webnovel

CHAPTER 7

Keesokannya,Beryl bangun sekitar pukul 8 pagi. Dengan susah-payah dia menanggalkan pakaiannya untuk mandi. Kepalanya terasa berdenyut di tempat luka dahinya. Selesai mandi,dia keluar dari biliknya.

Mansion yang sentiasa sunyi kadang membuatnya bosan harus bersendirian di rumah. Meskipun mempunyai bodyguard,tapi rasanya tidak dapat dibuat teman berbual atau apapun.

Dia melilau kawasan sekitar. Kelibat Jay tidak kelihatan di mana-mana. Entah kemana lelaki itu menghilang. Baguette dan croissant dihidangkan sebagai sarapan hari itu. Dia menikmatinya dengan berselera sekali kerana kelaparan.

Setelah itu,dia berjalan-jalan di taman bunga kecil milik keluarganya. Menghirup udara pagi yang segar sambil menikmati secawan latte terasa menenangkan sekali.

Senyuman manis menghiasi wajah cantiknya melihat kepulan-kepulan wap yang berhembus keluar dari mulutnya. Rasa sejuk yang mendamaikan. Tubuhnya tersalut dressing gown kerana rasa sejuk yang mencengkam.

Dia sudahpun memaklumkan kepada pensyarah di fakultinya bahawa dia tidak akan dapat menghadiri kelas seperti biasa untuk beberapa hari. Sebarang tugasan penting akan dihantar melalui emel terus kepadanya.

Ketika sedang ralit memerhatikan bunga-bunga di sekitarnya,suara Jay memecah keheningan pagi itu.

"Cik muda,maaf mengganggu. Ada panggilan dari Tuan Ivan."

Jay memegang smartphone di tangannya. Di lehernya kelihatan tergantung sehelai tuala putih kecil. Tubuhnya yang berotot kelihatan berpeluh-peluh,baru selesai bersenam.

Lelaki itu hanya mengenakan sleeveless shirt putih dan sweatpants mendedahkan lengannya yang berotot tegap. Lagi-lagi bodyguardnya yang hot ini mengganggu detak jantungnya di awal pagi.

Dia mengambil smartphone yang diserahkan padanya.

"Hello,daddy."

"Hello,my sweetheart. How are you doing?" Terdengar suara ceria ayahnya.

"I'm fine,daddy. How are you and mommy?"

Dia melirik ke arah Jay yang turut sama memandangnya ketika dia mengatakan dia sihat-sihat saja.

"We're fine,too sweetheart. Your mom and I tried to call you since last night. Is everything okay over there?" Jelas kedengaran nada risau dari suara Tuan Ivan.

Dia takut jika terjadi apa-apa pada anak gadisnya itu memandangkan mereka tidak dapat menghubunginya sejak malam tadi. Maklumlah,dia satu-satunya anak gadis mereka.

Beryl menepuk dahi, kemudian dia mengaduh kesakitan,terlupa balutan di kepalanya.

"What happened sweetheart? Why are you crying? Are you hurt?"

Langsung dia menekup mulutnya sendiri.

"No,père. I'm fine, don't worry. It's just that I forgot to call you back last night. I was a little bit tired so I went straight to bed."

Beryl menggigit hujung jarinya.

'Maaf,père saya terpaksa berbohong,' desis hatinya penuh rasa bersalah. Ini semua angkara bodyguardnya itu.

"Oh, we're glad you're fine. But don't tire yourself too much. We know you have lots of things to do,your lessons, classes and so on but do take care of yourself, alright sweetheart?"

"Yes,père I know and I will take care. Same goes to you and mommy. Don't overwork yourself. I love you and mommy."

"Yes,sweetheart we love you too. Your mommy is still in the shower so she can't speak with you right now but she told daddy to send you hugs and kisses."

"Aww..so sweet. Send my hugs and kisses for mommy,too."

"I will,my sweetheart. By the way, how's Jay doing? Is he taking good care of you,honey?"

"Oh,Jay?"

Serta-merta Jay memandang cik mudanya ketika namanya disebut. Beryl menjeling lelaki itu sambil senyum sumbing.

"Well,Jay is taking such good care of me,daddy."

Dia sengaja menekan suaranya agar didengari oleh Jay.

"But you know what daddy? Yesterday- "

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, mulutnya telah ditekup oleh Jay. Matanya dijegil memandang wajah gadis itu.

"Don't ever tell them what happened," bisik Jay dekat di telinganya.

Meremang bulu roma gadis itu kerana jarak mereka sangat dekat. Dia turut merasakan nafas Jay menampar perlahan pipinya. Lagi-lagi jantungnya berdetak laju seperti larian Usain Bolt.

"What happened yesterday? Honey,you still there?"

Jay melepaskan tangannya perlahan dari mulut gadis itu lalu sedikit menjauh. Namun matanya tetap memberi arahan kepadanya.

"Yes,daddy I'm still here. It's nothing actually. Jay brought me out yesterday to get some fresh air. We did a lot of walking so that's why I was exhausted last night."

Lagi-lagi dia terpaksa berbohong.

"Oh,walking is good honey but don't get home too late. Can you pass the phone to Jay, please? Daddy needs to speak with him."

"Alright,hold on daddy."

Dia mengisyaratkan agar Jay mendekat.

"Daddy nak cakap."

"Yes,Sir Ivan?" Telefon ditekap ke telinganya setelah bertukar tangan.

"Jay, I'm going to trust you on taking care of my daughter during our absence. If anything happens,please do let me know immediately."

"Yes,sir I will take good care of her. You have my words."

"Thanks Jay. I owe you a lot. She's our everything,nothing can replace."

"Yes,sir. I'll do my best to protect her by all means. You'll have nothing to worry about here. I do understand you have lots of works to think of,so you can leave everything here to me. You can count on me,sir."

Kedengaran Tuan Ivan menghela nafas lega.

"Alright Jay. You have my trust. I'll hang up now."

"Take care,sir."

Talian dimatikan. Beryl tertanya-tanya apa yang diperkatakan oleh ayahnya kepada Jay sebegitu lama.

"Daddy cakap apa?"

Jay sekadar memandangnya seolah-olah dia adalah dinding tembus pandang.

"Men's talk." Jawapannya selalu tanpa perasaan tapi membuatkan lawan bicaranya yang malu.

"Eww,you guys." Beryl langsung mencebik membuat riak jijik.

Lelaki itu pula menahan tawa dalam hati melihat ekspresi wajah merona cik mudanya. Entah kenapa dia senang terhibur melihat pelbagai ekspresi di wajah polosnya. Seperti anak kecil.

"Cik muda dah sarapan?"

"Tadi dah." Mereka berjalan beriringan ke pintu utama mansion.

"Baguslah. Saya akan mengganti pembalut luka cik muda setelah saya selesai sarapan nanti. Harus diganti setiap hari."

Mendengarnya,gadis itu tersenyum. Nyata Jay benar-benar menurut janjinya semalam.

"Thanks,how sweet of you." Dia sengaja mengusik.

"Well,I'll have to do as I'm told. If I get fired,guess no one else is willing to take care of this daughter of McGonagall's. She's such a crybaby, insolent and hard headed. No wonder her bodyguard kept getting replaced.

Only I can handle this lady."

Jay mengenyit matanya,membalas usikan cik mudanya. Seperti diduga,wajah gadis itu langsung merona merah. Suatu pandangan yang indah baginya.

"How dare you!"

"Yes,my lady. I dare you."

Jay mendekat sehingga tubuh cik mudanya tersandar ke muka pintu. Kini mereka telahpun berada di ambang pintu utama. Dia meletakkan sebelah tangannya di atas kepala gadis itu,menahan pada pintu untuk menghalang cik mudanya.

Wajah cantik di hadapannya sudah mulai gelabah ketakutan saat wajahnya mendekat. Mata yang indah itu tertutup rapat. Jay tersenyum lucu. Dia sengaja meniup pelipis gadis itu.

Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Beryl seraya berbisik.

"Thanks for the drink,my lady."

Lalu cawan latte di tangannya langsung diambil. Jay berlalu begitu sahaja sambil menghirup latte kepunyaan gadis itu.

Terkebil-kebil Beryl dibuatnya. Lelaki ini benar-benar selalu sahaja bersikap selamba dalam segala hal tapi dia yang tidak keruan dibuatnya.

"Sikapnya menyebalkan!" dengusnya geram.

Matanya menangkap pandangan beberapa orang maids yang memandangnya sambil tersenyum-senyum. Pasti mereka telah melihat kejadian yang berlaku tadi.

"What are you guys looking at? Get back to work," arahnya tegas dan berdehem membetulkan riak wajahnya yang kemerahan.

"Pardon us my lady."

Para maids pun bertempiaran lari menuju ke port kerja masing-masing. Mereka tahu cik muda mereka tidak benar-benar marah kerana mereka telah mengenalinya dengan baik. Cik muda mereka cumalah anak yang sangat manja dan baik hati.

Sambil menunggu Jay selesai bersarapan,Beryl mengambil laptop dari biliknya lalu duduk di sebuah armchair di ruang tamu. Kakinya dilunjurkan di atas sebuah kusyen lalu meletakkan laptop di atas ribanya.

Matanya ligat memeriksa setiap tugasan yang telah diemelkan padanya. Jari-jemarinya yang runcing tekun menaip di atas keyboard nipis itu.

Kerana terlalu leka melihat skrin nipis di hadapannya,dia tidak menyedari kehadiran Jay yang sudah berdiri di hadapannya bersama beberapa roll kain balutan baru serta ubat-ubatan untuk mencuci luka.

"It's time to change your bandage,my lady."

Hampir terjatuh laptop dari ribanya. Terdengar dengusan kecil dari bibir mulusnya.

"Jay,boleh tak jangan mengejutkan orang macam tu. Lama-lama saya boleh kena serangan jantung gara-gara kamu."

"Maaf,cik muda. Saya tak sengaja. Saya tengok cik muda ralit sangat buat tugasan,saya serba salah nak mencelah."

Beryl meletakkan laptopnya di atas meja kaca bulat di sebelah kanannya.

"Saya akan buka balutan di dahi cik muda terlebih dahulu."

Mereka beralih duduk di sofa. Gulungan bandages dan ubat-ubatan diletakkan di atas meja. Dengan perlahan dan berhati-hati,Jay membuka kain balutannya. Gadis itu mengaduh kesakitan bila kain balutan yang mengena pada lukanya ditarik perlahan.

"Jay, perlahan sikit. Sakitlah!" Beryl memegang tangan lelaki itu yang sedang menarik kain balutan.

"Tahan sekejap cik muda." Tangan gadis itu terasa lembut menyentuh lengannya.

Setelah itu, dia mencuci luka dahinya menggunakan iodine yang telah dituang sedikit ke atas segumpal kecil kapas. Wajah gadis itu berkerut menahan sakit.

"Is it hurt?"

"Dah tentulah sakit!"

"Okay, I'm sorry. I'll try my best not to hurt you,my lady."

Jay yang sedang berdiri di sampingnya sambil sedikit menunduk mencuci lukanya,memberinya kesempatan untuk melihat mata hazelnya. Raut wajahnya kelihatan tenang dan berhati-hati sekali,tidak seperti raut wajahnya yang selalu dingin tanpa emosi.

Rambutnya yang masih kelihatan basah, tersisir rapi. Hidungnya mancung,kening yang tebal,bibir yang indah dan rahangnya yang menunjukkan sisi maskulinnya begitu mempesona. Di matanya,Jay begitu sempurna seperti dewa Greek.

Dia begitu asyik memerhati Jay sehingga tidak menyedari Jay yang turut sama memandangnya.

"Why do you keep staring at me,my lady? Am I that attractive you can't keep your eyes off me?"

Terdengar tawa kecil di hujung ayatnya. Beryl lantas menumbuk perlahan rusuk lelaki itu kerana geram dan malu.

"Wow! You've just punched me. No one else has ever landed their hands on me but you,my lady. I'm impressed."

"Sweet talkers!"

"No, seriously. I'm no sweet talkers. You can practice your fist so you can throw a real punch."

"Why should I? I already have a strong bodyguard by my side,why should I bother practice my fist? My fist is valuable."

Beryl menggoyangkan tangannya dengan lembut. Aksinya mengundang senyuman Jay. Gadis itu kelihatan comel dengan segala ekspresi wajahnya.

"So cute.." suaranya berbisik perlahan dan hampir tidak kedengaran.

"What Jay? Did you say something?"

Dia seperti terdengar Jay menyebut sesuatu.

"Nothing,my lady. I'm almost done."

Jay telahpun selesai mengganti kain balutannya.

"Jay,saya rasa nak keluar jalan-jalan hari ni. Boleh tak?"

Dipandangnya Jay yang sedang mengemas bekas lukanya tadi.

"Tapi cik muda masih belum sembuh. Tak boleh keluar."

"Tapi saya bosan di rumah. Saya nak keluar."

"Dengan kain balutan macam tu?"

"Apa salahnya?"

"No can do,my lady."

"Please Jay. I have nothing to do here I'll die of boredoms. Please."

Gadis itu membuat puppy eyes memohon simpati bodyguardnya. Terasa detak jantung Jay berlari laju melihat ekspresi wajah cik mudanya.

Andai saja mereka berdua bersendirian,mungkin saja dia akan menerkam cik mudanya saat ini. Jay menarik nafas panjang.

"Baiklah,kita keluar."

"Yes! Thank you so much Jay!" Spontan gadis itu bangun lalu mengecup pipi Jay kerana terlalu gembira.

Dia tidak menyedari perbuatannya itu kerana sudah terbiasa manja pada kedua orang tuanya. Setelah itu,Beryl berlari-lari anak menuju ke biliknya sambil bernyanyi riang.

Jay yang masih lagi kaku di tempat duduknya, terkebil-kebil sendirian. Tangannya menggeletar dengan tiba-tiba. Memegang kapas sahaja terasa tidak mampu. Degup jantungnya laju.

Kakinya melemah tiba-tiba bagaikan baru selesai mendaki gunung rasanya. Jika selama ini,dia selalu sahaja membuat detak jantung cik mudanya tidak keruan. Tapi kali ini, menerima satu kecupan di pipinya sahaja sudah mampu melumpuhkan sistem sarafnya.

Dalam hati,dia mentertawakan dirinya sendiri bagaimana dia boleh menjadi selemah ini angkara perbuatan cik mudanya. Tidak pernah dia rasa selemah ini dalam hidupnya.

Selama ini,hatinya cukup kental menghadapi segala cubaan yang berat dalam hidupnya tapi gara-gara sebuah ciuman sahaja dia hampir lumpuh jadinya.

"Focus Jay, focus!" bisiknya sendirian sambil berkali-kali menarik nafas panjang.

Dia kemudian menunggu cik mudanya bersiap di depan kereta. Tubuhnya disandarkan pada pintu kereta Porsche biru itu. Tangannya disilangkan di dadanya.

Sepuluh minit kemudian,gadis itu pun muncul bersama senyuman di bibirnya. Kali ini, bibirnya dicalit lipstik berwarna coral. Meski wajahnya disolek ala kadar,tetap manis pada pandangan Jay.

"I'm ready." Beryl tersenyum meleret tidak sabar hendak pergi.

"At last."

"What? I didn't take that long time."

"Fine. Just get in the car,Your Highness." Jay membuat riak tidak senang kerana harus menunggu lama.

"You've just ruined my mood." Beryl memeluk dada dengan wajah cemberut.

Hatinya sebal kerana Jay selalu saja suka merosakkan moodnya. Dia ingin berpatah balik. Namun Jay pantas menarik lengannya perlahan.

"Alright, I'm sorry my lady. With all due respect,your kind bodyguard have been waiting for you to serve you throughout the day. Please be seated,Your Highness."

Jay membukakan pintu kereta untuk cik mudanya. Cara Jay bercakap padanya akhirnya membuat gadis itu tergelak.

"If you insist." Beryl mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum geli hati.

Dia kemudian duduk di passenger seat hadapan. Hatinya terhibur melihat cara Jay hendak memujuknya.

'Pandai pulak dia takut bila aku merajuk,' bisik hatinya sambil melirik Jay yang sedang memandu dengan tenang di sebelahnya.

"Cik muda nak ke mana hari ini?"

"Hmm..mana ya?"

Jay langsung merenungnya tajam. Kalau dia jawab tak tahu,pasti lelaki itu akan marah lagi sebab terpaksa keluar tanpa tujuan. Otaknya ligat berfikir.

"Kita pergi tengok akuarium,boleh?"

"Hm..okay."

Beryl berasa lega kerana dia tidak marah. Mereka tiba di tempat yang ingin dituju hampir sejam kemudian. Kelihatan orang ramai beratur masuk setelah membayar di kaunter.

Selesai membayar, mereka berdua pun masuk menyertai orang ramai yang turut ingin menikmati pemandangan bawah laut. Jay meletakkan tangannya di belakang tubuh cik mudanya untuk memastikan dia sentiasa selamat.

Beryl pula kelihatan teruja melihat pelbagai jenis ikan laut yang sedang berenang dengan bebasnya di luar kaca. Matanya terpegun melihat ikan-ikan pelbagai warna berenang-renang dengan indahnya. Ada yang berwarna-warni dan rupa bentuk berbeza-beza.

"Jay,cantik kan yang tu."

Jarinya menunjuk seekor ikan yang berwarna kuning berbelang biru terang. Pandangan Jay yang tertumpu di wajahnya sedari tadi beralih ke luar kaca.

"Ya,cantik. Seperti cik muda."

"Sweet talkers!" Beryl mencebik memandang Jay.

Jay sekadar tersenyum kecil.

"Kan bagus kalau selalu senyum macam tu. Bagus untuk terapi minda,terapi diri."

"Sekarang cik muda nak jadi ahli terapi minda?"

"Terapi minda untuk awak je lah saya mampu."

"Kenapa pula?"

"Sebab awak kurang senyum. Jadi awak perlukan terapi diri."

"Oh ya?" Jay mendekat padanya. Mereka berada agak jauh dari pengunjung yang lain.

Beryl yang melihat lelaki itu semakin mendekat,berundur setapak sehingga tubuhnya tersandar ke dinding.

"Jay,what are you doing?" Dia berbisik perlahan kerana tidak mahu pengunjung lain perasan.

"My lady said I need therapy,so I need it now."

"What do you mean,you need it now?"

"I need my therapy right now."

"Jay, don't be silly. We're in the crowds right now."

"I don't care. You said I need therapy,so I'm needing it now,my lady."

Jay menunduk sedikit sehingga matanya bertemu pandang dengan mata cantik itu. Beryl sudah tidak keruan dibuatnya.

Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluarnya sementara sebelah lagi ditekan ke dinding berhampiran kepala gadis itu.

"Look, there's a mermaid over there!"

Tiba-tiba gadis itu menunjuk ke sebelah kiri Jay. Jay menoleh sekejap. Ketika itulah Beryl melepaskan diri dari bawah lengannya yang menopang pada dinding.

Seketika dia tersedar dia telah tertipu oleh gadis itu. Mana mungkin ada ikan duyung di akuarium. Tanpa sedar dia tersenyum sendirian.

'Gadis yang sangat licik.'

Beryl sudahpun berada lima langkah di depannya bersama tawanya kerana berjaya mempermainkan Jay. Geram pulak hatinya melihat gadis itu sedang menjelirkan lidah padanya.

"Just you wait,my lady." Jay tersenyum sinis. Cik mudanya ini benar-benar sangat manja dan bersikap keanak-anakan.

Jam sudahpun menunjukkan pukul 7 malam ketika Beryl dan Jay baru selesai makan malam di sebuah restoran terkemuka di ibu kota. Setelah melawat akuarium,Beryl membawanya mengunjungi taman tema.

Penat hampir seharian berada di taman tema,dia memutuskan agar mereka menikmati dinner di luar sahaja. Sudah agak lama juga dia tidak menikmati dinner di restoran luar. Sekali-sekala ingin juga dia merasa makanan restoran.

"Cik muda,boleh tunggu di kereta sebentar?"

"Kenapa?Awak nak ke mana Jay?"

"I need to use the washroom."

"Oh,okay. I'll wait for you in the car."

Chapitre suivant