Walaubagaimanapun, mencari seorang tuan guru untuk Si Cilik bukanlah satu perkara yang kecil. Dia ingin berfikir masak-masak dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.
Memandangkan Abang Senior Kedua kini berada di Empayar, dia boleh mengajak lelaki itu keluar bila-bila masa sahaja. Lagipun. selain dari hal berkenaan dengan Si Cilik, dia masih ada banyak lagi hal yang ingin ditanya...
Di pintu masuk pangsapuri Ning Xi.
Sewaktu mereka bertiga sedang keluar dari kereta, Ning Xi ternampak seseorang yang cukup dikenalinya sedang berjalan ke arah pangsapurinya. Dia menjerit, "Hoi! Lu Jingli!"
Lu Jingli sedang bernyanyi kecil dan bersedia ingin masuk ke dalam. Dia menghentikan langkahnya dan menoleh ke belakang bila mendengar namanya dipanggil seseorang.
Kunci kereta yang berada di dalam genggamannya terlepas dan jatuh ke atas lantai. Dia cepat-cepat menutup matanya dengan tangan. "Ya Tuhan! Saya nampak apa ni?! Mata saya dah nak buta dah ni!"
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com