webnovel

Tahun Baru Ujian Baru.

Selesai sudah segalanya,kelihatan Ikmal memegang tangan Damien yang kelihatan sungul, diam lesu tidak bermaya, mereka berdua melangkah longlai menuju ke arah kereta Myvi jingga ke punyaan Lyn, yang sudah berada di dalam menunggu sambil memandang ke arah kedua kesayanganya itu.

Kerana ahli keluarga mereka tidak ramai maka majlis tahlil untuk malam tersebut akan di adakan di Masjid berdekatan sahaja.

Mereka semua sepakat berkumpul dirumah kepunyaan Jamal. Di dalam kereta Lyn dan Ikmal diam sahaja kerana masih tidak percaya dengan apa yang menimpa keluarga arwah Along mereka baru kelmarin bergurau senda makan saling bersuap dan ketawa gembira, hari ini semua sebaliknya.Tiba-tiba kesunyian itu hilang dengan suara Damien bertanya,

"Chu, Darish mana?",bertanyakan si kembar.Dengan spontan keduanya saling berpandangan untuk mencari jawapan untuk pertanyaan tersebut. Diam dan agak sukar untuk menjelaskan dan juga tidak tahu cara paling sesuai untuk memberikan jawapan pada pertanyaan Damien.

Mungkin kerana masih berada dalam keadaan shock kerana kehilangan serentak kesemua ahli keluarganya dalam kemalangan kereta ketika mereka pulang dari Genting itu maka Damien lupa akan Darish yang baru dikebumikan dalam satu liang lahad bersama ayah,ibu dan kak longnya. Kematian mereka akibat dari lori yang mengalami kerosakan break lalu terbabas dan turun laju merempuh pembahagi jalan dan merempuh kereta yang di pandu oleh ayahnya dari tepi terus terseret melanggar sebuah kereta lagi di kiri menyebabkan Jamal dan Jamilah cedera parah dan meninggal di tempat kejadian, Dalina tersepit dan mengalami pendarahan yang teruk dan meninggal dalam perjalanan ke hospital.Darish yang duduk di belakang Jamal cedera teruk dibahagian muka dan meninggal di tempat kejadian. Damien yang duduk ditengah-tengah terselamat cuma mengalami sedikit luka di tangan, dia masih bingung kerana ketika kejadian dia sedang tidur dan apabila terbangun dari tidur dia sudah berada di katil hospital sedang menerima rawatan. Mungkin kerana kesan ubat dia terlena semula dan setelah sedar dia lihat Lyn sudah berada di sebelah memegang tangan dengan mata yang merah menangis. Dia merasa sangat keliru dengan apa yang sedang terjadi.

Sangat terperanjat dan tidak percaya,mungkin juga dia tidak faham atau fikirannya dalam keadaan tidak dapat menerima kenyataan dan menidakan semua yang telah terjadi. Seteleh seketika berdiam diri Ikmal menjawap,"Damien, kena sabar ye sayang, chu dan mak nyah ada dengan Damien.Darish,ayah,ibu dan kak long dah pergi bersama ke syurga".

Damien menangis mendengar jawapan tersebut. Tersedu-sedu dia.

"Ya Allah, ampunkan la dosa-dosa kedua abang dan kakakku berserta kedua anak saudaraku, kau masukkan mereka ke syurga Firdaus bersama orang-orang beriman",doa Lyn di dalam hatinya.

Ramai yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir untuk arwah semua. Sahabat arwah, saudara dari keluarga Jamilah juga hadir. Kedua arwah mempunyai ahli keluarga yang tidak ramai Jamal tiga beradik, Jamilah pula anak tunggal. Tinggal la Damien untuk di uruskan oleh Lyn dan Ikmal kerana kedua orang tua Jamilah juga sudah agak berumur.

Dari dalam kereta mereka dapat melihat Suhana menunggu di rumah Jamal, dia tidak ikut ke kubur kerana uzur, dan juga bertindak sebagai penjaga rumah dan menerima tetamu, Di dapur Kak Ainon sibuk membuat air dan makanan untuk tetamu yang hadir, ada juga tetamu yang datang membawa makanan untuk waris dan tetamu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

*Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati*.

Chapitre suivant