webnovel

Dikunci

Pada malam itu,Hua Rong mendapat mesej dari Qin Moyu.

'Sudah tidur?'dari layar telefonnya ia menunggu balasan dari Hua Rong.Hatinya tak tenteram apabila tidak mendapat sebarang balasan dari Hua Rong.

"Apa ia terlalu pendek."ucapnya matanya tidak beralih dari layar telefonnya.

baru sahaja ia ingin menaip tiba-tiba mendapat balasan mesej kembali.

'Aku baru mahu tidur'

'Maaf kalau ganggu,esok kamu ada waktu bertemu denganku.Ada hal penting.'

"Hal apa yang penting sangat sampai malam buta mengganggu orang berehat"

'Dimana dan waktu kita bertemu?'

'Ini aku hantar lokasi,pukul 6.Jangan terlambat.'

'Baiklah'

Setelah itu,Hua Rong pun menutup matanya kerana rasa mengantuk mulai menguasai dirinya dan akhirnya ia pun tertidur.

"Mama,lihat lukisanku.Disitu ada mama dan adik"

Ibunya terlihat tidak mendengarkannya ia pun meninggikan suaranya dengan lantang.

"Mama....!"

*plak*satu tamparan kuat mendarat di mukanya,ia merengis kesakitan.Sedangkan ibunya tersenyum sengihan padanya yang kesakitan.

"Itu padanya kalau ganggu waktu ma dengan adik,bising tahu tak.Pergi sana."arahnya tegas.

Hua Rong berasa hangat cahaya matahari dan akhirnya terbangun dari mimpi buruk.Ia melihat ibunya masih tidur nyenyak.

Saat ia membuka telefon ia terkejut apabila ada mesej dari kak Dan.

Pengurus/kak Dan.

'Hua Rong,pukul 8 a.m. nanti datang ke stadium.' 'Tolong ambil kotak putih,atas nama kakak lepas bawa ke ruangan akak.'

'Tolong yah.'

'Dan hari ni kamu ada syuting dengan grup Pengerusi Su Mian.'

'Nanti kakak hantar fail ke kamu tentang jadual hari ini.'

Hua Rong melihat waktu pada layar skrin dan terkejut ia cuma ada waktu 15 minit lagi sebelum pukul 8 a.m.

Ia pun dengan kalut keluar dari bilik sakit ibunya dan terus berlari menuruni tangga lari terus menuju ke bangunan tempat kerjanya.

Stadium yang dimaksudkan adalah bilik kosong yang ditukar menjadi stadium milik kak Dan,buat untuk menyimpan barang yang dibeli olehnya.

Hua Rong pun tiba dan mengecek pintu tersebut kunci,dan ia mengingati kak Dan selalu menyembunyi barang dekat dengan tempat terbuka yang tidak selalu orang lihat.

Didepan pintu cuma ada pasu pokok dan karpet tapi dari depan pintu terdapat kad yang tergantung,ia nipis seperti hanya kad ucapan biasa.Tapi apa yang pasti kuncinya berada disitu.

Hua Rong pun membuka dan mendapati kuncinya berada disitu dan ia pun dengan segera membuka pintu tersebut dan masuk.

Keadaan bilik yang gelap-gelita ia pun berjalan perlahan masuk ke dalam.Meraba dinding yang berdekatannya untuk membuka suis lampu.

Klak.

Pintu ditutup dan ia mendengar bunyi pintu dikunci dan diletakkan kunci mangga besar.

Apabila ia menggunakan kunci pintu tersebut,ia terlihat seperti tidak ingin membukanya.Hua Rong baru sadar kunci yang dipegangnya ada palsu.

Pintu ini sudah lama dan tidak betul untuk berfungsi jadi apabila kunci palsu diguna ia masih boleh dibuka namun kali kedua ia digunakan ia terus tidak berfungsi.

"Cis."Hua Rong hanya mampu terdiam di dalam itu.Ia berfikir kalau menjerit pun tidak berguna kerana lorong disitu adalah lorong yang tidak sering ada orang lalu kerana tempat yang terpencil.

Mengapa kak Dan lakukan begini padanya.

Pada saat Hua Rong membuka telefon ia melihat signal disitu tidak berfungsi.Dalam ruangan tertutup dan sejuk membuatkan Hua Rong berasa hampa.

"Sejuk..."tangannya berasa sejuk begitu juga dirinya.Menggeletar kesejukan.Ia pun mengambil satu sudut dan duduk bertinggung memeluk dirinya.

Pada waktu yang sama,Qin Moyu memandang kertas kerjanya dengan pandangan kosong. Ia pun mengeluh besar.Para pekerja tiba-tiba merasa takut,dengan kelakuan bos mereka yang tiba-tiba mengeluh.

"Um..bos,kenapa bos nampak macam ada masalah?"dengan pantas Qin Moyu menatapnya membuatkan tubuhnya menggeletik ketakutan.

Mengapa dia belum bermesej dengan aku lagi, aku merinduinya fikirnya.

Mengapa bos tidak melepaskan kita,sudah lama kita ditahan disini selama 30 minit yang lalu setelah meeting habis.

Apa sebenarnya bos sedang fikirkan?

Pada pekerjanya mulai berbicara tentangnya dan dia masih tidak melakukan apapun arahan.

"Uhum..bos mesyuarat sudah habis apa kita masih ada lagi meeting yang perlu diteruskan pada hari ini?"tanya Bian Jin,apabila pekerja bawahan miliknya terlihat depresi dengan moody bosnya itu.

"...tidak".satu kata baru keluar dari mulutnya dengan sangat perlahan.

"Bos,....bos!"kali ini ia meninggikan sedikit suaranya pada bosnya.Bosnya membulat matanya dengan sangat besar,ia memandang jam dinding dan terkejut melihat waktu berlalu dengan sangat pantas.

"Sudah habis,kamu boleh kembali ketempat kerja kamu semua.Bian Jin bantu aku sediakan kereta diluar.Aku ingin kesuatu tempat."Bian Jin mengangguk faham lalu berlalu pergi.

"Hua Rong,Hua Rong... nampaknya aku sudah gila."

30 minit kemudian ia pun tiba di depan bangunan tempat kerja Hua Rong,Flower Star Entertainment Industry.

"Bian Jin maklum kepada ketua mereka,aku ingin melawat seorang pekerja bernama Hua Rong dia pekerja disini."

Bian Jin pun menunduk faham lalu berjalan pergi menguruskan pekerjaannya sementara itu Qin Moyu duduk di sofa tempatnya untuk para tetamu yang menunggu disitu.

Kali ini ia datang bersama setiausaha dan bukan dengan bodyguardnya kerana kali terakhir ia melihat Hua Rong merasa terganggu dengan kehadiran mereka jadi ia menyuruh para orangnya menunggu di luar sejauh 10 meter.

Bian Jin datang kembali kepada Qin Moyu setelah memaklumkan kepada setiausaha ketua mereka.

"Bos,aku sudah memberitahu kepada mereka dan sekarang mereka sedang menghubungi Hua Rong,sebentar lagi ia akan datang."

Qin Moyu sudah berasa tidak selesa tiba-tiba. Dia sedar sekarang ini ia sudah menjadi perhatian kepada perempuan di tempat itu.

Bian Jin sedar akan hal itu,ia pun memanggil sekuriti untuk menghalau para perempuan yang tidak berhenti memandang Qin Moyu dengan rasa takjub.

"Bos,..apa anda baik-baik sahaja."Qin Moyu mengangguk kecil membuatkan hatinya berasa lega kerana setiap tindakan tidak sihat buat Qin Moyu harus ia memaklumkan kepada Nyonya Besar Qin.Kesihatannya adalah utama buat mereka kerana nyawa mereka cuma bergantung padanya.

"Dimana...dia..?"suara Qin Moyu yang tiba-tiba serak membuat Bian Jin sedikit melenting. Suara yang dimilikinya sangat menggoda saat ia mengerang.

Tidak apa yang aku cuba fikirkan ini,ini adalah bos aku,lagipun ia adalah lelaki.

"Kenapa dengan kamu bos"Bian Jin cepat-cepat sedar dan bertanyakan keadaan bosnya itu yang tiba-tiba bertingkah sangat aneh dari kebiasaannya.

Ditambah pula tiba-tiba ia diserang dengan tiba-tiba mengerang seperti seorang yang sedang melakukannya.

"Hua Rong..."panggilnya lagi.Kali ini suaranya sangat menggoda,ditambah dengan panggilan yang begitu....um.

Tapi kenapa Hua Rong.Bian Jin tertanya kerana Qin Moyu diserang keinginannya apabila ia lambat berjumpa dengannya.Apa ada yang berlaku diantara mereka berdua.

Ditambah lagi tangan kanannya yang patah dan mereka harus bekerja lebih oleh kerana ia sedang sakit.

Nyonya Besar Qin,sudah bertanya siapa yang melukainya tapi satu orang pun tidak berkata apa-apa pun.

__

Balik kemalam tadi.

Qin Moyu memilih untuk balik kerumah ibunya buat pada waktu itu,sementara ia mengawal pergerakan Hua Rong secara perlahan-lahan.

Pada waktu ia ingin masuk bilik,ibunya tiba-tiba menegurnya.

"Qin Moyu,kenapa dengan tangan kanan kamu?".Qin Moyu kemudian berpusing badan dan memandang ibunya yang berada di bawah balkoni.

"Ibu..."kali ini bertindak seperti budak 5 tahun yang merayu ibunya melepaskan dirinya. Namun ia tidak berkesan pada ibunya.

"Orang ibu beritahu ibu,yang kamu kena pukul sehingga patah tulang,apa ia betul."

"Ti..tidak ibu,aku cuma terlanggar dinding dan lepastu tanganku terus lebam biru,lepas dicek di hospital.Doktor berkata aku patah tangan dan harus pakai pembalut selama 3 minggu sekurang-kurangnya."

Ibunya terlihat memakan alasannya.

"Baiklah,tapi lepas ini kalau jadi apa-apa beritahu ibu."peringat dari ibunya.

Setelah itu ia pun kembali masuk ke biliknya dengan keluhan senang.

Kalau ikutkan ia ingin pulang ke rumahnya sendiri kalau bukan sebab Hua Rong pernah melawat ibunya.Ia tidak ingin berada disitu dari awal lagi.