webnovel

Chapter 3 : Tanggungjawab kakak

selesai mengorek ubi kayu Shella membawa ubi2 yang dikoreknya ke sungai belakang rumah memandangkan mereka tidak mempunyai bekalan air bersih dari kerajaan, sungai itu lah menjadi kegunaan mereka seharian.

"Agak berisi juga ubi kayu ne" bisik hati kecil Shella. Dengan siulan kecil Shella membersihkn ubi kayu tersebut tanpa disedari ada mata yang memerhati tindak tanduknya. Shella yang tidak menyedari dia diperhatikan terus leka dengan ubi kayunya.

tanpa semena2 sebiji batu dihumban kepadanya mujur saja tidak mengena kepala Shella, Shella yang tersentak itu terus menoleh ke arah si tukang humban. "emaknya"

Mak jedah yang sedang bercekik pinggang di belakangnya mulai menunjukkan riak kemarahannya sehingga pucat lesi Shella dibuatnya. Shella menelan air liurnya walaupn dia tidak berasa haus.

"Amboii amboii amboii, gembira betul kau ya Shella, kau dah jumpa jantan nak khwin dengan kau ke hah ??!!" dengan pedas sekali kata yang dikeluarkan Mak Jedah tanpa memikirkan perasaan Shella.

"S..sshellaa cuci ubi kayu mak" dengan tergagap2 Shella menjawab dalam ketakutan kerana takut jawapannya itu akan membuat Mak Jedah semakin mengaum.

"Kau dah pandai menjawab ye sundal ! kau nak aku lemaskan kau dekat sungai tu ke?!!" makin membara kemarahan Mak Jedah apabila Shella menjawabnya.

"Maa...af mak" Shella menunduk dan air matanya mula bertakung namun sempat Shella mengawal emosinya kerana tidak mahu emaknya semakin bermain dengan emosinya..

"Bila kau dah habis cuci ubi kayu tu kau mandikan Alia dan cuci semua tong biru tu, Kau dengar tak ??!!" arah Mak Jedah kepada Shella.

"Baik mak.." jawab Shella singkat kerana dia tak mungkin mampu menjawab emaknya.

Setelah selesai semua kerja yang diarahkan oleh emaknya Shella pun membawa Alia masuk kedalam bilik tidurnya untuk didodoikan dan itu memang sudah menjadi rutin Shella sejak Alia berusia seminggu, disebabkan itu Alia lebih selesa dengan Shella berbanding dengan emaknya.

"tidur adik ku sayang....semoga esok hari akan lebih baik daripada hari ini... kakak sayang adik... kakak sayang emak... kakak sayang semua..." nyanyian Shella mendodoikan Alia sayup2 kedengaran sehinggalah Shella pun terlelap dibuai lagunya sendiri.

Mak Jedah yang terdengar lagu dodoian Shella hanya mampu diam seribu bahasa seperti ada seribu satu kata yang hendak Mak Jedah sampaikan tapi ada sesuatu yang menyekat hatinya sehingga menjadikan dia seorang emak yang kejam.

Cerita ini mengisahkn kisah benar dan cerita ini tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati (^.^)

Myhoneycreators' thoughts