webnovel

Reinkarnasi Raja Iblis Sang Pengubah Wujud

Kyoto Seinaru berjalan-jalan bersama teman wanitanya,Tomori-San di sebuah kota metropolitan. Mereka menikmati masa-masa mereka bersama sehingga- dia mengetahui bahawa Tomori langsung tidak mencintainya bahkan mengejeknya kerana mudah untuk diperdaya. Dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu oleh satu-satunya orang yang dia paling percayai di dunia ini. Dia akhirnya menatap tanah tempatnya berdiri sambil tertanya-tanya, Kenapa air mata aku langsung tak mengalir keluar? Dia akhirnya sedar ini bukan kali pertama dirinya di tempatkan dalam situasi yang menyakitkan ini. Dalam amarah yang membuak-buak, perempuan di depannya menghilang tanpa meninggalkan sebarang tanda. Dalam hatinya yang terdalam dia tertanya, Jika benar ada kehidupan yang tidak terhingga yang akan aku tempuhi, Akankah aku berjumpa dengan perempuan yang jujur di kehidupan berikutnya, Atau adakah hati yang kosong ini akan kekal kosong selamanya. Dia tersedar dan mendapati bahawa dirinya telah hidup semula namun tidak untuk mendapatkan perempuan yang dicarinya selama ini, malah menjadi perempuan itu sendiri. Dia juga sedar akan kenyataan bahawa dia kini bukan sahaja bukan seorang lelaki lagi malah bukan juga seorang manusia. Dia ialah succubus yang bermata merah menyala dan berambut putih yang panjang mengurai sambil tersambung ekor yang runcing di pinggulnya. Bagi manusia, bangsa Iblis merupakan bangsa yang jahat menyebabkan mereka bersatu padu menentangnya. Dia sedar kini semakin susah untuk dirinya meraih cinta yang dikejar Selamat ini sehinggalah- seseorang lelaki yang datang dari mana menyambut hangat dirinya dan melayaninya dengan baik. Adakah dia akan meraih cinta yang dikejarnya selama ini, walaupun tidak seperti yang diharapkannya... P/s : Ini adalah versi Bahasa Malaysia Reborned of the Shapeshift Demon King karya Seinaruz Ini hanyalah draf kepada cerita yang telah diterbitkan namun turut diterbitkan sebagai bahan bacaan tambahan. Tiada gambar novel kerana gambarnya tidak mahu dimuat turun oleh WebNovel. Enjoy!

Seinaruz · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
8 Chs

Chapter VII

Aku melihat pemandangan sekitarku. Ruangan yang asalnya bersih kini dilumuri dengan percikan darahku. Sosok yang menikamku tadi kini meninggalkanku sendirian sebaik sahaja dilihatnya aku tidak berdaya. Nafasku terasa berat dan sesak. Badanku sangat lemah sehinggakan aku tidak lagi mampu menggigil ketakutan. Aku tetap berusaha melawan rasa sakitku sebelum perlahan-lahan kesedaranku menghilang seperti ajal telah menjemputku.

("Huh... Huh... Apa yang jadi tadi?!!") (Terkejut)

Aku terjaga daripada lenaku disebabkan mimpi yang aneh tadi. Aku pantas melihat sekelilingku dan mendapati aku masih terduduk di dalam bilikku selamat tanpa sebarang kecederaan. Aku menarik nafas lega sebaik sahaja mengetahui bahawa semua yang aku alami tadi cumalah mimpi. Sejujurnya, aku berfikir aku betul-betul telah diculik dan diseksa di ruangan yang gelap itu tadi. Ditikam bertubi-tubi dan ditinggalkan sendirian dalam keadaan yang cedera parah disertai rasa sakit yang sangat menyakitkan. Seorang diri tanpa ada sesiapa di sisi untuk meminta pertolongan. Aku mengusap perlahan dadaku setelah mengetahui bahawa aku hanya bermimpi sebaik sahaja melihat langit malam yang masih diterangi bulan. Aku lantas membaringkan badanku semula untuk kembali tidur sebelum aku dikejutkan oleh seseorang di sebelahku.

"EEP?!!"

Aku terkejut sebaik sahaja melihat Saoto tertidur lena di sebelahku sambil memeluk erat tubuhku. Seketika, Saoto perlahan membuka kedua belah matanya sebelum melihat ke arahku yang tidak sengaja mengejutkannya. Saoto yang terjaga memandangku dengan riak wajah terkejut sebelum pantas mengesat mataku yang berair tanpa aku sedari.

"Sei jangan takut... Saoto ada di sisi Sei..."

Kepalaku diletakkan perlahan di dadanya sebelum ianya dipeluk dan diusap lembut oleh tangannya. Aku yang hairan memandang wajahnya lama sebelum kembali memeluk erat tubuh lelaki di hadapanku ini sambil menitiskan air mata. Seketika hatiku berasa tenang setelah melihat Saoto yang ada di sebelahku dan mendakap erat tubuh badanku yang baru sahaja menggigil ketakutan. Entah mengapa hatiku terasa sangat bahagia sebaik sahaja aku menghidu aroma lelaki di sebelahku ini dan merasa kehangatan tubuh badannya tersebar di seluruh tubuhku. Entah mengapa hatiku sangat berharap untuk kami terus kekal seperti ini buat beberapa waktu. Ekorku perlahan bergoyang menunjukkan perasaanku yang sangat tenang sebaik sahaja dihiburkan olehnya. Aku yang terbawa suasana seketika teringat setelah memandang jelas tubuh lelaki di hadapanku ini yang langsung tidak bertutup menampakkan kejantanannya kepadaku.

("Hmm?!! Otot tubuh Saoto...") (Hairan)

Pipiku seketika memerah sebaik sahaja aku teringat lelaki di hadapanku ini tidak mengenakan sebarang pakaian kecuali seluar dalam yang menutupi kemaluannya. Penuh dengan perasaan malu, aku dengan pantas menolak tubuh lelaki di hadapanku untuk melepaskan diri daripada pelukannya. Saoto terkejut sebaik sahaja melihat aku yang seakan-akan meronta-ronta untuk dilepaskan olehnya.

"S-SAOTO... LE-LEPASKAN S-SEI-" (Malu)

Aku terkejut sebaik sahaja Saoto memelukku dengan lebih erat sambil mengusap-usap perlahan belakang tubuhku. Entah mengapa aku langsung tidak melawan pelukannya yang semakin erat padahal aku sedar dirinya tidak mengenakan sebarang pakaian sekarang ini. Seketika, Saoto kembali melepaskan pelukannya sambil memandang tepat wajahku.

"Sei dah lebih tenang,kan?"

Saoto bertanya sambil tersenyum memandangku. Aku mengangguk perlahan padanya sambil menundukkan sedikit kepalaku untuk mengelakkan lelaki di hadapanku ini melihat pipiku yang sedang memerah menahan malu. Entah mengapa aku malah suka dipeluk erat oleh tubuhnya sebentar tadi. Aku yang sangat malu terus tertunduk sehingga aku dikejutkan oleh Saoto yang mengangkat wajahku untuk memandang tepat wajahnya.

"Apa yang buatkan Sei risau?"

Saoto bertanya kepadaku dengan pandangan yang penuh perhatian. Aku dengan panik berundur ke belakang sebelum kembali menjerit kepada lelaki di hadapanku itu.

"MA-MANA SEI TAK RISAU?!! SA-SAOTO KENAPA TAK PAKAI BAJU WA-WAKTU TIDUR SE-SEBELAH S-SEI?!!" (Panik)

Aku lantas menggenggam erat selimut yang ada berhampiranku dengan tujuan untuk menenangkan diriku. Manakan tidak. Seorang lelaki tidur di sebelah pasangannya tanpa mengenakan sebarang pakaian. Siapa je yang akan berfikir positif apabila dihadapkan situasi seperti itu. Saoto seketika kembali memandangku yang telah mengambil jarak sambil menghembuskan nafas yang berat sebelum kembali menyambung,

"Sei sedar kan yang Sei masih berbaju?"

Aku tersentak mendengar pertanyaan Saoto. Aku lantas memandang tubuhku kembali dan melihat baju tidurku masih terpakai rapi olehku. Tiada satu pun butang yang dibuka ataupun seluar yang kelihatan seakan-akan ditarik. Ini bermakna dia langsung tidak melakukan apa-apa terhadapku sewaktu aku tertidur walaupun dirinya sudah dalam mod 'bersedia untuk menyerang' bagi seorang lelaki. Aku lantas kembali memandang wajah Saoto dengan pandangan yang hairan.

"E-Eeh... Kalau macam tu, Kenapa Sa-Saoto te-telanjang" (Hairan)

Aku bertanya balik kepada lelaki di hadapanku ini dengan perasaan malu. Aku berusaha untuk tidak memandang lelaki di hadapanku ini kerana risau bentuk tubuhnya yang tegap itu akan mengaktifkan suatu suis dalam diriku. Namun, aku tiba-tiba dikejutkan sebaik sahaja Saoto menarik kepalaku dan diletakkan perlahan di atas dadanya sambil mengusapnya dengan lembut. Aku yang terkejut dengan tindakannya langsung tenang dalam dekapan tangannya.

"Tadi Sei mengigau akan sesuatu sampai Sei kerap kali sebut nama Saoto. Nita tadi cepat-cepat laporkan pada Saoto untuk datang jenguk Sei yang sedang bermimpi buruk"

Aku terkejut mendengar penjelasan lelaki di hadapanku. Rupanya alasan utama Saoto berada tidur di sebelahku tadi adalah untuk menenangkan diriku yang sedang bermimpi buruk sambil memanggil-manggil namanya. Pipiku seketika memerah kerana malu apabila mengetahui aku yang kesepian akan memanggil-manggil namanya walaupun baru sekejap sahaja kami berpisah. Aku lantas kembali memandang wajah Saoto sambil menahan perasaan maluku untuk bertanya akan sesuatu.

"Ta-tapi, itu tak bermakna Sa-Saoto boleh ti-tidur sebelah S-Sei telanjang-"

"Saoto dah cuba berbaring sebelah Sei bahkan Sei pun memeluk erat tubuh Saoto waktu tu. Tapi Sei tak kunjung tenang sehinggalah Saoto membuka pakaian Saoto dan kembali berbaring di sebelah Sei. Sei seketika bahagia dan tenang sebaik sahaja memeluk erat tubuh Saoto yang telanja-"

Aku pantas menutup mulut lelaki di hadapanku untuk tidak meneruskan perkataannya. Aku sangat terkejut sebaik sahaja mengetahui punca Saoto yang bertelanjang ketika ini adalah aku sendiri. Aku sungguh tidak menyangka aku akan sesusah itu untuk ditenangkan. Namun, aku tidak menyangkal aku berasa sangat tenang sebaik sahaja merasakan kehangatan tubuhnya mengenai dan menyebar di seluruh tubuhku. Aku termenung seketika memikirkan diriku.

("Aku tak sangka aku seketagih itu dengan kehangatan tubuhnya...") (Termenung)

Aku memberanikan diriku untuk kembali memandang tepat wajah Saoto. Saoto tersenyum memandangku sambil mengusap lembut kepalaku. Aku sedar lelaki di hadapanku ini sedang berusaha menghiburkanku yang baru sahaja bermimpi buruk. Aku pula langsung menuduhnya yang bukan-bukan hanya kerana salah faham akan tindakannya. Aku dengan pantas memeluk tubuh lelaki di hadapanku ini sambil menitiskan air mata bahagia. Saoto yang terkejut dengan tindakanku langsung membalas pelukanku sambil mengusap perlahan belakang tubuhku.

"Ma-Maafkan Sei sebab tuduh bukan-bukan... Te-terima kasih sebab dah tenangkan Sei..."

Saoto melepaskan pelukanku dan memandang tepat wajahku yang masih bergenang dengan air mata. Aku seketika terkejut sebaik sahaja lelaki di hadapanku bertindak mencium pipiku. Aku terdiam seketika tidak tahu untuk memberikan respon apa terhadap ciuman sebentar tadi. Perlahan, Saoto mencubit manja pipiku sebelum kembali tersenyum memandangku.

"Kan lebih bagus macam tu"

Pipiku langsung memerah sebaik sahaja aku sedar bahawa Saoto tidak marah denganku malah menghiburkanku yang sedang kesedihan. Aku lantas tertunduk malu sambil memegang kedua belah pipiku sambil menoleh ke belakang sebelum terkejut melihat sesuatu.

"Tahniah, Mahou Seinarin. Sungguh suasana yang sangat romantik"

"E-ENA?!!" (Terkejut)

Aku terkejut melihat Ena yang telah berdiri tegap di belakangku sambil mengenakan pakaiannya. Aku yang cemas lantas menggoyang-goyangkan tanganku ke arahnya untuk tidak berfikir yang bukan-bukan.

"Ke-kenapa Ena ada kat sini-"

"Ena nak dapatkan pengalaman berharga daripada Mahou tentang hal-hal begini. Ternyata Ena tak salah orang"

Aku yang penuh dengan rasa malu kerana telah diperhatikan sejak tadi lantas mengambil selimut yang ku pegang tadi untuk menutupi seluruh tubuh badanku agar tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Kaki Saoto yang masih ada di dalam selimut turut ku tolak keluar agar aku dapat menenangkan diri.

"Mahou jangan risau. Ena baru je masuk untuk memastikan keadaan Mahou selepas Mahou Saoto dipanggil oleh Nita"

Aku terkejut mendengar ucapan Ena. Seketika hatiku berasa tenang sebaik sahaja mengetahui bahawa dia tidak melihat aku dan Saoto yang sedang bermesraan sebentar tadi. Aku lantas termenung sejenak di dalam selimut sebelum tersedar akan sesuatu.

("Hatiku langsung tak tenang sebaik sahaja Ena datang mengganggu suasana yang hangat tadi...") (Termenung)

Aku terus terdiam membatu sehingga dikejutkan oleh Saoto yang perlahan mengusap kepalaku yang masih disorokkan di dalam selimut. Hatiku seketika tenang sebaik sahaja dibelai olehnya. Mataku perlahan merasa mengantuk. Namun, sebelum aku terlelap aku terdengar Saoto membisikkan sesuatu di telingaku.

"Maafkan Saoto sebab tak dapat temani Sei tadi. Sebagai balasan, Saoto akan temani Sei tidur-"

"PAKAI BAJU DULU"

Aku meronta-ronta di dalam selimut sambil memberitahunya untuk mengenakan baju. Aku tidak mempermasalahkan dirinya yang sudi menemaniku tidur tapi yang menjadi masalahnya ialah aku risau aku tidak dapat menahan diri aku sebaik sahaja melihat tubuhnya. Aku sedar aku yang nak tenangkan diri takkan tenang jika diperlihatkan sebegitu. Seketika aku dikejutkan apabila aku dapat merasakan Saoto mengucup kepalaku sebelum memasukkan tangannya ke dalam selimut dan menggenggam erat tanganku.

"Saoto janji"

Aku terdiam sebaik sahaja Saoto memegang erat tanganku. Akan tetapi, aku tidak menepisnya kerana entah bagaimana aku menjadi sangat tenang sebaik sahaja dapat menyentuh tangannya. Perlahan, kesedaranku mulai menghilang dan akhirnya aku tertidur lena di sebelah lelaki yang aku sayangi melebihi sesiapapun di dunia ini.

----------------------------------------------------------

Pemandangan istana Saoto kini dihiasi oleh langit biru yang diterangi oleh cahaya mentari. Burung-burung berterbangan keluar dari sarangnya mencari makan. Ini merupakan hari pertamaku tinggal di dalam istana yang megah ini.

Aku duduk di hadapan cermin yang ada di dalam bilikku sambil menutup kedua belah mataku kerana sedang didandankan oleh Nita, pelayan peribadiku. Aku tidak mungkin melakukannya sendiri kerana aku langsung tak pernah mempunyai rambut yang panjang seperti ini. Segala produk dan cara perawatan rambut semuanya diuruskan oleh Nita dan Ena yang sedia membantuku. Pelayan-pelayan yang lain ramai ditugaskan untuk hal-hal lain seperti memasak, mengemas dan sebagainya sehingga meninggalkan dua orang yang sedia membantuku pada bila-bila masa. Pada mulanya, aku sendiri pun tidak mempercayai kemahiran Nita untuk mendandaniku kerana latar belakangnya sebagai seorang pahlawan yang jauh dari kata berias. Namun aku dikejutkan sebaik sahaja Nita memberitahuku bahawa dia pernah menjadi pelayan utamaku seribu tahun dahulu.

"Mahou jangan risau. Walaupun Nita sekarang memang seorang pahlawan, Nita langsung tak pernah lupa segala pekerjaan Nita sebagai pelayan dahulu"

Aku membuka mataku sambil melihat Nita yang tersenyum kembali memandangku erat untuk membuatku percaya. Aku tersentak sebaik sahaja teringat bahawa Nita memang pernah mengatakan dia merupakan pelayan utamaku dahulu. Aku lantas bertanya kepadanya dengan penuh teruja tentang bagaiamana dia bertemu dengan diriku yang dahulu. Sejujurnya, aku juga ingin tahu bagaimana diriku seribu tahun dahulu yang aku mimpikan merupakan sosok yang seram malah digeruni oleh seluruh Terror Canyon. Seketika aku dikejutkan apabila Nita memelukku erat sambil menitiskan air mata terharu.

"Eeh... Mahou nak cuba ingat balik semuanya tentang Nita ke?" (Tersentuh)

Aku mengangguk perlahan sambil mengusap perlahan pipi Nita yang diletakkan di atas bahuku sambil tersenyum. Seketika Nita kembali menyambung kata-katanya,

"Kalau Mahou nak tahu, nama Nita ni lah yang membuktikan pertemuan Nita dengan Mahou seribu tahun dahulu. Walaupun Nita ada nama yang baru, Mona... Nita lebih bahagia bila dapat guna nama yang Mahou beri pada Nita suatu ketika dahulu..." (Sebak)

Aku terkejut mendengar pengakuan Nita tentang asal-usul namanya itu. Aku sungguh tidak menyangka nama yang digunakannya itu bukanlah namanya ketika ini melainkan nama yang pernah kuberikan padanya dahulu. Aku lantas mengesat air mata yang mengalir keluar dari kedua belah matanya sambil tersenyum memandang wajah wanita di belakangku ini. Nita yang terkejut memandangku dengan wajah yang penuh nostalgia.

"Mahou tak pernah berubah sama macam seribu tahun dahulu waktu Nita jumpa Mahou..."

Nita kembali bangkit sambil memandangku dengan wajah yang sebak. Aku pula terus memejamkan mataku untuk tidak mengganggu Nita yang ingin bercerita. Aku sendiri sedar bahawa bukan mudah untuk mengingat perkara-perkara yang sedih dalam hidup kita. Tambahan pula wanita di belakangku ini peribadinya sendiri memang seorang yang kuat menangis. Aku terus menanti sambil rambutku terus disisir olehnya sehinggalah aku akhirnya dihanyutkan oleh cerita yang ingin disampaikan oleh Nita...

Seribu tahun dahulu...

Pemandangan kota The Kingdom ala-ala zaman pertengahan yang klasik dan gah membuktikan kejayaan manusia dalam bersatu padu demi menentang musuh utama mereka iaitu Iblis. Namun, ianya hanyalah indah kabar dari rupa. Meskipun telah bersatu padu, manusia menjadi musuh mereka sendiri dengan banyaknya penindasan yang dilakukan sesama sendiri malah turut adanya perhambaan yang dilakukan terhadap mereka yang lemah. Di dunia ini, sihir menjadi penentu segalanya sehingga membuatkan mereka yang lemah tidak mempunyai tempat untuk bergantung.

Aku juga turut tidak terlepas sebagai salah seorang yang dikatakan lemah itu.

Perkampunganku dihancurkan bukan oleh tentera Iblis yang dikatakan sebagai pasukan yang ganas dan kejam seperti yang diuar-uarkan oleh The Kingdom, malah ianya dihancurkan oleh pasukan tentera The Kingdom sendiri yang menghantar ratusan penyihir untuk menghancurkan perkampunganku. Pemandangan hijau dihiasi hutan rimba yang lebat selama ini bertukar menjadi jingga dimarakkan oleh api yang menhangusbumikan seluruh kampung itu tanpa meninggalkan sebarang jejak. Aku bahkan melihat sendiri kedua ibu bapaku dibunuh di hadapan kedua belah mataku oleh tentera yang ditugaskan oleh The Kingdom. Kata-kata terakhir ibu menghantui fikiranku sebaik sahaja melihat sosok yang tidak bermaya itu tergeletak di tanah tidak lagi bernyawa.

"Jangan hilang kepercayaan pada dunia... Te-teruskan hidup..."

Aku terkilan sebaik sahaja mendengar pesanan ibuku itu sebaik sahaja dia ingin menghembuskan nafasnya yang terakhir. Meskipun di ambang maut, dia tetap mengerahkan segala kudratnya demi menyampaikan kepadaku sesuatu yang sia-sia bagiku ketika itu.

Apa gunanya percaya kepada dunia yang begitu kejam ini?

Berbaloikah aku meneruskan hidupku ini?

Aku terus termenung memandang jasad yang tidak lagi bernyawa di hadapanku sebelum kemudiannya aku ditarik dan diheret oleh tentera-tentera yang menyerang kampungku. Aku cuba melawan kembali sambil meronta-ronta melepaskan pegangan tentera yang mengheretku walaupun ianya sia-sia. Aku yang masih kecil ketika itu langsung tidak mempunyai kekuatan untuk melepaskan diriku apalagi melawan tentera yang terus erat menggenggam tanganku. Seketika aku dikumpulkan bersama banyak anak-anak seumuranku yang bernasib sama seperti diriku, tiada tempat untuk ditinggali dan tiada sosok untuk bergantung hidup. Kami dirantai dan dipaksa ikut menuju kota yang dikawal ketat oleh tentera yang mengiringi kami. Sesiapa yang melawan langsung dipukul dan diseksa di tempat menyebabkan kebanyakan dari kami hanya mampu menurut patuh terhadap nasib yang menimpa kami. Namun, segala yang aku lihat di sana bukanlah seperti syurga yang sering aku bayangkan melainkan neraka lain yang menanti perjalananku.

Ramai daripada kami yang dikerja paksa kan. Ada yang dipaksa menjadi hamba kepada golongan bangsawan. Ada yang menjadi pembunuh bayaran kerana mempunyai kemahiran tertentu meskipun tidak mampu menggunakan sihir. Ada juga yang menjadi pemuas nafsu golongan bangsawan disebabkan paras wajah mereka yang cantik. Aku pula menjadi seorang pembunuh bayaran disebabkan pergerakanku yang tangkas meskipun umurku yang masih muda. Aku terus dilatih di bawah Guild Pembunuh yang ada di The Kingdom dan berjaya menjadi antara pembunuh bayaran yang digeruni di seluruh The Kingdom. Dalam aku berlatih, aku banyak melihat anak-anak yang senasib denganku sepanjang aku memantau kota. Mereka hidup payah di dalam gang-gang sempit sambil beralaskan tanah sebagai tempat tidur mereka. Meskipun tampangku yang menakutkan sebagai pembunuh, mereka tidak teragak-agak untuk menghampiriku untuk meminta sesuatu daripadaku.

"O-One-San... Onee-San ada duit tak? A-adik saya ni dah du-dua hari tak makan..."

Aku terkejut mendengar permintaan budak lelaki di hadapanku yang meminta makanan daripadaku demi adiknya yang kelaparan. Seketika, aku langsung menangkap maksud ibu yang pernah mengatakan kepadaku untuk tetap percaya pada dunia ini. Meskipun tiada tempat untuk aku percaya di dunia ini sekarang, anak di hadapanku ini percayakan aku sebagai penyelamatnya. Seketika air mataku bergenang sebaik sahaja menangkap maksud daripada kata-kata ibuku. Aku lantas mengesat air mataku yang keluar sebelum kembali memandang wajah budak lelaki di hadapanku sambil tersenyum. Aku kemudian menurunkan badanku sambil menepuk perlahan bahu budak lelaki di hadapanku itu.

"Tunjukkan dekat Onee-San keadaan yang lain"

Seketika aku dihadapkan dengan persekitaran yang suram dihadapanku. Mataku melihat ramai mereka yang senasib denganku terbaring lemah di sebalik gang-gang yang sempit untuk berteduh dari panas matahari. Aku lantas kembali memandang wajah budak lelaki yang memimpinku tadi sambil perlahan mengusap lembut kepalanya sambil menitiskan air mata. Aku sangat faham dengan apa yang aku lihat ketika ini. Aku sendiri pun pernah merasai betapa payahnya tiada rumah untuk berteduh sewaktu baru sahaja aku menyertai Guild Pembunuh Bayaran. Perlahan, aku berkata kepada budak lelaki di hadapanku,

"Jangan risau... Onee-San akan tolong semampu Onee-San supaya semua orang kat sini tak perlu terus hidup macam ni"

Aku lantas berjalan sambil menegur semua orang yang berada di situ sambil diiringi budak lelaki tadi di sebelahku. Niat baikku disambut baik oleh semua yang ada di situ. Kami akhirnya berhenti di hadapan sebuah kotak yang terbaring di dalamnya sosok seorang gadis dengan wajah yang agak pucat. Badannya dipenuhi bintik-bintik hitam yang menyebar di seluruh badannya. Sekilas aku langsung mengetahui bahawa gadis di hadapanku ini telah diracun sehingga menyebabkan keadaannya seperti itu. Budak lelaki yang menemaniku tadi langsung bergegas duduk di sebelah adiknya sambil tersenyum memandang wajahnya. Dengan payah, dia membangunkan adiknya itu untuk memperlihatkan aku yang sedang memandangnya sambil tersenyum.

"Haede bertahan... Onee-San ni kata nak tolong kita"

Budak perempuan yang bernama Haede itu melihat wajahku dengan riak wajah terkejut. Agak mustahil baginya untuk memikirkan aku yang mengenakan pakaian layaknya seorang pembunuh bayaran mempunyai hati nurani untuk menolongnya. Aku lantas kembali memandang wajahnya sambil menghulurkan sebuku roti yang aku beli sebagai sarapanku pagi tadi. Seketika Haede terdiam sebelum menyentap roti yang dihulurkan olehku itu.

"Haede, tak elok la macam tu... Onee-San ni dah sudi tolong kita tau. Ucaplah terima kasih"

Abangnya menegur perbuatan sang adik yang dianggap tidak sopan itu. Namun, aku kembali memberitahunya bahawa aku langsung tidak terasa dengan perbuatan adiknya itu. Aku sendiri sedia maklum bahawa orang sepertinya akan sukar untuk mempercayai sesiapapun sama sepertiku dahulu. Aku langsung tidak pernah mengganggap pembunuh bayaran yang lain sebagai temanku kerana mereka boleh bila-bila masa sahaja menikamku dari belakang. Aku yang terus mengelamun seketika terkejut sebaik sahaja melihat Haede menggenggam erat tanganku sambil tersenyum sebelum mengatakan,

"Te-terima kasih..."

Aku lantas menepuk-nepuk kepalanya untuk menandakan bahawa aku tidak keberatan untuk menolong. Aku kemudian kembali bertanya kepada Haede tentang bintik-bintik hitam yang terlihat pada badannya. Dia terdiam seketika sebelum abangnya menjawab pertanyaanku.

"Sebenarnya, saya sebagai abang perlu bekerja menjaga sebuah gerai setiap hari untuk membeli ubat yang boleh mengurangkan racun yang ada pada badan Haede. Ubat itu pula mahal sehinggakan tiada duit yang tersisa untuk membeli makanan..."

Aku terkejut sebaik sahaja mengetahui perkara sebenar. Racun yang digunakan padanya hanyalah bertujuan untuk membuatkan sang abang bekerja paksa semata-mata kerana duit yang didapatnya perlu dikeluarkan lagi untuk mengeluarkan penderitaan adiknya. Aku lantas kembali memandang wajah gadis di hadapanku sambil tersenyum. Aku sangat faham dia sangat serba salah kerana disebabkan keadaan dia yang sakit-sakit ini, abangnya terpaksa bersusah payah menjaga dirinya. Aku lantas kembali menepuk kepalanya perlahan sambil mengatakan,

"Tak perlu risau. Onee-San dah janji dekat semua orang kat sini untuk tolong"

Aku tersenyum memandang gadis di hadapanku. Matanya bersinar-sinar menandakan adanya harapan baharu yang muncul dalam hidupnya. Aku juga telah membulatkan tekad untuk mengubah nasib mereka yang ada di sini kerana aku juga pernah merasai betapa perutnya hidup seperti ini. Aku memejamkan kedua belah mataku sambil memikirkan sesuatu.

Jangan berhenti percaya kepada dunia ini.

Itulah pesanan terakhir mendiang ibuku sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku kini mempunyai satu tujuan hidup baharu untuk aku galas. Aku akan sedaya upaya membantu mengubah hidup mereka yang senasib denganku ini.

Berkat dukungan itu, aku akhirnya menjadi salah satu sosok yang digeruni di seluruh The Kingdom sebagai seorang pembunuh bayaran yang kejam dan tidak berhati perut. Meskipun begitu, tiada yang megetahui akan kegiatanku yang diam-diam menolong mereka yang kesusahan. Aku tetap menghulurkan bantuan sehinggalah penduduk di situ kini mempunyai rumah mereka sendiri dan hidup sejahtera sesama mereka. Akan tetapi aku sedar akan sesuatu.

Kita tidak selamanya di atas.

Aku dikejutkan sebaik sahaja mengetahui bahawa seluruh Guild Pembunuh Bayaran telah berencana untuk membunuhku. Aku tidak hairan kerana itulah sifat asli manusia. Mereka yang di bawah takkan pernah merasa senang selagi belum mencapai apa yang mereka inginkan. Dalam semalam, segalanya hilang dariku. Aku hilang tempat tinggalku, jawatanku dan bahkan kepercayaanku terhadap dunia. Rumahku dihancurkan, keahlianku sebagai pembunuh bayaran ditarik atas tuduhan pengkhianatan yang bahkan aku tak lakukan serta mereka yang susah payah aku lindungi selama ini hilang dalam sekelip mata sebaik sahaja mereka dibunuh tanpa belas kasihan oleh anggota pembunuh bayaran yang lain. Aku yang terbaring lemah tergeletak di atas tanah sambil digerakkan oleh mereka di sekitarku. Namun di sebalik langit yang diterangi cahaya bulan itu, aku ternampak sosok yang asing datang mendekati kerumunanku. Seketika semua pembunuh bayaran yang ketawakan aku tadi hilang satu persatu sambil menyemburkan darah ke serata tempat. Jauh dilubuk hatiku Aku sangat tenang sebaik sahaja mereka yang menindasku ini mendapatkan balasan yang setimpak atas apa yang mereka lakukan terhadapku. Seketika aku terus melihat sosok yang terus mendatangiku yang kini sendirian. Aku yang tidak lagi berdaya hanya pasrah dengan nasib yang akan menimpaku sebentar lagi.

("Akhirnya semua penderitaan ini akan berakhir-")

"Apa yang kau fikirkan?"

Aku terkejut sebaik sahaja sosok itu memegang erat kepalaku dan seakan-akan menyembuhkanku daripada luka yang aku dapatkan tadi sewaktu bertaryng melawan pembunuh bayaran yang lain. Perlahan, pandanganku mulai jelas dan aku akhirnya dapat melihat dengan jelas sosok yang menolongku tadi. Seorang Iblis berambut putih yang panjang mengurai disertai kedua kelopak mata yang merah menyala menggerunkan sesiapa yang melihat. Aku lantas berundur beberapa langkah kebelakang sebaik sahaja mengetahui sosok yang menolongku itu tidak lain merupakan Raja Iblis Tirani yang digeruni oleh seluruh The Kingdom. Akan tetapi aku langsung terkejut sebaik melihat mukanya yang seakan sebak melihat aku yang menjauhkan diri darinya.

"Ma-Maaf-"

Aku meminta maaf padanya sebelum aku dikejutkan sebaik sahaja mendapati sosok di hadapanku itu mengusap lembut kepalaku. Aku terus terdiam seketika tidak tahu untuk memberikan balasan yang sepatutnya. Walaupun wanita ini merupakan sosok penting yang menjadi buruan The Kingdom, aku juga tidak mempunyai alasan untuk membunuhnya apalagi dia telah menyelamatkanku nyawaku. Seketika, sosok di depanku itu kembali memandang wajahku sambil mengesat mataku yang entah bila menitiskan air mata.

"Janganlah sedih. Sekarang semuanya dah tenang. Pergilah la balik, ramai yang menanti di sana"

Sosok itu bingkas bangkit untuk menjauhkan diri dariku. Aku dilepaskan begitu sahaja meskipun sosok di depanku itu mengetahui bahawa aku merupakan musuh yang tidak boleh dianggap remeh. Aku lantas menahan tangannya untuk tidak meneruskan niatnya untuk pergi.

"Kenapa tolong aku yang merupakan seorang manusia bahkan seorang pembunuh-"

"Tiada alasan khusus. Tapi disebabkan tempat pergaduhan korang ni di dalam Terror Canyon, aku sebagai pemerintahnya kenalah turun tangan untuk selesaikan baik-baik apalagi aku tengok seorang gadis ditindas beramai-ramai. Walaupun aku dah agak hasil akhirnya akan seperti ini-"

"Maafkan saya atas kesombongan saya tadi. Mulai hari ni izinkan saya berkhidmat di bawah Mahou"

Aku membetulkan badanku sambil menunduk hormat memandangnya. Seketika wanita di hadapanku itu terkejut sebaik sahaja mendengar ucapanku.

"Eeh?!! Tak perlu memaksakan diri..."

Aku memandang wajah sosok di hadapanku yang masih memasang wajah datar sambil tersenyum. Walaupun datar jelas tampak kerisauan di balik wajahnya. Aku lantas menggenggam erat tangan wanita di hadapanku itu sambil membulatkan tekadku. Aku sangat terkejut sebaik sahaja mengetahui sosok di hadapanku ini tidaklah seperti yang aku gambarkan malah merupakan seorang yang prihatin terhadap rakyatnya. Mungkin inilah yang ibu katakan padaku dahulu, aku akhirnya mempunyai seseorang yang aku boleh percayakan untuk mengubah nasib mereka yang sepertiku.

"Lagipun saya dah tiada sesiapa yang menunggu kepulangan saya-"

Aku terkejut sebaik sahaja kepalaku dipeluk erat oleh wanita di hadapanku itu. Seketika dia sedikit tersenyum memandangku sebelum kembali mengatakan,

"Hmm... Boleh juga... Tapi dekat istana kekurangan pelayan je. Mahu ke?"

Aku mengangguk laju menerima tugas yang diberikan kepadaku. Walaupun sebagai pelayan, aku tidak keberatan untuk berkhidmat kepada seseorang sepertinya dengan harapan mereka yang senasib denganku kini tidak perlu hidup dalam ketakutan. Aku akan memastikan Raja Iblis Tirani yang baik dan prihatin ini tidak berubah arah menjadi sosok yang kejam. Aku lantas menyambut tangan yang dihulurnya sebelum wanita di hadapanku itu menanyakan sesuatu padaku.

"Nama kamu?"

"Tiada..."

Aku memandang sosok di hadapanku itu dengan wajah yang sedikit sedih. Segala kejadian yang menimpaku ketika itu terjadi ketika aku masih kecil. Sewaktu menjadi pembunuh bayaran pula, nama langsung tidak diperlakukan bahkan kami memanggil diri kami masing-masing hanya dengan menggunakan nama samaran atau kod yang ditetapkan oleh Guild. Seketika aku kembali dikejut sebaik sahaja wajahku diangkat oleh sosok wanita di hadapanku.

"Hmmph... Macam mana kalau Nita? Nita-San?"

Aku tersenyum sambil mengangguk menerima yang diberikan padaku. Aku lantas kembali memberikan tunduk hormat kepada sosok di hadapanku itu sekali lagi sebelum mengatakan dengan lantang,

"Mulai hari ini, izin Nita berkhidmat sebagai pelayan Mahou"

Seketika aku dikejutkan apabila Nita mengesat mataku yang tanpa aku sedari menitiskan air mata. Aku lantas memandang Nita yang berada di belakangku untuk memastikan keadaannya. Nita tersenyum memandangku untuk menghiburkanku yang sebak sebaik sahaja mendengar ceritanya sebentar tadi.

"Tak mengapa Mahou. Semuanya dah lepas. Lagipun Nita sangat bahagia dapat jumpa Mahou semula sekarang ni..."

Aku terkejut sebaik sahaja Nita memeluk erat tubuhku. Akan tetapi, hatiku tetap merasa sebak setelah mengetahui perjalanan hidupnya yang penuh rintangan sebelum dipertemukan denganku. Tanpa sedar aku dikejutkan lagi oleh Nita yang menarik kedua belah pipiku sambil mengomel padaku akan sesuatu.

"EEK?!!"

"Mahou ni kan... Kan Nita dah kata Nita ok je... Cuba Mahou tengok rupa Mahou sekarang. Macam mana?"

Nita menyuruhku memandang cermin di hadapanku untuk melihat hasil dandananku yang dibuat olehnya. Aku lantas terkesima sebaik sahaja melihat penampilan diriku. Rambutku yang putih panjang mengurai melepasi pinggangku dipadani dengan sepasang gaun merah menyala yang persis seperti warna kelopak mataku. Aku seketika menggerak-gerakkan tubuhku di hadapan cermin untuk melihat secara menyeluruh penampilanku kini. Aku kembali memandang wajah Nita dengan penuh hairan.

"Pandainya Nita gayakan. Bukan ke Nita kata Nita sebelum ni pembunuh bayaran? Sekarang pahlawan pula tu?"

Aku bertanya penuh kehairanan. Seketika Nita melompat kegirangan ke arah ku sebelum mengatakan,

"Bagaimanapun Nita memang seorang perempuan. Mahou pun sama. Jadi mulai saat ini, Mahou kene belajar macam mana nak jaga penampilan Mahou. Nita boleh ajarkan"

Aku tersentak mendengar kata-kata Nita. Namun aku sedar aku kelak akan mempelajari itu juga memandangkan aku telah memilih untuk berada di samping Saoto. Seketika Nita merapatkan mulutnya ke telingaku untuk membisikkan sesuatu.

"Apa kata Mahou tunjukkan kat Saoto-Sama betapa cantiknya Mahou sekarang. Mesti Saoto-Sama terkejut"

"EEH?!!"

Aku tertunduk malu sambil menekup kedua belah pipiku yang memerah. Namun, Entah mengapa hatiku sangat ingin melihat reaksi Saoto sebaik sahaja melihat penampilanku ini.

("Apa aku teringin sangat untuk dipuji olehnya...") (Termenung)