webnovel

Mu Wuchen Termuntah Darah (1)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Tidak lama kemudian pelayan telah selesai memberikan semua orang secawan teh. Aroma yang segar langsung memenuhi kedai teh itu, sangat menyegarkan dan menyenangkan perasaan sehingga semua orang dalam kedai teh itu berasa tubuh mereka menjadi ringan.

Meskipun begitu, mereka masih lagi tidak percaya terhadap kesan Teh Rohani yang Yun Luofeng katakan tadi! Oleh itu, mereka tidak terlalu peduli dengan apa yang Yun Luofeng katakan itu dan berkelakuan biasa sahaja dengan teh itu. Malah ada sesetengah orang yang menunjukkan cemuhan yang jelas pada wajah mereka, hanya untuk mengambil hati Mu Wuchen.

"Yun Luofeng," Mu Wuchen menjeling Yun Luofeng dan tersenyum berpuas hati, "Jika kita bercakap mengenai kebolehan perubatan, saya akui kamu akan menang. Malangnya, saya tahu kemampuan Keluarga Yun, jadi kali ini, kamu tidak ada peluang untuk menang!"

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant