Hanya dengan begitu sahaja, Qi Long dan yang lain-lain bersemangat tinggi untuk mengambil ujian Akademi Ketenteraan Lelaki Pertama. Sementara itu, Ling Lan pergi ke pusat permohonan untuk sekolah yang telah dipilihnya. Tak ada orang lain di situ. Tak ramai pelajar Pusat Akademi Pengakap yang akan memilih untuk memohon ke kolej-kolej di situ.
Di sinilah terletaknya semua kolej komuniti dan kolej vokasional yang mundur. Permohonan ke institusi-institusi ini semuanya diproses oleh satu A.I sahaja. Sebenarnya, pihak Pusat Akademi Pengakap langsung tidak mahu pelajar-pelajar mereka memohon ke sekolah-sekolah ini. Kalau tidak kerana peraturan Persekutuan tentang keadilan dan peluang sama rata, pasti pihak Pusat Akademi Pengakap sudah menghalau sekolah-sekolah ini daripada pusat ujiannya tanpa memberikan peluang kepada sekolah-sekolah berkenaan.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com