Sebaik sahaja Yun Luofeng selesai bercakap, satu suara terdengar dalam kedai teh itu.
"Cik Yun, kamu masih ada Teh Rohani ini? Saya hendak beli sepuluh gram."
"Untuk teh kelas tinggi seperti ini, sepuluh gram terlalu sedikit. Saya mahu sekilo!"
Kuasa Keluarga Mu sememangnya hebat, tetapi Teh Rohani ini mampu menyembuhkan penyakit, hingga penyakit kronik lama pun boleh disembuhkan! Jika seseorang itu amalkan minum Teh Rohani ini, mungkin mereka akan jadi kalis penyakit.
Berbanding dengan menyinggung Perdana Menteri Mu, mereka lebih takut untuk jatuh sakit. Tambahan lagi, dengan statusnya sekarang, Perdana Menteri Mu tidak akan meyusahkan mereka secara terang-terang. Jadi, mereka berani untuk berkata begitu di depan Mu Wuchen. Tetapi kata-kata mereka itu menjengkelkan orang tua kecil, yang sedang berdiri di hadapan Yun Luofeng dengan tangannya di pinggang dan menjeling orang-orang yang sedang teruja itu.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com