webnovel

Lamaran Besar-besaran

Editor: EndlessFantasy Translation

Sebelum jamuan itu bermula, penerbit, pengarah dan pelakon-pelakon utama naik ke atas pentas untuk memberikan ucapan.

Selepas giliran semua orang selesai, pengacara majlis kembali naik ke atas pentas. "Hari ni, ada seorang lelaki budiman yang akan meminjam pentas ini untuk mengucapkan sepatah dua kata. Dipersilakan!"

Semua orang bersorak dengan kuat apabila mereka sedar yang sudah tiba masanya untuk Su Yan melamar Ning Xueluo. Semua pihak media bersedia dengan peralatan mereka dan semua orang mula merakam video menggunakan telefon bimbit mereka dengan perasaan teruja.

Ning Xi duduk di bahagian kiri dewan yang paling dekat dengan pentas. Ning Xueluo yang duduk di tengah-tengah orang ramai itu, teruja memandang lelaki yang sedang melangkah perlahan-lahan naik ke atas pentas itu. Kemudian dia menjeling ke arah Ning Xi.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com