webnovel

Bila Saya Menggatal?

Editor: EndlessFantasy Translation

Su Yan melangkah turun ke tingkat bawah dengan lemah. Dia memandu kereta di jalan yang sibuk tanpa arah tujuan.

Dia tidak dapat berhenti memikirkan ketika Ning Xi menutup luka Ning Xueluo dan meminta tolong. Terbayang di fikirannya tentang bagaimana dia telah menolak gadis itu dengan kasar...

Tentang bagaimana Ning Xi begitu degil di hospital dan enggan menundukkan kepalanya bila dituduh bertubi-tubi oleh Tuan Ning dan Puan Ning...

Tentang semua kata-kata dan tuduhan menyakitkan hati yang telah dihantar kepada gadis itu, sepatah demi sepatah, ayat demi ayat...

Selepas kejadian itu, dia tidak pernah fikir walau sesaat pun untuk berada di sisi Ning Xi dan mendengar penjelasan gadis itu.

Dia sendiri pernah mengatakan yang dia akan melayan Ning Xi seperti adiknya sendiri walaupun mereka sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan. Tetapi, selama ini dia sudah menyakiti hati Ning Xi.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com