Di langit, gelombang tenaga yang kuat terus mencipta satu bunyi seperti petir berulang-ulang kali. Sungguhpun Xiao Yan jauh dari tempat pertarungan, telinga dia masih terasa tidak selesa.
Xiao Yan tertumpu pada garisan langit berjauhan di mana warna hijau dan merah kelihatan mengisi udara. Awan putih juga dicampurkan dengan kedua-dua warna tersebut.
Satu lagi ngauman kuat meletup dalam telinga Xiao Yan, menyebabkan dia menelan air liur. Tekanan daripada tenaga di udara itu menyebabkan kaki dia mengigil.
"Adakah ini satu pertarungan di antara yang kuat?" Xiao Yan berkata dengan tidak jelas. Ini adalah kali pertama dia menyaksikan kuasa begitu menakutkan dalam satu pertarungan tahap ini. Dia terasa seperti dia yang dahulu adalah seperti seekor katak di bawah tempurung. Hanya sekarang dia memahami laporan di dalam buku mengatakan seseorang berlawan 10,000 orang bukan sesuatu legenda.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com