webnovel

"Bahan-bahan yang diperlukan untuk kaedah 3 dan ke atas terlalu berharga. Aku tidak boleh mendapatkannya sekarang!"

"Sekarang keturunan darah Ular Syaitan Kemoyin Gergasi sudah bersatu dengan badan dan jiwa aku. Dengan membuangnya secara paksa bermakna aku akan diturunkan pangkat dari seorang warlock pangkat 1. Aku mungkin juga akan kehilangan nyawa, jadi ini mustahil!"

"Nampaknya aku hanya boleh mempercepatkan membancuh Posyen Serenity itu!" Leylin bertegas.

Dia sudah lama mempunyai formulanya dan juga telah mengumpul bahan-bahan di Akademi Abyssal Bone Forest. Membancuh posyen yang lengkap itu mudah sahaja.

Dia fikir dia boleh bergantung pada kemahuan dia untuk mengatasi kesukaran ini. Walau bagaimanapun, turun naik emosi telah membingungkan warlock untuk beratus ribu tahun. Ia sesuatu yang tidak begitu senang untuk diatasi dengan sekadar kemahuan.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com