webnovel

Venoms

Seorang lepasan ijazah mula melihat kuasa yang baru itu untuk kegunaan kebaikan. Ramai kawan yang masih tidak mengetahui akan keadaannya setelah membeli gula-gula begitu likat yang disangka untuk dimamah. Namun gula-gula itu mula membuat dia badannya luar biasa. Walaupun rupa selepas bertukar tidak elok namun kuasa itu menyebabkan dia menjadi tumpuan orang ramai.

Leprychaun · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
7 Chs

Pembunuh Upahan

Arthur terlelap di sebelah meja makan utama. Ruang makan yang dahulunya penuh kini bertemankan cicak, lipas dan semut. Malam cepat berlalu untuk dia. Sebahagian laporan untuk untuk esok masih dipegang. Mungkin terlalu banyak membaca laporan dari seseorang membuatkan Arthur tertidur, atas kerusi. Kerusi itu memang digemari untuk Arthur membaca sebarang dokumen atau laporan. Kerusi yang dijahit dengan baldu dan kayu yang diukir bunga-bunga. Kerusi amat teliti cara rekaannya sesuai untuk orang memiliki citarasa yang tinggi. Esok mungkin akan pergi memburu. Semua kelengkapan telah diletakkan pada kenderaan beroda empat. Susan setelah melihat cara Arthur tidur mulalah dia ingin mengejutkan lelaki separuh itu. Baju masih belum disalin sejak dari petang tadi. Susan mula menguis bahu Arthur agar dapat dia tidur di biliknya sendiri. Cuaca begitu sejuk di luar. Tiba-tiba ada orang mengetuk.

"Kami ingin menghantar barang ke Encik Arthur. Bungkusan dari Birmingham."

Susan terkejut dengan ketukan itu dengan secara tiba-tiba Arthur bangun berdiri di depannya. Dia masih belum memahami bosnya dengan baik, banyak perlu dipelajari. Arthur arahkan Hammond untuk mengambil barang yang dihantar. Hammond yang berdiri di sebelah Arthur mula melangkah untuk pergi mengambil barang yang baru sampai. Arthur mahu ke bilik jubah yang berada sebelah ruang tamu. Bilik itu antara yang paling selalu digunakan. Mungkin ada berita tentang cara pembunuhan Murdock setelah menggunakan alatan canggih. Beberapa hari lepas isterinya datang sekadar menumpang rumah Arthur sambil menceritakan peribadi Murdock. Menurutnya suaminya tidak mengambil berat tentang dirinya dan kurang disenangi oleh rakan-rakan. Perkara dengan rakan-rakannya sentiasa disimpan agar tidak menyusahkan isterinya. Isterinya masih melihat pembunuhan Murdock satu misteri sama dengan pendapat Arthur. Seorang lelaki berlari ke arah hutan. Dia berlari dengan tergesa-gesa sambil melihat belakang sekali-sekala. Dia ingin menyembunyikan diri secepat mungkin. Dia berlari dari bangunan lama tempat pembunuhan Murdock, seperti dia melihat benda yang luar biasa. Baru ingin keluar ke jalan utama masih tidak pasti apa yang dilihatnya. Pada hemahnya tiada orang akan percaya dengan kata-katanya. Dia nampak ada sebuah kenderaan melalui jalan utama.