webnovel

The New Demon King from Another World (Indonesia and Malaysia)

Dunia Atlas adalah dunia mempunyai kekuatan sihir. Suatu hari para pahlawan datang untuk mengalahkan raja iblis,mereka pun berjaya mengalahkan raja iblis tetapi butuh banyak pengorbanan dalam peperangan tersebut. Setelah para pahlawan dan pasukannya pulang,raja iblis muncul kembali. Raja iblis berniat untuk berehat untuk selamanya,ia pun memutuskan untuk pergi dari dunia ini dengan menukar jiwanya ke jiwa yang berada di dunia lain (dengan kata lain dunia modern,dunia kita sekarang iaitu bumi) Raja iblis pun bertukar jiwa dengan salah satu pelajar di Tokyo,pelajar itu sering dibuli dan dipukul oleh ibunya. Mereka berdua pun membagi ingatan antara satu sama lain dengan kata lain ingatan mereka menyatu. Raja iblis yang berada di Tokyo akan menjani hidup sebagai Kamui Ragashi dan pemuda yang berada di dunia Atlas akan menjalani hidup sebagai Raja iblis Camo Vaza. Apakah mereka berdua dapat mengubah hidup mereka masing-masing?

H_Sensei · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
67 Chs

Faren vs Urina

"Nampaknya kerajaan Quinterland akan melanjutkan ke sesi kedua,tetapi sebelum itu kita masih ada 6 kerajaan lagi."kata pengacara.

"Seterusnya,kita akan melihat pertarungan di antara kerajaan Faren dan kerajaan Urina!"

Semua penonton sangat bersemangat.

Kamui berjalan keluar dari bangunan turnamen ingin membeli sesuatu,ia berkata dalam hatinya "Kerajaan Quinterland ya...yang pecah masuk ke dalam istana saya,benar-benar...padahal yang layak mengambil harta istana saya ialah kerajaan Gabold,merekalah yang kalahkan raja iblis...ya meskipun saya masih ada di sini,saya mahu tahu apa yang terjadi selepas Sharry membunuh semua tentera pada waktu itu."

Beberapa saat Kamui memikir sambil berjalan.

"Biarlah..."kata Kamui lalu pergi membeli makanan yang diminta oleh Vivi,Elysia dan Haical.

Tiba-tiba ada yang teriak nama Kamui dari belakang,Kamui memutarkan badannya lalu terlihat Roselia mengejarnya.

"Cepat juga kamu jalan...apa semua ini berkat kekuatan raja iblis?"kata Roselia sambil kepenatan mengejar Kamui.

"Maaf,kenapa kamu ikut saya?"tanya Kamui kepadanya.

"Tidak boleh kah."Roselia merejuk.

"Ha...marilah."kata Kamui sambil tersenyum.

"Jom,mereka suruh kamu beli apa?"tanya Roselia.

"Roti,buah-buahan,minuman apa lagi.."jawab Kamui.

"Oh...padahal kamu raja iblis tapi disuruh-suruh."Roselia mengejeknya.

"Saya datang ke dunia ini bukan untuk memerintah,itu adalah tugas raja iblis yang dulu bukan sekarang."kata Kamui.

"Begitu pula?"Roselia memainkannya.

"Ya lah,asal ada kamu itu sudah cukup di sisi saya,tidak usah memerintah sana sini."kata Kamui.

Roselia pun langsung tersentuh dengan perkataannya.

Mereka pun sampai di kedai.

"Yo! bang pahlawan mau beli apa?"tanya penjual toko.

Kamui pun memberitahu apa yang ia ingin beli,Roselia menatapnya dengan serius.

Kamui menyedarinya "Ada apa?"

Roselia teringat kembali ketika mereka di bawah tanah.

"Nantilah."kata Roselia.

Mereka pun selesai membeli makanan.

"Terima kasih,datang lagi!"kata penjual toko tengan semangat.

Dalam perjalanan menujuh ke bangunan turnamen,Roselia menatapnya lagi.

"Kenapa kamu ini dari tadi?"tanya Kamui.

Roselia pun mulai serius.

"Kamu itu iblis apa manusia? saya baharu sahaja terfikir tentang pedang kuno itu,kenapa kamu boleh pegang pedang itu?"tanya Roselia.

"Oh...itu mungkin sebelum saya datang ke sini saya adalah manusia jadi mungkin jiwa manusia saya masih ada dalam tubuh ini,bukannya kamu sudah tahu?"jawab Kamui.

"Tahu,cuma saya mahu pastikan.Apa kamu mahukan pedang itu?"tanya Roselia.

"Tanpa itu saya sudah cukup kuat."jawab Kamui.

"Jadi untuk apa kita sertai ini turnamen?"tanya Roselia lagi.

"Saja."jawab Kamui tanpa berfikir.

"Oh...jadi kamu tidak tertarik sama sekali pedang itu?"tanya Roselia.

"Kalau mahu bilang saya tidak tertarik,itu salah..."jawab Kamui lalu ia berfikirkan tentang cahaya putih di ujung bila pedang kuno pada waktu itu.

Mereka berdua berada di dalam turnamen sambil berjalan pergi ke tempat duduk mereka.

Dalam perjalanan,mereka berdua bertemu dengan Ohpal.

"Pagi."Roselia mengapanya.

"Apa kamu baik-baik sahaja?"sambungnya lagi.

"Saya baik-baik sahaja tapi kawan-kawan saya tercedera."jawab Ohpal.

Ohpal melihat ke arah Kamui lalu ia melihat ke arah bahunya yang dilekatkan bendera Gabold.

"Apa kamu pahlawan?"tanya Ohpal.

"Ya."jawab Kamui.

"Kamu harus kalahkan si banjingan itu,saya tahu kamu lebih kuat daripadanya."kata Ohpal.

"Apa kamu berdendam dengan mereka?"tanya Kamui.

"Bukan pada mereka,tapi kerajaan mereka...mereka telah mengambil banyak hasil daripada kerajaan kita...mereka sama sekali tidak punya hati manusia."jawab Ohpal.

"Oh,boleh kamu terangkan lagi."kata Kamui ingin tahu.

"Kerajaan Balboa dulunya adalah tempat kaya dengan hasil bumi,pertanian dan lain-lain,tapi setelah kerajaan Quinterland datang untuk membuat diplomatik dengan negara kita.Mereka main kotor dalam urusan penjualan seperti pencurian perlombongan,ketika kita sudah tahu siapa dalang dari semua ini,kita tidak bolah buat apa-apa kerana kerajaan Quinterland merupakan kerajaan dengan jumlah tentera yang banyak,sedangkan kerajaan kita cuma kerajaan biasa dengan daerah yang kecil."jawab Ohpal.

"Begitu...saya boleh minta tolong ayah saya."kata Roselia.

"Ayah kamu?"Ohpal kebingungan.

Ohpal berfikir dalam beberapa saat.

"Kamu adalah anak dari Raja Royalty."Ohpal dengan terkejut.

"Ya itu saya."kata Roselia kepadanya.

Ohpal langsung memberikan hormat kepadanya.

"Terima kasih atas pertolongan kalian,ayah kamu telah banyak membantu kerajaan kami."kata Ohpal.

"Oh ternyata ayah sudah berkerja sama dengan kerajaan kamu."kata Roselia sedikit tenang.

"Ayah kamu telah memberikan bantuan kepada kita dari segi kewangan."kata Ohpal.

Kamui berkata dalam hatinya "Oh...ayahnya Roselia baik ternyata."

"Tapi itu tidak cukup...kerajaan Quinterland mengambil bantuan tersebut secara tertutup,jika kita melaporkan ini kepada kerajaan kamu,kerajaan saya akan berada dalam kekacauwan."kata Ohpal.

"Mereka mengancam kita agar tidak membuat laporan kepada negara kamu."sambungnya lagi.

"Lapor sahaja,kerajaan kita kuat."kata Roselia.

"Kerajaan kamu memang kuat,tapi kekita kerajaan kamu turun tangan,banyak kerajaan-kerajaan yang berkerja sama dengan Quinterland akan mengancam kerajaan kamu."kata Ohpal.

"Tapi.."Roselia ingin membantu.

"Dan di situ akan terjadinya perang dunia kerana kerajaan kita juga banyak hubungan dengan kerajaan lain."kata Kamui.

Roselia langsung terdiam.

"Jangan risau,ini semua akan berakhir di tangan saya."kata Kamui.

"Maksud kamu?"Ohpal tidak faham.

"Tunggu saja..."kata Kamui.

Kamui pun berjalan ke tempat duduk VIP.

"Kamui!"Roselia mengikutinya dari belakang.

"Apa maksud kamu?"tanya Roselia.

"Kerajaan Quinterland memang banyak kerajaan yang melindunginya,tapi mereka tidak boleh melawan pasukan raja iblis yang berjuta-juta."jawab Kamui dengan tersenyum lebar.

Reselia menghela nafasnya "Kamu ini..."

Mereka pun sampai.

"Sampai juga,kenapa lambat?"kata Vivi melihat mereka.

"Banyak hal yang terjadi."jawab Roselia.

"Mari-mari,pertandingan sudah mahu dimulai."kata Elysia dengan semangat.

Terlihat di dalam arena ada kerajaan Faren yang terlihat semua pelajarnya adalah gadis dengan ketinggian 150 cm dan rambut mereka seperti pelangi terlihat gadis berambut berwarna merah,kuning,biru,hijau dan ungu.

Telihat pelajar kerajaan Urina semuanya lelaki dan rambut semua warna hitam.

"Hah...budak-budak pula kita mahu lawan??"kata ketua daripada pasukan kerajaan Urina.

"Abang mari kita sama-sama kalahkan gadis kecil ini."kata salah satu lelaki.

Pengacara menyedarinya.

"Tampaknya kerajaan Urina punya peserta semuanya adik beradik!"

Gadis berambut merah maju ke hadapan.

"Nama saya Rely."kata gadis berambut merah.

"Saya pula Yely."kata gadis berambut kuning.

"Nama saya Buly."kata gadis bertambut biru.

"Saya pula Gely." "Saya Pully."

Haical yang minum langsung terseduk "Mereka juga adik beradik apa?!"

"Pertarungan antara adik beradik kerajaan Urina dan adik beradik kerajaan Faren..."kata Elysia.

Terlihat kerajaan Urina juga ingin memperkenalkan diri.

"Nama saya Ali,saya adalah ketua daripada pasukan ini."kata lelaki itu.

"Saya Cardy." "Saya pula Jack." "Saya Nagi."

Tiba-tiba muncul sosok bertubuh besar dengan ketinggian 3 meter maju ke hadapan.

"Nama saya ialah Bloody..."dengan suara yang kekar.

Pengacara ingin ketawa tapi ia menahannya.

"Tapaknya ke semua telah memperkenalkan nama masing-masing,tanpa membuang masa mari kita mulakan pertandingan ini!!"

Semua penonton sangat bersemangat.

Semua peserta sudah berada di posisi masing-masing.

"Mula!!"kata pengacara dengan kuat.

Kelima gadis tersebut mengeluarkan senjata mirip minigun tetapi berbentuk lumba-lumba manakala para lelaki membawa senjata mirip RPG atau roket launcher.

Kamui langsung terkejut.

Para gadis menembak mengeluarkan peluruh sihir ke arah para lelaki,para lelaki menghindari dari peluruh sihir tersebut.

Para lelaki langsung menyerang balik dengan menggunakan RPG,mereka semua menembak dengan serentak.

Peluruh tersebut mengenai tanah di dekat para gadis yang membuat letupan yang kuat hingga asap menutupi arena dengan suara tembakan di mana-mana.

"Apaan ini..."kata Kamui melihat pertarungan tersebut.

Bloody dengan laju membuang senjatanya lalu mengeluarkan hammer yang besar entah dari mana menujuh ke para gadis tersebut.

"Yely hati-hati!"kata Rely melihat Bloody berada di belakang Yely.

Bloody langsung ingin menghentam Yely menggunakan hammernya,Yely menghindar.Hammer tersebut menghentam tanah dengan kuat yang membuat semua asap langsung hilang.

Semua lelaki membuang senjata RPG mereka lalu mengeluarkan hammer besar yang muncul dari tangan mereka.

"Mari kita serius..."kata Ali.

Ali membuang hammer ke arah pada gadis itu,hammer yang dibaling terlihat memutar-mutur.

"Semua menghindar!"kata Rely dengan kuat.

Hammer tersebut mengenai tanah yang membuat letupan yang sangat besar.

"Apa?!"Pully terkejut melihat letupan tersebut.

Semua adik beradik lelaki maju ke hadapan.

"Buly air!"kata Rely dengan kuat.

Buly mengeluarkan sihir air pelindung yang sangat besar,Jack ingin menembusi air tersebut tetapi air tersebut sangat deras turun ke bawah yang membuat Jack tersangkut di tanah di mana air deras itu terus mengenai belakangnya Jack yang membuatnya susah untuk berdiri.

"Jack!"kata Ali dengan kuat.

Ali mengarahkan tangannya ke arah hammer yang ia buang itu di mana berada di dekat para gadis

Hammer tersebut berpusing di tanah lalu terbang ke arah Buly.

Pully mengeluarkan sihir graviti yang membuat hammer tersebut jatuh ke tanah dan tidak bisa terbang kerana daya graviti yang kuat.

Yely berlari dengan sangat laju menembusi air yang deras itu lalu ke arahnya Ali.

Cardy datang ke arah Yely tetapi Yely dengan laju menumbuk mukanya Cardy hingga terbuang ke depan.

Ali ingin lari tetapi Gely mengeluarkan sihir tumbuhan dari bawahnya Ali,tumbuhan tersebut mengikatnya kakinya yang membuatnya tidak dapat bergerak.Ali melihat Yely di depannya,Yely langsung menumbuk dagunya ke atas yang membuat Ali terbuang ke atas hingga mengenai pelindung arena yang berada di atas.

Nagi melihat Ali.

"Abang!!"kata Nagi dengan kuat tetapi kakinya diikat oleh sihir tumbuhannya Gely.

Yely langsung menendang ke perutnya Nagi hingga membuatnya kentut dan pengsan.

"Bau.."kata Yely mencium kentutnya Nagi.

Bloody muncul di belakangnya Yely.Gely langsung menggunakan sihir tumbuhan mengikat kakinya tetapi Bloody dengan kuat memutuskan tali tersebut lalu menumbuk Yely dengan kuat.

"Yely!!"kata Redy kuat.

Gely sangat marah,ia menggunakan sihir tanaman mengikat keseluruhan badannya Bloody manakala Pully menggunakan sihir graviti untuk menekan Bloody ke bawah tanah.

Bloody susah untuk bergerak kerana ikatan tumbuhan yang sangat kuat beserta dengan daya graviti,Buly menghilangkan sihir air pelindungnya.

Rely mengeluarkan sihir api tingkat tinggi sebesar 4 meter ke arah Bloody,sihir api tersebut mengenai Bloody hingga membuat Bloody terbakar.

Bloody pengsan kehagusan.

Rely berlari ke arah Yely yang terbaring.

"Yely!"kata Rely dengan kuat.

Telihat Jack ingin berdiri,Gely melihatnya lalu mengikat badannya menggunakan sihir tanaman.

"Ki..ta menang.."Yely mengankat tangannya.

Semua penonton terkejut melihat kekuatan para gadis itu.

"Pemenang adalah kerajaan Faren!!!!!"