webnovel

Bab 12: Buzzin'...

" Aku penat la nak tunggu model-model ni!" jerit Micheal .

Terkejut semua yang ada dalam set. Mana tak nya dah hampir 3 jam kami menunggu model dari agensi untuk memulakan pengammbaran, tapi satu kelibat pun tak muncul. Masa memang tak banyak yang tinggal untuk menyiapkan promo ad untuk client dalam masa sebulan ini. Tak lama kemudian suasana berubah, masing-masing mula bergegas ke sana-sini. Maybe model dah sampai stelah penantian keramat.

Aku malas nak masuk campur so aku terus berlalu meninggalkan set untuk sambung kerja editting, masih banyak panel untuk disiapkan, darft untuk diproof dan maha banyak lagi la kena buat. Nama je partner tapi aku rasa semua benda aku buat kot-penat mak!

"Ha..lighting yang sebelah sana tu terang sikit..ok, you dah faham apa yang kita nak buat kan?" tanya Micheal kepada model yang sedang menunggu di set. Dia hanya mengangguk dan melemparkan senyuman.

Tak lama kemudian, sesi pengambaran bermula. Sinaran lampu , ketikan kamera, bunyi larian kecil make-up artist telah pun bermula dan set menjadi sibuk semula. Agak-agak 3 jam, semuanya selesai dan Micheal sangat berpuas hati dengan hasilnya.

"Ok,Ok..kita break 1 jam then next frame.." teriak Micheal.

"so, hari ni kita buat 3 lineage skali ok?" ujar Micheal kepada model lelaki yang sedang duduk minum air. Model itu hanya mengangguk dan tersenyum.

Sebaik sahaja Micheal meninggalkannya ramai staff mengelilinginya sambil memuji-mujinya. Dia hanya melemparkan senyuman dan merendah diri. Perlakuannya amat disenangi oleh semua krew dan sebenarnya, jarang ada model terkenal yang begitu humble apabia berada di set.

"Mika,Mika..." panggil Steven.

Aku berpaling dan melihatnya.

"..i tell you, model hari ni memang lain la..betul ke dia dari agensi yang diupah. aku tak pernahlah tengok model minta maaf berbakul-bakul sebab lambat..dah tu semua shoot perfect..si Micheal tak melenting langsung weh.." Steven menghabiskan ayatnya dengan soroton Americano.

"..ooo..bagusla tu ..lagipun memang lama kot kita tunggu.." balasku sambil mengunyah donut.

"oohh...Micheal nak jumpa kau nnt kat set.. baik kau pegi" balas Steven sambil menolak aku dari kerusi editting.

Aku cuma tergelak dan bangun dari situ dan berlalu.

Aku mula berjalan menuju ke set sambil mengunyah lagi donut dan kemudian aku terpandang susuk model yang dimaksudkan Steven. Tingginya! Bahagian belakang badannya pun dah cukup cantik, apatah lagi kalau berhadapan. Dan di hadapannya aku nampak kelibat Micheal. Micheal mengangkat tangan menyuruh aku kesana.

" Mika..kalau teruskan ke next shot you rasa boleh?" tanya Micheal.

Aku memeriksa fail yang diserahkannya dan mengangguk.

"hmmm.. hari ni patutnya 1 je tapi kalau dah siap awal ada props ..teruskan je la..kita ada buat outdoor ke?" jawabku.

" outdoor ada ...rasanya sempat sampai ni..so, kita on.." Micheal tersenyum.

"Ha.. ni model yang sangat membantu kita Mika..kalau ada 10 macam ni, senang keje kita.." tunjuk Micheal kepadaku.

Model itu berpaling dan.....Dylan Wang..jap..Jackson Wang???..Sze Rei?!

Model itu tersenyum dan mengusap kepalaku. Micheal tergamam dengan perbuatannya.

" Comelnya!" kata Sze Rei.

Tak semena-mena, mukaku terasa panas..dan paling tak keruan jantungku berdebar kencang.

"You know her?"tanya Micheal kepada Sze Rei. Sze Rei mengangguk dan terus menggenggam tanganku.

"..my property.." sebutnya ringkas dan membawaku pergi. Micheal tersenyum dan memandangku.

Sebentar kemudian aku terdengar Micheal ketawa kegembiraan tanpa henti.

"We have to leave after this photo shoot.." kata Sze Rei setelah kami duduk di bangku.

Riaknya sangat serius dan aku tak berani untuk menjawab tidak, jadi aku hanya mengangguk patuh. Setelah itu, dia memandangku dan mengenyitkan matanya. Dia memang kelihatan sangat kacak. Parut di mukanya hampir tidak kelihatan apabila mukanya disinari cahaya matahari. Dah macam dalam drama pulak situasinya dengan angin sepoi-sepoi bahasa bersama taburan dedaun dan debunga bertiup kearahnya. Jatuh jantung aku bergolek gamaknya kalu aku terus tenungnya.

Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku, tapi dia perasan dan terus melemparkan senyuman sebelum duduk di sebelahku.

"...marry me.." bisiknya perlahan ke telingaku.

Kalau aku dengar 3 kali lagi lamarannya, aku mungkin akan terpengaruh dan benar-benar menerimanya...