webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · Ciudad
Sin suficientes valoraciones
28 Chs

Surat

Vivi membuka pintu dan terkejut melihat Elita memaut lengan Gavin.

"Kenapa cik Elita?"Vivi bertanya pada Gavin.

Gavin membawa Elita ke ruang tamu dan tidak menjawab pertanyaan Vivi.

"Awak ok ke?"

Elita menggelengkan kepalanya.Peristiwa tadi sama seperti dulu hingga membuatkan dia semakin takut.

"Kalau macam tu saya tolong ambilkan air untuk awak"Gavin berdiri tetapi tanggannya dipegang oleh Elita.Dia duduk kembali di sebelah Elita.

"Tak payah"

Gavin mengangguk faham.

Vivi menuju ke arah mereka berdua.

"Cik Elita dan Gavin makanlah,Vivi dah sediakan makan malam untuk kamu berdua"

"Ok"Gavin hanya menjawab dengan ringkas.

"Elita jom makan"

"Saya tak nak!"

Gavin tetap berusaha untuk memujuk Elita.Gavin memegang tangan Elita dan membawanya ke dapur.Elita hanya mengikut arahan.

Gavin mengambil piring untuknya dan Elita dan meletakkan di meja.

Gavin menyaukkan nasi ke piringnya dan Elita.

"Makan tau"

Gavin menyuapkan makanan.

"Takpe!Saya nak sendiri je"kata Elita.

"Awak mesti ikut arahan saya kalau tak.."

"Kalau saya tak nak!Saya tak naklah!Yang awak nak ugut saya ni kenapa?!"

Suara Elita yang kuat itu membuatkan Vivi terkejut dan dia bergegas pergi dapur untuk mengelakkan mereka berdua bergaduh.

"Yelah.."balas Gavin dan makan tanpa mengabaikan Elita.

"Makan ya cik Elita"arah Vivi sambil mempamerkan senyuman pada Elita.Elita menganggukkan kepalanya.Jarang sekali dia mahu membantah arahan Vivi kerana dia mengangap Vivi seperti kakak kandungnya.Elita makan dengan gelojoh kerana lapar.Gavin ketawa kecil melihat Elita.

Setelah mereka berdua siap makan,Vivi menyuruh Gavin membiarkan sahaja dia mencuci piring mereka berdua.

Gavin berjalan beriringan bersama Elita dan tidak memegang tangannya lagi kerana tidak mahu membuatkan Elita marah padanya.

Elita menutup pintu biliknya dengan kuat dan sekali lagi Gavin terkejut.Nasib sahajalah Gavin masih bersabar dengannya.

Gavin mengetuk pintu dengan perlahan.

"Nak apa lagi?!"jerit Elita.

"kalau ada nak minta tolong panggil saya ok,goodnight Elita"

Elita tidak membalas ucapannya.Gavin berjalan menuju ke biliknya dan sedih.

Setelah Gavin beredar dari depan pintu biliknya,Elita membuka sedikit pintu biliknya.Elita tersengih kerana marah pada Gavin tadi.

"Thanks Gavin"bisik hatinya dan menutup balik pintu biliknya.

***

Pagi,Rabu.

Elita bangun pagi dan bersiap.Elita membuka pintu biliknya.

"Morning Elita"Gavin menegur Elita di depan pintunya.

Elita bercekak pinggang melihat Gavin.

"Awak ni dah kenapa tiba2 kat depan pintu bilik saya?"

"Saya tunggu awaklah"

"Buat apa?Kenapa awak tak tunggu je saya kat bawah?!"

"Sebab saya nak tengok muka awak yang comel bila marah"balas Gavin dan mempamerkan senyuman manis padanya.

"Jangan nak mengarutlah!"

"Haha ok kalau awak tak percaya takpe"

Gavin menghulurkan tanggannya pada Elita tetapi Elita menepis tanggannya.

Elita berjalan turun ke bawah dan Gavin mengekorinya dari belakang.

***

Semasa Elita hendak menuju ke arah keretanya dia ternampak satu surat diletakkan bawah keretanya.Tanpa melihat sekelilingnya,Elita mengambil surat itu.

"Siapa yang bagi pula ni?"kata Elita.

Elita terus membuka surat itu dan membacanya.

'Tak lama lagi awak akan mati!Awak akan mati bersama Haura',from:your enemy'

Elita terkejut selepas membaca surat itu dan jantungnya mula berdebar.

"Haura?Macam mana dia kenal Haura?Siapa dia???"Elita bercakap sendiri.

Gavin berjalan menuju ke arahnya.

"Siapa yang bagi surat tu?"

Elita menoleh ke arah Gavin.

"Orang ...orang lain"kata Elita cuba untuk menyakinkan Gavin namun Gavin tidak mempercayai kata Elita.

"Nak tengok surat tu boleh?"

"Tak boleh!"

"Kenapa?"

"Sebab.."Elita menundukkan kepalanya.Gavin mendekatinya untuk mengambil surat itu.Elita menolaknya.

"Ni peribadi,awak tak perlu tahu!"

"Kenapa?"

"Takde!hantar saya ke pejabat sekarang"arah Elita dan terus masuk ke dalam keretanya tanpa meminta pertolongan daripada Gavin.

Semasa dalam kereta,Elita hanya berdiam dan masih berfikir pengirim surat itu.Gavin memandu kereta dan menoleh ke arah Elita.

"Apa yang awak fikirkan tu?"

Elita melihat Gavin dengan pandangan tajam.

"Takdelah ,awak tak payah sibuk!"

"Kalau awak ada masalah,ceritakan je pada saya"

"Tak ada apa-apalah!"

Gavin mengangguk faham.Tidak mahu lagi bertanyakan soalan pada Elita.

Hati Elita tidak tenteram dan dia menoleh ke belakang.Terdapat kereta sedang mengekori mereka dari belakang.

"Pandu dengan cepat!"

Gavin melihatnya dengan muka yang sangat hairan.

"Kenapa?"

"Ada orang yang ikut kita"

Gavin menoleh ke belakang.Rupanya betul apa yang dikatakan oleh Elita.Gavin memecut laju kereta .Akhirnya mereka tidak diekori lagi.Elita melihat kembali ke belakang.Lega.

"Siapalah pula yang ikut kita tu?"tanya Gavin.

"Mungkin orang yang benci saya..mungkin dia nak bunuh saya"balas Elita.

"Jangan cakap macam tu..saya tak akan biarkan dia ganggu awak.Saya janji akan jaga awak"

Elita termenung seketika melihat ke luar cermin dan tidak membalas kata Gavin.

Kali ini Elita membuka pintu sendiri dan terus berjalan masuk ke dalam pejabat.Gavin berlari mengekorinya.

"Tunggu Elita"

Elita berhenti berjalan.

"Tak nak!"balas Elita.

Tiba-tiba Elmira berjalan ke arah Gavin dan terus memegang tangan Gavin.

"Morning Gavin!"sapa Elmira.

"Morning,boleh tak lepaskan tangan saya?"

"Saya rindu awak"Elmira senyum melihat Gavin.Elmira masih memegang tangan Gavin tanpa mengabaikan Elita seperti Elita tiada di sana.Elita sedih melihat Elmira memegang tangan Gavin.Gavin melihat Elita dan Elita mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Saya nak masuk dulu bye"

Elita terus berjalan masuk ke dalam pejabat meninggalkan Gavin bersama Elmira.

"Jom masuk"

Gavin menganggukkan kepalanya dan bersetuju untuk berjalan beriringan dengan Elmira.Gavin rasa bersalah terhadap Elita.Tapi kenapa?Sedangkan dia hanyalah pengawal peribadi Elita.

Kali pertama mereka bertemu di lapangan terbang,dia benci terhadap Elita dan sekarang hatinya makin lama makin sayangkan Elita walaupun Elita tidak melayannya dengan baik.

Ayita,Chandani,Afra merupakan peminat nombor satu Gavin berlari ke Gavin.Pekerja yang lain hanya melihat mereka dan beberapa pekerja perempuan tidak mahu menganggu Gavin sejak mereka melihat wajah Elita berubah

sedih tadi.Elmira menghalang mereka bertiga untuk mendekati Gavin.

"Eh cik Elmira ni tiba2 nak halang kami kenapa?"kata Ayita.

"This is my boyfriend"Elmira membalas dengan yakin.

Elita berdehem.Mereka terkejut melihat Elita.

"Ayita ni untuk awak siapkan kerja ni dan hantar kepada saya esok"Elita meletakkan tugasan itu di meja Ayita dan meninggalkan mereka.

Gavin melepaskan tangan Elmira.

"Maaf ya saya perlu ke bilik Elita sekarang nanti saya jumpa awak semua,sorry Elmira saya hanya anggap awak sebagai kawan saya dan tak lebih dari tu"Gavin terus berjalan ke arah bilik pejabat Elita tanpa mengabaikan mereka.

Mereka mentertawakan Elmira.

"Diamlah!"

"Lain kali jangan mengarut!"serentak Ayita,Afra dan Chandani membalas.

Gavin mengetuk pintu bilik Elita.

"Masuk!"

Gavin membuka pintu dengan perlahan.

"Kenapa datang sini lagi?"tanya Elita.

"Saya nak jaga awak"

"Tak perlu"Elita berjalan ke arahnya dan menyuruh Gavin keluar dari biliknya.

"Saya nak awak keluar sekarang juga!"

"Kenapa awak nak suruh saya keluar?Saya ni bodyguard awak dan perlu jaga awak!"

"Eh dah pandai menjerit pula dia ni awak tak sedar ke siapa sekarang kat depan awak?!Saya ni anak majikan awak!Faham!So now get out from here!"

"ok"

Gavin menutup pintu Elita dan keluar dari biliknya.Gavin terkejut melihat pekerja di sana melihat ketika mereka bergaduh.Gavin meminta maaf daripada mereka kerana menganggu.

Elita duduk di tempatnya.

"Salah ke saya marah dia?Biarkan jelah dia I don't care"bisik hati Elita.

Gavin menuju ke arah Elmira.

"Hi Gavin jomlah duduk kat sebelah saya"

Elmira meletakkan kerusinya di sebelahnya.

"Thanks"

"Sabar ok"

"Saya rasa macam nak berhenti tapi.."

"Tapi apa?"

"Saya perlu jaga dia"

"Awak jaga dia pun dia tak kisah dan tak berterima kasih pada awak"

"Saya tak kisah kalau tu takpe saya akan sabar"

Gavin berbual dengan Elmira dan saling berkenalan sehinggalah status hubungan mereka berubah kepada kawan rapat.