Seronoknya ada kawan untuk berkongsi masalah dan tidur sekali…
"Xiao Xi, terima kasih banyak-banyak. Saya betul-betul dah tak takut dah. Tadi saya rasa takut juga dan bimbang… tapi saya betul-betul rasa lega sebab kamu datang! Sekarang dah tak apa-apa. Kamu tak perlu risau tentang saya lagi!" Zhuang Keer menenangkan Ning Xi.
"Baiklah kalau macam tu, jom tidur!"
"Mmm selamat malam."
…
Malam itu, kedua-dua gadis itu tidur bersebelahan.
Walaupun Ning Xi memejamkan mata, dia tidak tidur sehinggalah dia dapat memastikan gadis di sebelahnya telah nyenyak.
Zhuang Keer tidur dengan nyenyak dengan ekspresi wajah yang tenang dan tiada tanda-tanda takut ataupun sedang bermimpi buruk.
Kerisauan Ning Xi berkurang.
Nasib baik…
Dia tidak mahu melihat orang lain jadi seperti dirinya…
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com