webnovel

Tidak lama lagi akan tiba giliran Akademi Abyssal Bone Forest dan Dorotte mengetuai mereka, melangkah menerusi pintu itu dahulu.

Semua pembantu paderi bergegas mengikutinya. Apabila Leylin meletakkan lebih daya pada kakinya, terdapat gema yang kukuh datang dari lantai di bawah kasutnya, seolah-olah dia memijak lantai batu kapur.

"Bahan yang ganjil! Ia kelihatan seperti kayu tetapi lebih kukuh, adakah seperti sejenis aloi?"

Leylin melihat lantai bercorak kelabu itu dan tidak dapat menahan dirinya berfikir tentangnya.

"Kita dah tiba! Seksyen koridor ini, daripada number '13' ke '32', kawasan yang telah ditetapkan untuk Akademi Abyssal Bone Forest kita, kamu semua boleh membahagikan bilik-bilik itu sendiri. Ingat, bilik saya '14'. Cari saya jika perlukan apa-apa!"

Setelah selesai bercakap, Dorotte pusing dan mantel hitamnya berkibaran sebaik sahaja dia memasuki biliknya dengan dua hambanya.

"Baiklah! Biar aku membahagikan bilik-bilik ini sekarang!" Kaliweir bangun dan bercakap.

"Hng!" Jayden mendengus dan sambil lewa memilih bilik bernombor '18', dan masuk ke dalam.

Muka Kaliweir berubah merah dan kemudian putih. Dia menggenggam buku limanya berkali-kali dan meletakkannya ke bawah. "Bagus! Jayden telah memilih bilik '18'. Seterusnya, Beirut, bilik kau ialah bilik '15', Raynor, kau pula bilik '16'...."

Jayden pergi dari situ dan pembantu-pembantu paderi yang tinggal, Beirut, Raynor dan Leylin, berada di klik sama dengan Kaliweir. Manakala bagi Guricha dan kumpulannya, mereka tidak berani untuk membantah langsung.

Leylin telah ditetapkan di bilik '20'. Dia tidak bercakap apa-apa dan bergegas ke kabinnya.

Bilik itu agak kecil; ia seperti satu petak. Kawasan itu hanya mencukupi untuk satu katil dan tiada ruang untuk berdiri di dalamnya.

Ini mengingatkan Leylin tentang katil-katil di dalam keretapi dunia yang sebelum ini, di mana juga sangat sempit dan cukup-cukup untuk dia merenggangkan anggota badannya.

"Ada katil pun dah cukup bagus, aku hanya tidur sambil duduk sepanjang mengembara di Great Plains of Death! Leylin menyejukkan hatinya.

"Puan-puan dan Tuan-tuan! Selamat datang ke kapal udara ini, saya kapten kamu - Kirkwul Kroft Leebar, saya ucapkan semua perjalanan yang menyenangkan!"

"Ada beberapa pengumuman yang perlu diambil berat. Selain profesor-profesor, yang lain tidak dibenarkan untuk berjalan di dek melainkan kamu ingin jatuh daripada langit!... Kafeteria berada di dewan 1 dan bilik air berada di dewan 2. Manakala dewan 3 pula ruang menunggu, semua dialu-alukan untuk pergi ke situ!"

Seorang lelaki bernada rendah bersuara sepanjang bilik itu. Leylin melihat sekeliling dan menyedari suara itu datang dari paip gangsa berwarna kuning, tetapi tidak mengetahui ia saluran udara ataupun megafon.

"Kita bertolak sekarang!" Leylin berasa ringan untuk seketika dan kapal itu berayun pergi. Dia bergegas ke tingkap.

Tingkap itu sebesar bola sepak dan sangat tebal, susah untuk melihat apa yang berlaku di luar.

Mengikut pendakian kapal udara itu, tanah menjadi semakin kecil dan secara beransur-ansur, tapak perkhemahan itu bertukar menjadi titik hitam di pandangan Leylin.

Leylin meletakkan pedang salib dan busur silangnya di tepi dan baring di atas katil.

"Aku dengar Profesor Dorotte cakap perjalanan ini mengambil masa lebih kurang satu bulan, lamanya! Setengah tahun sudah berlalu sejak aku meninggalkan keluarga aku, tetapi kita masih belum sampai ke akademi lagi!"

Secara tidak sedar, Leylin menutup matanya.

"Ding...Ding Dong..."

Suara yang merdu kedengaran, membangunkan Leylin daripada tidurnya. Leylin meloncat dari katilnya dan melihat ke luar yang kelihatan gelap.

"Dah petang rupanya!"

"Puan-puan dan Tuan-tuan, selamat petang!""Sekarang, kafeteria sedang menyediakan makan malam. Menu hari ini ialah foie gras dengan ayam panggang cendawan, roti putih, daging tupai....."

Kali ini, suara menyenangkan itu suara seorang perempuan.

Leylin meraba-raba perutnya dan bergegas bangun. Dia menguruskan pakaiannya dan berlari ke kafeteria.

Koridor itu agak malap dan hanya terdapat satu lampu selepas beberapa langkah, yang menghasilkan cahaya kekuning-kuningan.

Pintu kayu kabin berdekatan terbuka dan ramai pembantu paderi keluar darinya.

Sekarang ini, Dewan 1 penuh dengan pembantu-pembantu paderi tetapi Leylin tidak nampak mana-mana profesor pun di situ. Dia tertanya-tanya jika terdapat bilik istimewa untuk mereka.

Siling dewan itu dihiasi dengan batu putih yang besar, yang memancarkan cahaya putih yang terang, seperti matahari miniatur.

Kafeteria itu penuh dengan meja panjang dan kerusi putih dan kelihatan seperti kantin universiti.

"Hey! Leylin, sini!" Di satu sudut, Beirut memberi isyarat kepadanya, tengah duduk bersama beberapa pembantu paderi dari Akademi Abyssal Bone Forest.

"Aku di sini!" Leylin mengambil talam berwarna perak dan peralatan makan dan setelah membilang, dia mengambil satu potong roti putih, satu peha ayam goreng, salad buah dan sebotol cider epal dan duduk di sebelah Beirut.

"Cepatnya kamu semua!" Leylin menegur mereka.

"Kau yang lambat, kau terlajak tidur ke?" Beirut menyakatnya.

Leylin duduk dan menggogok setengah botol cider epal itu, "Ya, aku terlajak tidur sedikit!"

Melihat sekeliling sekali lagi, "Kita mengembara bersama pembantu-pembantu paderi ini?"

Ketika ini, selain pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest Academy, dewan itu juga terdapat pembantu-pembantu paderi daripada pelbagai akademi lain. Semua lelaki dan perempuan duduk bersama-sama mengikut akademi mereka dan kelihatan berjauhan antara satu sama lain.

"Betul itu, kita sekarang bersama Sage Gotham's Hut dalam kapal udara ini dan juga beberapa akademi yang lain! Manakala Ennea Ivory Ring Tower pula, mereka menuju ke arah yang berlainan daripada kita, jadi kita kena tuju ke haluan yang berbeza!" Raynor menjelaskan.

"Ooooo begitu!" Leylin menjawab dengan sedikit menyesal. "George dan lain-lain telah menaiki kapal udara di sebelah kanan dan nampaknya jarak akademi mereka agak jauh daripada Akademi Abyssal Bone Forest . Aku pasti akan menjadi masalah untuk berhubung nanti!"

Selepas makan malam, khalayak ramai itu pulang ke bilik masing-masing untuk berehat.

Setiap hari, selain daripada makan dan tidur, mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan. Aktiviti yang bosan ini telah berlangsung selama lima belas hari.

Pada suatu petang, kumpulan-kumpulan itu tidak mahu pulang ke bilik kabin yang kecil itu dan selepas makan malam, mereka duduk mengeliling meja itu dan mula berbual.

"Beirut, apa masalah kau?" Leylin melihat Beirut, yang kelihatan tidak selesa dan menanya kepadanya.

Sejak sepuluh hari yang lepas, Beirut, kaki bercakap, telah menceritakan pelbagai topik daripada salasilah keluarga, bagaimana makanan di ibu negara dicipta seolah-olah bercakap dengan seorang kekasih.

Leylin dan lain-lain telah menyesuaikan diri mereka, daripada berasa jengkel dengan ayat-ayatnya sampai sudah biasa dengannya dan kini, itu yang memberi kegembiraan dalam perjalanan yang bosan itu.

"Ya! Aku masih ingin mendengar hubungan-hubungan kau yang lepas!" Raynor mula mengejek-ejek.

"Aku dah habis cakap kesemuanya!" Beirut mengulingkan matanya, "Aku tak tahu nak cakap apa lagi!"

"Bosannya aku!" Beirut meratap.

"Bertahan, hanya setengah bulan lagi! Agak jauh jarak dari rumah kau ke tapak perkhemahan, bagaimana kau luangkan masa selama itu?" Leylin menggalakkan dia, dan juga ingin tahu serba sedikit.

"Rumah aku terletak di Kerajaan Porter, di pinggir Great Plains of Death. Jadi, kami tiba di tapak perkhemahan selepas berjalan selama setengah bulan!" Beirut membalas dan mengulingkan matanya sekali lagi.

"Patutlah!" Leylin menggeleng kepalanya.

"Jayden, ini sesuatu yang aku nampak dahulu, apa yang kau mahu?" Talam berwarna perak itu jatuh di lantai, mengeluarkan bunyi yang kuat.

Leylin pusing dan melihat Kaliweir meraung, rambutnya tegak seperti singa yang marah.

Di sudut yang lain, Jayden mencucuk peha ayam barbeku emas dengan garpunya, "Siapa cepat dia dapat!"

Bukan sahaja khalayak ramai tidak menghalang mereka, tetapi mereka kelihatan seperti menunggu sesuatu menarik untuk berlaku.

Sepanjang perjalanan yang meletihkan ini, Kaliweir dan Jayden merasakan parti yang lain tidak menyenangkan di mata mereka, lagi-lagi apabila Jayden cuba untuk mengambil dua orang menjadi konconya.

Mereka telah menahan diri mereka berkenaan konflik-konflik sebelum ini kerana takut akan Magi yang ada di kapal udara itu. Tetapi, sekarang nampaknya mereka telah hilang kawalan.

Dahi Leylin berkerut.

"Kau yang paksa aku begini!" Kaliweir mengaum dan otot-otot di badannya menegang. Ia kelihatan seperti dia telah menambahkan satu lapisan otot di badannya.

Sebagai seorang ahli bangsawan, dia telah dilatih secara semula jadi dengan teknik-tenik seorang Satria. Selain itu, nampaknya dia telah berjaya menyemarakkan tenaga hidup dalamannya, menyebabkan dia menjadi Satria yang sebenar.

Hari ini, aku akan ajar kau yang kau kena tundukkan kepala kau dan patuh kepada seorang singa yang megah!" Kaliweir menjerit dan mengerakkan kakinya. Terdapat gambaran ketinggalan, sebaik dia memecut ke arah Jayden.

"Sumber radiasi? Mungkinkah Magus telah mengambil tindakan?

"Haha! Aku akan buat kau sedar hari ini, siapa sebenarnya nombor satu di antara penuntut tahun pertama!" Jayden ketawa dengan kuat dan mengeluarkan lencana hijau dari poket dadanya.

"Pilis-Duwasha! Makhluk hijau! Sila dengar panggilan aku dan keluar ke dunia fana ini!" Jayden membaca manteranya dengan suara yang ganjil.

Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang jarang, tetapi Leylin faham setiap perkataan yang digunakan itu.

Dengan bacaan mantera itu, lapisan cahaya muncul dari lencana hijau itu dan pokok-pokok menjalar berwarna coklat muncul dari tanah dan membujur, seperti ular yang keliru menari-nari.

* Chi Chi !*

Pokok-pokok menjalar itu menari-nari di hadapan Jayden sambil melindunginya dan setelah salah satu pokok menjalar itu dihantar ke hadapan, ia menyandung Kaliweir jatuh ke tanah.

Lapisan demi lapisan pokok menjalar itu membelit dirinya dan Kaliweir telah diselubungi sepenuhnya, dengan hanya mukanya yang terdedah.

"Artifak ajaib!" Pembantu-pembantu paderi di keliling terkejut.

"Untuk menggunakan artifak ajaib, seseorang itu sekurang-kurangnya kena mencapai tahap 1 pembantu paderi! Adakah... Adakah dia sudah dinaikkan pangkat menjadi tahap 1 pembantu paderi?"

Khalayak ramai riuh-rendah dan melihat Jayden dengan penuh kehormatan. Ini membuat muka Kaliweir bertambah lebih merah.

"Bagaimana dengan ini? Sebaik kau setuju untuk patuhi aku, aku akan lepaskan kau!" Jayden berjalan ke arah Kaliweir.

"Ti... Tidak mungkin! Maruah keluarga Singa Emas tidak akan dibusukkan oleh tangan aku!" Urat-urat Kaliweir membonjol dan kelihatan akan berdarah bila-bila masa sahaja lagi.

"Kalau begitu, aku tiada pilihan lain!" Jayden mengangkat bahunya dan pokok-pokok menjalar itu menjadi lebih ketat dan kedengaran bunyi retakan berlaku di dalam. Nampaknya beberapa tulang Kaliweir telah patah.

Pembantu-pembantu paderi di sekeliling tidak sanggup melihatnya lagi dan ingin memujuk Jayden.

Bang! Kapal udara itu berayun-ayun dan cahaya menjadi malap.

Beberapa pembantu paderi jatuh ke lantai, "Apa yang berlaku? Kita telah bertembung dengan turbelens yang kuat ke?" Mata Leylin bercahaya.

"Hu!""Hu!"

Tingkap-tingkap terbuka, dan angin kuat masuk dengan lajunya.

Bertemankan suara angin yang kuat itu, terdapat beberapa arus elektrik biru yang tidak terkira berpercikan di semua arah.

Melihat situasi ini, mata Leylin mengecil sehingga saiz sebatang jarum, "Ribut petir? Mana Magi di dalam kapal udara ini?"

"Makhluk yang kecil, berani kau menceroboh ke domain Pendra yang perkasa ini!"

Kedengaran satu suara bergema, ditemani oleh ribut petir yang berbahaya itu.