webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · Ciudad
Sin suficientes valoraciones
28 Chs

Soal hati

"Awak kata Elita akan balik awal,tapi takde pun dia,abang saya risaulah pasal dia tu."kata Puan Jefina sambil tak henti berfikir tentang Elita

"Lah ,awak ni sabarlah

"

"Abang!."

"Ye ye cuba awak bertenang sikit boleh tak?Doalah supaya anak kita dilindungi."

Puan Jefina menghembuskan nafas berat.Encik Alvis mengerutkan keningnya.

"Selalunya Elita tak balik lambat."katanya dalam hati

Bunyi hon kereta menyebabkan mereka berdua bergegas menuju ke pintu depan dan dibuka oleh Puan Jefina.

"Mak!." Kata Elita sambil memberikan pelukan hangat pada ibunya

"Elita pergi kat mana tadi?Dengan siapa?Mak call Elita tak angkat?Tau tak Elita buat mak risau?Mama takut ada apa-apa akan terjadi pada Elita!."

"Kenapa mama nak risau?Kan Elita keluar dengan Gavin"

Puan Jefina dan Encik Alvis saling berbalas pandang.Gembira tak terkata.

"Ya saya temankan Elita"sambung Gavin

"Elita nak pergi bilik.Gavin jangan lupa tau hantarkan semua barang tu kat atas"arah Elita dan meninggalkan mereka.

Encik Alvis mengusap bahu Gavin.

"Uncle gembira bila kamu dah berbaik,terima kasih Gavin"

Gavin tersenyum sambil mengangguk.Dia mengangkat semua barang Elita dan naik ke atas.

"Kan saya dah kata Elita selamat, awak je tu terlampau berfikir sangat."

"Yelah bang awak tu jangan fikir santai je sekali sekala ambil peduli juga dengan anak kita!Dahlah saya nak masuk malas nak layan awak!."

Kata Puan Jefina dan masuk ke dalam rumah.

"Awak tak marah ke Elita suruh Gavin bawa barang dia yang banyak tu?."tanyanya tetapi tidak diambil peduli oleh Puan Jefina.

***

"Morning."ucap Elita pada pekerja ayahnya itu.

"Morning cik Elita eh sejak bila lagi Gavin mula kerja?Dah lama tak nampak Gavin kerja kat sini"tanya salah seorang pekerja perempuan tersebut dan mula mendekati Gavin.Dengan kata lain mahu menguratnya.

"Lama dah.."balas Elita.Niat mereka terbatal kerana tidak mahu Elita memarahi mereka.Gavin hanya memberikan senyuman manis.

"Ikut saya"arah Elita dan Gavin mengekorinya dari belakang.Pekerja perempuan tersebut melambaikan tangan pada Gavin dan Gavin turut membalas lambaian mereka.

"Morning sayang"ucap Alden pada Elita

"Morning awak"balas Elita

Alden merenung tajam wajah Gavin,lalu memandang kembali ke arah Elita.

"Kenapa awak terima Gavin lagi bekerja dengan awak?Dia kan sakitkan hati awak dulu"Alden berbisik di telinga Elita.Saja nak apikan hati Elita supaya membenci Gavin.

"Saja,takkan awak tak ingat yang saya nak buli dia ,awak tak ingat janji kita ke dulu?."Elita berbisik pada Alden dan mereka ketawa kecil.

Gavin mula berasa hairan kerana tidak dapat mendengar gosip mereka.

"Em..awak masuk je dulu.Saya nak berbual dengan Alden"kata Elita.

Gavin mengangguk dan patuh pada arahannya.Alden menjelingnya dan senyum sinis.Gavin hanya melihat senyuman sinisnya itu dan mula mengatur langkah untuk pergi.

Ketika Gavin berjalan dia terserempak dengan Haura

"Hi"

"Hi Gavin,eh kenapa awak tak bersama Elita?"

"Dia nak dating dengan Alden.So saya tak nak masuk campur dalam hubungan dia orang berdua"

"Ke awak cemburu tengok diorang tu?"tanya Haura secara sengaja

"Eh taklah ,buat apa saya nak cemburu.Lagipun saya mana ada hati kat dia"

"Yeke?Tak boleh percaya ni tau,saya tengok Gavin macam sedih je bila tengok Alden dengan Elita.Betul tak?"

Lekas Gavin menggelengkan kepalanya.

"Cakap je kalau Gavin suka Elita,kan?."tanya Haura untuk mencari kepastian.

"Saya dah ada teman wanita"

"Siapa?"tanya Haura sekali lagi.

"Amelia.Kami dah lama berpisah ,saya tak tahu dia pergi kat mana dan saya masih menunggu dia"

"Sampai bila awak nak tunggu dia?"

'Tak tahulah..saya akan tetap tunggu dia ,kalau tak jumpa lagi sampai tua saya tak akan ada perasaan terhadap sesiapa pun"

Haura tersengih.

"Awak tak fikir ke menunggu tu bosan?."

"Saya tetap setia pada orang yang saya cintakan.Kami dah berjanji untuk bersama dan menunggu.So,saya tak rasa bosan sebab saya tahu dia akan tepati janji"

"But,sometime menunggu tu menyakitkan ,Gavin.Kalau dia jodoh kita ,pasti dia akan kembali tapi kalau dia pergi tanpa jejak tu tandanya dia tinggalkan kita.Jangan berharap pada suatu perkara yang belum pasti akan berlaku.That's just my advice to you.So I hope you will understand what I am talking about."

Gavin mengetap bibirnya.Haura berlalu meninggalkannya.Gavin meneruskan langkahnya.Ketika wajah Amelia terbayang di ingatan sesekali itu wajah Elita turut terbayang sehingga menutupi wajah Amelia.Dia tersenyum dan melepaskan nafasnya secara perlahan-lahan.Mungkin penat mengimbas kembali kenangannya bersama Amelia dan mampukah kenangan itu dihilangkan daripada ingatannya atau perasaanya yang masih mendalam terhadap Amelia?Kata-kata yang terlontar keluar daripada mulut Haura tadi dapat memberi kesedaran padanya bahawa jangan terlalu berharap..

"Gahhh!!!." jerit Elmira sambil membalingkan segala benda ke arah dinding.Dia mengelap mukanya dengan dengan darah Gideon.Darah Gideon mengalir banyak akibat daripada tusukan pisau yang dilakukan oleh Elmira.Otaknya semakin tidak waras sehingga tega membunuh sepupunya.

"Awak rampas dia daripada saya ,Elita!Takpe saya akan bunuh awak faham!Saya akan cari dan bunuh awak!Perampas!.Oh Gavin saya cintakan awak kenapa?kenapa awak tak terima saya?Kenapa awak lebih sayangkan Elita daripada saya!.Kenapa?!."

2 dos tembakan dilepaskan olehnya dan tersenyum menandakan kemenangan buatnya agar rahsia mereka tidak dibongkar.

***

Elita dan Gavin bergegas ke hospital setelah Encik Alvis menyuruh mereka berdua untuk datang ke mari.Encik Alvis membawa Elita dan Gavin untuk berjumpa dengan pihak polis.Elita dan Gavin terkejut melihat 2 orang lelaki tersebut.Gavin ditanya beberapa soalan mengenai 2 orang lelaki tersebut namun sama sekali dia tidak dapat mengingati wajah 2 orang lelaki yang menyerangnya dahulu dan dia hanya dapat mengingati suara lelaki itu sahaja.

"Nampaknya Elita dan Gavin mesti berhati-hati buat masa sekarang, kita tak tahu betul atau tidak orang tu yang nak bunuh Gavin masa tu."ujar Encik Alvis.

Gavin dan Elita mengangguk faham dengan kata-katanya.

"Mungkin orang tu yang nak bunuh Gavin.Dah sah yang diorang berdua tu ada kat sana masa polis buat rondaan tadi"

"Kita tak dapat akui lagi Elita.Yang penting Gavin akan selalu jaga Elita dan pastikan Elita sentiasa selamat"

"Ok"balas Elita.

***

Gavin termenung.

"Aku dah mulai sukakan Elita ke?"katanya sambil tersenyum.

"Mana mungkin dia suka kat saya kalau dia dah ada kekasih kan?Macam manalah nak move on.."kata Elita.

Tok! tok!

"Siapa tu?"katanya dengan diri sendiri.Dia berjalan dengan perlahan dan menarik tombol pintu..dia terkejut..