Seminggu sudah berlalu sejak kematian Jamal.
Lyn memperolehi cuti ehsan dari syarikat selama tiga hari dan di sambung dua hari lagi untuk menguruskan persekolahan Damien.Buat sementara waktu Lyn dan Ikmal tinggal bersama Damien dirumah arwah Jamal. Segala urusan harta pusaka dan lain-lain semua diuruskan oleh Ikmal. Agak rumit kerana penama adalah diri arwah yang meninggal namun nasib masih menyebelahi mereka juga kerana arwah Jamal ada meninggalkan wasiat (harus diperbaharui setiap tahun dengan peguam) semasa hidupnya dan menamakan lkhmal sebagai pemegang amanah. Alhamdulillah syukur di permudahkan segalanya. Seharusnya tiap individual membuat wasiat atau menamakan pemegang amanah untuk setiap wang dan harta kerana jika tidak agak menyusahkan waris yang hidup. Semasa kematian Afiq dahulu telah menjadi contoh untuk mereka dan dengan kesedaran itu mereka telah lebih berwaspada pada keadaan tersebut.
Semua keadaan yang berubah 100% total dari sebelumnya, menjadi ibu express dengan anak yang mempunyai emosi yang terganggu tidak la mudah.
"Ikmal, Angah rasa mahu berenti kerja la, nak tumpukan perhatian pada Damien", Lyn memberikan cadangan pada Ikmal,matanya melihat Damien yang termenung di sofa memandang kosong TV yang terpasang.
"Angah boleh ke?, Angah pun emosi tu dah pulih ke 100% takut nanti depression cam masa arwah abang Ngah",Ikmal menolak cadangan Lyn kerana tahu si kakak pun baru sahaja sihat.
"Kamu ini Ikmal tak percaya Angah ke?",bulat mata Lyn memandang Ikmal .
"Bukan apa Angah, sementara Ikmal cuti ini apa kata kita slow-slow adjust life kita bertiga, jika memang perlu untuk Angah berenti kemudian baru kita bincang semula",malas bertekak Ikmal memberikan cadangan baru.
"Okay for this 2 month kita cuba dulu", Lyn mengalah sebab bila difikirkan semula ada betul juga bicara si adik.
Sementara itu di Damai Sutra, Tuan Arman agak gelisah kerinduan kerana Lyn sudah seminggu tidak bertemu,semasa mendengar khabar kematian abang Lyn dia pergi melawat sebentar namun tidak dapat berbicara lama kerana terlalu ramai tetamu pada hari itu.
"Sabar Arman, next week dia akan kembali berkerja",hatinya memberitahu akalnya agar bersabar.
Sangat pasti pada Arman yang dia sangat menyukai Lyn kerana untuk seminggu ini walau ada setiausha yang baru tapi nama yang sentiasa bermain di bibirnya nama si dia walau dia tahu si setiausaha bernama Suhaila. Nasib baik semua staff ingatkan dia telah terlalu sangat serasi dengan Lyn hingga tersasul begitu. Termenung dia memandang file di tangan. Serba tak kena untuk minggu ini untuk menunggu minggu hadapan untuk bersua kembali dengan si dia. Tiba-tiba hpnya bergetar dari dalam poket lalu di ambil dan terpapar di screen bahawa panggilan tersebut dari Ummi.
"Assalamulaikum Man,malam ini singgah rumah tau", sebaik di angkat tanpa sempat menjawap salam Ummi terus mengajak dia seolah-olah ianya lebih pada arahan. Arman tanpa banyak bicara mengiakan,dia berjanji akan terus ke rumah apabila selesai urusan kerjanya hari ini.