webnovel

Penerusan Kebijaksanaan Rohani

Editor: EndlessFantasy Translation

Kembali ke dua minit sebelum ini…

Selepas masuk ke bilik, Zhang Xuan dengan segera mengimbas sekelilingnya.

Bilik ini tidak begitu besar. Selepas masuk, Zhang Xuan dengan segera nampak satu rak senjata di tepi. Terdapat pedang, pedang leper, lembing dan banyak lagi senjata di situ.

Tertua Bai berdiri di penjuru bilik dengan muka tidak endah. "Ambil senjata yang kamu paling mahir!"

"Senjata?" Zhang Xuan menggelengkan kepalanya, "Susah untuk saya tak mencederakan seseorang jika saya menggunakan senjata. Saya tak perlukannya!"

Tiga senjata yang dia pakar ialah pedang, pedang leper dan lembing. Kepakarannya sudah mencapai tahap Niat Senjata. Dia tidak berfikir yang dia perlukannya sehingga ke tahap itu hanya dalam ujian kecil seperti ini sahaja.

"Kamu…"

Muka Ketua Bai menjadi gelap.

Ia senang sahaja untuk mencederakan orang menggunakan senjata tetapi kamu fikir senang sangat untuk mencederakan saya ke?

Bulu keningnya meninggi.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com