webnovel

Si Tua Penipu

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Dia pukul aku! Dia pukul aku!" lelaki itu menjerit sekuat hatinya sebaik sahaja dia dapat menangkap Zhang Yang. Zhang Yang hanya mampu mengeluh. Si tua penipu ni memang tidak tahu malu. Ada jarak satu meter antara Zhang Yang dan orang tua itu, tetapi dia boleh bergolek untuk menangkap betis Zhang Yang.

Zhang Yang tidak dapat menahan dirinya. "Orang tua, kau betul-betul nak buat macam ni?" Seseorang selicik dan sejahat orang tua itu tidak layak dilayan dengan penuh hormat. Si tua penipu itu terus mengulangi benda yang sama.

"Dia pukul aku! Dia pukul aku!"

Orang ramai mempunyai reaksi yang sama seperti Zhang Yang serta tidak mengasihani orang tua itu dan mula memarahinya.

"Ramai saksi di sini. Kau ingat kau boleh tipu orang macam ni?" Zhang Yang meluahkan kemarahannya. Sudah berapa ramai mangsa yang telah ditipu orang tua ni?

Si tua penipu itu akhirnya membalas, "Hm hm. Jadi?" Wajahnya menyerupai ular dan dua gigi depan emas dapat dilihat apabila dia membuka mulutnya. "Aku akan dapat perangkap kau! Kau ingat hakim akan percaya pada siapa? Orang ramai atau mangsa?"

Si tua ni memang berani buat kerja ni!

Zhang Yang mula naik berang. Dia terkenal dengan kemahiran bertarungnya yang dibentuk sejak kecil lagi dan terus diasah apabila dia memasuki universiti. Dia dapat merasakan pertarungan ini nanti tidak akan dapat dilupakan selama empat tahun. 

"Ayah! Apa yang terjadi ni?"

"Budak tak guna ni tolak aku!"

Dua lelaki kurus berusia 30 tahun tiba-tiba muncul, melutut di sebelah orang tua itu, dan menunjukkan tanda hormat seorang anak kepada orang tuanya. 

"Jahanam! Kau ke yang tolak ayah aku?!" Dua lelaki itu dengan pantas berdiri dan merenung tajam Zhang Yang. Zhang Yang tidak berbuat apa-apa dan hanya tertawa sinis. "Kau ni memang ada pandangan tajam. Kau cepat-cepat fikirkan yang orang tua ni ditolak bila kau nampak dia terbaring atas lantai. Kenapa kau tak cakap dia dipukul? Atau dia sendiri terjatuh dan tercedera?"

Kedua-dua mereka menjadi teragak-agak, tetapi salah seorang mereka menjerit, "Budak tak guna! Berani kau menjawab macam tu lepas kau tolak ayah aku! Baik kau bayar ganti rugi untuk bayaran perubatan atau kami akan saman kau atas cubaan membunuh! Kau akan dipenjara 8 hingga 10 tahun!"

Seseorang di kalangan orang ramai itu menyuarakan pendapat mereka, "Tuhan saja tahu dah berapa lama keluarga licik kau ni menipu orang ramai! Setiap hari kau menipu orang yang bertungkus-lumus bekerja! Kau tunggulah hukuman selepas mati nanti!"

"Diamlah! Kau nak ditikam?!" dan lelaki kurus itu mengeluarkan sebilah pisau yang bersinar dengan bilah tajamnya. Orang ramai ketakutan dan berundur dengan senyap.

"Haha!" Lelaki itu tertawa melihat ketakutan orang ramai. Dia kemudian menghayun pisau itu di depan Zhang Yang dan berkata, "Budak, bagi aku 100,000 dan kami akan lepaskan kau!"

"Aku nak balik dan main permainan video ni. Kau… kau halang jalan aku!" Raut wajah Zhang Yang berubah serius dan bengis.

"Apa? Main?" lelaki yang memegang pisau itu tertawa. Dia menepuk bahu rakannya dan berkata, "Bang, budak ni takut dengan kita! Dia ingatkan kita tengah bermain dengan dia!" Rakannya turut tertawa.

Lelaki tua yang masih di lantai itu mencelah, "Cepat bayar! Aku akan baring di sini sepanjang hari!"

"Kau dah dengar tu! Cepat bayar!"

"Hmph. Ambil penumbuk aku ni!" Zhang Yang menumbuk lelaki itu tepat pada mukanya. Kekuatannya memang mengagumkan. Tumbukan itu telah diasah selama 4 tahun dia di universiti dan ia bukan sesuatu yang hanya untuk menunjuk-nunjuk! Lelaki yang memegang pisau tadi terpelanting tiga meter jauhnya, terjatuh ke atas lantai dengan bunyi yang kuat, dan berdarah dari hidung dan mulutnya. Dia terus pengsan. 

Lelaki yang seorang lagi pula mula berang dan ketakutan. Ada sedikit ketakutan yang dapat dikesan dalam suaranya apabila dia memberi amaran kepada Zhang Yang, "Kau… berani kau! Pakcik aku… seorang… seorang polis! Dia akan t-tangkap kau d-dan p-penjarakan kau!"

Zhang Yang hanya tertawa. Dengan beberapa tumbukan lagi, dia mendominasi pertarungan itu dan lelaki itu juga akhirnya pengsan. Dia kemudian memandang ke bawah, merenung lelaki tua yang diseret dari tadi, dan tersenyum, "Berapa lama lagi kau nak peluk kaki aku?"

Lelaki tua itu terkejut! Dia dulu boleh menipu sesiapa sahaja apabila dua anaknya itu muncul dan menakut-nakutkan mangsa, tetapi hari ini, kelicikannya tidak menjadi!

"Hmm, maaf. Aku tersilap orang?"

Zhang Yang tertawa. "Tersilap?"

"Ya! A-aku tersilap!" kata orang tua itu sambil berundur. Zhang Yang mendekati dan menangkapnya. "Orang tua, hanya kerana kau tu tua, tak bermaksud yang yang kau tak perlu hormat orang lain. Aku nak kau ingat betul-betul pengajaran ni. Jangan berani menipu orang macam ni lagi!" Zhang Yang tidak melepaskan orang tua itu dan sebaliknya menumbuknya.

"Ahhh!" dia terpelanting ke belakang dan meludahkan darah berserta dua gigi emasnya.

"Ah! Gigi emas aku!" Lelaki tua itu cepat-cepat merangkak untuk mengutipnya.

Tiba-tiba, orang ramai bertepuk dan bersorak untuknya. Zhang Yang melihat sekeliling dan nampak ramai orang yang bertepuk dan bersorak "Tumbukan hebat!" Suasana riuh-rendah itu memberi jalan untuk 3 penipu itu melarikan diri seperti tikus ke dalam satu lorong. Semua orang bersorak untuknya. Tindakan dan tumbukan Zhang Yang membuatkan orang ramai di situ kagum dengannnya!

"Apa bising-bising ni! Apa yang terjadi?"

Satu suara terang dan jelas kedengaran. Seorang polis wanita muncul dari kalangan orang ramai itu. Dia kelihatan seperti berusia awal 20an dan sangat tinggi dengan ketinggian lebih kurang 170cm. Pakaian seragam yang dipakainya memberikan aura keberanian dan dia juga seorang yang cantik! Dia nampak seperti seseorang yang ditonton di skrin TV yang mempunyai aura dingin dan nampak mulia. Ini amat mengagumkan! 

Di bawah perawakannya, tersembunyi tubuh wanita yang mengiurkan! Dengan dada dan punggung yang mungil dan kaki yang panjang itu, dia sangat cantik sehingga mungkin ada orang yang berasa ia satu kerugian jika dia bukan seorang model fesyen!

Kalau bandar Zhou Su ada pertandingan ratu cantik buat anggota polis wanita, wanita ini pasti akan di kedudukan teratas! Malah, ada kemungkinan yang dia boleh menewaskan semua wanita di seluruh China!

Mata Zhang Yang merenung dadanya. Dia tidak menghalang dirinya dan terfikir yang semua lemak tambahannya terkumpul di situ! Sesiapa pun tidak akan dapat menahan diri mereka daripada merenung dada yang berbentuk dan bersaiz menarik itu!

"Ah! Polis!" Si tua penipu itu tiba-tiba muncul dan meraung seolah-olah dia terjumpa bapanya. "Dia pukul aku! Dia pukul aku!"

Polis wanita itu mendengar, mengalihkan pandangannya, dan merenung tajam Zhang Yang.

"Maaf, cik, anak muda ni tak bersalah. Semua ni salah orang tua ni dan anak-anaknya!" Orang ramai di situ mula bersuara dan cuba menerangkan jenayah mereka. Polis wanita itu menjadi berang selepas dia mendengar penjelasan orang ramai. Keningnya yang sebeum ini cantik berkerut-kerut. Dia menggenggam kedua-dua tangannya.

"Polis…" lelaki tua itu terus meraung, tetapi belum sempat dia menghabiskan ayatnya, polis wanita itu menendangnya. Gigi emas yang dikutipnya tadi jatuh sekali lagi.

Orang ramai terkedu seketika dan akhirnya bertepuk riang. Kewujudan anggota polis yang adil dan saksama seperti polis wanita ini sangat sukar disaksikan pada zaman ini!

Zhang Yang berasa yang ia sedikit lucu dan tertawa. Dia berpaling untuk meninggalkan kawasan itu.

"Berhenti!" polis wanita itu meluru ke depan dan menahannya. Raut wajahnya dingin.

"Eh?" Zhang Yang mengangkat keningnya kerana dia tidak faham dengan tindakannya.

Polis wanita itu menerangkan pandangannya tentang perkara ini dengan adil dan saksama, "Apa yang mereka buat memang salah, tapi apa yang kau buat juga salah! Bergaduh di khalayak ramai!"

"Biar betul?!" Zhang Yang cuba membidasnya. "Lelaki itu ada sebilah pisau tadi! Dia nak tikam aku dengan pisau tu! Aku cuba pertahankan diri sendiri, bukannya bergaduh!"

"Betul tu!" Orang ramai turut menerangkan bagi pihak Zhang Yang. Lagipun, orang jahat tidak layak menerima belas kasihan orang ramai.

Polis wanita yang dingin itu berfikir sejenak dan berkata, "Aku akan bagi kau peluang. Kalau kau boleh kalahkan aku, aku akan lepaskan kau! Kalau tak, kau kena ikut aku balik ke balai polis dan mengaku kesalahan kau!"

"Ini gurauan ke?" Walaupun Zhang Yang raja pergaduhan jalanan, dia tidak pernah bergaduh dengan pihak polis, inikan pula polis wanita.

"Aku tak pernah bergurau!" jawab polis wanita itu dengan dingin.

Zhang Yang menjawab dengan serius, "Baik, maaf kalau aku cederakan kau!"

"Hmph! Aku tak akan menahan diri aku!" Polis wanita itu terus berdiri dengan gaya sedia untuk bertarung. Dia mengangkang dan meletakkan kakinya kukuh ke tanah. Tangannya dihayun dengan gaya pergerakan Ying dengan tangan kirinya dan Yang dengan tangan kanannya yang menandakan niat mencederakan. 

Zhang Yang serta-merta berjaga-jaga kerana polis wanita ini memang tidak boleh dipandang rendah! Dia turut berdiri dengan gaya sedia untuk bertarung dan berkata, "Silakan!"

Seorang anggota polis dan seorang orang awam akan bertarung, dan polis itu pula seorang yang cantik. Situasi ini bukan sesuatu yang dapat dilihat setiap hari! Orang ramai mengerumuni kawasan itu sambil berundur dan membentuk bulatan untuk memberi ruang bagi pertarungan mereka berdua itu.

Anak-anak muda terus merenung dada polis wanita itu. Sekiranya buah dadanya melambung, hidung mereka pasti akan berdarah bila-bila masa! 

Polis wanita yang dingin itu tidak mempedulikan orang ramai dan memberi perhatian penuh pada Zhang Yang. Dia tiba-tiba menyerang ke depan, tetapi hanya terkena telinga kiri Zhang Yang. 'Lajunya gerakan dia!' fikir Zhang Yang. Kalaulah dia tidak bergerak sedikit tadi, dia mungkin sudah terkena teruk serangan itu.

Sebelum serangannya itu, Zhang Yang telah memandang rendah polis wanita itu. Dia tidak menyangka yang kebolehan polis wanita itu jauh daripada lemah! Zhang Yang mula kehilangan kuasa dalam pertarungan ini dengan serangan itu tadi!

Pa! Pa! Pa! Pa! Pa! Pa!

Selepas polis wanita itu mendapat kuasa dalam pertarungan mereka, dia tidak membuang masa dan terus menyerang dengan tumbukan bertubi-tubi! Serangan sepantas kilat itu membuatkan Zhang Yang tidak sempat untuk membalas serangannya!

Pantas! Tepat! Kuat!

"Huargh!" Wanita itu menggunakan serangan terakhir dengan memeluk pinggang Zhang Yang. Dia ingin menggunakan suplex! Jika pertarungan ini berterusan seperti ini, Zhang Yang pasti akan pengsan!

Zhang Yang mula cemas kerana dia perlu cepat pulang untuk membawa Si Salji dan pasukannya menyerang Sarang Marzerway! Mana mungkin dia melepaskan peluang itu!

Dia memanjangkan tangannya dan mencapai apa sahaja untuk memastikan dirinya tidak dicampak! Polis wanita itu ingin menggunakan kekuatan bahagian belakangnya untuk menterbalikkan Zhang Yang, tetapi dia tidak terfikir yang Zhang Yang akan mencapai buah dadanya!

Tong!

Satu bunyi kuat dapat didengar dan mereka berdua jatuh! Zhang Yang berada di atas sementara polis wanita itu berada di bawahnya!

"Ehh…" Orang ramai terpinga-pinga. Pertarungan itu seperti memihak kepada polis wanita itu, dan selepas beberapa tumbukan dikenakan, kaki polis wanita itu menjadi lemah dan dihimpit oleh Zhang Yang. Dia dapat merasakan apa yang yang dipegangnya itu selembut kapas dan anjal! Satu rasa yang indah! Zhang Yang memicitnya dengan yakin dan terdengar satu suara perlahan. Mana-mana lelaki boleh berasa sedikit tegang disebabkan keadaan itu!

"Lepaskan aku!" Suaranya penuh kemarahan. Dia mengetap giginya sambil memberi arahan itu.

Zhang Yang sedang dipegang oleh polis wanita itu. Dia memandang ke atas dan tidak dapat melihat ke bawah. Selepas dia menyedari keadaannya itu, dia terus tahu… Kedua-dua tangannya sedang memegang buah dada polis itu!

Chapitre suivant