"Ap..apa yang kau merepek ni? Aku..."
"Kau bukan Amier, kan?"
"Memang! Aku bukan Amier...aku Amry... Amry Syah Redza... aku tak pasti macam mana aku boleh ada disini..tapi, ini bukan tubuh aku dan semestinya ini bukan muka aku."
"?!?!?" aku tersentak apabila mendengar nada selamba suara abang yang mengaku dirinya bukan sebagai dirinya.
'Dah kenapa pula dengan abang aku ni? Dah hilang akalkah? Amnesia? Ke..betul-betul kena sampuk dek jembalang tanah, ni? Sejak bila pula dia tukar nama dan mula lupa diri ni?' aku mengomel dalam hati sambil masih cuba mengekalkan posisi dibelakang pintu tadi.
"Kau tak payah nak tipu aku lagi, setan! Aku tahu kau bukan manusia!"
"?!?!" aku terkejut dengan tuduhan lelaki yang memakai kopiah putih itu; dan ternyata bukan aku sahaja yang terkejut dengan pernyataannya tadi kerana kelihatan abang juga membeliakkan matanya tanpaa kata sebelum selari tangannya tiba-tiba di rentap lelaki tadi.
"Eh? Apa ni? Aku...aku manusialah! Bila masa pula aku ni jadi setan?" lelaki itu masih menggenggam tangan abang secara paksaan membuatkan abang mula meronta untuk melepaskan diri.
"Kau jangan nak tipu aku! Aku ustaz Halil Halilintar! Tak ada setan mahupun jembalang yang berani lawan aku!"
'Ustaz Halil Halilintar?!?!? Kenapa macam pernah dengar....!?!!? bukankah itu...'
"Keluar kau, setan!"
"Apa kau buat ni? Sakitlah!" lelaki tadi mula menambat tangan Abangku dengan kasar.
"Woi! Kau buat apa dengan abang aku, hah? Aku tahu, kau ustaz yang viral tu!" ayatku menarik perhatian lelaki itu yang segera melepaskan kedua tangan abangku tadi dann kini mengalihkan pandangan kepada ku pula.
"Kau siapa? Oh, aku tahu; kau mesti pembantu jembalang ni, kan? Kau mari sini!"
"Eh?"
"?!?!?"
'Tolong!' aku hanya memejamkan mataku selari perasan lelaki tadi menghampiri aku.
'Kena..pa tak jadi apa-apa ni? Eh?' setelah agak lama memejamkan mata; aku perasan tak ada sebarang impak atau apa-apa yang menimpaku, aku membuka mata untuk melihat lelaki yang bergelar 'ustaz' tadi telahpun ditahan oleh abangku dari belakang selari aku masih duduk disitu dengan reaksi terkejut.
"?!?!"
"A...bang?"
"Apa kau buat tu? Cepat keluar dari sini! Aku tak boleh pegang dia ni lama sangat!"
"Ah! Ya...." lantas aku menyusup keluar dari bilik itu terus menuju ke tingkat bawah dengan perasaan cemas.
"Abang! Ayah! Mak! Tolong!" dengan tergesa-gesa aku turun dari tingkat atas meluru ke arah ruangan tamu; tempat satu keluarga itu berkumpul.
"Kau ni dah kenapa? Kau kemana saja tadi?" Abang Long menegurku dengan nada selamba.
"Abang Amier! Cepat, tolong dia!" kontra dengan nada tenang abang tadi, aku kembali bersuara lantang dengan reaksi cemas.
"Apa yang kau merepek ni? Dia tengah berubat di atas tu, kan?"
"Ayah tak dengar dia menjerit tu? Abang? Mak?" Aku itu terus mengalihkan pandangan kepada semua ahli keluargaku secara bergilir-gilir; namun tiada satu pun nampak seperti mengambil peduli dengan apa yang dikatakanku itu.
"Kau kan tahu, Histeria tu penyakit macam mana? Biasalah kalau dia jerit tu.." suara ayah perlahan dengan nada tegas.
"Abang Amier tu tak sakit pun, ayah! Abang, abang ingat tak dulu pernah viral pasal ustaz palsu yang sakit mental tu?"
"Ustaz mental? Takkanlah..." Abang yang memberikan respon pula dengan nada penuh skeptikal.
"Baru tadi Mia dengar dia sebut nama dia; bang! Halil Halilintar...cepatlah bang!"
"?!?!" dengan serta merta wajah abang Long ku ini bertukar menjadi pucat mendengar penjelasan ku tadi; tanpa membuang masa, aku terus menariknya menaiki tangga menuju ke bilik tadi yang pintunya telahpun tertutup rapat.
"Abang...macam mana ni?"
"Er...kau pasti dengan apa yang kau dengar tadi?"
"Ya! Takkanlah Mia nak main-main, kot! Cepatlah abang, Abang Amier ada dalam bilik tu!"
"Ya! Aku tahu...kejap, aku ambil kunci pendua tu..."
"Hish!" Dengan perasaan tak puas hati, aku terus menolak abang ke arah depan pintu tadi sebelum mula membongkok untuk mengambil kunci pendua dibawah pelapik kaki yang terletak di depan pintu tadi.
"Ma...cam mana?"
"Abang Amier akan selalu kunci bilik dia dan akan minta Mia untuk kunci bilik dia bila dia tak nak balik rumah...jadi, dia sengaja letak kunci pendua disini untuk dia sendiri." Sempatku mengomel selari tanganku ligat cuba membuka pintu bilik itu dari tadi.
"Amier!...?!?!?"
"?!??!" jauh sekali dari sangkaan kami tadi, tika daun pintu ditolak; abang Amier dan lelaki tadi kelihatan kini duduk di atas katil sambil lelaki itu kelihatan menangis teresak-esak di bahunya.
"Ah...korang dah sampai pun..."
"Ap...apa yang jadi ni; Amier?"
"Hah? Ah...Er...panjang ceritanya; tapi, boleh bawa dia keluar dulu?"
"Eh? O...kay..." seperti aku, lelaki ini juga terkejut dengan apa yang kami lihat tadi selari bertukar pandangan denganku.
"Tak! Aku tak nak!" suaranya tiba-tiba menjadi kuat membuatkan aku mula rasa takut dengan apa yang terjadi sebelum ini.
"Tak apa, Halil...lelaki ni, abang aku...dia boleh bantu kau; okay? Percayakan aku..."
"...baiklah...kalau kau dah cakap macam tu..." sebaris senyuman kelat dilayangkan abang kepada lelaki itu membuatkan dia hanya akur dan mula bangun dari situ dan meninggalkan ruangan bilik tadi.
"Kau...okay?" suara abang Long kedengaran bimbang selari menjengahkan kepalanya menghadap abang Amier yang masih duduk disitu sejak tadi.
"Hah? Okay...dia cuma terganggu saja tu...bawa dia untuk buat pemeriksaan... insyallah dia akan okay..." terangnya pula dengan nada tenang; berlainan betul dengan perilaku kebiasaannya; membuatkan aku hanya berdiri disitu dengan perasaan keliru.
"Hmm...okay, aku uruskan dia dulu...kau rehatlah...Mia, kau temankan Amier sekejap."
"..." dari menjawab, aku masih mendiamkan diri . sengaja aku membiarkan Abang Long dan lelaki tadi keluar dari ruangan itu dulu sebelum mula bersuara semula.
"Awak ni..."
"Er...boleh tinggalkan awak tinggalkan abang seorang diri tak? Abang nak berehatlah..."
"Awak ni...siapa?" walaupun agak ragu-ragu, ku gagahkan jua untuk bersuara selari memandangnya tepat ke matanya; menginginkan jawapan.
'Aku tahu dia bukan Abang Amier yang aku kenal dulu...sekuran-kurangnya sikap dan tingkahlakunya itu tak sama dengan Abang Amier.'
'Apa pula perempuan ni? Dia dapat tahu aku bukan abang dia?'