webnovel

Queen Of Angel Beauty : Fate In Your Life

Kelahiran yang dikelilingi banyak kelebihan membuatkan dia berfikir hidupnya akan terus bahagia, menjadi seorang yang baik demi mengelakkan permusuhan. Queensha bertemu dengan lima abang sepupunya dan terus mencuba yang terbaik agar kelima abangnya menerima dirinya sebagai adik, menjadi seorang yang berdikari dan tidak ingin menyusahkan sesiapa.. Tetapi mengapa dirinya merasa mereka terlalu posesif? Adakah sebab mengapa dia di bawa kembali ke German hanya untuk bersama dengan keluarga yang lain atau memiliki sebab lain. William Richardo Flodinent abang pertama yang satu satunya dia kenali sedari kecil, manakala empat lagi abangnya baru sahaja dia temui yang mempunyai pelbagai kepribadian berbeza. Tetapi sama seperti yang diketahui dalam hidup diri tidak akan menjadi matang selagi tidak melalui luka likunya perjalanan hidup, mungkin saat ini masih merasakan kesedihan tetapi ingat di balik terowong yang gelap pasti ada hujungnya yang menyinari puncak kehidupan. Pengakhiran yang belum pasti jangan terlalu berharap tinggi, kerana semakin tinggi di raih akan sangat sakit bila jatuh.

Daoist5SXf2R · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1 Chs

Kelahiran Diwaktu mendadak

Di hari yang hujan lebat, sepasang suami isteri sedang berada di dalam sebuah kereta yang melaju di jalan yang di basah dengan air hujan yang deras.

Di sebabkan perjalanan menuju ke rumah mereka masih mengambil masa yang lama kerana jarak antara rumah mereka dengan Airport agak jauh, jalan tar yang basah mulai licin disebabkan air hujan..

Sang isteri sedang mengelus perutnya yang buncit kerana sedang mengandung 6 bulan, wajahnya kelihatan cerah meskipun cuaca sedang mendung dan gelap. Si suami pula yang sedang memandu pun turut tersenyum kerana melihat sang isteri sangat bahagia, sebenarnya bukan mereka sahaja yang gembira mengetahui kabar mengandung itu tetapi keluarga dari sang suami juga sangat bahagia .

Kerana mengikut motif keluarga Flodinent, keluarga miliarde terkaya itu sepanjang 5 keturunan belum berhasil mendapatkan anak perempuan.. Setiap yang mengandung di keluarga itu pasti akan mengandung anak lelaki, tetapi bila mengetahui yang isteri kepada anak kedua keturunan kelima Atlen Flodinent mengandungkan janin yang berjantina kan perempuan semua sangat terkejut.

Bukan sahaja terkejut malahan itu sangat menggembirakan juga kebanggaan kepada Rosian Lenny kerana menjadi isteri keturunan kelima satu satunya yang mengandungkan anak perempuan, kerana itu sang suami mengikuti kehandaknya untuk membesarkan anak mereka di negara kelahiran sang isteri Di Venice.

Hari ini mereka baru sahaja balik daripada German melawat keluarga utama Flodinent, JK Flodinent ayah kepada Atlen Flodinent turut merasa senang kerana dapat merasakan memiliki cucu perempuan setelah sekali merasa pasrah tidak dapat merasakan cucu gadis bila anak pertamanya Richard memiliki 5 anak lelaki sahaja.

Di kerana kan cuaca yang mendung mereka tiba di Airport mereka terpaksa bergegas kembali ke rumah kerana mereka akan bermalam di rumah keluarga sang isteri, manakala sang isteri pula merupakan anak tunggal. Itu juga menjadi sebab kenapa dia tidak ingin meninggalkan orang tuanya, sang suami kerana cuba memahami pun menerima ya dan meminta sang ayah agar mengerti situasi isterinya yang taat pada ibu bapa.

Rosian berkata pada suaminya.

" Sayang, lepas sampai di rumah nanti kita rehat dulu tau..

Baru pergi ke rumah ayah dan ibu pula."

Atlen menjawab dengan lembut.

" Iya lah, awak pun jangan penat sangat.. Tidurlah dulu,

sampai nanti saya kejutkan."

Rosian menggeleng.

" Tak naklah, saya nak temankan awak drive. "

Atlen tersenyum dan terus memandu, ketika mereka sedang jalan dengan hati yang tenteram tiba tiba muncul sebuah kereta warna putih yang seolah tergelincir ke jalan mereka pun membuat Atlen terkejut dan langsung membelok.

Broomm!!

Kereta mereka melanggar pohon di tepi jalan cerun, Rosian meringis.

" Sayang! Sayang sakit!"

Ujar Rosian sambil memegang perutnya yang terhentak ke bahagian depan kereta, Atlen langsung belagapan melihat keadaan isterinya..

Oleh kerana kereta mereka hanya remuk di bahagian depan, Atlen langsung menghidupkan enjin dan memecut keretanya menuju ke hospital berdekatan.

DI HOSPITAL

------------------------------

Atlen sedang menunggu di luar bilik pemeriksaan dengan hati yang terus berdegup laju takut setiap kemungkinan yang bermain di mindanya.

Ceklek!

Pintu bilik terbuka, Atlen langsung pergi ke hadapan doktor dan bertanya dengan bimbang.

" Bagaimana keadaan istri saya dok?"

Doktor itu pun berkata dengan serius sambil wajah kelihatan risau.

" Saya di sini hanya boleh memberi tuan tiga pilihan

sahaja.."

Atlen menatap penuh tanya dan berkata.

" Apa maksud dokter?"

Dokter itu pun berkata.

" Tuan harus memilih tiga pilihan ni sahaja yang dapat

menjamin ini semua."

Dengan wajah pucat pasi dia menjawab.

" saya akan cuba. "

Dokter pun mulai menerangkan satu persatu.

" di sebabkan pendarahan yang sedikit teruk, janin menjadi

sangat lemah begitu juga isteri tuan. Apa lagi janin yang

ada di dalam rahim isterj tuan itu membesar secara

songsang. Jadi kita hanya ada tiga pilihan.."

Atlen menunduk sambil mendengar, dokter itu berkata lagi.

" Pilihan yang pertama.. Korbankan janin dan selamatkan

isteri tuan dengan rahimnya dengan begitu tuan boleh

memiliki anak lagi. "

Atlen terkejut dan tidak mampu berkata kata, kerana dirinya sangat mengharap dan menyayangi janin itu.

" pilihan yang kedua.. Korbankan istri tuan dan selamatkan

anak tuan.. "

Penyataan itu sungguh menyakitkan bagi Atlen akhirnya dokter itu bersuara lagi.

" Tetapi bagi saya pilihan ketiga paling baik meskipun

sedikit berisiko.."

Atlen menatap dokter dengan mata yang sudah berkaca menahan tangis, dokter pun berkata dengan yakin.

" operation dan selamatkan kedua duanya tetapi rahim isteri

tuan terpaksa di buang.. Dengan begitu kedua duanya

selamat tetapi kesan buruk ya isteri tuan tidak akan dapat

mengandung lagi."

Atlen pun yang sedari dulu belum berfikir untuk memiliki anak setelah ini berkira ini lah jalan terbaiknya.

" Baiklah, saya akan menyetujui pilihan ketiga tapi tolong.. "

Atlen me genggam tangan dokter pria yang lebih tua beberapa tahun darinya itu dengan nada penuh harap.

" Tolong jangan hampa kan saya."

Mendengar kata kata Atlen dokter itu merasa iba dan menjawab dengan penuh yakin.

" Saya akan melakukannya semampu saya."

Setelah perbincangan tadi, Rosian pun di hantar ke ruang operasi. Atlen terus mundar mandir menunggu berita baik menjelma, meskipun penat tetapi rasa takutnya mengalahkan rasa penatnya.

Setelah 3 jam kemudian..

Ting! Tong!

Pintu bilik operasi terbuka dan dokter yang tadi juga keluar dari bilik itu, Atlen langsung menyerbu ke arah dokter itu.

" Bagaimana dok?!"

Tanyanya cemas, dokter itu tersenyum dan membuka masknya..

" Tahniah tuan, anak tuan dan isteri taun sudah selamat..

tuan boleh menjenguknya dua jam dari sekarang.."

Atlen sungguh gembira, dia langsung memeluk dokter itu dan mengucapkan berulang kali. Dokter itu tersenyum melihat raut bahagia pria itu, kemudian dia berkata lagi.

" Tapi untuk putri tuan, pihak kami terpaksa me masuk

kanya ke dalam kapsul kerana pembentukan nya belum

sempurna"

Atlen pun mengangguk, dan bertanya.

" Iya saya faham, tapi berapa lama?"

Dokter itu pun menjawab.

" tidak begitu lama, kita hanya perlu membuat bentuknya

sempurna dan itu hanya memerlukan masa tiga bulan

sahaja lagi."

Atlen pun mengangguk menyetujuinya, setelah itu dia langsung menuju ke bilik rawat isterinya untuk menjaganya selagi belum sedarkan diri.

Sebulan kemudian..

Rosian sudah kembali ke rumahnya dan setiap hari mereka akan menjenguk putri mereka yang kini semakin terbentuk seperti bayi biasanya, wajahnya semakin kelihatan mungil dengan mata yang sangat indah.

Matanya berwarna abu terang seperti mata sang kakek, manakala rambutnya berwarna coklat pekat. Bibirnya sangat merah membuatnya kelihatan sangat jelita, manakala pipinya yang tembam membuat sesiapa sahaja gemas dengan pipi nya itu.

Hari ini Atlen dan Rosian hendak menjenguk ke hospital, mereka pun sudah bersiap untuk berangkat. Di dalam kereta, Rosian terus tersenyum tidak sabar untuk menemui puterinya.

" Ok, jom kita pergi sekarang tak sabar saya."

Atlen malah tertawa kecil melihat tingkah isterinya yang sangat teruja ingin bertemu putri mereka, dia pun berkata sambil memasukkan kunci kereta.

" Ye, jom kita pergi."

Brrmm..

Bunyi enjin kereta yang mulai berbunyi ketika di hidup kan, ketika sedang memakai seat belt tiba tiba telefon Atlen berdering masuk panggilan.

Dringg..

Atlen pun mengambil telefonnya dan mengangkat panggilan telefon itu.

" Hello? Ada apa?"

Ujar Atlen, tidak lama kemudian kedengaran suara di telefon itu.

" Hello? Tuan, ni boleh tuan datang ke office sekejap?"

Atlen mengernyit, dia berkata lagi.

" Ada Apa? Kenapa?"

Orang di panggilan pun bersuara lagi.

" Ni ada masalah dari syarikat Office Cawangan NY, harap

tuan segera ke sini.."

Atlen pun mematikan telefon kemudian kembali menghidup kan enjin kereta, Rosian yang melihat wajah tergesa gesa suaminya pun bertanya.

" Kenapa ni?"

Atlen menjawab dan menatap isterinya.

" Kita terpaksa pergi ke office dulu, ada masalah di CNY.."

Rosian tiba tiba merasa tidak sedap hati dan jantungnya terus berdebar seolah merasa takut teramat sangat, dia pun menatap suaminya yang fokus memandu kereta.

" Sayang.. Saya rasa tak sedap hatilah.. "

Atlen menatap isterinya yang bimbang turut merasa seolah ada yang tidak kena, tiba tiba ketika sampai di dua persimpangan antara menuju ke office atau hospital, Atlen membelok dengan cepat ke arah menuju ke hospital.

Dia merasa ada yang tidak kena dengan panggilan tadi, satahunya cawangan NY di pantau oleh Richard abang sulungnya.. Mustahil ada masalah. Juga tiada karyawan biasa yang memiliki nombor telefon peribadinya, dia pun yang tiba di perkarangan hospital langsung segera berlari menuju ke arah ruangan bilik bayi milik puterinya.

Dan benar sahaja, ketika dia sampai di depan kamar ada seorang pria berpakaian hitam dan bermask sedang mencoba membuka pintu bilik itu yang berkunci, Atlen langsung menjerit marah.

" Hei! Apa yang kau lakukan hah!"

Lelaki yang berpakaian hitam itu yang mendengar jeritan Atlen langsung melarikan diri dengan tergesa gesa, Atlen segera mengejar lelaki itu hingga ke hujung lorong jalan hospital manakala Rosian masuk ke bilik bayi milik anaknya dan mengangkat bayinya yang sedang tertidur.

" anak mama tak apa apa ke? Maaf sebab hampir lambat.."

Ujar Rosian sambil mencium pipi bayinya yang masih lelap, Atlen yang terlepas orang tadi pun kembali ke kamar bayi melihat keadaan putri nya itu.

" Rasanya kita kena asingkan putri kita dari pengetahuan

publik dahulu.. Saya risau ada sesiapa yang nak sakiti dia

di situasi yang sekarang ni."

Rosian terus memeluk anaknya dengan rasa penuh bimbang, setalah sedikit berbincang dengan doktor yang melakukan operasi pembedahan kepada Rosian yang kini menjadi teman karib Atlen. Atlen pun membuat keputusan nekad.

" Kau nak aku jaga putri kau? Kenapa Len?"

Tanya doktor itu terkejut, Atlen dan Rosian sudah tidak tahu hendak meminta bantuan pada sesiapa. Saat ini mereka memerlukan perawatan anak mereka tetapi juga harus menyembunyikannya kerana bisnis man terkemuka memang sentiasa memiliki musuh.

Rosian pun berkata.

" Tolonglah, Smith.. Hanya kau sahaja yang kami percaya

saat ini.."

Ujar Atlen pada Dokter Smith dokter yang membedah ibu Queen dahulu. Mahu tidak mahu dokter itu pun merasa kasihan dengan situasi kedua pasangan itu, akhirnya dia pun bersetuju.