webnovel

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Ciudad
Sin suficientes valoraciones
57 Chs

Chapter 43 : Misi!

Pengintip?

Kening Naera naik tinggi semasa membaca pesanan ringkas yang di hantar oleh Seth kepadanya.

Serius?

Dah kenapa intip dia?

Ingat ini filem James bond apa?

Naera melepaskan keluhan letih sewaktu bangun dari perbaringannya di katil itu untuk bersiap. Ya! Mulut kata tak mahu!Tapi kepala otak dan hati ini buat kerja yang cakap tak serupa bikin! Sebab itu dia ikut kan saja arahan yang diberikan Seth melalui mesej yang dihantar tadi.

Katanya ada pengintip memerhatikan gerak gerinya, Naera perlu keluar secara rahsia tanpa pengetahuan pengintip itu. Untuk itu dia perlu bersiap mengenakan pakaian seperti lelaki bagi mengaburi pandangan mata mereka.

Mujur la ada Kade!

Lelaki itu ada pakaian yang sesuai untuk dikenakan oleh Naera buat penyamaran. Jadi Naera masuk ke bilik lelaki itu dan buka pintu almari pakaian Kade. Sepasang kemeja dicapai Bersama kot labuh. Sebagai samara untuk lebih meyakinkan, topi snapback yang tergantung pada dinding turut dicapai Naera. Kemudian dia capai satu daripada kunci kereta milik lelaki kaya itu.

Seusai mendapatkan pakaian, Naera salin pakaian itu dan dandan diri seakan lelaki seyakin yang boleh. Dekat 10 minit selepas jam 10 malam, Naera akhirnya keluar dari apartment itu. Dia tidak gunakan pintu depan untuk keluar sebaliknya tingkat bawah tanah tempat parkir kereta. Menggunakan kunci kereta yang diperoleh dari simpanan Kade, Naera naiki satu daripada tiga kereta yang dimiliki Kade. Memandangkan tiada siapa tahu Kade outstation, jadi takkan ada sesiapa curiga sekiranya dia pandu kereta ini.

Seperti yang dirancangkan oleh Seth, Naera pandu kereta itu keluar dari bangunan apartment itu ke jalan Utama yang sibuk lagikan pack dengan kenderaan lain. Dan memang benar, ada pengintip yang mengekorinya. Sebab selepas berada di jalan raya Utama, Naera perasan ada kereta lain yang ekori kereta yang dipandu olehnya. Tetapi mujurla dibantu dengan kesesakan lalu lintas pada malam itu, Naera dapat loloskan diri tanpa di kesan.

Dekat 20 minit di jalan raya Utama, Naera kini berada di jalan kecil yang kurang sibuk dan lebih lengang dari keadaan tadi. Dan ketika itu la dia menerima panggilan dari Seth. menggunakan handfrees yang terpasang pada stereng kereta itu, Naera jawab panggilan itu.

"On the way.."jawabnya serta merta sambil focus pada pemanduannya.

"Good, Lepas tu ikut je map yang saya berikan pada awak."beritahu Seth melalui panggilan itu.

Naera berkerut kening tidak faham. "Kenapa awak tak boleh beritahu saja saya dari awal mengenai parents awak?Saya tak salahkan sesiapa sekiranya mereka larang kita dari bertemu. Yalah..masuk akal jugak kan."bicaranya.

"Ianya tak mudah seperti yang awak fikirkan Naera...ibu saya seorang yang sangat tegas dan nekad. Sementara ayah saya...dia sedang sakit. Saya tidak boleh parahkan lagi keadaan.."jelas Seth bernada mengalah dan kedengaran jengkel.

Naera berdengus tidak percaya. Lelaki dan alasan mereka!Pisah tiada!

"Fine. Sekarang beritahu saya kenapa awak suruh saya semua perkara ni dan ajak keluar waktu malam begini seperti penjenayah cuba loloskan diri dari penguatkuasa?"selorohnya sambil kerling ke cermin pandang belakang. hendak pastikan tiada kenderaan lain yang mengekori dia ketika itu.

Seth ketawa kecil seakan mengejek Naera. "Mana suspen kalau beritahu macam tu je.."katanya setelah itu. .

Isy!Naera kerling ke skrin telefon yang dipasang pada pemegang phone di dashboard dengan geram. Keningnya mencerlung tidak puas hati. Boleh pulak nak main Tarik tali dengan dia sekarang! "Saya patah balik nanti baru tau!"ugutnya pula.

"Kalau macam tu...awak tak nak tahu alasan sebenar dan cerita asal kenapa ayah awak sakit dan ibu awak gila?"tanya Seth dengan nada mengagah mahu memancing Naera. "Awak kata nak bersihkan nama ayah awak?Saya ada bukti yang mengatakan ayah awak tidak bersalah. Awak tak nak?"

Bila Naera dengar kata-kata itu, dia hampir saja hendak tekan break kereta dengan mengejut. namun cepat-cepat dia kembali tenangkan diri dan memandu dengan selamat. Dia mula berdebar teruja dan tidak sabar. "Awak akan beritahu saya hal sebenar?"

"Well...kalau nak tahu, awak kena la datang sendiri."cabar Seth lagi.

Naera pandang jalan di depannya sambil mengetap bibir erat-erat. Cis!Tak guna betul!Seth sengaja hendak perangkap dia menggunakan alasan bukti dan nama baik ayahnya. "Betul ni?"soalnya inginkan kepastian.

"Of course honey...just come to me hurry okay?"minta Seth kembali serius. Seakan buat meminta tapi mengarah!

"Saya dah nak sampai ni. Tapi ke mana awak bawa saya ni?"beritahu Naera apabila dia belok ke simpang tiga sebelah kiri dan masuk ke sebuah Lorong yang mengarah dia ke satu laluan sunyi yang gelap dan dikelilingi pokok semata.

Semakin dalam dia memandu, keadaan tempat itu semakin menakutkan dan menyeramkan. Niat Naera mahu berpatah balik, tetapi setelah dia lihat apa yang menanti di hujung jalan itu, mulutnya terlopong tanpa sedar.