Demi membalas jasanya, Ning Xi tidak akan berhutang apa-apa dengannya lagi asalkan dia bersetuju!
Ning Xi terus bersetuju kerana Si Iblis tidak menyatakan tempoh masanya! Ning Xi mempunyai ramai bekas teman lelaki, jadi Si Iblis hanyalah tambahan kepada senarai itu.
Selepas bersetuju, Ning Xi membuat keputusan untuk melarikan diri pada keesokan harinya….
Itulah kebenaran di sebalik hubungannya dengan Yun Shen yang tempohnya hanya satu hari itu…
Tang Lang tidak tahu tentang cerita sebenar Ning Xi. "Jadi, daripada apa yang saya nampak sekarang ni, keselamatan kamu memang dah terjamin!"
Kemudian dia mengeluh, "Sekarang kamu tahulah kenapa kamu kena bayarkan minuman saya, kan? Saya mungkin akan hilang sebahagian daripada gaji saya tak lama lagi!"
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com