webnovel

Pinjaman

Senyap dan sunyi apartment Lyn tika ini,seisi rumah sudah beradu di bilik masing-masing. Notifications berbunyi bertalu-talu menandakan ada mesej masuk. Dengan mata yang masih terpejam tidak mahu celik namun pantas tangan kanan ku terus mengapai handphone, ku gagahkan untuk membuka mata untuk membaca mesej -pada siapa pun yang mesej, maaf aku mahu tidur! Dengan handphone masih dipegang namun Lyn kalah, dia terlelap semula menyambung tidur yang terganggu sebentar tadi.

"ANGAH,ANGAH", jerit Ikmal sambil tangannya mengetuk pintu Lyn berkali-kali cuba membangunkan si kakak yang lena tidur. Lyn memang susah untuk bangun jika tidurnya lena.

Sayu-sayu Lyn mendengar bunyi ketukan di pintu dan suara Ikmal yang memanggilnya. Dalam keadaan yang agak mamai dan rasa terganggu dia menuju ke arah pintu memutar tombol untuk membuka pintu dan kelihatan di depan dia kelihatan wajah si adik yang sungul seperti ada sesuatu terjadi. "Kenapa Ikmal,jam berapa ini?", ucapku sambil melihat jam dinding kelihatan jam menunjukkan waktu pada ketika itu tepat jam 0300pagi.Awal lagi kecemasan apa yang membuatkan Si adik mengetuk pintuku bertalu-talu?.Aku yang tadi mamai terus segar memandang tepat muka Ikmal meminta jawapan.

"Angah sabar tau!",Ikmal memulakan bicara.

Terasa terhenti sebentar dunia bila mana mendengar berita tersebut dari mulut Ikmal sendiri.

"Innalillah , sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati",ucapku spontan sambil tangan menyapu muka seakan tidak percaya. Airmata mula terbit dengan sendirinya.

"Hp ANGAH mana?".

"Sorry dik, Angah letak dalam silent mode sebab nak tidur lena hari ini".

Aku terus mencapai Hp dan melihat sebanyak 20 missed call dan sejumlah mesej terpapar pada screen hp tersebut.

Chapitre suivant