webnovel

Spreader Of Joy

Ia dikisahkan dalam sebuah kehidupan yang penuh dugaan yang harus dihadapi oleh seorang gadis semuda Revi Brilliant. Dalam dunia fantasi yang dibawakan oleh penulis untuk memukau hati Dan minda para pembaca. selamat membaca

Nellafantasia5330 · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
16 Chs

chapter 11

Coffee n Tea Hard Rock cafe, tuan kedai adalah Robert Davince. Orangnya santai aje, hanya membiarkan para pekerja melakukan tugasan masing-masing. Selama ini, aku tidak pernah bekerja dimana-mana tempat. Jadi, aku tak tahu kalau boss besar yang ada diluar sana, adakah sama seperti tuan kedai yang sorang ni? Datang ke cafe dengan pakaian yang berjenama dan cermin mata gelap sentiasa melekat pada batang hidung mancungnya itu. Aku pula seorang pekerja yang baru ditugaskan sebagai 'cleaner'. Tugas pembersihan... iaitu mengemop lantai, mengutip dan membasuh pinggan mangkuk yang digunakan oleh pelanggan. Dengan penuh kesabaran dan ketekunan aku menjalankan tugas sepanjang hari.

"Buat kerja dengan baik... saya tak suka ada customer komplen macam-macam nanti. Kalau tidak, hukuman setimpal bakal menanti awak, Brielle." Tegur Robert semasa melawat aku yang tengah mengambil masa rehat.

Walaupun terasa sedikit tercabar dengan kata-katanya itu, aku tidak boleh membantah sama sekali. Pasal apa? Kan dia boss... nak kena hukum, ke? Silap sikit dia suruh berjoging seratus kali pula nanti. Itu bukan mengundang maut ke namanya?

"Baik, saya faham... Boss!"

"Bagus... simpan baik-baik dalam kepala tu."

"Iya."

Dia memandang ke arahku dengan sorotan mata disebalik kaca mata yang gelap itu. Aku tak boleh nampak bebola matanya... apasal pula nak tengok aku sampai macam itu sekali?

"Sejak dari mula, saya belum pernah nampak senyuman awak. Berbual dengan orang lain pun tiada. Awak ni seorang antisosial, ke?"

Macam tak boleh percaya pula yang dia ni bertanyakan hal sedemikian. Bukankah aku sibuk menjalankan setiap tugasan dan begitu juga dengan mereka yang lain? Tidak mempunyai waktu yang sesuai untuk berkomunikasi...

"Saya tidak pandai bergaul." Jawabku akhirnya.

"Patutlah... mesti sejak kecil awak biasa dikongkong oleh ibu bapa awak, kan? Tapi saya perhatikan awak kerja tadi macam dah biasa buat semua kerja tu."

Terbiasa sejak papa dan mama sudah tiada yang sepatutnya memberikanku sokongan untuk menjadi seorang yang berjaya. Semua itu aku belajar sendiri melakukannya sewaktu tinggal menumpang kat rumah Auntie Allyn sekeluarga. Aku membantu Mak Tipah yang merupakan pembantu rumah mereka, biarpun Mak Tipah selalu menghalangku melakukan kerjanya. Akan tetapi, begitulah aku menjalani kehidupan sebagai seorang penumpang.

"Iya, memang saya dah biasa buat kerja begitu."

"Eloklah tu... Tak perlulah saya nak risaukan awak sangat. Baiklah, awak sambung kerja nanti."

Aku menganggukkan kepala kepada Robert sambil tanpa sengaja bibirku mengukir sebuah senyuman. Tidak kuduga akan melemparkan senyuman kepadanya pula... alamak? Wahai Revi, apa yang awak fikirkan pula ni? Robert terpaku melihatku, aduhai kenapa dia nak tenung wajahku begitu sekali?

"Your smile... err... mustahil! Begitulah... cantik senyuman awak."

Dengan percuma dia memuji senyumanku pula? Dahlah, jangan nak melebih nanti kang ada yang terlalu kembang dipuji... Robert berlalu pergi sambil menggaru-garu kepalanya... kenapa agaknya? Adakah disebabkan senyumanku sebentar tadi telah memukau hatinya? Tak mungkin lah! Perasaan awak je tu, Revi. Lebih baik... abaikan, sebelum ia menjalar menjadi satu perasaan yang pelik.

Bangun dari tidur... apa perkara pertama yang anda lakukan? Buka mata, kan? Haha... dengar Revi merepek dalam sini. Beginilah semangat yang Revi cuba tanamkan dalam dirinya. Buang segala kesedihan semalam dan menghadapi kehidupan dalam setiap lembaran yang baru. Aku cumalah seorang insan biasa namun mempunyai satu semangat juang yang tinggi. Sama seperti angin yang bertiup mendambakan sebuah pengembaraan... menghalang laluanku dan aku akan menerbangkan anda pergi. Ciaciacia.. merepek lagi (terjebak sama tu game).. Bagi diri ini yang sentiasa patuh kepada arahan, sebelum aku melangkah keluar dari ruangan bilik mesti pastikan tempat tidurku kemas terlebih dahulu. Apa yang pernah dinasihati oleh Robert kepadaku masih segar dalam ingatan ini. Satu tugasan yang pertama sudahpun selesai jadi aku tidak perlu gentar untuk mengharungi yang lebih mencabar lagi... dengan jiwa dan raga, aku sudah bersedia sepenuhnya! Memulakan hari dengan melakukan satu rutin di setiap awal pagi iaitu berjoging. Selama beberapa hari ini, kakiku terasa ringan tidak keletihan malah menyebabkan aku lebih bertenaga melakukan pekerjaan sepanjang hari. Itu merupakan satu perubahan yang positif dapat kurasakan sendiri. Bagaimana aku merasakan seakan-akan mempunyai satu dorongan kuasa yang membimbing diri ini? Sepenuh hati, ditambah lagi dengan kepercayaan kepada kemampuan diri, tidak ada yang boleh menghalang anda supaya dapat bekerja dengan tenang. Aku sudah melalui sehari yang penuh dengan kesibukan dek kerana terlalu ramai pelanggan yang bertandang ke cafe. Pada mulanya nampak begitu ramai membuatkan dadaku berasa sesak namun apabila sudah namanya kerja maka aku kena melawan perasaan itu. Ya Tuhan, kuatkanlah yang lemah! Mereka yang lain juga kelihatan seperti biasa, mungkin keadaan ini hanya perkara remeh kepada mereka. Aku kan pertama kali bekerja di tempat sebegini. Jadi, kejutan budaya itu harus ada... dalam fikiran sempat memujuk hati yang gentar, 'saya boleh lakukan ini... mereka boleh nampak tenang aje jadi saya juga boleh!'

Kesungguhan yang begitu luar biasa! Sangat-sangat gila kerana aku sendiri juga tidak dapat mempercayainya... bahawa aku telah mula berjinak dalam menyebarkan senyuman. Aku berasa senang melayan pelanggan yang ramah dan sangat murah memberikanku sebuah senyuman. Betapa indahnya perasaan itu disamping ia dapat mengurangkan kepenatan yang membebani diriku. Iya, tugasanku sudah beralih sebagai seorang pelayan... di mana mengambil dan menghantar order itu merupakan tugasku. Robert memang betul-betul ingin mengubah diri ini... kini, hanya tinggal sepuluh hari saja lagi untuk menanti kedatangan Hayley Bright. Debaran di dada kembali menghantuiku...

"Brielle, awak dah salah hantar pesanan! Sepatutnya meja enam yang awak hantar tadi bukannya meja sembilan."

Silap! Aku telah melakukan kesilapan! Habislah aku pada kali ini...

"Err... Jadi macam mana sekarang?" Kabur kepala otakku apabila disahkan membuat kesalahan.

Apabila anda sudah terlalu yakin tidak akan silap dalam kerja namun kelalaian tidak dapat dielakkan. Hal itu kerana tidak ada seorang manusia yang tidak melakukan kesilapan. Ambil ia dari sudut positif, Tuhan sedang menguji tahap keyakinan dan semangat dalam diri ini.

"Kena buat semula jadi pelanggan diharap dapat tunggu." Kata Rosie kepadaku.

Dapat ke pelanggan itu menunggu? Itulah persoalanku, disebabkan mereka datang ke sini dengan perut yang kosong dan kelelaparan... dapat ke mereka menunggu? Harap-harap tidak berubah menjadi 'singa lapar'.

"Dah tiga puluh minit saya tunggu, mana makanan saya?!"

Aku dan Rosie segera mengerling kepada suara itu. Seorang lelaki berusia dalam lingkungan lima puluh-an sedang berdiri di kaunter tempat pesanan yang sudah siap dihidangkan. Dia merupakan pelanggan dari meja enam. Erm, singa kelaparan... habislah aku kali ini.

"Brielle!!" Chef Jaysther memanggilku.

Gulp... aku menelan liur sebelum mengatur langkah ke arah mereka.

"Bukan ke pesanan meja 6 dah hantar tadi?" Soal Chef Jaysther, serius.

Menggeletar seluruh tubuhku saat ini.. tapi, memang ia adalah salahku sendiri.

"Saya salah hantar, Chef"

"Bodoh lah awak ni! Tak reti tengok nombor meja, ke?!" Herdik Chef Jaysther dengan begitu tinggi nada suaranya.

Sehingga menyebabkan terjongket bahuku gara-gara terkejut diherdiknya begitu lantang dan kasar. Berbanding si lembab, digelar sebagai si bodoh lebih menyakitkan hati ini... terasa diri ini menjadi kerdil atas kebodohan sendiri. Mereka yang berada di dalam cafe ini juga segera menyaksikan babak aku dimarahi oleh Chef Jaysther. Aku juga dapat merasakan kedua belah pipi menebal menahan malu, sangat-sangat malu. Buat pertama kali aku diperlakukan seperti ini di khalayak ramai.

"Jaysther!!"

Tuan kedai sudah kembali ke cafe... aku masih kekal dengan posisiku yang sedang berdiri sambil menundukkan kepala. Merenung kosong kepada kasutku yang berwarna hitam berkilat itu.

"Si bodoh ni tak tau uruskan kerja dengan betul! Kamu berurusanlah baik-baik. Saya tak suka tengok pekerja begini!" Kata Chef Jaysther lalu menghilangkan diri ke dalam dapur semula.

"Cancel dengan apa yang saya order tadi! Hilang selera saya makan kat sini! Biar sedap manapun tapi ada pekerja bebal tahap gaban!" Kali ini pelanggan itu pula yang bersuara lalu mengatur langkah keluar dari cafe.

Robert merenung tajam kepada wajahku.. renungannya yang seakan-akan hendak membahamku pula selepas ini.

"Si lembab tetap si lembab! Ini tidak seharusnya terjadi, Brielle. Saya sangat pentingkan kepuasan hati pelanggan! Tapi, apa awak dah buat? Reputasi cafe saya bukan serendah itu! Nasib baiklah Hayley adalah kawan saya, kalau tidak memang saya akan 'goreng' awak masa ini juga!"

Lantang sungguh suara Robert memarahiku, sehingga mereka yang berada di dalam cafe ini juga begitu terkilan mendengarnya. Hiba perasaanku apabila dimarahi secara terang-terangan kepada orang ramai. Senipis mana keimananku? Terasa ingin berputus asa pada waktu ini juga...

"Rosie, awak bawa Brielle ke bilik hukuman!" Katanya lagi lalu melenyapkan diri ke ruang dapur.

Apa? Bilik hukuman? Hukuman jenis apa yang bakal aku lalui pula ni? Rosie bergerak mendahuluiku dan aku hanya membuntutinya dari belakang. Dia memasuki ke sebuah pintu kecil yang mempunyai sebiji tombol besar. Hendak membukanya perlu memulas mengikut arah jam. 'Ada apa disebalik pintu kecil ini?', getus hatiku sendirian.... sebaik sahaja memasuki ke ruangan tersebut... aduhai, terlopong hatiku melihatnya.

"Awak kena kulas kulit bawang sebanyak 5kg. Segala penimbang berat dan alatan awak boleh cari kat sana. Ingat, dah cukup lima kg barulah awak boleh keluar. Kalau tidak Encik Robert bakal mendenda awak dengan lebih teruk lagi."

Menelan liur terus aku jadinya, mengupas kulit bawang sebanyak lima kg? Adakah aku segagah itu sambil merenung tanganku yang sememangnya sangat kecil ini.

"Selamat menjalani hukuman..." Itulah kata-kata terakhir Rosie sebelum meninggalkan aku sendirian di dalam bilik ini.

Baiklah, kalau ia sudah tertulis buat diriku... Aku sememangnya tidak mempunyai sesiapa di dalam muka bumi ini. Berjalan bersendirian... mengharungi setiap hari yang penuh kedukaan. Semua orang tidak suka mendekati diri ini, kenapa? Aku tenggelam di dalam longgokan manusia yang tidak pernah melihatku sepertimana aku begitu teruja melihat bintang! Bolehkah satu hari nanti akan ada seseorang yang akan memandang ke arahku sama seperti aku melihat bintang? Mungkin tidak! Siapalah juga diri ini?

"Lima kg? Tak apalah... saya tetap buat juga kerana saya mampu, saya mampu sebab saya mahukan ia, saya mahu sebab kamu kata saya tak boleh! So now, try me..." kata-kata semangat supaya aku dapat menjalankan tugas ini sebaiknya.

Walaupun hukumannya tidaklah seberat mana akan tetapi ia sangat memedihkan jari-jemariku saat ini. Pergerakanku terhenti seketika kerana tidak dapat menahan kepedihan. Sungguh pedih dan berdenyut-denyut sakit yang kualami sekarang. Kenapa ia boleh jadi seperti ini? Aku merenung dengan teliti setiap jariku namun tidak mengalami sebarang kelukaan juga. Hirisan pisau juga tidak ada... pelik? Mesti ada satu cara tersendiri bagaimana aku boleh mengelak daripada mengalami kepedihan. Di sini aku membuat eksperimen sendiri dan nampaknya ia begitu berhasil! Setiap kali aku memotong bahagian atas kulit bawang putih, ia akan mengeluarkan cecair. Dan pada sangkaanku cecair itulah yang telah memedihkan jari ini. Jadi hendak mengelak ia tidak mengeluarkan cecair tersebut, aku hanya memotong sedikit dan menghindari jari daripada terkena cecair bawang putih. Dengan penuh ketekunan aku menjalankan hukuman...

"Tangan merupakan satu aset yang penting kepada manusia, kita mencari nafkah untuk sesuap nasi menggunakan tangan. Jagalah ia sebaik mungkin, tangan membolehkan kita mengalunkan muzik yang menyentuh batin seseorang."

Aku dikejutkan dengan suara itu, Robert sudah datang melawatku ke bilik hukuman. Aku berhenti daripada mengupas kulit bawang. Dia berjalan ke arahku lantas mengambil seulas bawang putih ke dalam genggamannya.

"Cara awak mengupas kulit bawang ni boleh dipakai... tapi ada satu cara yang lebih mujarab dengan cara saya sendiri. Awak letak pisau itu kat atas meja."

Robert sedang memberi tunjuk ajar cara mengupas kulit bawang putih tanpa menggunakan sebilah pisau. Bahagian atas bawang putih ditolaknya dengan menggunakan ibu jari sehingga kulitnya terpisah. Aku yang melihat caranya itu betul-betul terkagum kerana aku telah bersusah payah membuat eksperimen sendiri padahal cara Robert sebentar tadi lebih selamat dan pantas!

"Begini lagi senang, kan? Terasa tak nak terpisah dengan bawang putih ni pula..."

Aku tersengih mendengarnya, adakah dia tengah berlawak? Bukankah aku di sini sedang menjalankan hukuman, apasal dia nak datang ke mari pula?

"Iya, saya nak teruskan dengan mengupas kulit bawang aje... daripada di luar selalu buat silap lebih baij saya di sini saja."

"Pertama kali saya dengar ada orang suka lepak kat bilik hukuman ni. Buat silap itu memang sudah sebati dalam diri kita yang bergelar manusia. Lagipun tadi saya terpaksa berlakon memarahi awak depan orang ramai. Dan, biar awak sedar sikit...yang awak bukannya lembab. Tengok dah berapa banyak bawang yang awak kupas? Tangan dah pedih pun awak tetap tak berputus-asa. Saya bukan ikut perasaan hati nak menghukum awak sebaliknya pengajaran buat awak sendiri."

Kata-katanya itu tetap tersemat indah di dalam hati ini. Dalam kesamaran subuh, aku mendongakkan kepala ke langit yang terbentang luas... awan gelap masih pekat. Aku, benar-benar diuji dengan kebijaksanaan Robert. Dia jadikan satu hukuman supaya aku terus berjuang sehingga ke akhirnya. Aku menghembuskan sebuah keluhan dengan penuh keimanan lalu memanjatkan doa.

"Terima kasih ya Tuhan sebab Engkau telah memberikanku sebuah hari yang baru, bersyukur Engkau tidak pernah meninggalkan diri ini."

"Meow..."

Meow...?? Tuhan mendengar doaku?.argghhh.... tapi kenapa kedengaran macam suara seekor kucing pula? Aku segera mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.

"Meow..." kali ini kucing itu bersuara lagi sambil menggesel pada kakiku.

Aduhai, patutlah tidak kelihatan sebab ia berwarna hitam! Aku segera mendukungnya ke ribaku... matanya yang kehijauan dan aku perasan dengan rantai lehernya. Em, mesti ada tuan dia ni sebab dikalungkan dengan rantai. Tapi, milik siapakah kucing hitam ini?

"Jiji."

Itu yang tertulis pada rantai kucing tersebut. Masakan nama kucing ini adalah Jiji? Masuk ke dalam akal fikiran juga...

"Meow, nama awak Jiji, ke?" Seperti orang gila aku bertanya kepada kucing itu.

Dia memandang ke arahku sambil mengelipkan matanya sesaat. Aik? Dia menjawab ke tu? Hebatlah kucing ni... aku nak bela dia, lah! Biarlah dengan bulunya yang hitam ni yang penting kucingnya pintar! Sama juga dengan satu pepatah, biarlah kulit kita gelap yang penting hati kita tidak hitam!