webnovel

Kamu Tak Sabar-Sabar Nak Tinggalkan Tempat Ini?

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi memberi Lu Tingxiao beberapa hidangan dengan terdesak. "Hehe, Saya…saya cuma bergurau…jangan hiraukan saya!"

Lu Tingxiao sedikit pun tidak kelihatan marah, malah dia seperti dalam mood yang lebih baik. Dia tersenyum sedikit. "Cadangan yang baik."

Ning Xi tercengang: "…" Dia rasa itu cadangan yang baik?!

"Ning Xi." Lu Tingxiao tiba-tiba menatapnya dengan wajah serius.

Di bawah tumpuan sepasang mata yang dalam itu, Ning Xi menjadi gelisah: "Apa…apa dia?"

"Kalau kamu berubah fikiran, datang cari saya bila-bila masa saja," kata Lu Tingxiao.

Apabila Ning Xi mendengar kata-katanya, hatinya berdebar. Dia tahu maksudnya merujuk kepada isu 'mengahwininya'…

Walaupun dia tidak pernah membangkitkan perkara itu lagi selepas dia menolak dengan jelas pada kali terakhir, Ning Xi boleh rasa sikapnya terhadap dirinya memang berbeza sepanjang masanya. Dia juga boleh merasa hubungan mereka semakin kabur…

Yang paling teruk ialah hatinya, yang mula berdegup kencang di luar kawalannya…

Apa yang dikata Jiang Muye itu memang benar, kepalanya sudah terpusing oleh ketampanan Lu Tingxiao?

Selepas apa yang dialaminya lima tahun lalu, dia ingat dia tidak akan jatuh cinta lagi. Malah untuk suatu jangka masa yang panjang dia telah mengalami masalah psikologi yang teruk. Dia sangat benci dan meluat kepada lelaki, terutamanya ketika dia melihat lelaki-lelaki tak berguna, dia tidak dapat mengawal semangat jahat yang membara dalam dirinya. Dia perlu membinasa mereka, seperti menegakkan satu keadilan....

Keadaan mindanya semakin stabil beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, dia masih menolak lelaki secara umumnya, apatah lagi bila bercakap tentang mencari pasangan hidup untuk berkahwin. Terlalu mustahil untuk dia.

Tetapi lelaki ini di hadapannya, yang selalu tidak menampakkan perasaannya dan memiliki aura menakutkan yang sering menakutkannya…entah bagaimana dia telah memecahkan rantai tebal yang mengikat hatinya…

Selepas periuk panas, Si Cilik letih dan tertidur dalam kereta dalam perjalanan balik ke rumah. Dia begitu kecil dan lembut di dalam pelukannya sehingga Ning Xi tidak sampai hati melepaskannya.

Ah, dahsyat! Ban Besar sudah mengelirukan hatinya, dan Ban Kecil…

Dia sedar semakin banyak masa yang diluang bersama-sama dengan Ban Kecil, semakin dia menyukai budak itu. Sekiranya dia tidak dapat melihatnya setiap hari, dia pasti akan merinduinya. Sekiranya dia tidak memeluknya hari ini, terasa seperti dia kekurangan sesuatu.

Ini bukan petanda yang baik…

Apabila mereka tiba di rumah, Ning Xi mengangkat budak kecil itu dengan berhati-hati ke bilik tidurnya.

Lu Tingxiao bersandar pada rangka pintu dan melihat dengan wajah lembut sambil berkata, "Kami telah menyusahkan kamu beberapa hari ini."

Ning Xi memastikan Si Cilik diselimutkan lalu keluar dari bilik selepas menutup pintu. "Tak apa, saya juga amat suka pada Si Cilik."

Dia teragak-agak untuk seketika lalu berkata dengan senyuman lega, "Keadaan Si Cilik semakin baik. Nampaknya tidak lama lagi, saya tidak perlu tinggal di sini lagi!"

Wajah Lu Tingxiao tiba-tiba bertukar gelap. "Kamu tak sabar-sabar nak tinggalkan tempat ini?"

Ning Xi berundur di bawah renungan ganasnya. "Ini…rancangan kita tidak pernah berubah. Saya akan tinggalkan tempat ini apabila Si Cilik sudah pulih. Lagipun, saya hanya menyusahkan kamu kalau tinggal di sini terlalu lama!"

Lu Tingxiao menjawab dengan ringkas, "Kamu tidak."

Ning Xi tiada pilihan lain, dan hanya mendongak kepalanya dan merenung tepat pada mata lelaki itu. "Tapi saya akan rasa tidak senang hati."

Lu Tingxiao mengerut keningnya. "Tidak senang hati?"

"Ya." Ning Xi menarik nafas panjang dan menjelaskan, "Sejujurnya, saya bukan orang yang sangat berdisiplin. Jika saya tinggal di sini, saya perlu sentiasa jaga tindak-tanduk…"

Lu Tingxiao menjawab, "Kamu tidak perlu."

Ning Xi menutup mukanya dengan kedua-dua tangan dan berkata dengan nada penuh redha. "Baiklah, kalau kamu tak kisah, saya juga perlu ada kehidupan peribadi. Kadang-kadang, kawan saya akan datang ke rumah. Kadang kala, saya juga perlu berehat selepas kerja, dan menunggang motosikal, atau mengunjungi bar dan kelab malam. Kalau saya bertemu dengan seorang lelaki tampan, saya tidak dapat mengelak daripada membawanya balik untuk bermalam…"

"Cukup!" Wajah Lu Tingxiao bertambah hodoh semakin lama dia dengar, sehingga dia tidak tahan lagi dan akhirnya memotong.