webnovel

CHAPTER 8

Jay angguk kecil seraya berlalu kembali ke dalam restoran. Beryl pula sudah melangkah ke arah kereta. Tangannya menarik pintu kereta. Namun berkunci pula.

"Aduh,kunci kereta pulak dengan Jay. Harus tunggu di luar lah ni."

Beryl membebel kecil sambil menyandarkan tubuhnya di bonet depan. Tangannya bermain-main dengan smartphone. Ketika sedang asyik meneliti skrin di tangannya, tiba-tiba sebuah van hitam berhenti tepat di tepinya.

Belum sempat hendak berbuat apa-apa, tiba-tiba sahaja beberapa orang lelaki bertopeng menarik tubuhnya secara paksa masuk ke dalam van. Smartphone di tangannya terjatuh ke atas jalan tar di tempat pejalan kaki.

Handbag kecil yang tergantung di lengannya turut terjatuh. Dalam seminit sahaja,van itu telah berlalu pergi meninggalkan kepulan asap hitam.

Pada masa yang sama,Jay yang kebetulan baru keluar terlihat kejadian itu lantas memecut masuk ke dalam kereta. Dia sempat mengambil smartphone dan handbag yang terjatuh di jalanan. Kereta hitam itu dikejarnya laju.

Beberapa kenderaan lain dipotong tanpa mempedulikan mereka. Nyawa cik mudanya lebih penting saat ini. Tangannya memusing stereng dengan cekap menghampiri van hitam yang membawa cik mudanya.

Setelah dihampiri,sisi van tersebut dilanggarnya kuat sehingga kenderaan itu hampir melanggar pembatas jalan raya.

Ketika melalui jalan raya yang agak lengang,Jay memintas van tersebut lalu menghentikan kereta secara mengejut tepat di hadapan van. Enjin keretanya langsung dimatikan.

Kawasan sekeliling dipenuhi dengan pepohonan tinggi dan agak gelap. Laluan ini sangat jarang digunakan pada waktu malam kerana kawasannya yang agak cerun dan curam.

Jay melangkah keluar dari kereta bersama sepucuk handgun di tangannya. Lima orang lelaki bertopeng keluar serentak dari dalam van lalu menyerangnya.

Salah seorang daripada mereka mengacukan shotgun ke arah Jay namun Jay lebih pantas menembak di bahagian dadanya sehingga lelaki itu terbaring tidak bernyawa. Empat lagi yang lain menyerangnya dengan shotgun secara serentak.

Dia menyembunyikan diri di sebalik sebatang pohon oak. Dia sempat menembak kedua-dua lampu sisi depan van tersebut. Kawasan yang gelap sedikit membantunya bersembunyi.

Bunyi tembakan bertalu-talu kedengaran di ruang udara. Tembakan berlangsung hampir dua puluh minit. Seketika bunyi tembakan berhenti. Tiada langsung gerakan kelihatan di antara pepohonan di hadapan mereka.

Mereka menyangka bahawa Jay telah rebah terkena tembakan kerana kelibatnya langsung tidak kelihatan.

"Is he dead?" soal salah seorang daripada mereka.

"Why don't you go and make sure he's dead?" jawab seorang lagi yang sedang berdiri di belakang pintu bahagian pemandu yang terbuka sebagai bentengnya.

"Why me?!" jawab yang pertama tidak puas hati.

"Because if you don't,I'ma gon make a hole on your head right now! Now move!" jawab lelaki kedua tadi. Tubuhnya sedikit besar antara kesemua mereka.

Dua lagi yang lain berjaga di depan pintu penumpang agar tebusan mereka tidak melarikan diri. Beryl yang sedang diikat kedua kaki,tangan dan mulutnya sudahpun menggigil ketakutan mendengar bunyi tembakan bertalu-talu di luar.

Apatah lagi mendengar mereka berkata kemungkinan Jay terkena tembakan. Air matanya mengalir tanpa henti memikirkan nasibnya. Jika terjadi sesuatu pada Jay,punah sudah harapannya untuk diselamatkan.

Dia hanya membayangkan berita penemuan mayatnya akan terpampang di headline keesokan hari. Dunia pasti akan heboh mengenai berita kematian anak seorang millionaire businessman.

Pasti kedua orang tuanya akan sangat-sangat bersedih atas berita yang menimpa dirinya. Dia sudah dapat membayangkan kesedihan di raut wajah tua keduanya.

Pantas air matanya bercucuran lagi tanpa dapat ditahan-tahan. Dia tidak ingin mereka bersedih. Dia belum puas lagi bermanja dengan orang tuanya.

'Jay, I'm sorry. You sacrificed your own life because of me. Père, mère, I'm really sorry I can't make you happy yet,' hatinya berbisik perlahan dengan linangan air mata.

"He's not here!" Teriak lelaki tadi yang disuruh untuk memastikan apakah Jay sudah terkena tembakan ataupun tidak.

Mereka harus melupuskan Jay terlebih dahulu.

"What do you mean he's not there?! Check properly!"

"F*CK!" marahnya lagi.

Dia sudah benar-benar melihat kawasan sekeliling dan pasti bahawa Jay memang tidak berada di situ.

"I told you he's not -" tiba-tiba mulutnya ditekup kuat dan tubuhnya diseret ke dalam rimbunan pohon renek dalam gelap.

Hanya dalam beberapa saat sahaja, lehernya dihiris dengan pisau belati tajam. Darah merah pekat mengalir tanpa henti bagaikan air pancuran. Tubuhnya menggelupur bagai ayam yang disembelih.

Tidak berapa lama kemudian,dia sudah tidak bernyawa.

"Owen! Is he there?!" Tiga lagi yang tinggal langsung tidak menyedari apa yang berlaku di dalam gelap di hadapan mereka.

Mereka berfikir bahawa rakan mereka itu bergurau kerana dia tidak menjawab.

"Owen, it's not funny! Is he there?" Kali ini benar-benar tiada jawapan. Mereka mulai rasa cuak.

"Do you think Owen's dead,too?" soal salah seorang yang berjaga di depan pintu van.

"Nonsenses! I'm gonna check it out myself! You f*ckers are hopeless!"

Lelaki berbadan besar itu melangkah berhati-hati ke arah rimbunan pohon di hadapan mereka. Tangannya memegang shotgun dengan sedikit terketar-ketar. Dua lagi yang berjaga di van turut melilau kawasan sekitar.

Tanpa mereka sedari,satu bayangan hitam melangkah dengan perlahan dari arah belakang van tanpa sebarang bunyi. Lelaki yang berada paling belakang ditekup kuat mulutnya lalu pisau ditusuk ke dadanya dengan kuat.

Tangannya memukul-mukul van dengan kuat kerana hendak melepaskan diri. Lalu saat itu juga rakannya yang bersamanya tadi berpusing ke arahnya.

"Sh*t!"

Dia melepaskan tembakan secara semberono kerana sudah panik melihat rakannya yang terkulai layu bersama darah yang tak henti-henti mengalir dari tubuhnya.

Beryl yang berada di dalam van semakin ketakutan mendengar bunyi tembakan yang kembali membingitkan. Dia tidak dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku di luar kerana keadaan yang gelap.

Satu tembakan mengena pada lelaki yang panik tadi lalu dia pun rebah di situ juga. Lelaki yang berbadan besar tadi menyumpah seranah seraya melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah van ketika mendengar bunyi tembakan dari rakannya tadi.

Beryl yang berada di dalam van langsung merebahkan tubuhnya agar dia tidak mengena pada peluru sesat yang mungkin saja akan tembus melalui kaca kereta. Akibat menembak tanpa tujuan dan tanpa henti, pelurunya habis.

Panik kerana pelurunya sudah habis,lelaki itu langsung ingin melarikan diri. Bayangan hitam tadi mengejarnya laju sehingga dapat menyaingi langkah lelaki berbadan besar yang sudah mulai tercungap-cungap itu.

Kolar bajunya ditarik dari belakang sehingga nafasnya sesak. Tubuh besar itu dihentak ke atas tanah sekuat tenaga. Ketika dia ingin bangkit,rusuknya ditendang kuat membuatnya terasa senak sekali.

Terasa tulang-temulangnya patah, berkecai bagai kaca terhempas. Rasa sakit yang tidak terhingga di seluruh tubuhnya membuatnya menjerit kesakitan. Topengnya dibuka.

Samar-samar dilihatnya raut wajah bengis dan mengerikan di hadapannya.

"Who gave you orders?!"

Jay menekan dada lelaki itu dengan kakinya.

"I...we..work for Morgan Ellis..we..were supposed to..bring the lady to..to him..either to get..ransom..or sell..her..to..the black market.."

"Morgan Ellis.." Dia menyebut nama tersebut.

"Then I need you to send some messages to your boss, please tell him I'm sending my regards."

Jay meninggalkannya begitu sahaja. Melihat kesempatan itu, lelaki tadi berusaha bangkit dan melarikan diri. Namun belum jauh dia berlari,Jay berpusing kembali sambil menyeringai kejam.

"Just kidding."

Pistol diacukan ke arahnya lalu sedas tembakan mengena tepat di kepalanya. Lelaki itu langsung rebah tidak bernyawa. Jay mendekati van lalu pintu ditolak.

"Hmmphh..!!Hmpph..!!"

Beryl sedang berusaha menjerit di sebalik kain yang menutupi mulutnya dengan ketat. Sangkanya itu adalah lelaki yang menculiknya tadi. Dia menendang-nendang dengan kuat sehingga tendangannya mengena pada perut Jay.

"Ouch! That's hurt!" Jay memegang kakinya dengan erat.

Mendengar suara Jay,gadis itu langsung merasa lega yang teramat sangat dan gembira tak terkata.

"Hay..!! Hemmpp..mmm...!!"

Dia ingin menjerit 'Jay,help me' namun kerana mulutnya masih ditutup menyukarkannya untuk bersuara dengan baik.

Jay membantunya duduk dengan baik lalu membuka ikatan mulut cik mudanya.

"Jay, you're alive!" Dilihatnya wajah cik mudanya sembap sahaja. Pasti kerana menangis tidak henti-henti dari tadi.

"Of course I'm alive,my lady. I need to protect you so I can't be dead yet."

Ikatan di tangan dan kaki gadis itu dipotong menggunakan pisau tadi. Sebaik sahaja tubuhnya bebas,dia bingkas bangun memeluk erat tubuh Jay sambil menangis teresak-esak.

"Jay, I'm glad you're fine. I thought you were shot.."

Tangannya memeluk erat leher Jay. Lelaki itu langsung terkedu.

"My lady,I'm covered with blood right now."

"I don't care. I'm just too happy to see you."

"Really? You're that happy to see me,my lady?" Jay tersenyum di sebalik pelukannya.

"When you feel like your life has come to an end and suddenly a glimpse of light came to save you, that's how happy I am to see you right now Jay."

Mendengar kata-kata cik mudanya, serta-merta Jay turut membalas pelukannya erat. Dia tahu bagaimana rasanya berada di ambang maut dan dia tidak ingin sesekali mengingati lagi perasaan sebegitu. Rasanya sangat menyakitkan.

"Don't worry,my lady. I'm here now. Let's get you back home."

Jay mencempung tubuhnya yang layu keluar dari van tersebut. Tubuh Beryl diletakkan di tempat duduk penumpang belakang. Kereta dipandu keluar dari kawasan tersebut.

Kerana keletihan menangis dan dihantui perasaan takut yang menggunung tadi, Beryl merasa matanya berat. Sayup-sayup kedengaran suara Jay bercakap dengan seseorang di telefon.

"I need your team to dispose them immediately along with the vehicle. I've sent you the location."

TUT!

Talian dipadam. Jay menoleh ke belakang. Cik mudanya sudahpun tertidur dengan bersandar pada cermin kereta. Hatinya bercampur-baur melihat wajah polos yang tertidur keletihan itu. Antara bahagia,lega,gembira dan risau.

Risau jika hal yang lebih bahaya akan menimpa gadis itu lagi. Namun dia bersyukur cik mudanya sudah selamat kini. Hatinya lega dan gembira. Kenapa dia gembira?

Apakah kerana tadi gadis itu terlalu bahagia melihatnya lalu langsung memeluknya? Saat itu dia benar-benar merasa sangat dihargai dan diharapkan. Suatu perasaan yang tidak pernah dia rasa.

Kerana perasaan itulah dia berhasrat ingin terus melindungi gadis itu. Atau adakah kerana hatinya yang sudah jatuh pada cik mudanya? Jay menghela nafas berat. Apapun alasannya,dia ingin terus berada di sisi gadis itu.

Terlalu leka meladeni fikirannya,dia tidak sedar akhirnya mereka sudah tiba di depan mansion. Diangkatnya perlahan tubuh cik mudanya lalu dibawa masuk.

Para maids yang melihat keadaan tubuh Jay yang berlumuran darah serta sedang mendukung tubuh cik muda mereka membuatkan suasana kalut seketika.

"What happened to our lady?"

Mereka berkerumun datang ke ruang tamu bersama tiga orang chef keluarga Tuan Ivan. Seramai lapan orang maids dan ketiga-tiga chef tersebut sudah sangat biasa kepada Beryl sehingga mereka sudah sangat menyayanginya.

"She almost got kidnapped. Luckily I was in time. She fell asleep in the car."

Jay meletakkan gadis itu perlahan-lahan ke atas sofa.

"Are you hurt,Jay? What's with all the blood on your shirt?" tanya Phillips,selaku ketua chef.

"It's not my blood," jawabnya dingin namun santai.

"Then, who's blood - uhuk!" Bennett si pastry chef ingin bertanya lanjut namun disiku oleh Thomas,sous chef di situ.

Bennett yang paling muda antara ketiga mereka, berumur 27 tahun namun selalu saja suka terlepas cakap sementara Phillips yang paling tua,berumur sekitar 60an dan Thomas berumur dalam lingkungan 40 tahun.

"Do not ask questions! He dislikes it," bisik Thomas perlahan sambil membuat aksi mengerat leher dengan tangannya.

Bennett lantas menekup mulutnya. Jay sedang memandang keduanya dengan tajam. Mereka berdua pun tersengih ketakutan.

"Madam Lea, I'll need you to prepare hot bath for my lady. I'll wake her up once it's ready."

"Alright Jay. I'll do it right away. Ladies,come with me."

Madam Lea selaku ketua di antara para maids memberi arahan kepada anak buahnya.

"Do we need to prepare some dinner for both of you,Jay?" soal Phillips dengan berhati-hati.

"Just some light dinner is okay,Chef Phillips and also please prepare some hot soups for her to freshen up. She was pretty shaken up by what happened earlier."

"Very well,Jay. I'll make the best soup ever for both of you."

Phillips tersenyum senang mendengar Jay memanggilnya dengan sopan. Nyata bodyguard ini tidak selalunya dingin.

"Come with me you two. We need to prepare a refreshing dinner."

Ketiga mereka pun lesap ke kitchen. Tinggallah Jay bersama cik mudanya di sofa. Jay mengelus perlahan rambut di dahi cik mudanya. Kelihatan tubuh itu bergerak kecil.

"Jay,are we home?" Beryl bangun perlahan.

"Yes,my lady."

"So many bloods on your shirt! Oh,my goodness Jay! Are you hurt?"

Barulah dia menyedari betapa banyaknya darah pada tubuh Jay. Di leher dan lengan serta seluruh bajunya. Tadi dia tidak melihatnya dengan jelas kerana gelap.

"Now you've realized? I've told you in the van." Jay angkat kening.

"Then what are you doing here? We need to clean your wound, Jay!" Beryl menarik tangan Jay hendak ke tingkat atas.

Jay sekadar tertawa melihat reaksi panik gadis itu. Beryl bingung melihat kelakuannya. Apakah kerana lukanya terlalu parah sehinggakan lelaki itu sudah tidak siuman?

"Jay,kenapa ketawa? Janganlah buat saya risau."

"Maaf cik muda saya tergelak. Saya tak luka sedikit pun. Jadi jangan risau." Jay menarik tangannya sehingga gadis itu kembali duduk.

"Awak buat saya risau tau tak?" Raut wajahnya sedih kembali.

"Kenapa cik muda risau? Saya cuma sekadar bodyguard cik muda dan nyawa saya tidaklah pen - "

Beryl lantas memeluknya erat sekali lagi. Kali ini air matanya mengalir perlahan.

"Apart from mommy and daddy,you are the next person that I care about now. I can't stand it if anything ever happened to you. I won't be able to forgive myself for that. So please Jay,don't say that your life isn't important. You're valuable...to me.."

Dub! Dab! Dub! Dab!

Degupan jantungnya semakin laju. Seperti mendapat nafas baru, kata-kata yang didengarinya itu membuat jiwanya terasa hidup kembali. Senyuman bahagia menghiasi wajahnya. Pelukan gadis itu dibalas.

"Thank you,my lady. You make me feels alive."

Beryl merasa pelukan lelaki itu sangat hangat. Suatu perasaan bahagia yang tidak pernah dia rasai muncul dari hatinya.

"Cik muda,pergilah mandi. Pakaian cik muda sudah dikotori darah dari baju saya."

"Wait,what did you do to them?"

"You don't wanna know."

"Okay,fine. I don't wanna know either. You need to wash yourself,too."

"Yes,I will. How 'bout your head,my lady? Did it hurt?"

"I..I don't know. I think I hit my head a bit in the van I forgot it was hurt."

"Alright I'll take a look at it once we've finished freshen up and have our dinner."

★★★★★

Kini Jay dan Beryl sedang duduk bersama di atas sebuah couch menghadap ke luar jendela setelah selesai makan malam. Dua cawan air panas terhidang di atas meja kecil di hadapan mereka.

Sebuah lampu kaki tinggi terletak di sebelah couch. Jay sedang mencuci luka dahi cik mudanya lalu menutupnya dengan gauze. Beryl pula menyelimuti tubuhnya dengan sehelai quilt kecil.

"Cik muda,kita harus memaklumkan kepada Tuan Ivan dan Puan Rosy tentang apa yang berlaku."

"Tapi Jay,mereka tentu akan risau. Saya tak nak mereka risau dan susahkan mereka. Lagipun sekarang, urusan bisnes mereka sangat penting."

"Mereka sayangkan cik muda lebih dari segalanya. Mereka tentu ingin tahu apa yang terjadi di sini meski mereka sibuk dan akan lebih menyukarkan keadaan jika kita tidak memberitahu hal yang berlaku."

Beryl kelihatan berfikir sejenak.

"Baiklah Jay. Rasanya mommy and daddy patut tahu. Tapi saya rasa tak mampu nak bagitau mereka."

"Tidak mengapa,cik muda. Saya yang akan memaklumkan mereka."

"Thanks,Jay." Senyuman lemah terukir di bibirnya.

Jay mengambil smartphone dari dalam poketnya. Belum pun sempat dia hendak mendail, telefonnya terlebih dahulu berdering nyaring. Terpampang nama 'Sir Ivan' pada nama pemanggil.

Matanya langsung melirik Beryl yang turut sama memandangnya. Pandangan Jay seolah-olah menghantar mesej bahawa itu adalah ayahnya lalu Beryl pun angguk lemah.

"Yes,Sir Ivan?"

"Jay, I've been trying to call Beryl today. Is she alright?"

"Well, sir. There's something I was about to tell you as well. It's about her."

"Why Jay? What's wrong?"

"Some guys tried to abduct her."

"What did you say,Jay?! My honey almost got kidnapped? Oh my goodness,my baby! Jay,is she alright?"

Terdengar suara panik Puan Rosy di hujung talian. Pasti mereka telah meletakkan telefon pada mode loud speaker.

"Yes, ma'am. She's here safe and sound, without a scratch."

"Thank goodness! Jay, please take extra care of her. I'm so worried right now."

"Yes, ma'am. I can assure you she's safe now."

"If that's the case Jay,maybe we'll come back after tomorrow. After we've finished our urgent meeting. In the meantime, I'm putting her in your hand."

"Yes,sir. I will,I promise."

"Thanks son. Take care."

Jay meletakkan telefon di atas meja.

Chapitre suivant