webnovel

Bab 3

Mereka semua duduk diam di tempat masing-masing, tatkala kereta kabel mereka perlahan-lahan bergerak mengikut laluan. Kemudian, Sarah memecah hening.

"Apa kita nak buat?" tanya Sarah.

Muaz melihat dia sambil berkata, "Apa yang kita boleh buat?"

Kamal bersandar ke belakang. "Betul tu, apa yang kita boleh buat pun dalam kereta kabel ni, tempat sempit, tingkap tak boleh buka. Jadi kita duduk diam-diam je lah. Mungkin kita fikirkan macam mana kita nak keluar dari sini."

Mereka semua kembali terdiam. Masing-masing membuat kerja sendiri, menunggu nasib mereka yang akan datang.

1 jam berlalu, kesemuanya tidur di tempat duduk mereka, kecuali Muaz yang masih berjaga, memerhatikan matahari terbenam perlahan-lahan di ufuk.

Kemudian,

"Korang! Korang! Bangun!" kata Muaz.

Kamal, dan Fahmi bangun dari tidur mereka, diikuti dengan Sarah dan Nadia.

"Ada apa, Muaz?" kata Kamal, masih lagi mengantuk.

Muaz menuding ke luar tingkap, sebuah stesen kereta kabel. "Tu, ada stesen!"

Mereka semua menjadi teruja melihat stesen itu, tetapi keterujaan mereka tidak lama, apabila mereka menyedari bahawa ianya hanyalah stesen yang terbiar. Kereta kabel mereka berhenti di stesen tersebut, dan pintu kereta kabel mereka terbuka.

Mereka cuba memahami apa yang terjadi, dan Muaz memecahkan kekeliruan "Alright, aku rasa mari kita tengok apa yang ada di stesen ini."

"Rasanya, aku dengan Muaz akan tengok sebelah kiri, Sarah dengan Nadia tengok sebelah kanan. Kamal jaga kereta kabel. Biarkan ic korang kat dalam kereta kabel. Kalau tetiba apa-apa terjadi." kata Fahmi.

"Kenapa aku kena duduk sini?!" kata Kamal, memberontak.

"Kau nak masuk ke?" tanya Muaz.

Kamal terdiam sebentar, sebelum dia menggelengkan kepalanya, mengatakan dia tidak mahu.

"Jadi, mari kita tengok apa yang kita boleh jumpa kat sini, kita kumpulkan dekat sini" kata Muaz.

"Aku ada soalan, kenapa kita tak duduk dekat stesen ni daripada kita terus duduk dalam kereta kabel yang sempit ni?" tanya Nadia.

"Dengan kereta kabel kita masuk, mesti dengan kereta kabel kita keluar." kata Muaz.

"Ouh, faham" kata Sarah.

"Ok, jom tengok apa kita boleh jumpa." kata Muaz.

Mereka berpecah dan pergi ke tempat yang diarahkan. Kamal menunggu di kereta kabel berseorangan.

"Jadi, macam mana kau fikir pasal tadi tu" kata Fahmi, sambil memerhatikan sekeliling.

"Ouh, yang tadi tu, aku terfikir pasal satu cerita sebenarnya. Tapi rasanya tak perlu tahu kot." kata Muaz.

"Asal nak berahsia?" tanya Fahmi.

"Tak dapat sponsor" balas Muaz.

Mata mereka terkunci kepada beberapa mesin layan diri di hadapan mereka.

"Kau rasa apa yang aku rasa?" tanya Muaz.

"Jom" kata Fahmi sambil tersenyum.

Muaz mengambil pemadam api dan cuba memecahkan cermin mesin layan diri itu, tapi tidak berjaya.

"Ke tepi" kata Fahmi sambil menolak Muaz ke tepi dengan lembut, sebelum dia menghampiri mesin itu dan membukanya menggunakan pemutar skru.

"Nice" kata Muaz sebelum dia mengambil beberapa bungkus makanan ringan, mi segera dalam cawan, dan air minuman.

Fahmi juga turut mengikuti Muaz mengumpulkan makanan itu. Mereka membawa makanan-makanan tersebut dan berjumpa dengan Kamal di kereta kabel.

Di kereta kabel, Kamal menunggu mereka dengan rasa risau. Kemudian kehadiran Fahmi dengan Muaz berserta kotak yang dipenuhi makanan mengurangkan kerisauan dia.

"Kalau risau pun, asal sampai tunjuk riak muka risau kau" kata Muaz dengan nada mengusik.

"Bukan apa, tapi..." kata Kamal.

"Eh, ni. Kitaorang jumpa makanan sikit." kata Fahmi sambil menyusunkan kotak makanan yang dibawanya di dalam kereta kabel. Kemudian, dia terlihat selaras senapang pump gun di atas tempat duduk.

"Asal ada senapang kat sini?" tanya Fahmi dengan rasa risau.

"Aku tak habis cakap, kau dah potong dulu. Tadi aku terjumpa senapang ni, pastu aku terfikirlah, takut raksasa tadi datang balik ke sini" kata Kamal.

"Betul juga kan" kata Muaz.

Kamal dan Fahmi duduk di dalam kereta kabel, manakala Muaz menunggu di luar, menanti Sarah dan Nadia. Selang beberapa minit kemudian, mereka berdua muncul dengan tangan kosong, dan tercedera sedikit. Mereka kelihatan cemas.

"Korang! Masuk cepat!" jerit Nadia.

Muaz kelihatan keliru dengan situasi, tetapi dia masuk ke dalam kereta kabel dan menyediakan ruang untuk mereka.

Tiba-tiba, beberapa kelibat muncul di belakang Nadia dan Sarah yang sedang berlari ke arah kereta kabel. Muaz, Kamal dan Fahmi terkejut melihat kelibat berupa raksasa itu mengejar rakan mereka. Lantas Kamal mengambil senapang pump gun dan menembak salah satu daripada raksasa-raksasa itu.

"Cepat korang!" kata Kamal, yang berdiri di luar kereta kabel.

Kereta kabel mereka mula bergerak perlahan-lahan, memaksa Sarah dan Nadia untuk berlari laju lagi. Kamal melindungi mereka dengan menembak raksasa-raksasa di belakang mereka.

Akhirnya, mereka berjaya masuk ke dalam kereta kabel tersebut, diikuti dengan Kamal yang nyaris jatuh ke bawah.

Mereka bertiga kepenatan selepas menghadapi detik-detik mencemaskan itu.

"Tahan sikit ya" kata Muaz sambil mengetatkan ikatan di luka tangan Nadia.

"Ouch, longgarkan sikit!" kata Nadia, mengerang kesakitan.

"Apa jadi sebenarnya?" kata Kamal.

"Kau masih boleh tanya macam tu lepas kau tembak ke arah kitaorang?! Kau senanglah duk diam je dekat kereta kabel, tak buat kerja! Pastu kitaorang pulak yang sengsara!" kata Sarah dengan rasa tak puas hati.

"Sama-sama." kata Kamal sambil mencebik.

Fahmi sekadar tersenyum dengan lembut melihat junior nya dimarahi oleh Sarah.

"Jadi apa jadi sebenarnya?" kata Fahmi.

"Kitaorang tengah tengok-tengok sekeliling, dan waktu kitaorang masuk dalam satu bilik ni, kitaorang kena serang dengan benda tu lah. Pastu kitaorang kelam kabutlah lari keluar ke sini." kata Sarah.

"Nasib Kamal tembak diaorang, kalau tak kitaorang mungkin dah kena tangkap dan mungkin kena makan." sambungnya lagi dengan nada perlahan.

"Jadi, kalau kita ikutkan dekat peta laluan kereta kabel Genting Highlands, tadi tu sepatutnya stesen Kuil Chen Swee kan? Maksudnya kita menghala ke stesen yang terakhir?" tanya Muaz.

"Tak, tu bukan stesen Kuil Chen Swee." kata Nadia sambil menyeluk sakunya, mengeluarkan sesuatu.

"Saya ada jumpa peta laluan ni. Cuba korang tengok ni" kata Nadia sambil menunjukkan peta tersebut.

"Biar betul, kita dekat gunung mana ni, banyak betul stesen dia!" kata Kamal.

"Berdasarkan skala, rasanya panjang laluan ni adalah 1543 kilometer" kata Muaz.

"Dan kita bergerak dengan kelajuan sekitar 15 kilometer per jam kan?" kata Nadia.

"Jadi, 1543 bahagi dengan 15, sepatutnya jawapan dia adalah sekitar 102.87 lah kan?" kata Kamal.

"Jadi, sepatutnya, dalam 102 jam, 52 minit, 1 saat lah kan? Which is 4 hari, 6 jam, 52 minit dan 1 saatlah ya?" kata Sarah.

"Tapi tadi berapa minit kita berhenti kat stesen tadi?" tanya Fahmi.

"Dalam setengah jam." balas Muaz.

Fahmi mula mengira jumlah stesen yang akan mereka lalui dalam perjalanan di peta itu

"Ada lebih kurang 120 stesen, jadi akan ada tambahan masa lebih kurang 3600 minit, iaitu 60 jam, kalau ditukarkan, maknanya, 2 hari dan 12 jam." kata Fahmi.

"So, 4 hari, 6 jam, 52 minit dan 1 saat tambah dengan 2 hari dan 12 jam, jawapan dia adalah 6 hari, 18 jam, 52 minit dan 1 saat." kata Nadia.

"Lamalah kita berumah dalam kereta kabel ni." kata Sarah.

"Next station kita akan cari medkit untuk korang punya luka tu. Kitaorang akan pergi cari, korang duduk dekat sini." kata Fahmi.

"Tapi kalau ada raksasa itu serang kereta kabel macam mana?" kata Nadia.

"Betul juga kan?" kata Kamal.

"Mungkin kita boleh cari selaras senapang kat situ, pastu Fahmi akan pergi dekat korang" kata Muaz.

"Boleh je, harapnya kita jumpa medkit tu dengan cepat" kata Fahmi.

Akhirnya, berjaya improve sedikit kasi lagi panjang. Seperti biasa, kalau ada yang kurang, jangan malu untuk katakan.

Spy_030creators' thoughts