webnovel

Kapal Angkasa Kuno Gwydion

Beberapa hari berlalu, Micheal hanya berada di biliknya. Dia mula merasakan sesuatu yang berbeza pada dirinya. Pendengarannya menjadi lebih tajam, pelbagai bunyi meyerbu masuk gegendang telinganya. Bunyi kepakan sayap burung-burung, bunyi ombak, bunyi perbualan manusia dan bunyi mesin jelas bermain ditelinga Micheal. Dan dengan sekilas pandang dia mampu melihat dengan jelas punca bunyi tersebut walaupun berada berpuluh batu dari rumahnya.

Micheal agak teruja dengan semua perubahan tetapi ini terlalu baru baginya. Ruby pernah memberitahunya bahawa ini hanya permulaan. Semua derianya nanti akan menjadi lebih sensitif dan kekuatannya akan naik mendadak. Micheal mula membayangkan dirinya berdiri dihadapan ramai orang dengan disanjung sebagai superhero. Superhero yang menyelamatkan penduduk bumi. Dia tersenyum sambil melihat sekitar biliknya.

Sudah 2 hari Ruby menghilang. Sebelum pergi, Ruby mengatakan dia ingin mengunjungi sebuah tempat yang agak jauh dari sini. Kemudian dia menghilang di depan Micheal. Micheal tidak sempat bertanya apa-apa kepada Ruby. Dia hanya mampu menunggu Ruby kembali. Pelbagai persoalan masih bermain di fikirannya. Dia selalu percaya bahawa di luar angkasa ada hidupan lain yang mungkin lebih maju dari manusia.Dan sekarang muncul gadis kecil, Ruby, yang dia tidak tahu asal usulnya. Ruby hanya memberitahu bahawa dia adalah pembantu peribadinya dan akan membantunya menjadi pahlawan kaum Gwydion yang agung.

Micheal mengambil komputer riba dan menghidupkannya. Dia cuba mencari maklumat mengenai kaum Gwydion tetapi tidak ada maklumat yang dia temui.

"Hurmmm.." Micheal menghembus nafasnya. Terlalu banyak teka teki dalam fikirannya.

Micheal menutup semula komputernya dan berbaring. Dia menutup matanya.

"Tuan..Aku sudah kembali"

Suara itu membuat Micheal hampir berteriak terkejut. Dia membuka matanya dan melihat sosok gadis kecil sedang duduk di bucu katil. Gadis kecil itu tersenyum.

"Kamu menghilang dan muncul tiba-tiba, kamu hanya akan membuat aku mati terkejut" Micheal agak gembira melihat Ruby kembali.

Ruby berdiri dan mendekati Micheal, "Tuan.. aku telah menemui tempat untuk tuan berlatih. Tuan harus meningkatkan kekuatan secepat yang mungkin".

"Hurmm..Ruby, apa maksudmu dengan meningkatkan kekuatan?".

"Tuan..kamu adalah pewaris terakhir kaum Gwydion. Kaum Gwydion merupakan satu-satunya kaum di alam semesta yang mampu menguasai teknik life mastery. Teknik life mastery terbahagi kepada beberapa variasi termasuk mengawal binatang mythic . Dan cincin yang kamu temui adalah dicipta oleh keturunan tertua kaum Gwydion yang diberikan kepada setiap penguasa agung yang memerintah planet Gwydion."

"Menurut mitos kuno yang aku ketahui, keturunan tertua kaum Gwydion sangat kuat dan telah memerintah seluruh sistem alam semesta selama berbillion tahun".

Ruby menjelaskan panjang lebar.Dia mengetahui banyak mengenai alam semesta, dimana yang kuat akan memerintah dan yang lemah akan ditindas. Kaum Gwydion mempunyai ramai musuh disebabkan keagungannya di masa lalu.Mereka perlahan-lahan dilumpuhkan sehingga kematian penguasa agung terakhir, Hector.

"Ruby..apakah di luar sana ada makhluk hidup yang lain dan apakah ada kemungkinan untuk aku meneroka alam semesta?" Micheal teruja mendengar cerita Ruby. Dia dari kecil percaya bahawa ada makhluk hidup lain di luar ruang angkasa bumi tetapi dia tidak mempunyai bukti yang meyokongnya.

"Tuan..ada banyak planet yang mempunyai penduduk di luar sana.Mereka hidup seperti manusia yang tinggal di bumi. Tetapi keadaannya tidak seaman di bumi. Di sana, hanya kaum yang kuat akan kekal dan penindasan kepada kaum yang lemah. Untuk tuan pergi dan meneroka ruang alam semesta, tuan kena berlatih dan menjadi kuat. Hanya yang kuat akan dihormati di alam semesta".

Mata Micheal berbinar kegembiraan, dia ingin meneroka ruang angkasa di luar bumi. Itu adalah impiannya. Tapi, dia harus menjadi kuat. Dia tidak ingin ditindas dan dibunuh semasa dia menjelajah alam semesta nanti.

"Aku akan berusaha untuk menjadi lebih kuat. Apakah ada cara untuk berlatih Ruby?" Micheal yang terlalu gembira lantas bertanya kepada Ruby.

Ruby hanya tersenyum manis. Lesung pipitnya menambahkan kemanisan senyumannya.

"Kalau tuan telah bersedia, kita boleh bertolak sekarang.Aku telah menyediakan tempat untuk tuan berlatih untuk beberapa tahun ke depan."

"Errkk..bertolak sekarang? Aku belum berjumpa datukku lagi.." .Micheal sedar walaupun dia jarang bertemu datuknya, datuknya merupakan satu-satunya keluarganya sekarang.

"Aku yakin datukmu tidak akan balik untuk beberapa minggu lagi. Masalah pergolakan haiwan mutasi di dasar laut membuat para tentera terlalu sibuk sekarang".

Micheal mengangguk. Dia tahu datuknya sentiasa mengutamakan kerjanya berbanding keluarga. Semasa pengebumian ibubapanya juga, datuknya hanya hadir sekejap dan kemudian kembali ke pejabatnya.

"Baiklah Ruby. Demi masa depan, aku akan menjadi lebih kuat. Aku telah bersedia. Kita boleh bertolak sekarang". Micheal berdiri di hadapan Ruby.

Ruby menyentuh bahu Micheal, dia tersenyum."Ini akan sedikit membuatmu pening" kata Ruby.

Belum sempat Micheal berkata-kata, sekelilingnya menjadi kabur, biliknya perlahan menghilang. Sekitar menjadi gelap. Dia memandang wajah gadis kecil di depannya. Lidah Micheal menjadi kelu. Dia langsung tidak menjangka 'bertolak' yang dikatakan oleh Ruby adalah seperti ini. Ini adalah teleportasi.

Beberapa detik kemudian, sosok pemuda dan gadis kecil muncul di sebuah gua. Itu adalah Micheal dan Ruby. Sebaik tiba, Micheal terduduk di tanah, kepalanya pening. Dia melihat sekeliling. Dia tersentak. Jantungnya hampir tercabut dari dadanya. Sebuah objek berbentuk cakera dan besar setinggi lebih kurang 10 meter dan panjang 30 meter tersergam di hadapan Micheal.

"Ini...ini..kapal angkasa? "Micheal berdiri. Peningnya hilang. Dia terpegun melihat kapal angkasa berwarna kelabu dan di belakang mempunyai 2 ekor berwarna biru. Terdapat beberapa tingkap di bahagian atas permukaan cakeranya.

"Mengikut data yang aku terima, kapal ini adalah milik pahlawan kaum Gwydion kuno. Mereka mungkin melarikan diri dari sesuatu dan tersadai di planet ini.Kapal ini mempunyai sedikit kerosakan dan aku memerlukan masa untuk memperbaikinya".Ruby merasakan ada sesuatu yang istimewa dengan kapal ini, kapal ini tidak sama dengan apa yang dia selalu lihat di planet Gwydion. Kapal ini sebenarnya jauh lebih canggih.