"Helo, Pak Cik!!!" Jiang Muye menyapa Lu Tingxiao dengan suara yang risau.
"Ada apa-apa jadi ke?" Ada bunyi bising mengiringi suara garau lelaki itu di talian seolah-olah dia sedang berada di dalam majlis.
Jiang Muye tak berani nak rahsiakan situasi itu. Lagipun, dia di negara asing dan tak ada sumber sendiri. Kalau Lu Tingxiao yang bertindak pasti akan lebih mudah dan berkesan kerana dia ada rangkaian yang lebih bagus. Jiang Muye terus berkata, "Pak cik, Ning Xi hilang! Dia dah hilang sepanjang hari ni! Saya dah buat laporan polis. Kalau ikut pemantauan, mereka dapat kesan Ning Xi pergi ke Philadelphia. Kami tak tahu apa yang jadi di Philadelphia tapi semua kamera pengawasan di sana tak berfungsi. Mereka tak boleh nak siasat lagi terperinci. Saya dah sedia nak pergi sana, tapi mereka beritahu saya kawasan tu bahaya. Saya risau tentang Ning Xi…"
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com