webnovel

Cari Peluang untuk Meterai Hubungan Ini

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas tidur yang lama, Lin Qian akhirnya terjaga pada jam 11.30 malam. Sebaik sahaja dia membuka matanya, dia ternampak Li Jin. Mulanya, dia sedikit terkejut. Tetapi, dia segera bertenang.

"Qian Qian…"

"Apa yang penting kamu okey." Lin Qian berkata dengan suara serak ketika dia memandang Li Jin. "Saya nak tidur lama sikit."

Li Jin menghulurkan tangannya dan memegang tangan kanan Lin Qian sambil cuba bercakap selembut mungkin. "Tidurlah. Saya akan ada di sini."

Lin Qian menutup matanya dengan lembut. Namun, seketika kemudian, matanya tiba-tiba terbuka semula. "Saya tak bermimpi, kan?"

"Mestilah tak." Li Jin berkata sambil memegang tangannya dengan kemas. "Salah saya sebab lewat lagi."

"Kamu tak perlu cakap benda tak guna begini. Saya tahu kamu tak ada pilihan. Kamu patut telefon mak ayah kamu. Mereka betul-betul bimbang pasal kamu." Selepas bercakap, Lin Qian menutup matanya. Kali ini, dia akan mendapatkan rehat sepanjang malam.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com