webnovel

Episode 36 : Balang Gula-gula.

Maid Reena meletakkan dulang berisi peralatan untuk membersihkan tampalan luka di atas almari bersebelahan katil sewaktu Darra sedang bersiap mengenakan pijama tidur. Sedang gadis itu sibuk membutangkan baju, muncul seorang lagi maid dari pintu memeluk sebuah balang gula-gula. Lalu Nanny Clara pula yang berjalan masuk ke situ setelah dua maid tadi keluar.

        "Cik muda sudah siap?"tegur Nanny Clara sewaktu meletakkan dulang berisi teko kecil berwarna putih, dua cangkir dan sepinggan snek di atas meja bulat tepi tingkap bilik tidur Darra.

        Darra mengalihkan tuala dari rambut pendeknya yang basah sewaktu memusingkan badan ke Nanny Clara. "Terima kasih tolong saya cuci rambut tadi.."

         Nanny Clara tersenyum. "Tidak mengapa..."

         "Hari ni biar saya tukar luka saya...nanny dengan maid yang boleh berehat awal..."sambil meletakkan tuala kecil ke lengan kerusi Darra mematai susunan biliknya pada malam itu. Ada sesuatu yang tidak kena. Dari mana datangnya balang gula-gula ni?Dia pegang bekas kaca yang ada di tepi dulang berisi barang peralatan untuk mencuci lukanya. Dia buka penutup itu lalu di ambil satu biji gula-gula warna merah.

          "Baik cik muda.."tunduk Nanny Clara dengan senyuman senang di bibir lalu bergerak ke arah pintu bilik.

Buka sahaja pembalut gula-gula itu, Darra suap biji gula-gula ke dalam mulut lalu gerak ke katil. Dikemam-kemam sekejap manisan berperisa strawberi itu saat termenung memandang ke pintu bilik. Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum dia dapat masuk ke akademi semula. Tak terbayang dia akan reaksi semua orang bilik dia kembali ke sana..terutama sekali Alex. Pasti lelaki itu trauma teruk.

Tak pasal-pasal semua orang tahu apa nasib dia menjadi anak Duke Elijah.

Buat malu je orang nampak dia kena pukul dengan ayah sendiri.

Sambil ketawa sendiri dengan nasib malang yang dialami, Darra bawa kaki naik ke katil lalu bersila di situ dan waktu itu la dia ternampak teko dan cangkir di atas meja kecil di tepi hujung kaki katilnya. Dia ada suruh sediakan minum lewat malam ke?

Rasanya tak ada pula.

Darra berkerut kehairanan kerana baru sedar apa yang lain di dalam biliknya. Balang gula-gula. Set teko dan snek.

         "Sekejap...."Darra pun memalingkan kepala ke pintu bilik kerana terdetik hendak pandang. Pandang aje ke pintu, seperti tahu-tahu pintu bilik pun terbuka ke dalam dengan senyap. "Takkanlah."

Dari detik ini Darra sudah tahu siapa yang bakal muncul dari balik pintu.

Menahan nafas tanpa disedari, perkara pertama yang dipandang Darra ketika itu adalah tangan berjari runcing yang sedang memegang daun pintu untuk ditutup semula.

Dia mengaku beberapa hari ini dia terfikirkan orang ini. Tapi takkan lah sampaikan dia berilusi semata teringin melihat muka ini lagi?

Kaku kejung di katil, mata Darra terarah pada kelibat lampai yang berjalan masuk dengan bersahaja ke biliknya.

Lain tak bukan, si devil sendiri!

Maka berjalan masuk Alfareeze ke situ mendekati katil dengan derap langkah yakinnya. Lelaki itu kelihatan segak dengan kemeja putih dan slack combat hitamnya. Tidak mengenakan sebarang uniform mahupun pakaian formal.

         "Serius la?"keluh Darra berasa tidak percaya bahawa apa yang dia nampak bukan sebuah ilusi tetapi nyata. Memangnya lelaki ini tiada boundary sama sekali ya? Di akademi atau rumah orang...lelaki ini akan berkelakuan seakan milik sendiri.

         "Kenapa kau pandang aku macam tu?"Alfareeze gerak ke meja kecil dimana teko berada. Dia bersilang kaki di situ menghadap katil dimana Darra sedang duduk bersila. Kemudiannya dia layan diri sendiri dengan menuang air ke dalam cangkir.

Tengok la tu. Darra begitu baffle dengan tingkah selamba Alfareeze. Yalah...lihat sendiri bagaimana lelaki ini masuk ke bilik tidur peribadinya buat pertama kali, kemudian duduk selesakan diri sebelum menuang secawan air seakan tempat ini adalah kepunyaan Alfareeze.

         "Serius kau tanya kenapa?"Darra mengerutkan kening.

Alfareeze berdengus kecil bersama senyuman nipis di bibir.

          "Kenapa kau boleh ada dekat sini?Siapa benarkan kau masuk ke sini?"Darra bercemberut, dia kena arahkan pengawal supaya tidak membenarkan Alfareeze masuk ke kediamannya lagi.

Alfareeze hirup air hangat dalam cangkirnya dan waktu itu juga hujung bibirnya terjungkit sinis.

           "Bawa bertenang Darrius. Kenapa kau gelabah sangat?Lagipun aku datang nak jenguk 'kawan baik' aku..."ujarnya sambil meletakkan cangkir tadi ke bawah semula. "Tak salahkan?"pandangnya ke Darra.

Itu lagi...itu lagi...

Tatapan sama yang dia lihat di akademi tempoh hari sekali lagi kelihatan di mata Alfareeze.

           "Banyak salahnya."getus Darra. "Keluar sekarang. Dah lewat malam. Apa kau fikir dengan masuk ke bilik aku macam ni"buat dia gementar saja la bila Alfareeze ada berdua dalam biliknya begini. Kalau di akademi masih tak apa lagi, ini dirumah, pengawal, maid dan butler ada di mana-mana. Kalau orang tahu anak kepada Duke Marcel, lelaki paling tidak disukai ayahnya berada di dalam bilik pada lewat malam, mahunya masalah timbul nanti.

            "Memangnya kenapa...kau 'lelaki' aku pun lelaki..."Alfareeze sengaja hendak mencabar Darra. Dia mahu lihat sebagus mana Darra terus berpura-pura. Dia suka aje bila orang menipu. Sebab bila orang itu menipu sementara dia telah tahu kebenarannya, buatkan dia teruja untuk lihat sejauh mana penipuan seseorang itu boleh berterusan.

           Ha'ah!Memang dia lelaki sebenarnya kan!Darra mengetap gigi menahan sabar. "Keluar. Sebelum ayah aku tahu kau ada dekat sini. Baik kau keluar Alfa."Dia mahu saja lompat dari katil ini dan terus keluar supaya dapat menjauhkan diri dari Alfarreze. Tapi entah kenapa seluruh badannya jadi kebas dan dia tidak dapat nak bergerak walaupun otaknya sudah menjerit supaya jangan biarkan Alfareeze mendekatinya lagi.

          "Ayah kau ada dekat sini?"Alfareeze buat muka bingung.

          "Yalah. Ke mana lagi ayah aku akan berada. Inikan rumah kami."tipu Darra untuk meyakinkan Alfareeze supaya lelaki itu lekas keluar. Sebenarnya dia dapat tahu ayahnya tiada di rumah kerana faktor ketenteraan. Jadi di rumah ini hanya ada Anthony sahaja sebagai penjaganya.

           Jawapan tersebut telah membuatkan senyuman lebar terbit di bibir Alfareeze. Suka kerana mendengar penipuan Darra yang jelas dia sendiri tahu ianya sama sekali tidak benar. "Kau pasti?"dia bangun dari situ dan mengatur langkah ke arah katil dengan perlahan. "Sebab aku dah yakinkan raja untuk hantar ayah kau ke Wilayah Selatan Utara...malah aku sendiri yang sambut dia ke tapak ketenteraan tu...dan macam mana dia boleh ada di rumah ni pada masa aku baru aje berjumpa dengan dia.."

          Gula-gula dalam mulutnya hampir hendak termasuk ke dalam kerongkong. Darra membutang mata kegelisahan setelah dengar kenyataan Alfareeze tadi. Tak guna betul! "Kau buat apa?"dibawa gula-gula itu tepi pipi. Susah pula bila benda itu ada dalam mulutnya semasa hendak bercakap. "Kau buatkan raja hantar ayah aku keluar dari daerah ni?"

          "Kenapa terkejut sangat...bukan ke sepatutnya kau gembira sebab ayah kau tiada di rumah ni sepanjang masa kau berkurung dekat sini?"ujar Alfareeze saat dia ambil tempat di atas katil itu. Menghadap Darra yang bersila. Lantas dia tatap tepat ke mata bundar Darra.

Hilang kata-kata kerana kehadiran Alfareeze di depannya, Darra tenggelam di dalam tatapan itu tanpa disedarinya. Memang sah dia dalam masalah besar sekarang ni! Lelaki ini ibarat dadah. Berbahaya tetapi menagihkan sekali.

           "Macam mana luka kau?Sakit lagi?"Alfareeze tarik dulang dari atas almari sebelah katil lalu dipegang dengan sebelah tangan untuk diletakkan atas ribanya.

Bersama nafas tidak menantunya, Darra perhatikan tangan Alfareeze dengan gementar. Sekarang baru dia faham kenapa teko tadi disediakan awal, kenapa balang gula-gula boleh ada di situ dan kenapa Nanny Clara masuk ke biliknya semula sedangkan Wanita itu sudah selesai membantu dia mandi ianya kerana Wanita itu ingin pastikan dia telah bersiap atau belum. Dan semua persiapan ini telah dirancang awal seakan mahu menyambut Alfareeze ke sini. Tidak!Lebih tepat lagi adalah Alfareeze yang merancang semua ini!

Tapi kenapa?

          "Aku tak apa-apa. Jadi tolong keluar dari sini.."Darra gerak mahu menurunkan kaki dari katil. Dia perlu keluar sekarang. Lelaki ini ada sesuatu disebalik batu. Dan dia dapat rasakan semua ini tidak akan berakhir dengan baik.

Sedang Darra termenung gelisah tidak tahu hendak buat apa, satu sentuhan hinggap di tepi muka dimana lebam masih tersisa. Dan bila mata Darra mengerling ke tepi muka, Alfareeze sedang mengusap kesan lebamnya.

ZAP!

Bulu roma terus tegak meremang. Darra duduk tegak seakan disengat eletrik shock. Apa yang Alfa sedang lakukan ni?Lelaki ni sedar ke tidak apa yang dia sedang lakukan?

          "A-apa yang kau cuba buat ni?"gugup bersama degupan jantung bagai nak gila , Darra cuba menjarakkan kepalanya dari sentuhan hangat itu.

          "Nampaknya kesan lebam kau dah berkurangan. Tak segelap hari kau terlantar hari tu. Nampaknya Nanny Clara pandai jaga kau dengan baik..."Alfareeze langsung tidak menghiraukan pertanyaan Darra. Dia malahan selak rambut basah Darra ke belakang untuk mendedahkan bahagian tampalan yang sudah kotor dengan kesan darah kering.

Cepat-cepat Darra menolak tangan Alfareeze dan melompat turun dari katil kerana terkejut. Sekarang ni siapa yang dah tak betul?Dia ke Alfa?Serius!Dia betul-betul gemuruh sampaikan perutnya memulas aneh dan dada dia sebu yang lain macam bila Alfa sentuh dirinya dengan lembut seperti tadi.

          "Kalau kau tak nak keluar, aku yang keluar kalau macam tu."beritahu Darra semasa pandang ke Alfareeze di atas katil seketika sebelum berpusing hendak keluar.

           Tidak bersusah payah untuk mengejar Darra,  Alfareeze di atas katil menarik sengih jahat sambil melipat lengan baju hingga ke siku semasa berkata. "Patut ke aku buatkan Alex juga digantung dari belajar akademi memandangkan status dia sebagai ketua pengawas telah dilucutkan?"

Terhenti Darra masa dengar tu. Dia terus memusingkan badan semula dan pandang Alfareeze dengan kening berkerut.

          "Sekadar gagalkan satu daripada matapelajaran dia boleh jugak...kan?"pandang Alfareeze ke Darra. "Kau kata nak keluar tadi?"cabarnya sambil tersenyum manis.

Rahang Darra berketik.

Faham apa yang lelaki itu maksudkan, Darra pun kembali berpatah balik. Dia dekati katil semula dengan kepalan penumbuk dalam genggaman. Suka sangat tau mengugut dia semata untuk buatkan dirinya turutkan apa saja yang dimahukan oleh Alfareeze. Benci betul!

          Berdiri saja Darra di depannya, Alfareeze dongak memandang Darra dengan renungan berlagaknya. Good girl!"Duduk. Aku tolong kau tukar tampalan luka tu..."arahnya dengan mudah tanpa melibatkan sebarang perdebatan.

Mahu tak mahu Darra terpaksa menurut. Dia duduk bersila sebelah kaki di atas katil itu menghadap Alfareeze semula. Serius!Dia tak faham apa yang Alfareeze cuba lakukan sebenarnya ini! Kenapa lelaki ini berkelakuan seakan kisah dan ambil berat tentangnya?Bukan ke Alfareeze lebih gemar melihat dirinya dalam kesusahan?

Chapitre suivant