"Kalau pedih beritahu.."pesan Alfareeze semasa membuka tampalan luka dari kepala Darra. Mendedahkan kesan luka yang masih belum kering sepenuhnya di situ.
Tidak mengatakan apa-apa sejak tadi sebagai tanda protes, Darra tidak menyahut mahupun menjawab untuk setiap pertanyaan Alfareeze. Dia diam di situ menjeling ke kanan atau kiri tapi tidak ke depan kerana risau kalau dia pandang ke depan, dia akan bertentang mata dengan Alfareeze. Nanti Nampak la sangat jelasnya dia gemuruh kerana Alfareeze.
"Aku dengar Putera Eilian ke sini siang tadi..apa dia buat?"
Kalau dah tahu semua tu, mesti la dah tahu juga kenapa Putera Eilian ke sini. Di tanya lagi buat apa?Sengaja nak cari gaduh!?Darra buat muka tidak mahu menjawab soalan itu. Dia peluk bantal kecil rapat ke dadanya. Konon la hendak menenggelamkan degupan jantung dia yang begitu kencang saat itu. Tapi tiada gunanya pun, dengan jarak rapat mereka begini ianya langsung tidak membantu.
Mata Alfareeze gerak turun ke muka Darra setelah dia perasan gadis didepannya tidak mahu bersuara langsung sejak tadi. "Dia ganggu kau ke?"soalnya lagi sambil ambil kapas basah dengan antiseptic lalu disapu perlahan sekitar kesan luka.
Kan Pearl ada sekali, mana mungkin la Putera Eilian mahu menganggu dia lagi selepas Pearl beri amaran pada lelaki itu. Ya sudah jelaslah takkan!Memangnya kenapa kalau Putera Eilian buli dia lagi? Menganggu Alfa ke?Menyibuk! Darra sekali lagi mendiamkan diri. Bukan setakat intip, Alfareeze malah menghantar ayahnya ke luar daerah seperti semua itu bukan hal besar, lepas tu kawal semua orang dalam rumah agam ini seperti kepunyaan sendiri...sementara dirinya ini dikawal seperti patung! Dasar si menjengkelkan!
"Darrius...kau dengar tak??"Alfareeze tiup perlahan semasa meletakkan kapas basah ke luka Darra.
Dengar!Tapi sengaja buat-buat tak dengar.Detik hati Darra masih protes. Pada masa yang sama dia merasakan cecair sejuk berangin menyentuh lukanya. Mengenyit sebelah mata dia kerana tahan pedih. Tapi tiada suara.
Auw!
Auw!
Pedih!
"Alfa!Apa ni!"Darra angkat matanya dan terus terarah pada bibir Alfa kerana wajah lelaki itu begitu hampir dengannya. Mujur penumbuk dia tidak naik. Kalau tidak sia-sia je rongak gigi sebiji!
"Kan aku cakap kalau pedih beritahu..."sengih Alfa selepas itu. " Itulah... Ingatkan dah bisu terus tadi."
"Kau sengaja ya?"sebu dada Darra rasakan kerana lukanya berdenyut-denyut sakit dek kepedihan. Dipukul peha itu dengan kuat. Sakit jantung dia tahu tak!
"Tahanlah sikit..."Alfa tiup sekali lagi kesan luka itu sebelum meletakkan kapas ke dulang lalu capai pembalut baru. "Tadi orang tanya buat tak tahu. Susah sangat ya nak jawab soalan aku?Bukannya aku suruh kau-"
"Buat perenggan panjang."sambung Darra ayat biasa Alfareeze selalu guna kalau mahu membebel.
"Pandai pun..."selesai menampal dengan kemas, Alfareeze meluruskan semula rambut Darra dari sepahnya. "Kalau macam tu jawablah soalan aku tadi..."
Darra pandang letih ke Alfareeze. "Sabar Darra. Lelaki menjengkelkan ini cuma nak tengok kau marah malam-malam macam ni. Hadapkan aje la perangai ni..kalau tidak sampai ke esok belum tentu lelaki ni nak balik.."pujuknya sendiri di dalam hati. Dia terlalu letih hendak bertekak.
"Pearl yang datang dengan Putera Eilian. Aku cuma luangkan masa dengan Pearl dan makan malam dengan dia sekali tadi. Lepas tu tak ada apa-apa..."jawab Darra mahu tak mahu. Dia cuma mahu semua inin selesai dan Alfareeze segera meninggalkan biliknya ini.
"Pearl dengan Putera Eilian?"dulang tadi Alfareeze letak semula ke atas almari sebelum dia kembali duduk selesakan diri atas katil tu. "Tak tahu pulak aku yang Putera Eilian bersama dengan Pearl. Aku ingatkan Pearl bersama dengan kau.."
Lah!Duduk balik ke?Ingatkan nak pergi tadi!?"Dah selesaikan...tunggu apalagi... balik sana. Aku nak rehat."halau Darra cuba menolak Alfareeze turun dari katilnya. Tetapi lelaki itu enggan berganjak sedikit pun.
"Boleh tak kau berhenti halau aku?Macam ni ke cara kau berterima kasih kepada orang yang dah tolong kau Darrius?"Alfareeze pegang kaki Darra yang cuba menendangnya tadi.
Aik?Pegang ya?Heh!Kaki dia bukan ada satu la! "Kau?Tolong aku?Bahagian mana yang menunjukkan kau tolong aku?Selain memburukkan lagi keadaan?Mana?"di angkat kaki sebelah lagi, cuba hendak menolak Alfareeze!
Sama seperti tadi, Alfareeze pegang kaki Darra sebelah lagi. "Buat baik tak semestinya kena tunjuk. Tak baik tau Darrius. Kau tahu kalau ahli tentera aku cuba melawan kata-kata aku, mereka sudah disebat sebanyak tiga puluh kali..."hanya satu rentapan saja pada kaki itu, Darra jatuh terbaring ke belakang dalam sekelip mata.
Teriakan kecil pun lepas dari Darra sebaik saja dia terbaring dengan mengejut. Langsung tidak menjangka tindakan itu. Dia cuba bangunkan diri sendiri, tetapi tidak sempat hendak dia bangun, Alfareeze dengan pantas sudah tegak di atasnya.
Sheesssshhhh!
Gagah sungguh!
Berbahang terus muka Darra waktu itu. "Kau dah kenapa ni!?Yang pelik-pelik aku perhatikan sejak tadi?Bangun dari aku sekarang!"kakinya terperangkap di antara kaki kekar Alfareeze. Hendak digerakkan bahaya pula kedudukan mereka ini.
Heh!Hujung bibir terjungkit nakal. "Macam mana ni Darrius...takkan macam ni aje tak boleh nak lawan?Kalau ada orang cuba apa-apakan kau..takkan kau tak melawan langsung?"sengih Alfareeze memagari kanan dan kiri kepala Darra.
"Kalau kau sayang muka handsome kau tu...baik kau bangun dari aku Alfa...aku serius ni!"ketap Darra sambil pandang tepat ke muka yang sedang tersenyum nakal kepadanya.
"Cuba..."Alfareeze cabar Darra. "Aku nak tengok..."
Aduh!Apa masalah Alfa ni!Dia mula berasa frust. Kalau cara kasar memang tak boleh jalan, nampaknya dia kena tebalkan jugak muka untuk lakukan hal ini.
"Kau yang minta ya!"beritahu Darra penuh amaran.
"Dipersi-"tidak sempat Alfareeze hendak menghabiskan kata-katanya, secara mengejut satu lingkaran hinggap di belakang lehernya sebelum dirinya dipaksa turun untuk menghempap tubuh Darra. Oleh kerana terkejut dengan tindakan itu, Alfareeze hilang fokus serta merta.
Dan Darra gunakan peluang itu untuk menolak tubuh Alfareeze jatuh ke sisinya dan dia ubah kedudukan sekelip mata. Dari dibawah terus ada di atas badan Alfareeze. Leher lelaki itu dicekik tetapi tidak terlalu kuat Namun cukup untuk beri tekanan pada kerongkong itu.
Begitu terkejut dengan tindakan tadi, Alfareeze pandang Darra di atas badannya dengan kening terangkat tinggi. Nafasnya yang tertahan tadi mula naik turun tidak tentu arah.
"Wow."lafaznya perlahan sebelum tersengih meleret. "Main tipu nampak!"
"Sekarang keluar!"arah Darra menguatkan sedikit cengkamannya di leher Alfareeze.
Tidak terkesan dengan cengkaman dilehernya, Alfareeze menarik sengih meleretnya. "Kalau aku kiss kau sekarang jugak...kau akan bencikan aku ke?"soalnya saat pandang muka serius Darra.
Terangkat tinggi kening Darra.
Apa dia tadi?
Bergurau apa!?
"Gila!"itu komen Darra semasa lepaskan tangan dari leher Alfareeze sebelum alihkan kaki untuk turun dari badan itu. "Kalau kau nak merepek...jangan dengan aku!Tapi dengan perempuan yang kau suka dekat luar sana...kau lupa ke aku ni lelaki.."ujarnya sambil tu.
Bangun sahaja Darra darinya, Alfareeze baring mengiring sambil topang kepala dengan tangan kiri. Menghadap Darra sedang bergerak ke balang gula-gula atas almari. Dia perhatikan saja Darra si penggemar manisan memasukkan sebiji lagi gula-gula ke mulut.
Bersentuhan saja gula-gula itu dibibir Darra, Alfareeze ikut sama menggigit bawah bibir sebelum dijlat sekilas. Bahaya betul kalau lama-lama dekat sini. Dia menggeleng kepala kesal.
"Jangan lupa gosok gigi lepas makan gula-gula tu.."
Darra berpaling selepas lihat Alfareeze bangun dari katil dan kelihatan seperti mahu keluar dari situ.
"Kau nak balik dah ke?"kening kiri Darra terangkat sedikit.
"Dah tu kau nak aku buat apa lagi?Paksa kau kiss aku?Buatkan kau yang sedia bencikan aku makin bencikan aku?Macam tu?"sentap Alfareeze tidak semena.
Aik!
"Okay..okay...tanya aje. Itupun nak menyentap?"terundur ke belakang Darra kerananya. Yang pelik-pelik la perangai Alfa ni.
Bersama langkah luas, Alfareeze jalan ke arah pintu sambil diperhatikan Darra di belakang. Namun disaat lelaki itu hendak membuka pintu, Alfareeze terdiam sekejap memandang daun pintu.
Kenapa pulak tu?Darra di situ perhatikan dengan senyap sambil mengulum gula-gula dalam mulut dengan lidah. Keluar aje la. Takkan nak buka pintu pun tak tahu?
"Kau tahu.."Alfareeze berpusing semula ke Darra saat tangannya naik menguak rambut ke belakang dengan frust. "Selama ni aku try hard untuk kawal emosi aku supaya tak menguasai mental aku dari bertindak di luar kawalan setiap kali bersama dengan kau sejak balik dari perang ni.."
Lah...ada apa ni?Darra menelan air liur dengan susah payah pabila lihat posture penuh amaran Alfareeze saat itu.
"Apa kau cakapkan ni?"mata Darra naik turun memandang awas ke Alfareeze.
Tanpa mengatakan apa-apa lagi Alfareeze berarak semula ke arah Darra dengan langkah seluas mungkin supaya cepat sampai ke gadis itu.
Sementara Darra berdiri kejung dengan mata terbutang luas tidak tahu hendak buat apa di situ.
"Tendang aku kalau kau tak nak!" beritahu Alfareeze dengan laju sewaktu dia angkat tangan dan memegang kedua belah kepala Darra hingga menyebabkan kaki Darra terpaksa berjengket dibuat ketinggiannya saat itu.
Membulat mata Darra kerana terkejut.
Eh!
Apa yang-
"Alfa tung-"tidak sempat kata-kata itu habis lepas, bibir Darra dipagut dengan Alfareeze sesaat kemudiannya.
Tangan kekar lelaki itu kemudiannya gerak turun untuk menarik tubuh Darra rapat kepadanya. Sangat erat seakan ular sawa membelit mangsanya.
Dan Darra yang sedang bergelut di balik pelukan dan kucupan pada masa yang sama mula mencari nafas. Dia tepuk bahu dan cuba menolak kepalanya ke belakang untuk menjauh tetapi tangan Alfareeze menghalangnya.
Punya la terdesak dia mahu bernafas, Darra ambil keputusan untuk mencengkam rambut belakang kepala Alfareeze dan menariknya sekuat hati.
"Argh!"ngerang Alfareeze terus melepaskan tangan dari kepala Darra untuk pegang tangan yang sedang menarik rambutnya itu. "Darr-Darrius!"hampir aje dia mahu menyebut nama sebenar itu.
"Uhuk!Uhuk!"Darra tunduk menepuk dada kerana dia hampir tercekik gula-gula yang ada di dalam mulutnya tadi. "Kau dah hilang akal sangat ke!"marahnya sambil kesat mulut dengan belakang tangan dalam keadaan mengah yang terkejut.
Rasa manis gula-gula yang tersisa di bibirnya, Alfareeze jilat sambil pandang ke muka merah padam Darra. "Kan aku kata kalau kau tak nak tendang aku!"dia kemam mulutnya.
"Kau sedar tak apa kau dah buat?"mata Darra terbutang luas setelah menyedari yang mereka berdua sama-sama bercumbuan!Malahan itu adalah first kiss dia.
"Mestilah aku sedar..."dengan selamba Alfareeze menjawab. Mukanya langsung tiada tunjuk rasa serba salah.
Menganga Darra gara-gara reaksi Alfareeze itu.
Serius la!?
Macam tu aje ke reaksinya!?
"Kau ni memang la!Keluar sekarang!!"sia-sia aje la bercakap dengan Alfareeze ni. "Jangan kau dekati aku lagi lepas ni!Keluar!!!"tundingnya ke arah pintu marah-marah.
"Aku tak janji.."beritahu Alfareeze.
Darra ketap gigi dengan kuat dan hidungnya ikut kembang kempis menahan sabar dari menjerit di tengah malam begini. Serius beritahu, tahap stress dia boleh mencecah tahap maksima kalau lama-lama dengan Alfareeze.
ARRGGGHHHHH!!!!
Frust la macam ni
"Keluar sekarang!"
"Nak keluar la ni....."pusing Alfareeze mahu pergi. Sekali tu dia berpusing semula.
Darra dah siap nak capai candle stand dekat kanannya waktu itu. Mahu dilempar ke arah Alfareeze.
Sambil berlari anak ke pintu sambil tu Alfareeze beritahu. "Thanks untuk gula-gulanya. Manis!"
Mujurlah lelaki itu memang keluar terus dan tidak kembali lagi. Kalau tidak memang bocor kepala tu jawabnya! "Tak guna betul!" dia kecap bibirnya beberapa kali dengan bengang. Bolehnya dia tidak perasan gula-gula yang dia makan tadi sudah tiada di dalam mulut.
Serius beritahu!Alfa tu memang sah tidak betul. Takkan lelaki tu menyukai dirinya sebagai lelaki!Kalau ya, macam mana kalau Alfa dapat tahu dia ni perempuan sebenar bukannya lelaki?Ke Alfareeze hanya mahu membuatkan jiwanya kacau aje...yalah mengenangkan sikap suka menganggu hidupnya, Darra berasa yakin yang semua ini hanya prank dari lelaki itu saja. Tiada yang serius.
Ya!
Semua ini hanya mainan Alfareeze saja.
Lelaki menjengkelkan itu hanya mahu membuat kacau saja!
Tapi masalahnya sekarang-
"Habis first kiss aku!"rengek Darra saat tumbangkan badan ke katil dengan lemah semangat. Dia tumbuk-tumbuk geram tilam tidak bersalah dibawahnya.