Belum pun sempat Ariel membuka daun pintu bilik, tiba - tiba pintu itu terbuka dari dalam dan wajah isterinya yang tercinta muncul di muka pintu. Wajah itu masih lagi kelihatan letih dan pucat.Vee yang turut terkejut melihat kelibat suaminya disitu, tidak sempat untuk membuka mulut dan bertanya, apabila dia sudah berada di dalam pelukan erat dan kemas suaminya.
"Thanks for everything, Hon! Abang tak tahu nak cakap apa lagi dah dengan sayang. Thank you... tak sangka sayang sanggup buat itu semua semata - mata nak meraikan hari lahir abang kali ni.." Vee kembali memegang kepalanya yang masih lagi berdenyut sakit dan berat.
Tapi mengenangkan dia tuan rumah kepada majlis itu dia sanggup bangkit tadi. Nanti apa pula kata tetamu jemputannya kalau tidak melihat wajahnya muncul di dalam majlis itu. Tetamu mereka pun bukannya tahu apa yang berlaku dengannya tadi.
Mereka cuma tahu yang majlis itu ialah sempena majlis ulang tahun hari lahir suaminya sahaja dan mereka di jemput untuk meraikannya tanpa mengetahui yang tuan empunya majlis itu sebenarnya mempunyai urusan di luar negara dan terpaksa membatalkan penerbangannya.
"Sayang nak ke bawah?" Vee angguk lemah.
"Kalau macam itu, jom kita turun sama - sama. Sayang langkah perlahan - lahan sikit..." ujar Ariel sambil memapah isterinya untuk bergerak.
"Kenapa tak cakap awal - awal yang sayang nak celebrate birthday dengan Valentine day dengan abang?... kalau abang tahu, boleh juga abang tempah tempat yang jauh lebih sunyi dan romantik untuk kita berdua aje!" Vee tersenyum dengan kata - kata suaminya.
Namun langkah mereka di hentikan saat tiba di anak tangga terakhir. Vee meminta Ariel untuk membawanya naik semula ke atas, bilik mereka.
"Dah tak sabar ya..." usik Ariel nakal.
Vee mencubit lengan suaminya sekuat tenaga yang dia ada pada malam itu.
"Gatal!" Ariel kembali mengekek ketawa. Dia betul - betul rasa bahagia.
"Abang tunggu sekejap. I have something to show you first..." Ariel hanya mengikut kehendak isterinya dan duduk menunggu di atas katil mereka.
Vee mengeluarkan kotak kecil berwarna maroon dari meja sisi katil mereka dan menyerahkannya kepada Ariel.
"Happy birthday and happy Valentine's too, Aloy!" ujar Vee sambil tersenyum manis.
Dia turut mengenit mata nakal kepada suaminya yang masih lagi terpegun mendengar kata - katanya tadi.
"Mana sayang tahu? Er... abang.." Vee jungkit kening tinggi. Bahunya turut di angkat bersahaja.
"Sebenarnya abang nak bagi tahu dengan sayang perkara ni sebelum kita kahwin lagi, tapi abang fikir elok abang simpan dulu dan bagi tahu sayang kemudian.....Abang memang rancang nak bagi kejutan dekat sayang masa first anniversary kita julai nanti.... abang memang nak sayang tahu siapa abang yang sebenarnya. Cuma..."
"Cuma abang masih tak percaya dengan Vee lagi?"
"Tak, bukan macam itu. Abang memang percaya dengan sayang pun. Sebab itulah abang tanya tentang gelang tu dengan sayang. Abang ingat, sayang sudah buang atau hilangkan gelang tu. Rupa - rupanya sayang sudah lama tahu dah ..." balas Ariel perlahan.
Dia merenung gelang pemberiannya enam belas tahun lepas yang masih lagi kelihatan baru di dalam kotak tersebut. Vee yang masih belum habis menduga suaminya, lantas menarik sampul putih yang turut berada di dalam kotak itu dan menyerahkannya kepada Ariel.
"I think you need to see this too..." sampul sederhana besar itu di serahkan kepada suaminya yang memandang dengan wajah bingung.
"Apa pulak ni?" soal Ariel kembali gelisah. Dia tidak senang duduk sebaik sahaja melihat sampul itu di keluarkan oleh isterinya tadi.
"Bukti..." balas Vee sepatah.
"Bukti? Bukti apa?!" Ariel terasa nafasnya tersekat dan fikirannya kembali berserabut.
Bukti apa yang di maksudkan oleh isterinya itu lagi? Tidak pernah terlintas sekali pun di fikirannya untuk berlaku curang di belakang isterinya itu. Sumpah! Demi Allah, langsung tidak terdetik pun untuk dia mencari wanita lain. Tidak sesekali dia akan menduakan isterinya.
Selama ini pun dia memang sibuk menguruskan perniagaan mereka dan dia langsung tidak pernah bertemu dengan mana - mana wanita lain, kalau itu yang di maksudkan oleh isterinya mengenai bukti tersebut.
Sumpah!....
"Vee, please ... jangan buat abang risau boleh tak? Can't you just tell me?, sayang tak perlu buat macam ni. Abang..." Ariel tidak menghabiskan kata - katanya.
Dia seram sejuk untuk melihat isi kandungan sampul itu. Melihat wajah cemas suaminya, Vee segera berpaling. Dia tidak mahu suaminya terlihat senyumnya nanti. Dia mahu melihat sejauh mana suaminya mampu bertahan.
"Vee tak buat apa - apa pun. Vee cuma nak abang tengok sampul itu je. Why you look so nervous now? Kalau betul abang tidak pernah selingkuh, abang tak perlulah risau sangat. Just open it and you'll see..."
"Vee nak tinggalkan abangkah?" soal Ariel dengan nafas yang mulai turun naik, sesak.
"Tak pernah terlintas pulak untuk Vee buat macam tu. Kenapa, abang nak tinggalkan Vee kah?" Ariel cepat - cepat menggelengkan kepalanya.
"So just open it and all your questions will be answered. Trust me on this, okay... abang buka ajelah sampul tu" suara dan riak wajah isterinya yang serius membuat Ariel teragak - agak untuk melihat isi kandungan sampul surat terbabit.
Dengan lafaz Bismillah, dia membuka sampul itu penuh hati - hati. Matanya mengecil sebaik sahaja penutup sampul itu terbuka.Dan apabila dia melihat isi kandungan sampul tersebut, mata Ariel kembali terbuka luas semula. Ariel menarik kertas putih yang berada di dalam sampul itu dan merenungnya lama.
Mulutnya terbuka sedikit dan pandangannya sekejap tertumpu pada gambar tersebut dan sekejap beralih pada wajah isterinya yang tersenyum lebar. Dia masih lagi kaku di posisi yang sama. Terasa anak tekaknya sukar untuk menelan. Dia menarik nafas dalam dan mendekati isterinya perlahan - lahan.
"Are you sure about this? Or is it just another prank that you wanna play on me again?" Vee memandang wajah suaminya dengan pandangan penuh makna.
Ariel masih lagi tidak percaya dengan apa yang sedang di lihatnya itu. Dia seperti sedang di lamun mimpi yang sangat indah.
"Seriously?! Is mine??" Vee angguk dengan wajah seriusnya.
Ariel lantas berdiri dan berjalan mundar - mandir di hadapan isterinya. Dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi dengan berita yang amat mengejutkannya itu. Dia tidak sangka yang dia akan bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi.
Ariel kembali duduk dan matanya tertumpu pada perut isterinya yang jelas tidak banyak perubahan. Vee cuba menahan tawanya dari meluncur keluar saat melihat wajah suaminya yang masih lagi kalut.
"Abang akan jadi, ayah? Abang tak mimpikan? This is our baby real scan and not a prank? Sayang tak tipu abangkan?" Vee angguk sekali lagi.
Dia masih lagi tersenyuman, melihat reaksi berlebihan suaminya itu. Ariel yang mengangkat tangan lagak menang perlawanan bola, menjerit kecil. Dia mencium wajah isterinya bertubi - tubi. Perut isterinya turut menjadi sasarannya juga. Dia benar - benar rasa bahagia yang teramat sangat. Tidak mungkin dia melupakan saat itu sampai bila - bila.
"Yes! Yes! Finally..... syukur alhamdulillah Ya Allah!"
"Sshh... please lower your voice! Nanti apa kata orang dekat bawah kalau dengar suara abang terjerit - jerit macam tu..."
"Kenapa? Abang tak boleh nak raikan ikut suka abangkah?"
"Bukan macam tu, tapi sekarang inikan kita ada ramai tamu dekat bawah... tak elok kalau abang menjerit macam tu. Abang tu CEO bukannya general employee, malulah sikit..."
"Okay. Okay... abang faham. But still, I'm so happy to get all this for my birthday! Thank you, sweetheart" ujar Ariel ceria sambil menggenggam gambar scan bayi mereka.
"Betul ni?"
"Mestilah betul! Gila tak? Abang gembira sangat - sangat sebab impian abang akhirnya akan jadi kenyataan tak lama lagi"
"So bila abang nak bagi tahu family kita tentang perkara ni?" Ariel kembali berfikir panjang.
"Emm, after majlis ni selesai kot. Sayang setuju?"
"Vee ikut abang aje. Kalau abang rasa okey, okeylah untuk Vee juga"
"Macam tak suka aje..."
"Eh, eleh... nak mulalah tu!" Ariel ketawa.
Dia meraih tubuh isterinya ke dalam pelukan dan mengucup bibir hangat itu, lama. Dia merenung dalam ke dalam anak mata bundar itu.
"You know... sayanglah satu - satunya wanita yang betul - betul buat abang rasa geram sangat - sangat..."
"Geram? Kenapa abang cakap Vee macam tu?"
"Sebab sayang selalu buat abang terkejut gila! Suka buat abang rasa serba salah dengan apa yang abang cuba buat selama ni... contoh macam hari ni, sayang buat abang hampir - hampir pengsan dengan birthday surprise dan everything...
Abang bahagia sebab sayang sudi menjadi isteri abang dan sanggup untuk mengandungkan zuriat abang sekarang ni... I hope is not too late for me to say how much I love you...
Abang bukanlah yang terbaik dan abang juga tak mampu menjanjikan bulan dan bintang untuk Vee. Tapi abang akan cuba yang terbaik untuk kita berdua dan juga untuk bakal anak - anak kita kelak... In Shaa Allah, abang janji... abang akan sentiasa ada di sisi Vee saat Vee perlukan abang. I promise!"
"Very well said my dear husband! One more thing..."
"Apa dia?"
"Bila abang nak bertolak pergi Australia semula?" Ariel angkat kening tinggi. Dia mendekatkan wajahnya pada wajah isterinya.
"Why?"
"Kalau Vee ikut kali ni, boleh tak?" Ariel kuntum senyuman lebar. Dia lantas angguk kepala, setuju.
"Mestilah boleh! Kita berbulan madu terus kali ni..." mereka kembali berpelukan mesra.
Mereka sudah terlupa dengan suasana riuh di ruang bawah. Ariel sendiri, sudah tidak ingat lagi dengan kejadian yang menyebabkan dia tiba - tiba boleh muncul disitu semula.