webnovel

CHAPTER 13

2 HARI SEBELUM PELAJARAN DIMULAKAN.

Jeremy dan Jenily menyimpan beberapa barang di dalam beg sandang mereka.

" Jeremy, Jenily jangan lupa bawa bekal ni auntie dah sediakan, nanti kamu kongsi dengan kawan-kawan kamu nanti" kata Shene yang keluar dari dapur menuju kearah mereka dengan membawa beg yang berisi makanan dan minimun untuk mereka.

" terima kasih auntie sebab sediakan semua ini walau dalam keadaan yang kalam-kabut. nanti kami kongsi dengan kawan-kawan" balas Jeremy dan mengambil beg dari tangan Shene.

" tak apa auntie pun terkejut bila kemarin habis kita mencuci kain dari sungai kawan kamu datang nak ajak kamu mencari bunga dengan herba untuk hari ni. tapi baguslah memandangkan musimnya telah tiba bolehlah kamu tolong uncle kamu carikan bunga dengan herba yang dia perlukan" kata Shene sambil mengelah nafasnya.

" jangan risau auntie, Jenily akan berusaha untuk kumpul banyak-banyak! " kata Jenily dengan penuh yakin.

" takkan kamu nak ambil semua tu, kesian dekat yang memerlukan. jangan terlalu tamak sebab orang tamak selalu rugi tahu" usik Jeremy kepada Jenily.

"iyalah... Jenily ambil untuk keperluan sahaja.." balas Jenily dengan nada yang rendah.

" kamu ada bawa buku tentang bunga dan herba kan? jadi nah ini herba dan bunga yang uncle kamu minta hat-hati jangan sampai hilang" nasihat Shene sambil memberikan sehelai kertas kepada mereka.

"baiklah auntie! kami pergi dulu ya" Jeremy dan Jenily sambil melampai kearah Shene dan meninggalkan rumah mereka.

mereka berjalan menuju kearah bukit yang terletak agak jauh dari perkampungan. setelah mereka sampai dibawah bukit yang ditetapkan oleh kawan mereka.

mereka melihat bahawa beberapa kawan mereka telah tiba.

" Jeremy, Jenily kamu datang juga ya walau kami beritahu kamu secara mengejut. kami minta maaf ya" kata Victoria dengan nada sedikit kecewa.

" tak apalah, kami tak marah pun lagipun hari ni kami tiada kerja nak dibuat jadi kami pun nak ikut kamu untuk ambik herba dengan bunga" pujuk Jenily sambil memeluk Victoria.

" hanya kita sahaja atau ada yang belum datang lagi? soal Jeremy kepada mereka yang lain.

" Kouji, Juvia dan Lyn belum datang lagi mungkin mereka ada hal perlu diselesaikan" jawab Victor.

beberapa detik kemudia terdengar suara yang memanggil mereka yang menuju kearah mereka.

"tunggu! tunggu.." Jerit seorang lelaki yang datang berlari kearah mereka dan diikuti oleh 2 kawannya.

" panjang umur mereka, sampai pun mereka" usik Jeremy sambil melihat kearah kawan-kawan mereka yang lari.

" apa macam? masih hidup?" usik Victor

"ah..ah.. hu..hu..hu... bagi dulu kami bernafas" kata Kouji yang sedang berusaha untuk bernafas.

"Juvia, Ahmad, kamu okey? berehat dulu ya" kata Lyn

2 minit kemudian

semua mereka telah berkumpul dan telah bersedia untuk meneruskan perjalanan mereka. mereka naik keatas bukit melalui jalan-jalan yang biasa mereka gunakan.

setelah mereka sampai. mereka melihat tempat dimana bunga dan herba tumbuh dengan begitu indah sekali dan bukan itu sahaja air sungai kecil yang mengalir dimana ikan boleh kelihatan.

" wahhhh... cantikkannya tak sangka walau banyak kali kita pergi kesini suasananya sentiasa menenangkan" kata Lyn dan Juvia secara serentak.

" kita cari tempat dulu untuk simpan barang-barang kita" kata Victor.

mereka semua pun mencari tempat yang lapang dan berdekatn dengan sungai. setelah mereka meletakkan barangan mereka. mereka pun mula untuk mengumpulkan bunga dan herba yang mereka perlukan.

" apa yang uncle suruh kita cari abang? " soal Jenily yang melihat Jeremy mengeluarkan kertas dari beg sandangnya.

"hmmm... ada 3 jenis bunga dan 4 jenis tumbuhan" jawab Jeremy.

" tunggu dulu kenapa ada tumbuhan yang beracun pula ni? uncle ni nak buat ubat ke nak buat racun sebenanrnya?" soal Jenily

Jeremy melihat kearah Jenily dan Jenily melihat kearah jeremy sambil memikirkan jawapannya yang mereka cari.

" jangan tanya Abang, saya tidak tahu" jawab Jeremy dengan wajah yang binggung.

" hoiiiii.... Jeremy, Jenily kamu tak nak kumpul sebarang bunga dan herba ke?" soal Ahmad sambil menjerit kearah mereka berdua.

Jeremy dan Jenily terkejut mendengar jeritan dari Ahmad.

" kami tengah mencarilah ni" jerit Jenily kembali.

"okey! jangan lama sangat tau tak lama lagi makan tengahari" Ahmad mengingkatkan mereka.

" dahlah Abang, kita cari sahaja dulu lepas tu baru fikir balik" pujuk Jenily sambil berdiri.

" kamu cari bunga, Abang cari tumbuhan okey" arah Jeremy.

mereka pun bersetuju dan memulakan percarian mereka dimana Jenily membawa buku tentang bunga yang ia cari dan Jeremy membawa buku tentang herba untuk memudahkannya.