webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · Ciudad
Sin suficientes valoraciones
28 Chs

Sesuatu yang tak pasti

"Hari rabu ni ,kita akan adakan dinner untuk kejayaan syarikat"

Semua mengangguk dan gembira.Jarang sekali Encik Alvis mengadakan dinner.Setelah selesai mesyuarat,semua pekerja bersurai.Encik Alvis menyuruh Elita dan Gavin untuk berjumpa dengannya.

"Elita ada nak cakap kat ayah"kata Elita.

"Alright, apa yang Elita nak katakan?"

"Boleh tak ayah terima Alden dengan kawan dia kerja kat sini?"

Riak wajah Encik Alvis berubah hairan.

"Kenapa?Dia tak kerja ke tempat dia tu?"soalnya.

"Diorang berdua dipecat.Please ayah tolonglah terima dorang ayah,Elita rasa kesian tengok dia,ayah kan ada cakap yang ayah masih cari pekerja"

"Kalau.."

"Please ayah"

Elita membuat muka comelnya sambil merayu.'Alden je dia nak'Gavin menjeling ke arah dinding.

"Erm yelah ayah akan terima cuma ada 1 syarat.."

"Ok what is that?"

"Ayah nak Gavin sentiasa jaga Elita dan Elita tak boleh tinggalkan Gavin kalau Elita berjumpa dengan Alden,ayah tetap nak Gavin seorang je yang akan jadi bodyguard Elita"

"What?Apa ni ayah?Elita tak sukalah"

"Baiklah kalau Elita tak nak.."

"Ok ok ..Elita setuju"jawab Elita secara paksa.

Gavin tersengih.Gembira jawatannya tidak akan diambil oleh Alden.

"Good.Besok suruh dia jumpa ayah dan bawa dokumen yang diperlukan.Jemput dia dengan kawannya sekali datang untuk dinner"

"Ok"

Elita menuju ke arah pintu.Dia berhenti mengulas tombol pintu saat ayahnya memanggil dia.

"Apa lagi?"

"Ayah dah cakap kan yang Elita tak boleh tinggalkan Gavin"

Elita melepaskan keluhan kecil.

"Yelah"

Gavin berdiri di sebelah Elita.Elita menjelingnya.Gavin membantu untuk membuka pintu dan berjalan beriringan dengan Elita.

Encik Alvis menggeleng laju.

"Apa nak jadilah dengan Elita ni tak habis2 bencikan Gavin je"

"Hi baby"Elmira menegur Gavin lalu membetulkan kolarnya.Elita hanya memerhatikan setiap apa yang Elmira lakukan.

"Hi please Elmira saya tak sukalah awak sentuh2"Gavin menolak tangan Elmira dengan kasar.Namun Elmira tetap ingin menggoda dia walaupun dia tahu Gavin akan memarahinya lagi.

"Elmira!"

Gavin menolak tangan Elmira sekali lagi.Rimas kerana Elmira masih berkeras hati mengusiknya.Elita menyampah melihat Elmira yang semakin tergila-gilakan Gavin.Cinta dah ditolak tetap nak memaksa.Memalukan diri sendiri bila semua pekerja melihat dia dimarahi oleh Gavin namun bagi Elmira ,dia langsung tak kisah.

"Baby why?!"

"I don't like!"Gavin memegang tangan Elita dan membawanya meninggalkan Elmira.Elmira berpeluk tubuh dan senyum sinis.'Amboi mesra nampak!Nak mengelaklah tu!'

"Apa yang bising2 ni?"tanya Encik Alvis setelah keluar dari bilik mesyuarat.Elmira terkejut dan menoleh ke arahnya.

"Takde apa-apalah Encik Alvis"

Encik Alvis mengangguk faham.Dia berpura-pura tidak tahu walaupun dia melihat situasi tadi kerana tak nak masuk campur dalam hal mereka.

***

"Hei!"Elita menepis kuat tangan Gavin.

"Awak dah kenapa?Awak tak fikir ke Elmira akan tuduh saya perampas!"

"Saya tak kisah"Gavin membuat muka bersahaja.

Elita memukul bahu Gavin berkali-kali dan Gavin mengenggam tangan Elita untuk menyuruhnya berhenti.

"Saya cuma nak mengelak daripada Elmira"

"Tapi saya tak suka awak pergunakan saya untuk mengelak daripada dia faham!"

"Tapi saya suka"Gavin tersengih.

"Sengih2 macam kerang busuk!"

"Thanks"

"For what?!"

"Sebab awak setuju tak nak tinggalkan saya"

Elita mengalihkan pandangannya ke tugasan dia.Dia tak nak melihat senyuman Gavin yang hampir mencairkan hatinya.

"Kenapa awak tak nak tengok saya?Malu ke?"soal Gavin.

"Taklah"balas Elita sambil menyusun fail di atas mejanya.

"Buktikan kalau awak tak malu,awak pandang saya lama2 kita lawan mata.Siapa kalah maknanya dia malu"

Elita mendengus geram.

"Ok let's start!"

"Nice.Sekarang tengok mata saya"

Elita merenung tajam mata Gavin.Gavin menunjukan senyuman manisnya sekali lagi.Elita mengerutkan dahinya.

"Boleh tak jangan senyum?!Tak terpikat punya!"

"So awak nak suruh saya buat apa untuk pikat hati awak?"

Elita bercekak pinggang melihat dia.Mahu sahaja Gavin ketawa kerana terhibur melihat Elita yang memang comel ketika marah.Senyuman Gavin membuatkan Elita tersenyum.

"Awak memang gila!"

Elita ketawa terbahak-bahak di depan Gavin.

"Nampaknya awak kalah"

Elita berhenti ketawa.Kantoi yang dia memang malu.

"Awak malu bila tengok saya kan?"

"Tak"

"Jujur je"

Mereka berbalas pandang tanpa berkedip-kedip mata.Jantung mereka berdua mulai berdebar-debar.

Pintu diketuk namun mereka berdua tidak mendengarnya.Izzat membuka pintu tanpa dibenarkan dan dia terkejut melihat Elita dan Gavin saling berpandangan.

"Morning cik Elita,boleh cik Elita serahkan tugasan pada saya?"

Elita berhenti melihat Gavin dan lantas mengambil fail di mejanya dan menyerahkan pada Izzat.Gavin tersengih melihat Elita.

***

"Gavin apa warna kegemaran awak?"

"Warna biru,kenapa uncle?"balas Gavin kerana hairan ditanya sebegitu oleh Encik Alvis.

"And Elita ,how about you?"Encik Alvis bertanya pada Elita dan tidak menjawab soalan Gavin.

"Pink"

"Good sangat padan"kata Encik Alvis.Elita dan Gavin memandang Encik Alvis dengan penuh kehairanan.

"Kenapa ayah tanya?Macam ada sesuatu je"tanya Elita.

"Secret"

"Why secret?"

"Untuk kejutan"

Elita berhenti bertanya pada ayahnya dan terus menghabiskan makanannya.Malas nak tahu.

"Elita nak dengar cerita?"kata Puan Jefina.

"Apa dia mama?"Elita teruja untuk mendengar cerita mamanya.

"Pada suatu hari,seorang lelaki bertemu dengan seorang perempuan "

"Lepas tu apa mama?Apa yang berlaku pada mereka berdua?"

"Perempuan tu benci sangat pada lelaki tu ,tapi lelaki tu sabar je walaupun perempuan tu selalu hina diri dia"

"Then?"tanya Elita kerana tidak sabar untuk mendengar pengakhiran ceritanya.

"Bila perempuan tu benci lama2 pada lelaki tu ,tiba2 hati dia berubah"

"Berubah?Maksudnya?"

"Dia cintakan lelaki tu dan lelaki tu pun ada perasaan cinta terhadap dia"

"Diorang berdua tak luahkan perasaan ke mama?"

"Tak sebab diorang berdua malu"

"Hmm macam manalah diorang berdua tu nak bersama kalau tak luahkan perasaan masing2?"

"Diorang berdua malu nak luahkan perasaan sebab masing2 dah ada kekasih cuma kekasih diorang tu selalu abaikan tentang diorang"

"Apa nak jadilah dengan hubungan diorang berdua tu"

"Tapi takdir menemukan mereka berdua kembali dan mereka saling meluahkan perasaan masing2 cuma.."

"Cuma apa mama?"

"Banyak cabaran yang menghalang mereka berdua untuk bersama"

Tanpa sedar,air mata Elita mengalir dan Elita lekas mengesat air matanya.

"Sedihnya cerita mama,so diorang berdua akan bersama ke mama?"

"Yes"

Elita mengurut dadanya.

"Nasiblah semoga halangan yang mereka berdua hadapi akan cepat habis"

"Ya kita doakan,dahlah Elita sambunglah makan"

Elita menggangguk faham.Gavin terdiam.'kenapa cerita tu sama macam kisah aku dengan Elita?'bisik hati Gavin sambil menundukkan kepalanya.Elita menganggap cerita ibunya adalah tentang orang lain.

***

"Awak buat apa kat sini?"

Elita menegur Gavin yang sedang duduk di luar sambil menghayal.

"Takde just santai"

"Boleh saya duduk kat sebelah awak?"

"Boleh"

Gavin memberikan ruang untuk Elita duduk.Elita melabuhkan punggung dan duduk di sebelah Gavin.

"Kenapa awak suka lepak kat sini?"tanya Elita.

"Best"

"Oh ,awak nak tahu tak yang saya rasa kesian sangat dengan nasib diorang tu"

"Siapa?"

"Yang mama saya ceritakan tadi"

"Awak tak rasa cerita tu wujud?"

"Maksud awak?"

"Takdelah"

'cerita tu mungkin wujud dalam kisah kita berdua Elita'bisik hati Gavin sambil melihat Elita.

Elita sedar Gavin sedang merenungnya.

"Kenapa awak tengok saya?"

Gavin menggeleng laju dan mengalihkan pandangannya untuk tidak melihat Elita.

"Saya berharap sangat2 yang diorang berdua akan bersama"

"Ya diorang berdua akan bersama"balas Gavin.Mereka berdua termenung dan melayan perasaan masing2.

***

"Morning sayang!"Elita menegur Alden.

Gavin terkejut melihat Hadzwan.

Hadzwan menghulurkan tanggannya untuk bersalaman Gavin.Gavin merenung tajam muka Hadzwan.

"Kenapa?"tanya Hadzwan.

Gavin bersetuju untuk berjabat tangan dengannya.Hadzwan senyum sinis padanya.

"Ayah awak kat mana?"Alden bertanya pada Elita.

"Kat atas,jom saya bawakan awak berdua berjumpa dengan ayah saya"

Mereka berdua mengangguk dan mengekori Elita dan Gavin.

Semua pekerja melihat Alden dan Hadzwan masuk ke dalam pejabat.

"Tak sangka tampannya dia!"kata Ayita.

"Ha'ah tampan sangat!"balas Afra dan memegang fail dengan erat.

"Siapa wei siapa?"Chandani menyampuk perbualan mereka.

"Yang kat sebelah Alden"Afra menghayal melihat Hadzwan.

"Aku rasa dua2 tampan"jawab Ayita.

"Ok kita tengok siapa yang akan dapat lelaki yang kat sebelah Alden"Chandani memberikan cadangan.

"Ok!"Ayita dan Afra serentak menjawab

Elita mengetuk pintu bilik ayahnya.

"Masuk"

Elita mengulas tombol pintu dan mengajak Alden dan Hadzwan masuk ke dalam bilik pejabat ayahnya.

"Elita dah bawa Alden dengan Hadzwan, kawan dia"

"Duduk"

Alden dan Hadzwan mengangguk dan menarik kerusi lalu duduk di depan Encik Alvis.

Elita membuka pintu dan menunggu di luar bersama Gavin.

"Sejak bila Hadzwan tu kawan Alden?"

"Dia rakan sekerja Alden,kenapa awak tak suka?Dia kan kawan awak ,masa korang berjumpa ,awak baik je dengan dia"

"Memang,tapi.."

Gavin berpeluk tubuh seakan-akan tidak berpuas hati bahawa Hadzwan akan bekerja di pejabat ayah Elita.

"Tapi apa?Dia pernah sakitkan hati awak ke?"

"Pernah,kisah lama je tapi kami dah berbaik"

Elita mengangguk dan tidak bertanya padanya lagi.Dia tak nak sibuk dengan hal mereka berdua.

Beberapa minit kemudian,Alden dan Hadzwan keluar.

"How?"

"Ayah awak terima kami berdua kerja kat sini"

"Good!So bila awak berdua akan kerja kat sini?"

"Besok"

"Ok"

"Kami berdua dah nak balik,bye sayang"

Alden membelai lembut rambut Elita dan melambaikan tangan padanya.

"Aku tak tahu pula yang Elita ni teman wanita Alden.Baiklah aku tak akan ganggu Elita demi Alden bukan kau.Move on bro,aku tahu kau pasti marah bila aku buat kau sakit hati dan kau akan fikir yang aku akan sakitkan hati kau lagi macam dulu.Lupakan jelah kisah lama"kata Hadzwan.

"Tak sangka kita akan berjumpa lagi"

Hadzwan menepuk bahu Gavin lalu mengekori Alden.Dari senyuman sinisnya menyebabkan Gavin masih memarahinya walaupun mereka telah berbaik.

Gavin merenung tajam Hadzwan.

"Gavin"Elita memanggilnya namun Gavin masih melihat Hadzwan sambil mengenggam penumbuknya.

"Gavin!"

Terhenti lamunannya dan menoleh ke arah Elita.

"Yes?"

"Ikut saya sekarang"

"Yelah"

***

"Ayah boleh tak Elita ikut nak tengok hiasan yang dipilih oleh ayah untuk dinner malam ni?"

"Tak boleh,Elita kena tinggal kat rumah je dengan Gavin"

"Why? It's something wrong?"

"Nothing"

Elita terpaksa menyerlah kalah.Walaupun dia sudah berkali-kali pujuk ayahnya namun ayahnya tetap bertegas untuk melarangnnya ikut bersama mereka.

"Gavin tolong jaga Elita kat rumah"arah Puan Jefina.Gavin hanya mengangguk faham.

Selepas mama dan ayah Elita keluar,Elita dan Gavin duduk bersama di sofa.Elita mengambil remote dan menonton drama korea(kegemarannya).Gavin bosan melihat drama korea namun dia tetap menonton drama untuk merehatkan otaknya setelah berturut-turut bermain game PUBG.

Elita menangis teresak-esak ketika scene sedih dalam drama itu.

Gavin hairan melihatnya sedangkan dia hanya tenang dan tak menghayati langsung tentang cerita dalam drama.

Elita menyandarkan kepalanya di bahu Gavin sambil menangis.

"Sedih je drama ni"

Gavin mengambil remote dan menukar saluran kepada sukan iaitu badminton(saluan kegemarannya).

Elita memukul bahunya dengan kuat.

"Kenapa awak tukar?!"

"Saya tak suka drama yang awak pilih tu"

"Cepat tukar!Saya nak tengok drama tadi!Suka hati je nak tukar2!Tak guna!"

Gavin terpaksa menukar saluran dan balik kepada drama tadi.Elita sambung menangis sambil menyandarkan kepalanya di bahu Gavin.Boleh serabut kepalanya melihat karenah Elita.

***

#FLASHBACK

"Aku tak suka dialah!"

Hadzwan terus menumbuk muka Gavin tanpa belas kasihan pun.

Gavin jatuh terjelopok.

"Aku tak sangka kau kawan aku selama ni tapi kau masih tak percaya yang aku tak suka rampas hak orang"

"Tapi kenapa dia kata yang kau luahkan perasaan pada dia!"

"Dia fitnah je tu!"

"Aku tak percayalah!"

Hadzwan terus menumbuk muka Gavin.

Hari kemudian.

Hadzwan berjumpa Gavin.

"Wei aku nak minta maaf sebab tuduh kau bukan2 sampaikan aku benci kau.Aku tak sangka yang Daniyah memang tipu aku dan sekarang dia minta putus dengan aku sebab dia nak pindah sekolah dan lupakan aku"

"Ok aku maafkan"

***

"Sejak dari tu,aku langsung tak percaya sangat terhadap semua kebaikan kau,sebab aku tahu kau cuma berpura-pura baik terhadap aku"kata Gavin sambil melihat pantulan dirinya di cermin.Malam ini dia mengenakan pakaian kemeja yang berwarna biru.

"Hi Elita awak suka ke pakaian kemeja yang saya pakai ni?,mestilah suka kan saya yang belikan untuk awak"

Gavin bercakap sendiri.Berharap Elita akan terpikat melihatnya.

Gavin bersiap sedia lalu mengulas tombol pintu.Pintu dibuka.

Dia turun ke bawah dan menunggu di depan kereta Elita.

"Lambatnya"

Gavin bercekak pinggang sambil berjalan ke kiri dan ke kanan.

"Gavin"

Gavin menoleh ke arah Elita.Dia tergamam melihat Elita yang sangat cantik dengan berpakaian gaun pendek dan berwarna pink.Sangat menawan.

"Hello!"Elita menegurnya sekali lagi.

"Eh hello sorry"

"Cepat hantar saya ke pejabat sekarang, lembab!Menghayal pula dia ni"

Elita masuk ke dalam kereta tanpa menunggu Gavin.Gavin menggaru kepalanya yang tak gatal.Niatnya tertangguh untuk bertanya pada Elita tentang pakaian kemeja yang dia pakai sekarang.

***

Elita keluar dari kereta dan terus memaut lengan Gavin.Gavin melihatnya kerana tidak percaya Elita berani memaut lengannya.

"Ayah saya yang suruh"kata Elita dan menjelingnya.Dia terpaksa mengikut arahan ayahnya.

"Ok"

Mereka berdua berjalan beriringan dan masuk ke dalam pejabat Encik Alvis.

Mereka hairan melihat setiap hiasan yang hanya berwarna biru dan pink.

"Kenapa warna tema ni warna kegemaran kita berdua?"tanya Elita.

"Mungkin kejutan?"balas Gavin.

"Hi anak ayah dan Gavin,ni lah kejutan untuk awak berdua.Cantik?Elita dan Gavin suka tak tema ni?"Encik Alvis menegur mereka berdua.

"Cantik"Gavin memberi komen.

"Tak!Kenapa ayah pilih warna kegemaran kami berdua untuk tema hiasan?Elita tak suka"Elita menjawab dan melepaskan lengan Gavin.

"Nak buat macam mana,kalau ayah dah tak ada idea untuk padankan warna.So ayah pilih je warna kegemaran Elita dengan Gavin sebab padan"

Elita berpeluk tubuh.Dia tidak gembira melihat warna hiasan yang dipilih oleh ayahnya.

Namun bagi Gavin,dia lebih suka melihat warna kegemarannya dipilih oleh Encik Alvis.

"Tunggu apa lagi kat sini bawalah Gavin berbual ke,kita masih menunggu pekerja yang lain untuk datang"

Encik Alvis berjumpa dengan Puan Jefina dan meninggalkan Elita bersama Gavin.

"Kita nak berbual tentang apa?"tanya Elita

"Awak ingat lagi ke kemeja yang saya pakai sekarang?

"Mestilah ,ingat sebab saya yang belikan untuk awak.Kenapa awak tanya?"

"Awak suka tak?"

"Entah"

Riak wajah Gavin berubah sedih.Elita ketawa kecil melihat dia merajuk.

"Mestilah saya suka sebab saya yang pilihkan untuk awak"

Terukir senyuman di bibir Gavin.

"Hi sayang"Alden menegurnya.

"Hi!"Elita memaut lengan Alden.Gavin menjadi pemerhati dan diabaikan.

"Jom duduk"kata Elita dan membawa Alden duduk di kerusi.

"Hi bro"Hadzwan menepuk bahu Gavin.

"Hi"balas Gavin.

"Percayalah pada aku yang aku tak akan sakitkan hati kau lagi"

Hadzwan menghulurkan tanggannya.Mereka berjabat tangan.

'kau fikir aku percaya apa yang kau cakap?'bisik hati Gavin.

"Hi baby!Awak nampak segak sangat hari ni!"kata Elmira dan memaut lengan Gavin.

"Teman lelaki awak ke?"tanya Hadzwan.

"Yes"balas Elmira.

"Taklah she just my friend"Gavin menjeling Elmira.

"Baby jom ikut I duduk kat sana,sayang penat berdiri kat sini je"

Gavin mengangguk dan mengekori Elmira.

Hadzwan tersengih melihat Elmira mengada-gada terhadap Gavin.

"Hi awak!"Chandani,Afra dan Ayita menegur Hadzwan.

"Hi"

"Kenapa seorang2 je ni?"Ayita tersipu-sipu malu ketika bertanya

"Takde yang ajak berbual"ujar Hadzwan.

"Kami nak berbual dengan awak,boleh tak?"mereka bertiga serentak membalas.

"Boleh je"

Semua pekerja telah pun datang dan memenuhi ruang meja.Acara dimulakan dengan doa dan seterusnya Encik Alvis dan Puan Jefina merasmikan pelancaran untuk kejayaan syarikat mereka.Semua memberikan tepukan gemuruh.

***

"So awak dengan Elita tu memang dah lama bercinta?"tanya Elmira sambil meneguk air.

"Yes haha,Gavin mana?"balas Alden.

"Tak tahulah,tiba2 dia hilangkan diri daripada saya"

"So awak boleh berbual dengan saya"

"Haha yelah kan,hei awak tak nak ke join saya hancurkan hubungan Elita dengan Gavin tu?"

"Mestilah nak,kenapa diorang rapat sangat ke sebelum ni?"

"Ha'ah memang rapat sangat,sampaikan Gavin sanggup nak putuskan hubungan kami berdua"

"Awak tak paksa je dia terima awak?"

"Memanglah saya paksa cuma dia tu sentiasa bersama Elita,menyampah nak tengok,nak je pisahkan hubungan diorang berdua tu"

"Saya boleh tolong awak pikat hati Gavin"

"How?"

"Apa kata awak sentiasa ajak Gavin berbual ke atau awak ajak Gavin keluar bersama awak,mesti Elita tak akan rapat dengan dia lagi dan Elita akan sentiasa bersama,saya akan buat Elita benci sangat2 pada Gavin"

"Idea yang hebat,bila kita nak mulakan plan ni?"

"Start from now"

"Ok"

Mereka berdua tersenyum gembira seakan-akan mereka sudah berjaya bersama orang yang mereka cintai.

***

"Huh nasiblah"Gavin menghembuskan nafas berat.Serabut kepalanya ketika bersama Elmira tadi.Gavin mencari tempat yang mengelakkan dirinya daripada Elmira.Gavin ternampak pintu bilik mesyuarat terbuka.

"Siapalah pula yang masuk kat dalam ek?"Tanpa berlengah,Gavin masuk ke dalam.

"Takde sesiapa pun kat dalam ni tapi pintu terbuka?"

Gavin melihat sekeliling.Dia menjumpai bilik yang tertutup dan lampu dibuka.

"Bukan ke bilik tu banyak fail yang tersimpan?"

Gavin berjalan dengan perlahan menuju ke bilik itu.Dia mengulas tombol pintu dan membukanya.

"Ok dah jumpa"Elita menyusun fail-fail itu selepas dia menjumpai fail Haura.

"Elita?"

Elita terkejut melihat Gavin.

"Gavin!Kenapa awak tak ketuk pintu sebelum masuk?!"

"Erh..saya sangka pencuri tadi yang masuk dalam ni"

Elita menjelingnya dan terus menyusun fail-fail itu.

"Awak buat apa kat sini?"

"Tak perlu sibuk!"

Elita berdiri selepas siap menyusun fail-fail itu.Dia membawa fail Haura.

Gavin menutup pintu dan memandang lama ke arah Elita.

"Boleh tak buka pintu?!"

Gavin menggeleng laju dan mendekati Elita.Kaki Elita terus melangkah ke belakang dan berhenti apabila dia merapati dinding.Gavin mengangkat tanggannya dan menahan dinding.

Elita menutup mukanya dengan fail Haura.

"Fail siapa yang awak bawakan?"tanya Gavin dan tersenyum.

"Fail Haura"Elita menjawab dengan gementar.Dia takut kerana hanya mereka berdua di dalam bilik itu dan jika dia menjerit meminta pertolongan pasti tiada sesiapa yang mendengarnya kerana semua berada di bawah.

"Awak nak saya lepaskan awak ke?"

"Ya!"

"Kalau saya tak nak?"

Elita menurunkan fail Haura sehingga matanya bertembung dengan mata Gavin.Mata Elita berwarna coklat hazel menyebabkan Gavin hilang waras melihatnya.Nasib sahaja Elita adalah anak majikannya.Gavin mengherdipkan matanya dan tersenyum nakal.Elita mencubit bahu Gavin.Gavin menggosok bahunya.Pedih.

"Padan muka!"Elita menolak Gavin dan melarikan diri daripadanya.Gavin tersengih dapat mengusik Elita.

"Gila dia memang gila!" Elita memarahi Gavin dalam hati.Dia mencari kelibat Alden.

***

"Siapa dia?"Haura duduk di sofanya sambil termenung.Dia memejamkan matanya dan membayangkan muka Elita dan kisah lamanya dulu.Setiap kali dia membayangkan muka seorang lelaki yang tidak dikenali ,dia menjadi gelisah dan dia berhenti berfikir tentang semua itu.

"Haura,why you didn't sleep yet?"

"Nothing"

"Do you have problem?"

Puan Greisy mengusap bahunya.

"No mom"

"Cakap je pada mama maybe I can help you to solve the problem"

"Haura tak ada masalah,cuma Haura saja nak ambil angin malam2 ni"

"ok if you have problem just tell me"

"Ok mummy,I want to go sleep now.Goodnight"

Haura mencium pipi Puan Greisy dan masuk ke dalam biliknya.