webnovel

Reinkarnasi Raja Iblis Sang Pengubah Wujud

Kyoto Seinaru berjalan-jalan bersama teman wanitanya,Tomori-San di sebuah kota metropolitan. Mereka menikmati masa-masa mereka bersama sehingga- dia mengetahui bahawa Tomori langsung tidak mencintainya bahkan mengejeknya kerana mudah untuk diperdaya. Dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu oleh satu-satunya orang yang dia paling percayai di dunia ini. Dia akhirnya menatap tanah tempatnya berdiri sambil tertanya-tanya, Kenapa air mata aku langsung tak mengalir keluar? Dia akhirnya sedar ini bukan kali pertama dirinya di tempatkan dalam situasi yang menyakitkan ini. Dalam amarah yang membuak-buak, perempuan di depannya menghilang tanpa meninggalkan sebarang tanda. Dalam hatinya yang terdalam dia tertanya, Jika benar ada kehidupan yang tidak terhingga yang akan aku tempuhi, Akankah aku berjumpa dengan perempuan yang jujur di kehidupan berikutnya, Atau adakah hati yang kosong ini akan kekal kosong selamanya. Dia tersedar dan mendapati bahawa dirinya telah hidup semula namun tidak untuk mendapatkan perempuan yang dicarinya selama ini, malah menjadi perempuan itu sendiri. Dia juga sedar akan kenyataan bahawa dia kini bukan sahaja bukan seorang lelaki lagi malah bukan juga seorang manusia. Dia ialah succubus yang bermata merah menyala dan berambut putih yang panjang mengurai sambil tersambung ekor yang runcing di pinggulnya. Bagi manusia, bangsa Iblis merupakan bangsa yang jahat menyebabkan mereka bersatu padu menentangnya. Dia sedar kini semakin susah untuk dirinya meraih cinta yang dikejar Selamat ini sehinggalah- seseorang lelaki yang datang dari mana menyambut hangat dirinya dan melayaninya dengan baik. Adakah dia akan meraih cinta yang dikejarnya selama ini, walaupun tidak seperti yang diharapkannya... P/s : Ini adalah versi Bahasa Malaysia Reborned of the Shapeshift Demon King karya Seinaruz Ini hanyalah draf kepada cerita yang telah diterbitkan namun turut diterbitkan sebagai bahan bacaan tambahan. Tiada gambar novel kerana gambarnya tidak mahu dimuat turun oleh WebNovel. Enjoy!

Seinaruz · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
8 Chs

Chapter II

Lelaki itu melutut di hadapanku sambil berkata,

"Mahukah kamu menjadi permaisuriku?"

Aku mengambil masa untuk mencerna butir bicara lelaki tersebut.

"A-apa dia... Ka-kau tahu tak apa yang kau maksudkan t-tu..." (Cemas)

Aku rasa sangat cemas. Seseorang yang tak kukenali dan datang entah dari mana melamarku secara tiba-tiba. Aku melambai-lambaikan kedua-dua belah tenganku dalam keadaan yang cemas untuk menolak permintaan lelaki tersebut. Lelaki itu terdiam buat beberapa ketika sebelum kembali berkata,

"Ah, maaf kerana agak mendesak tadi. Namaku Saoto. Selamat berkenalan"

"Er..Uhm... Namaku Seinar-... Seinarin. Selamat berkenalan juga"

"Seinarin?!! Hurm.. Nama yang indah"

"Te-terima kasih"

Entah bagaimana aku tersipu-sipu mendengar pujian seperti itu. Aku lantas memalingkan wajahku dari pandangannya kerana pipiku yang kemerah-merahan akan dilihat olehnya. Aku tidak tahu mengapa badanku spontan bereaksi seperti ini. Dalam masa yang singkat itu, aku tertanya-tanya adakah satu malam masa yang cukup lama untuk menghilangkan sepenuhnya jati diriku sebagai seorang lelaki?

"Seinarin. Janganlah berdiri lama-lama kat situ. Nanti lenguh. Sini, duduk atas kerusi ni"

Saoto menghulurkan tangannya untuk menuntunku duduk di atas sebuah kerusi kayu. Aku menenangkan diriku terlebih dahulu sebelum menyambut tangannya itu untuk dituntun ke sebuah kerusi. Aku melangkah dengan berhati-hati agar tidak menimbulkan sebarang kecurigaan yang akan memperburuk masalahku yang telah sedia ada ini. Tidak lama kemudian Saoto duduk di atas sebuah lagi kerusi kayu di sebelahku. Tangannya pantas menuangkan air ke dalam dua buah cawan yang sedia ada di atas meja. Walaupun reaksinya yang kelihatan sentiasa datar, aku dapat rasakan yang dia terlalu prihatin terhadapku.

"Terima kasih" balasku perlahan.

Aku menyambut cawan yang disua oleh Saoto dan meminumnya. Walaupun sekadar air biasa, aku berasa senang dia melayaniku sebaik ini. Apabila difikirkan semula, lelaki ini merupakan orang luar kedua yang melayaniku dengan baik setelah aku berjumpa Mitsua dan Ibu. Budak-budak seumuranku selalu melemparkan berbagai macam cemuhan dan cacian terhadapku dan adikku kerana merupakan bangsawan berperingkat rendah. Jika tidak kerana aku serius dalam belajar berpedang, aku bahkan tak mungkin dapat melindungi sesiapa termasuk diriku. Spontan aku mengimbau kembali kenangan masa laluku yang payah dan penuh perjuangan.

"Pergi sana jauh-jauh. Menyemak aku tengok korang jalan ke sana ke sini"

"Kau anak bangsawan rendahan mana ada masa nak belajar sihir. Pergi sana main jauh-jauh"

"KAU PANDANG APA HAH- MAKAN NI"

Sekilas aku teringat seorang anak bangsawan atasan cuma menghajarku dan adikku dengan menggunakan sihir tanah.

Aku mengetap bibirku erat mengingat kejadian yang menyakitkan itu. Lantas air mata mula berjatuhan membasahi seluruh wajahku.

"Hurm?!!"

Aku terkejut melihat sosok lelaki di sebelahku meletakkan kepalaku di dadanya sambil mengusap-usap belakang kepalaku.

"Seinarin, benda yang dah lepas biarkan lepas. Ke mana perginya wajah yang tersipu-sipu tadi?"

"Huh?!!"

Aku memukul paha lelaki di hadapanku ini sambil menarik muka. Ini bukan masa yang tepat untuk bergurau tentang perkara itu, fikirku.

"Ha, macam ni lebih bagus. Tak perlu sedihkan perkara yang tak perlu"

Saoto memandangku dan mendakap kepalaku dengan lebih erat untuk membuatku lebih tenang. Entah bagaimana lelaki di hadapanku ini sangat memahami apa yang aku perlukan dan mahukan ketika ini. Aku sangat tenang terus dibelai olehnya sebelum akhirnya diganggu oleh seseorang.

"Eh, Onii-Chan?!! Onii-Chan buat apa kat sini?"

"EEP?!!"

Aku yang terkejut mendengar suara Mitsua lantas melepaskan dekapan Saoto dan duduk tegak seperti tiada apa yang terjadi.

"Anu, Mitsua... Tiada apa-apa pu-"

"Takde apa pun. Cuma datang melawat dan nak bawa kakak ni keluar jalan-jalan je"

"Huh?!!"

Aku mencebik sambil memandang tepat wajah Saoto. Saoto yang melihat hanya tersengih melihat reaksiku. Jauh dilubuk hatiku, aku sangat teringin untuk mencincang tubuh lelaki di hadapanku ni menjadi beberapa kepingan.

"Ni, biskut Ibu suruh jamu. Onii-Chan pun tak cakap nak datang. Tiba-tiba je datang"

"Anu, Mitsua. Kamu maksudkan abang ke?"

Aku bertanya dengan nada yang hairan. Sedari tadi topik perbulannya tidak langsung mengarah kepadaku walaupun panggilan yang digunakan iaitu Onii-Chan merujuk diriku.

"Ah, maaf Onii-Chan. Lelaki dekat sebelah Onii-Chan tu sebenarnya ialah abang kandung Mitsua..."

"HUH?!!"

Aku sangat terkejut mendengarnya. Bagaimana mungkin aku yang telah duduk lama dalam rumah ini tidak tahu menahu langsung tentang lelaki yang ada di sebelahku ini. Aku meremas rambutku dengan kedua belah tanganku kerana tidak percaya dengan apa yang kudengar sebentar tadi.

("Kenapa aku langsung tak tahu...") (Murung)

Aku sedar ada tangan yang memegang erat bahuku. Disebabkan jarak yang dekat, aku berfikir hanya Saoto yang mampu untuk memegang bahuku ketika ini. Aku yang tidak ingin diganggu dengan pantas menepis tangan yang memegangku itu dengan bahuku.

"Sei, apa salah ibu?"

"HUH?!!"

Aku terkejut sekali lagi sebaik sahaja mendengar suara Ibu betul-betul berada tepat di sebelahku.

"Maaf, Ibu. Sei betul-betul tak sengaja"

"Ibu, maafkan perbuatan Sei tadi. Dia tak bermaksud begitu pun dekat ibu. Dia cuma pening sebab terlalu banyak info yang masuk ke dalam tempurung kepalanya"

"Huh?!!"

Aku sangat berterima kasih atas pertolongan yang Saoto berikan namun ayat akhirnya membuatkan aku sangat geram. Tanpa sedari, aku mengepalkan kedua-dua belah tanganku untuk menahan amarah yang sedang bergejolak di dalam hati.

"Tak mengapa Ibu faham. Sini Sei, makan sekali biskutnya ni"

Aku mengurungkan kembali niatku dan berjalan menuju sebuah meja kecil tempat sepinggan biskut dihidangkan. Aku berjalan dengan berhati-hati sambil mengawal ekorku agar tidak tampak di mata Saoto.

Dalam samar-samar, aku melihat Saoto memandangku sambil sedikit tersenyum.

Sebaik sahaja duduk, aku lantas menjamah biskut yang telah dihidangkan oleh Ibu.

"Ibu, Saoto nak bawa Sei keluar dari rumah ni dan tinggal dengan Saoto. Ibu tak keberatan kan?"

"Sebentar... Apa yang kau cakap ni?"

Aku menghentak meja dengan kedua tanganku tanpa kusedari. Biskut yang kugenggam hancur kerana tekanan yang dikenakan. Apapun itu, aku tak boleh berdiam diri sahaja apabila ada orang yang nak yang ingin membawa aku keluar dan menjadi seorang isteri. Apapun alasannya, aku tak boleh membayangkan langsung diriku memukul tanggungjawab sebesar itu.

"Bertenang, Sei. Sei pun dah tahu kan Saoto ni anak Ibu"

"Tapi Ibu. Saoto takka-"

"CUKUP!!!"

Tanpa kusedari, Saoto telah berada tepat di sebelahku sambil menghentak permukaan meja tepat di sebelah tangan kiriku dan membuatkan sepah biskut yang berada di situ menjadi abu.

"Sini aku jelaskan"

Aku menarik kembali kedua belah tanganku dan meletakkannya di atas ribaku. Aku Masih terkejut mendengar bentakan Saoto sebentar tadi. Apapun itu, aku memang memerlukan penjelasan yang rasional tentang tindakannya itu. Saoto duduk di sebelahku sambil memasang raut wajah yang serius.

"Aku memang abang kandung kepada Mitsua. Beza umur kami dalam lima tahun. Sebagai bangsawan, tiada tempat langsung di muka Bumi ini yang menyambut terbuka bangsawan rendahan seperti kita. Hidup sentiasa dalam cemuhan dan cacian mereka yang di atas. Diserang dengan sihir dan dipermalukan di khalayak ramai dah jadi makanan sehari-hari..."

Aku tersentak mendengar perkataan Saoto. Kehidupannya tak jauh berbeza dengan kehidupan yang telah kulalui. Aku tidak lagi hairan kenapa dia sentiasa memasang wajah yang datar. Ia sama sepertiku dulu sebelum aku mengenal Mitsua dan Ibu.

"Aku dapat rasakan sendiri neraka dunia seawal umur tiga tahun. Namun, aku sedar sesuatu. Yang berkuasa bertindak mengawal yang lemah. Selama ada kekuatan, yang lemah akan tunduk patuh ketakutan. Aku melawan dan terus melawan sehingga akhirnya aku sendiri mengalahkan seorang dari Lima Raja Iblis Agung dan dilantik menjadi penggantinya. Berkat itu, mereka tidak berani cari pasal lagi"

Aku terdiam mendengar setiap butir bicaranya. Aku sangat faham perasaan Saoto ketika ini yang tidak mahu diganggu. Tidak mudah untuk menceritakan kembali masa pahit yang berusaha untuk kita lupakan. Aku sedar akan hal itu.

"Makanya, Sei. Aku berniat nak menjadikan kau sebagai permaisuri aku. Aku tak tahan dengar kritikan dari bawahan aku yang kata aku terlalu menyeramkan sehingga tiada yang berkenan"

"Huh?!!"

("Mana pergi lelaki yang gagah tadi?")

Aku menarik nafas dalam-dalam. Meskipun berat aku perlu membuat keputusan segera. Keputusanku ini akan menentukan masa hadapanku kelak.

"Satu lagi.."

Aku terkejut mendengar Saoto ingingl mengatakan lagi sesuatu.

"Sebagai seorang dari Lima Raja Iblis Agung, aku boleh tolong bawa kau pergi terus dekat istana Ratu Lumina yang merupakan istana asal Raja Iblis Tirani yang pernah memerintah seribu tahun dahulu. Macam mana?"

Kepalaku bertambah serabut. Satu-satunya alasan ku untuk menolak kini telah tiada. Aku baru sahaja terfikir tentang tujuan asalku untuk menyelidiki istana usang itu tetapi tampaknya kini Saoto mempunyai apa yang aku inginkan padanya. Perjalananku juga akan bertambah mudah sebagai isteri kepada Lima Raja Iblis Agung. Akan tetapi, satu masalah utama yang terus menghantuiku ialah...

("Aku ni kan lelaki... Macam mana aku nak jadi isteri orang...") (Serabut)

Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Aku berfikir sejenak sebelum memberikan jawapan akhir. Aku dikejutkan oleh Saoto yang tiba-tiba mendakap erat lagi kepalaku dan meletakkannya di dadanya.

"Tak mengapa, Sei. Kita cuba perlahan-lahan. Aku janji untuk jaga Sei layaknya seorang isteri"

Entah mengapa walaupun berat untuk menerima kenyataan seperti itu aku berasa lebih tenang setelah mendengarnya. Saoto terus mendakap erat kepalaku sambil mengusap-usapnya perlahan. Aku rasa seakan-akan dihanyutkan oleh sebuah perasaan yang sangat tenang sambil terapung-apung di lautan yang tidak berpenghujung. Segalanya tenang tanpa ada sebarang suara disertai kehangatan yang berpanjangan.

"Onii-Chan. Bangun, Onii-Chan"

Mitsua menepuk-nepuk bahu Sei namun Sei tidak menunjukkan sebarang balasan.

"Ibu, Sei tak sedarkan diri. Tolong bawa Mitsua menjauh dari sini"

"Eh, kenapa abang?"

"Pergi ikut Ibu? Abang risau kalau Mitsua kenapa-kenapa nanti. Kalau keadaan Sei makin teruk nanti abang uruskan"

"Ehm..."

Mitsua berlari mengejar Ibu meninggalkan ruang tamu. Saoto lantas bangun memapah

Sei yang tak sedarkan diri keluar dari rumah dan membaringkannya pada pangkuan ribanya di halaman hadapan rumah. Saoto terus menggunakan berbagai sihir penyembuh pada Sei namun tetap tiada sebarang reaksi ditunjukkan darinya. Saoto lantas menggapai kedua belah bahu Sei untuk memeluknya erat sebagai upaya terakhir. Namun sebelum sempat Saoto berbuat demikian, Sei kembali membukakan kedua-dua belah matanya.

Tangan kiri Saoto menerawang tidak tentu hala seakan-akan dia kehilangan kawalan ke atas tangannya itu. Saoto melepaskan pelukannya terhadap Sei sebelum mengundurkan diri dengan melompat ke belakang untuk mengambil jarak.

"Onii-Chan, nak ke mana tu? Mari lah ke sini kita bersenang-senang"

Sei menyelak bajunya ke atas menampakkan bentukan tubuhnya kepada Saoto. Saoto secara terus menerus malafazkan sihir melepas kendali pada tangan kirinya dan akhirnya berjaya mengawalnya kembali.

("Ada yang aneh dengan Sei sekarang ni. Aku tahu dia seorang Succubus tapi kelakuannya sekarang sangat berbeza dengan tadi")

Saoto memerhati sekelilingnya dengan saksama untuk memastikan keanehan yang berlaku. Tidak memerlukan masa yang lama untuknya mengesan apa yang aneh pada diri Sei.

("Matanya berubah dari yang asalnya berwarna merah pekat kini menjadi merah jambu")

Seorang succubus memang terkenal dengan kebolehannya untuk menggoda mangsanya. Ada yang bahkan mampu mengendalikan tubuh mangsanya untuk membuat pelbagai aksi dewasa demi mendapatkan sumber kehidupannya yang berupa nafsu dan keghairahan manusia. Mereka yang mempunyai lambang nafsu di perut mereka cukup kuat untuk mengendalikan tubuh seseorang.

"Marilah ke sini, Onii-Chan. Kalau tak biar saya yang datang"

Saoto dapat merasakan kawalan kuat yang ingin mengambil alih tubuhnya sebaik sahaja Sei mendekatinya. Oleh itu, dia cuba menjarakkan diri dari Sei sambil berterusan melafazkan sihir melepas kendali ke atas tubuhnya.

Dalam sekejap, berlaku babak kejar-mengejar berkecepatan tinggi antara Sei yang hilang kendali dan Saoto di perkarangan rumah. Walaupun sukar, Saoto kelihatan seimbang berhadapan Sei yang terus berusaha merapatkan jarak untuk mengambil alih kendali ke atas tubuh Saoto.

Banyak pokok berjatuhan dan kawah terbentuk akibat tekanan yang diberikan oleh kedua-dua orang tersebut.

Setelah beberapa ketika, akhirnya babak kejar-mengejar mengejar itu terhenti sejenak setelah Saoto mendapati Sei menghilang dari pandangannya. Saoto berdiri sejenak sambil mewaspadai sekelilingnya. Namun ianya tidak mengambil masa yang lama untuk Sei mengambil alih kawalan sepenuhnya terhadap tubuh Saoto. Saoto terduduk kaku di tanah dan tidak dapat menggerakkan sedikit pun aggota tubuh badannya. Seketika, telinganya menangkap suara bisikan yang amat menggoda.

"Onii-Chan, Onii-Chan sangat tangkas waktu kejar-mengejar tadi. Ini membuatkan saya sangat teruja untuk merasakan abang punya anu dalam badan saya. Saya rasa telah mengeluarkan sedikit sebaik sahaja membayangkannya. Onii-Chan, saya sudah tidak sabar untuk melakukannya..."

Sei duduk melutut di hadapan Saoto dalam keadaan yang terangsang. Saoto dapat melihat jelas nafsu yang terpancar dari seluruh wajah dan tubuhnya. Nafasnya berat dan tidak keruan. Kakinya yang lemah dibuka sambil menurunkan seluarnya menampakkan kemaluannya yang telah diisi oleh hawa nafsu yang telah bergejolak.

Saoto tetap menatap Sei dengan wajah yang datar walaupun setelah diperlihatkan sedemikian rupa.

"Onii-Chan, Onii-Chan tak suka saya ke? Mana janji Onii-Ch-..."

"DIAM?!!"

Sei memandang Saoto jijik. Dia kelihatan kesal dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Saoto sebentar tadi.

"Warrior, tunjukkan dirimu"

Seketika sebuah pedang emas melayang-layang di atas Saoto dan melepaskan segala kendali asing ke atas tubuhnya. Perlahan, dia berdiri dan memandang tepat wajah Sei.

"AKU TAKKAN LANGGAR JANJI KITA. AKU TAKKAN SESEKALI LANGGAR JANJI YANG KITA PERNAH BUAT. Cuma aku mahu Sei sendiri yang sudi buka hati Sei untukku bukan memaksakannya untukku..."

Sei menatap Saoto dengan wajah yang penuh senyuman sebelum kembali rebah tidak sedarkan diri. Saoto lantas menyimpan semula Warrior yang kelihatan beransur-ansur hilang dan mendakap erat tubuh Sei yang terbaring lemah. Lantas, Saoto memapah tubuh Sei yang lemah dan tidak berdaya itu masuk ke dalam rumah agar tidak dilihat oleh sesiapa.

("Walaupun menolak, aku tak dapat nafikan pandangan yang sekarang aku nampak sangat menjentik diriku sebagai seorang lelaki. Tapi, aku risau dia akan membenciku jika memperlakakukannya sedemikian rupa")

Saoto meletakkan tubuh Sei perlahan-lahan di atas lantai dan meletakkan kepala Sei di bahagian yang telah dijelmakan sebuah bantal dari istananya. Saoto menurunkun kembali baju Sei yang terselak menggunakan sihir penggerak dengan berhati-hati agar tidak mengejutkannya. Walaupun otaknya telah menerawang ke mana-mana, mulutnya ligat mengingatkan dirinya untuk tetap bersabar.

"Jangan buat benda bukan-bukan, jangan buat benda bukan-bukan"

Saoto turut mengenakan semula seluar yang sedikit dilepas oleh Sei sambil terkejut melihat sesuatu.

("Ini lambang perhambaan yang tersegel di perutnya. Succubus sepertinya seharusnya tidak mempunyai tanda seperti ini") (Hairan)

Saoto mengenakan semula seluar Sei dengan berhati-hati. Walaupun pandangannya cukup bagus kerana tidak dapat dinafikan tubuh Succubus memang agak menggoda, Saoto tetap menahan nafsu dirinya daripada berbuat yang bukan-bukan. Setelah selesai, Saoto terduduk kaku sambil mengusap-usap kepala Sei yang masih tidak sedarkan diri.

----------------------------------------------------------

("Eh, adakah aku pengsan?")

Seketika aku langsung tak dapat merasakan kaki dan tanganku. Ianya bagaikan segala uratku telah berhenti berfungsi kerana aku tidak dapat merasakan langsung tubuh badanku. Dalam kegelapan yang pekat itu, aku sangat berharap seseorang datang untuk menyelamatkanku. Samar-samar, aku melihat hayat hidup seorang perempuan menerawang di sekitarku. Aku rasa gelisah dan takut. Apakah tiada seorang pun yang akan mengeluarkan aku daripada kekosongan ini? Apakah tiada aku akan terperangkap di sini selama-lamanya?

("Ah, aku bukan sesiapa di dunia ini. Aku terus berharap pada sesuatu yang mustahil untuk aku raih...")

"Sei..."

"Sei..."

"SEI..."

Samar-samar, aku mendengar suara memangilku dari kejauhan. Pandanganku hampa tanpa mengharapkan sebarang bantuan. Aku seakan pasrah dengan nasib yang telah menimpaku.

"SEI..."

Aku dapat merasakan adanya sentuhan hangat di belakang tubuhku. Aku tersentak daripada lamunanku. Seketika aku teringat bahawa masih banyak mereka yang menungguku. Aku tidak akan mengecewakan mereka yang tetap menunggu kepulanganku.

("Aku tak nak membuatkan dia tertunggu-tunggu...")

Aku membuka mataku perlahan. Kepalaku pening mungkin akibat pengsan dalam tempoh yang lama. Sebaik sahaja penglihatanku kembali jelas, aku sedar Saoto sedang memeluk erat tubuhku dan menggenggam erat rambutku sambil menyorokkan mukanya di belakang badanku.

"Seinarin, tolong jangan tinggalkan aku lagi..."

Sayup-sayup aku mendengar suara Saoto dalam nada yang hiba. Tidak hairan mengapa bahagian belakang tubuhku terasa sangat hangat dari tadi. Aku teringin untuk menolak tubuh di hadapanku ini agar sendikit menjauh namun hasratku itu tertahan mendengar esakan sebentar tadi.

("Saoto, apa yang kau maksudkan dengan 'lagi'...")

Aku menepuk-nepuk belakang Saoto untuk menenangkannya. Aku bernasib baik dia hanya mengenakan pakaian biasa tanpa sebarang zirah besi. Aku dapat membayangkan betapa susahnya untuk aku menenangkannya dalam zirah tersebut kerana perlu menepuk-nepuk belakangnya dengan lebih kuat walaupun dalam keadaan tubuh badanku yang sangat lemah ketika ini. Memikirkannya sahaja telah membuatkan aku hilang semangat.

Saoto menolak bahuku kembali sambil memandang wajahku. Dia masih memasang wajah datar meskipun sepertinya aku mendengar dengan jelas tangisannya sebentar tadi.

"Hei, Saoto. Apa yang terjadi pada aku? Apa jadi waktu aku pengsan sebentar tadi?"

Aku ligat memikirkan apa yang menimpaku. Walau sekuat tenaga aku kerah berusaha untuk mengingat segala yang telah terjadi, segalanya berakhir sia-sia. Aku langsung tidak mengetahui apa yang terjadi sewaktu aku pengsan sebentar tadi dan mengapa badanku dalam kondisi yang begitu lemah.

Saoto memandangku sambil berfikir sejenak. Mungkin dia mempertimbangkan sesuatu setelah melihat keadaanku yang lemah ketika ini.

"Seeloknya kita bincangkan perkara ni nanti, setelah keadaan Seinarin lebih stabil"

Ada apa dengan panggilan itu. Kenapa tiba-tiba menggunakan namaku begitu. Apa cuma kerana sebagai latihan untuk persediaan sebagai pasangan nanti. Ah. Otakku tidak boleh berfikir jernih buat masa ini. Aku terus membayangkannya berbuat macam-macam pada tubuh lemahku. Sekilas, aku sudah merelakan tubuhku untuk diperlakukan apa sahaja olehnya. Lagipun, aku tidak mampu untuk melawannya dalam keadaan seperti ini. Aku memejamkan mata sambil meletakkan tanganku di dahi untuk menghilangkan sedikit rasa pening di kepalaku.

Perlahan, aku dapat rasakan Saoto meletakkan kepalaku ke ribanya sambil mendengarnya melafaz beberapa mantra sihir berkemungkinan untuk mengurangkan kesakitanku.

"Saoto, tolong jaga aku... baik-baik"

Tanpa sedar, pandanganku beransur-ansur hilang dibuai kegelapan tak berpenghujung. Aku terbaring lena di atas pangkuan Saoto, lelaki yang baru kukenali.

----------------------------------------------------------

Seorang lelaki berambut dan berzirah emas berdiri dan menghadap tepat ke arahku. Mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang langsung aku tidak dapat dengari dan cerna oleh otakku. Entah mengapa lelaki itu tiba-tiba berlutut di hadapanku dan mengeluarkan pedang keemasan yang dimilikinya. Lantas pedangnya itu ditusuk tepat ke arah jantungku"

Aku tersentak lalu terjaga daripada tidurku dan mendapati aku masih berada dalam bilikku. Mimpi aneh sebentar tadi membuatku terfikir bahawa aku telah benar-benar melati tertusuk pedang.

Aku mengamati sekelilingku dengan saksama.

("Sepertinya ada yang membaringkan aku atas katil dalam bilikku. Sekilas,tiada yang ane -...")

"HUH?!!" (Terkejut)

Aku terkejut melihat tubuh badanku yang langsung tidak mengenakan sebarang pelindung daripada tatapan sebarang mata yang melihat. Aku dapat melihat dengan jelas bentukan tubuhku yang sangat menggoda. Tidak semena-mena darah mengalir keluar dari hidungku dengan deras. Apabila difikirkan semula, selama hidupku aku langsung tidak pernah mempunyai hubungan percintaan dengan seorang wanita bahkan beberapanya telah kubunuh dengan cara yang mengenaskan. Seketika aku jelas akan alasan hidungku memancurkan banyak darah sebaik sahaja melihat lekukan tubuhku sendiri. Ditambah pula aku bukan seorang wanita biasa melainkan seorang succubus yang terkenal dengan bentuk tubuh yang mampu menggoda sesiapa yang melihat. Spontan, tanganku cekap mengambil selimut yang berada berdekatanku dan membaluti seluruh tubuh badanku dengannya.

Aku melihat sekali lagi sekelilingku untuk memastikan sesuatu. Dari kejauhan, aku melihat Saoto sedang terlelap di atas kerusi kayu tempatku belajar sambil menahan kepalanya dengan cara menyiku sebelah tangannya di atas meja di penjuru bilikku. Dia tertidur lena sambil mengenakan baju yang biasa kupakai sambil menghadap ke arahku. Seketika peluh menitik membasahi seluruh tubuhku badanku setelah aku sedar akan sesuatu yang sangat penting.

("Se-sekejap... Di-dia ada kat sini sementara tubuh aku ta-tak mengenakan langsung sebarang pa-pakaian...") (Cemas)

Aku melutut di atas katil mengenangkan nasibku kini. Jati diriku sebagai seorang lelaki kini telah hilang bahkan aku telah kehilangan keperawananku dalam tubuh ini. Aku tak boleh membayangkan apa yang telah Saoto perbuat pada tubuhku setelah aku pengsan tidak sedarkan diri pada hari itu.

("Aaaaah... Aku tak boleh salahkan dia sebab aku sendiri pun dah pasrah untuk terima apa je dia buat waktu tu. Tapi aku tak sangka dia akan pergi seja-")

"Tak, belum sejauh tu lagi"

Aku yang sedari tadi menggaru-garu kepalaku terhenti seketika setelah mendengar suara yang tidak asing lagi di telingaku.Lantas,aku memalingkan wajahku untuk melihat Saoto yang tidur sebentar tadi. Saoto menyuakan aku sekeping biskut dan segelas air.

"Hurm?"

Aku tertanya-tanya maksud percakapan sebentar tadi untuk mengaitkannya dengan perbuatannya ketika ini.

"Anu, Saoto. Apa maksud ka-"

"Badan Seinarin agak panas tadi. Kalau Seinarin terus pakai baju dan diselimutkan, aku risau badan Seinarin akan lambat kebah. Sebab itu, aku panggil Mitsua tadi suruh tanggalkan baju Seinarin"

Aku tercengang mendengar kata-kata Saoto sebentar tadi. Aku terus membuat tuduhan tak berasas terhadapnya yang telah banyak menolongku. Sekilas, aku terasa bahawa denyut nadiku bertambah kencang dan nafasku terasa lebih berat. Aku sedar bahawa pipiku kini mula memerah lantas menekupnya dengan selimut menggunakan kedua-dua belah tanganku.

"Te-terima kasih" balasku perlahan.

"Tak payah difikirkan sangat. Itu memang tugas suami terhadap isterinya"

Aku terasa ingin muntah mendengarnya. Kata-kata yang keluar dari mulutnya cukup untuk memikat setiap yang mendengar namun wajahnya yang datar merosakkan suasananya.

"Nah, makan ni. Nanti muntah sebab masuk angin"

("Jujurnya aku nak muntah sebab dengar ayat manis kau tadi")

Saoto menyuakan kepadaku sepinggan biskut dan segelas air. Aku memandang hidangan tersebut dengan tatapan kosong. Dengan suara yang lemah, aku kembali bertanya,

"Dah berapa lama aku tak sedarkan diri?"

Saoto kembali meletakkan semula juadah yang disediakan untukku sebelum memandang dan menggenggam erat tanganku. Walaupun diperlakukan begitu, aku tidak menepisnya kerana aku tidak membencinya.

"Seinarin pengsan dalam tiga hari penuh sejak kejadian hari itu"

Aku terkejut mendengarnya. Walaupun samar-samar, aku masih mengingat ada suatu hari yang aku rasa terlalu lemah dan tak bermaya. Aku yang berusaha mengingati terhenti apabila Saoto menyambung semula perbicaraannya.

"Sepanjang tiga hari itu jugalah, aku tetap ada di sebelah Seinarin untuk membacakan mantra demi mantra sihir penyembuh yang aku tahu sambil dibantu oleh Mitsua"

"Berapa mantra sihir penyembuhan yang digunaka-"

"4579 kali dan setiap sihir penyembuhan yang ada aku gunakan"

Aku ternganga mendengarnya. Saoto kata dia hanya menggunakan sihir yang dia tahu tapi jumlahnya terlalu banyak. Bahkan dia turut berkata semua jenis sihir penyembuh dia telah digunakan kepadaku. Daripada itu, aku sedar lelaki di sebelahku ini bukan sembarangan orang dan tidak sama seperti anak bangsawan yang pernah aku temui sebelum ini yang walaupun mempunyai darah yang suci tetap kalah telak di hadapan ilmu berpedangku. Saoto juga seharusnya sangat kuat kerana telah menghadapi pelbagai penghinaan dan penderitaan sendirian kerana umurnya yang tiga tahun lebih tua dariku.

"Ada sesuatu yang mengganggu ke? Seinarin tiba-tiba nampak sedih"

Aku terkejut mendengar teguran daripada lelaki di sebelahku ini. Aku juga tidak sedar sejak bila aku memasang wajah yang sedih. Aku memandang tepat wajah Saoto. Walaupun dia tetap memasang wajah yang datar, aku dapat merasakan yang dia sangat merisaukan aku jauh dilubuk hatinya.

"Tak mengapa. Cuma sedih sebab terfikir nak makan sedap-sedap selepas tiga hari tak sedarkan diri tapi yang dapatnya malah biskut dengan segelas air..."

Saoto menatap lama wajahku. Aku yang sedikit terkejut dengan tatapannya memalingkan pandanganku sambil tergumam. Aku tidak mahu dia melihat wajahku yang panik ketika ini. Seketika aku mendengar suara kerusi berdecit dan pandanganku menjadi lebih tinggi.

"Eep?!!"

Saoto menggendong tubuhku menggunakan kedua belah tangannya dan memandang tepat wajahku. Aku sedikit terkejut melihat mukanya betul-betul tepat di hadapan wajahku.

"Seinarin... Sei betul-betul risaukan perkara tu ke?... Sei sedar kan Sei tak mengenakan sebarang pakaian sekarang..."

Aku tersentak mendengar ucapan Saoto. Aku tengah diggendong olehnya dengan hanya berbalutkan selimut sebagai satu-satunya penghalang daripada dia dapat melihat terus bentukan tubuh badanku. Aku seketika panik dan cemas kerana dia memandangku sambil memasang wajah yang serius. Sedikit kesalahan, nasibku akan berubah dengan drastik.

Aku akhirnya menyerah dan mengatakan hal sebenar kepadanya dalam keadaan tersipu.

"Ma-maafkan Sei. Sei terfikir Saoto yang lebih tua tiga tahun dari Sei pasti telah mengalami banyak penderitaan dan penghinaan sampai boleh jadi sekuat sekarang. Bila Sei fikirkan, entah kenapa hati Sei rasa sebak..."

Aku melepaskan semula segala yang terpendam dalam hatiku sambil melarikan wajahku daripada pandangannya. Aku tak sanggup menatap wajahnya secara terus dalam keadaanku seperti ini.

Seketika tiada sebarang balasan dari Saoto. Dia hanya diam membatu tanpa berkata apa-apa mahupun bereaksi. Aku lantas memandang wajahnya dalam keadaan hairan. Seketika, aku melihat air matanya berguguran jatuh mengenai selimut yang membaluti tubuhku.

"Te-terima kasih, Seinarin. Ini kali pertama ada seseorang yang risaukan Saoto"

Aku diam tak berkata apa-apa. Aku lantas memeluk erat tubuh Saoto yang menggendongku dengan meletakkan kedua-dua belah tanganku di atas bahunya sambil mengusap-usap belakang badannya. Saoto juga meyambut pelukanku dengan mendakapku erat.

Badanku terasa hangat. Nafasku menjadi berat dan tak keruan. Degupan jantungku terasa semakin kencang. Tanganku yang lemah tak mampu untuk terus mendakap erat tubuh lelaki di hadapanku.

"Hei,Saoto..."

Aku memanggilnya perlahan. Badanku terasa aneh. Fikiranku tidak dapat berfikir jernih. Saoto melepaskan dekapannya dan memandangku dengan wajah yang tertanya-tanya.

"Sa-saoto nampakkan apa yang terhubung di punggung Sei. Ke-kenapa Saoto mahukan Sei sebagai pasangan hidup?"

Aku bertanya sambil memandangnya dengan tatapan kosong. Aku dapat rasakan tangannya menyentuh ekorku sewaktu dia mendakapku sebentar tadi. Seharusnya, dia sudah mengetahui tentang diriku bukan hanya dari sentuhan itu tetapi dari Mitsua dan Ibu.

Saoto memandangku sambil sedikit senyuman terpancar di wajahnya. Dalam masa yang sama, dia mengusap-usap kepalaku dengan sebelah tangannya sambil tetap menggendong tubuh badanku.

" Apa salah ke hubungan seorang manusia dengan succubus? Siapa yang menentukannya salah? Bangsawan? Persetan dengan diorang punya peraturan tu. Hanya kita yang berhak menentukan siapa yang kita suka. Dan sayangnya, Saoto suka Sei"

Aku menekup mulutku dengan kedua belah tanganku sambil berteriak kecil. Aku tidak menyangka balasan yang akan diberikan oleh Saoto itu. Namun dalam masa yang sama jauh dilubuk hatiku merasa lebih tenang setelah mengetahuinya. Aku kembali menatap wajah Saoto. Entah mengapa hatiku berdegup dengan lebih kencang. Pipiku mula memerah dan nafasku terasa lebih berat. Tubuhku mula terasa aneh. Aku memandang Saoto sambil menarik muka sedih.

"Sa-saoto, turunkan Sei. Badan Sei rasa lain macam. Sei takut Sei tak dapat menahan diri Sei lagi"

Ekorku terkeluar dari selimut yang membaluti tubuhku sambil bergoyang ligat menunjukkan emosiku yang tidak keruan ketika ini. Perlahan-lahan, Sei menurunkan tubuhku dan meletakkannya semula di atas katil. Aku dengan pantas menggunakan selimut yang membaluti tubuhku itu dan menutup seluruh badanku dengannya agar mukaku yang kemerahan ketika ini tidak dilihat oleh lelaki di sebelahku ini.

"Jangan lupa makan biskut ni. Esok pagi kita akan bergerak ke istana. Sei tidur lebih awal malam ni. Lagipun badan Sei belum betul-betul sembuh"

Aku dapat merasakan Saoto mengecup kepalaku sebelum berlaku keluar dari bilikku. Hatiku yang gelisah ketika ini hanya dengan memikirkannya membuatkan aku langsung tidak berani memandang wajahnya mahupun berbicara dengannya. Dalam lubuk hatiku yang terdalam, aku tertanya-tanya,

"Inikah rupa cinta yang sebenar yang selama ini aku cari?"