita memikirkan ujian itu. Sebaiknya perlulah kita bermain satu permainan untuk petang ini". Ali menganguk tanda bersetuju dengan kata-kata Hassan. Setelah memikirkan dan banyak cadangan keluar namun tidak dipersetujui oleh mereka semua. Timbullah idea di fikiran Hussin. " Apa kata kalau kita bertanding?". Ali dan Hassan masih terpinga-pinga mendengar cadangan Hussin, lalu Ali pun bersuara." Apa yang nak dipertandingkan pada petang ini?".

"Kau tengok tu". Hassan berkata sambil menunjuk dan Hassan berkata lagi." Apa kata kalau kita bertanding memanjat pokok kelapa, ambil buah kelapa sebiji dan bawanya ke bawah. Siapa yang dapat bawa kebawah dulu dialah pemenang". Terang Hussin panjang lebar. " Aku bersetuju, mencabar juga" Ali bersetuju. " Kalau kamu semua dah bersetuju Aku ikutkan sahaja". Hassan pula berkata. Hussin membuat satu garisan mula dan Hussin pun berkata." Ini adalah garisan mula dan tamat, siapa yang ambil buah dan letakkan di garisan ini terlebih dahulu adalah pemenangnya".

Dihadapan mereka terdapat pokok kelapa yang sama tinggi, setelah mengambil pokok masing-masing mereka pun bermula. "1.....!2....!3... !mula". Hassan mengira. Mereka pun bergegas memanjat pokok kelapa. Memanjat pokok kelapa memang susah tapi tidak sukar bagi mereka bertiga memandangkan mereka dibesar oleh bapa-bapa mereka yang mahir memanjat pokok kelapa. Pokok kelapa yang tinggi membukit tidaklah terasa gayat bagi mereka malah mereka seronok dengan pertandingan kali ini. " Aku mesti panjat lagi cepat, Ali dan Hassan sudah nak sampai ke puncak" . Hussin berkata sempat lagi dia menjeling kearah kawan-kawannya. " Aku dah sampai!". Teriak Ali dengan girang sedangkan Hassan dan Hussin baru hampir sampai.

Setelah beberapa minit kemudian. " Yeay! Aku menang! Aku menang!" terdengan teriakan suara sedangkan Ali memandang kebawah. Rupa-rupanya Hussin sudah sampai ke garisan penamat dengan satu biji kelapa. Sementara itu Hassan baru sahaja dapat memetik buah kelapa tanpa sempat turun. Rupa-rupanya Ali kesulitan untuk memetik kelapa entah bagaimana Hussin yang berjaya terlebih dahulu. " Cepat betul kau sampai kebawah, ?Aku rasa akulah orang pertama tadi sampai ke puncak pokok dulu" Tanya Ali kehairanan. Hussin hanya tersengih mendengar pertanyaan sahabatnya itu, sedangkan Hassan baru sahaja sampai kebawah.

" Laju betul kamu berdua, semput aku nak memintas tapi tidak juga berjaya". Hassan berkata dengan nafas yang tercunggap. Kawan-kawannya hanya tersenyum dan Hussin pun berkata ." Alang-alang kelapa dah ada ini, bolehlah kita meminum airnya". "Elok benarlah itu, aku pun sudah dahaga". Hassan menyampuk. Berbekalkan sebilas barang yang sememangnya mereka bawa kemana-mana yang diselit di pinggang, mereka pun membelah kelapa dan meminum airnya. "Alhamdulillah! lega tekak aku ini". Ali berkata. " ok lepas ini apa pula?". Hassan menyoal sahabat-sahabatnya.

Ali menunjuk sesuatu. Hussin masih terpinga-pinga. Manakala Hassan seakan-akan boleh membaca fikiran sahabatnya. "ok jom aku pun dah lama tak mandi pantai" setelah Hassan berkata begitu barulah Hussin faham. Mereka pun bergegas ke kawasan pantai. Pantai yang biru airnya tiada sedikit pun sampah dipersisiran pantai mahu pun didalam laut kerana penduduk di kawasan itu mengamalkan kebersihan. Malah kadang kala mereka penduduk setempat bekerjasama bergotong-royong untuk membersihkan kawasana pantai dan juga kampung. Kebersihan itukan separuh daripada iman.

Tatkala mereka sedang asyik mandi manda, Hussin pun berkata. "Sahabat-sahabat apa kata kalau kita bermain satu permainan?". " Apa permainan yang bermain difikiran kau?". Tanya Hassan pula. " Menyelam!!". Jawab Hussin. " Oh, nak bertanding menyelam pula ya? Aku pasti akan menang kali ni". Balas Ali berseloroh. " Tak akan kubiarkan kau menang dengan mudah". Balas Hassan pula. " Sudah jangan buang masa lagi. jom!". Hussin menyampuk. " Apa pula peraturan untuk pertandingan kali ini?". Hassan Menyoal. " Siapa yang menyelam paling lama akan menang". Balas Hussin. " Oh, itu peraturan mudah ,aku bersetuju". Balas Ali pula.

" Hassan! Hassan!!! Hassan!!!". Ali dan Hussin berteriak. Sudah 10 minit pertandingan berlalu namun Hassan tidak lagi timbul-timbul dipermukaan. Sesungguhnya keadaan itu mencemaskan sahabat-sahabatnya. " Aduh kemana Hassan menghilang? dia lemas kah?" Tanya Hussin kepada Ali dengan cemas. " Kalau dia lemas akan tak akan dapat memaafkan diriku!". Jawab Ali dengan kesal. " Aku harap dia tidak apa-apa". Ali berkata lagi. " Mari kita mencari sama-sama'. Hussin mengajak. Mereka berdua pun menyelam mencari sahabat mereka itu.

Beberapa minit kemudian. Setelah Ali dan Hussin hampir berputus asa. zushhhh! bunyi sesuatu yang timbul dengan tiba-tiba membuat Ali dan Hussin tercenggang. " Hassan!!!!'. Teriak Ali sambil meluru kearah sahabatnya, Hussin pun turut sama meluru kearah sahabatnya. Hassan yang masih binggu dangan gelagat kawan-kawannya dan ditangan kiri dan kanannya terdapat suatu benda yang bersinar. " Kau buat kita orang risau". Hussin berkata dengan sedikit marah namun gembira. " Penat kami mencari kami Hassan tapi tak juga berjumpa" .Ali pula berkata. Sementara 3 sahabat itu berpelukan.

" Ini ha!!! Hassan menunjukkan sesuatu dari tangan kanan dan kirinya". " Apakah itu?". Tanya Hussin dengan nada terkejut. " Jangan-jangan.. ini...". Belum pun sempat Ali habis berkata Hassan pun menjawab." Ya inilah biji mutiara, maafkanlah aku buat kamu berdua risau. Aku terlalu asyik dengan mutiara ini". Jawab Hassan panjang lebar. " Wah cantiklah". Hussin berkata dengan beria. " Ye betul bersinar-sinar". Ali pula berkata. " Setelah aku menyelam tadi, aku menyelam sampai sedikit ke tengah dan aku terjumpa dengan biji mutiara ini satu. Seterusnya aku berjumpa dua dan aku mencari yang ketiga tapi tidak jumpa-jumpa setelah beberapa lama mencari barulah aku dapat mutiara ketiga". Hassan membahas panjang lebar. " untuk apa kamu mencari sampai ketiga mutiaranya?". Ali menyoal. " Ya sudah tentulah untuk kamu berdua sahabatku". Hassan berkata jujur dan tersenyum gembira. Terlihat diwajah kedua-dua sahabatnya gembira kerana dihadiahkan satu biji seorang biji mutiara dari sahabatnya. Kedua-kedua sahabatnya mengucap terima kasih.