Kubu Api Merah terletak di tengah-tengah Ngarai Panas Menyengat, sebuah gunung berapi besar menjulang di belakangnya. Iklim di sekitar kawasan ini sangat panas sepanjang tahun. Udaranya juga kering dan terik. Angin di sini seperti gelombang haba. Seseorang tidak akan berasa senang dengan keadaan di sini.
Sementara itu, keadaan di sekitar ngarai ini hanya sebuah bentuk muka bumi dan gunung-ganang yang tandus dan gersang. Tanah di sekitarnya pula kering-kontang.
Pemandangan seperti ini sahaja sudah membuatkan seseorang hilang selera.
Walaupun ini persekitaran maya, para pemain boleh merasakan haba yang terik itu.
Dijemur di bawah matahari terik dan dibasahi dengan peluh merupakan ketidakselesaan yang biasa, tetapi jika penglihatan seseorang itu menjadi kabur? Itu merupakan masalah yang besar. Tambahan lagi, bertarung di dalam keadaan seperti itu sememangnya menguji stamina seseorang pemain.
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com