webnovel

Tak Cukup Lagi Selepas Menunjuk-nunjuk 800 kali

Editor: EndlessFantasy Translation

"A… apa? Khazanah yang tak ternilai? Kamu bergurau ke?" Ying Fanglin menjerit ke arah lelaki tua itu.

Ekspresi Jin Xuanxuan berubah dan dia mencelah, "Apa yang kamu mengarut ni? Yang bercakap tu Orang Tua Xi lah!"

"Siapa Orang Tua Xi?" Ying Fanglin bertanya dengan keliru.

"Dia daripada keluarga yang berniaga batu jed dan permata! Satu-satunya Xi Boyi!" Jin Xuanxuan mengingatkan Ying Fanglin dengan rasa jengkel.

"Ah… jadi itu lah dia… tapi… tapi mustahil! Masa kami bergosip dengan Ning Xueluo waktu minum petang dulu, dia kata Ning Xi beli jed 150 ribu dolar untuk jadi hadiah! Saya salah dengar ke?"

"Tak, dia memang kata macam tu dulu… tapi tak mungkin Orang Tua Xi tersilap! Itu mustahil!"

Ning Xueluo tak sedap hati apabila mendengar kata-kata Xi Boyi dan perbincangan hangat di antara Ying Fanglin dan Jin Xuanxuan, tapi dia tetap tenang. Dia yakin dia dengar Ning Xi beli gelang itu dengan harga 150 ribu dolar. Macam mana pula boleh salah?

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com