webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · Ciudad
Sin suficientes valoraciones
28 Chs

Realiti

"Kenapa awak marah Hadzwan nak berkenalan dengan saya tadi?"Elita memberanikan dirinya untuk bertanya.

"Saya tak suka"Gavin menjawab dengan ringkas.Malas nak bercakap.

"Kenapa awak tak suka?"

Gavin menghentikan kereta di tebing jalan raya.

Gavin memandang Elita.

"Kenapa awak berhenti kat sini?"

Elita melihat sekelilingnya yang sangat sunyi walaupun sekarang masih petang.

"Saya tak suka kalau orang yang saya sayang diganggu oleh orang lain"Gavin berterus terang walaupun jantungnya berdegup kencang.Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Elita terdiam.'Sayang?Gila ke dia ni tetiba nak sayang2?Padahal saya bukannya teman wanita dia pun?Suka hati sahaja nak halang?Apa kes?!' Elita memarahi dalam hatinya.

"Awak gila ke? sedar diri sikit ye yang awak tu cuma bodyguard saya dan saya bukan girlfriend awak!So awak tak ada hak nak halang saya bila saya nak berkenalan dengan mana2 lelaki pun !Saya adalah milik Alden and not your mine!"

Gavin mendekatkan mukanya ke muka Elita.Elita mengelakkan mukanya jauh daripada Gavin.

"I know you are Alden's mine but I just want to protect you and that's all"

"Dengan cara tu awak nak jaga saya sampaikan awak nak halang saya berkenalan dengan kawan awak tu?Awak dah kenal dia kan so kenapa awak masih nak halang saya!Saya tak sukalah awak kawal saya!"

Gavin masih berdiam dan tidak menjawab pertanyaan Elita.

"Bila awak dengan Elmira saya tak halang dan saya tak ambil kisah pun!Awak memang dah melampui batasan untuk menjaga saya!"

Elita merenung muka Gavin yang masih berdiam.

"Hei cakaplah!"

Gavin menghembuskan nafas dengan perlahan sambil berfikir menyusun ayat-ayatnya.

"Baiklah saya tak akan kawal awak lagi dan saya akan biarkan awak nak berbual dengan siapa2 pun.lagi satu saya suka Elmira dan bukan awak sebab awak adalah milik Alden so saya tak ada hak nak kawal awak"

Gavin memandangnya dengan mukanya yang sangat sedih.

Elita tersenyum puas kerana tidak dikawal lagi.Tapi hatinya sedih kerana Gavin suka Elmira?What?Elmira?Tapi kenapa dia perlu bersedih?Betul ke Gavin suka Elmira atau dia hanya bergurau?Tapi kenapa dia suka Elmira?Elita bercakap dalam hatinya.

***

"Gavin?"

Elita mencari-cari kelibat Gavin tetapi malangnya tiada langsung.Dia sudah menelefon Gavin tetapi panggilannya tetap tidak dijawab.

"Dia ni nak curi tulang ke apa?"Elita bercekak pinggang sambil berfikir tentang kejadian semalam.

"Dia keluar dengan Elmira ke?Tak mungkin!Tapi kenapa?"Elita bercakap sendiri.Dia terus pergi ke luar mencari Vivi.

Elita menegur Vivi yang sedang menyiram bunga pada waktu pagi.

"Vivi,awak ada nampak Gavin tak?"

"Ada.Tadi Vivi tanya dia kenapa dia tak tunggu cik Elita tapi dia cakap dia dijemput oleh kawan dia..nama dia Elmi.."

"Elmira?"

"Ya Elmira.Vivi lupa nama kawan dia tu"

"Takpe,Elita nak pergi ke pejabat sekarang"Elita senyum tawar dan meninggalkan Vivi.

"Ni mesti ada sesuatu yang tak kena.Diorang bergaduh ke lagi sampai Gavin tak nak hantar Elita ke pejabat sekarang?"bisik hati Vivi sambil melihat Elita.

***

Elita masuk ke dalam pejabat dan alangkah terkejutnya dia bila ternampak Elmira memegang tangan Gavin.

Elmira senyum sinis pada Elita lalu dia memeluk Gavin dengan erat.

Semua pekerja memandang Elmira dan Gavin.Elita terdiam melihat mereka.Tubuhnya kaku ,otaknya pula beku seketika.Betul ke apa yang dia nampak sekarang?Atau itu hanyalah mimpi ataupun berimaginasi?

"Erh Elmira boleh tak lepaskan saya sekarang?"

"No sayang"kata Elmira.

'what sayang?'Elita seakan-akan masih tidak percaya Elmira memanggil Gavin dengan panggilan sayang.

'Diorang bercouple ke?Ke saja nak tipu saya?Tapi kenapa saya nak sibuk ambil tahu tentang diorang berdua?'

"Cik Elita dah ada"Elmira berbisik di telinga Gavin dan melepaskan Gavin daripada pelukannya.

Gavin memegang tangan Elmira dan menoleh ke arah Elita.

"Morning Elita maaflah sebab tak dapat hantar awak tadi,sebab teman wanita yang kat sebelah saya ni nak ajak saya keluar bersama"

Gavin merangkul pinggang Elmira dan mengucup ubun-ubun kepalanya.

"Kan sayang?"

"Ye sayang"

Elmira menjawab manja.Mengada-ngada pula tu!

Walaupun ramai mata memandang tetapi mereka berdua langsung tak malu.

"So guys,saya nak korang semua tahu yang saya suka Elmira dan saya akan pilih dia sebagai teman wanita saya"Gavin berterus terang dengan penuh keyakinan.Mukanya sangat serius dan tidak menunjukkan yang dia sedang menipu.

Semua pekerja tergamam melihat mereka berdua.Mereka juga tidak mempercayai kata-kata Gavin walaupun Gavin sudah berterus terang di depan mereka sekarang.

Elita terdiam seribu bahasa.Lututnya terasa lemah.'Jadi betullah apa yang dia katakan?Dia suka Elmira?'

Elita mengigil menahan marah dan tangis.

Elmira melirik memandang Elita dengan pandangan mengejek.Kali ni dia berjaya pikat hati Gavin.Gavin mengalihkan pandangannya ke arah lain untuk tidak bersua muka dengan Elita.

"Gavin, awak tak boleh menipu,kami tak percayalah yang awak sukakan Elmira"kata Ayita untuk mendapatkan kepastian lagi.Mana mungkinlah Gavin cepat jatuh hati terhadap Elmira.

"Masih tak nak percaya ke?Ok takpe saya tunjukkan bukti"balas Gavin lalu dia merangkul pinggang Elmira dengan erat sehingga badan Elmira rapat pada badannya.

Elita terdiam lagi.Tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.Apa yang lebih penting ini bukannya mimpi dan ini adalah realiti!

Elita menahan dirinya daripada jatuh terjelopok di lantai.Nanti tak pasal-pasal dia berasa malu jika Gavin nampak dia terjatuh dan menyangka Elita seorang yang perasan selama ini.Hatinya memang sakit sekarang seperti putus cinta.What putus cinta?Padahal mereka berdua tak pernah pun bercinta selama ni.

Gavin memandangnya dengan senyuman sinis.Elita tidak menyangka Gavin memang jujur dengan jawapannya.

Elita berjalan dengan pantas menuju ke dalam biliknya kerana tidak sanggup lagi melihat mereka .Semua pekerja di pejabat itu memandangnya.Ayita,Chandani,Afra dan beberapa pekerja ketawa kecil melihat muka Elita berubah sedih.Mereka gembira nampak Elita bersedih kerana mereka sangat benci pada Elita yang sangat sombong dan tak pernah nak bercakap dengan baik apabila bersama mereka.Tetapi terdapat juga segelintir pekerja yang berasa kasihan melihat Elita dan tak pernah berdendam pada Elita seperti pekerja lain.

Elita membuka pintu dan menutup dengan perlahan.Air matanya mengalir dengan perlahan.Dia mengesat air matanya dengan belakang tanggannya.

Dia menyesal.Sangat menyesal kerana menyuruh Gavin tidak mengawalnya lagi.

'Bodoh!Kenapa perlu nak fikirkan dia lagi !Dia tu cuma bodyguard dan bukan teman lelaki! Tapi kenapa hati aku sakit tengok dia bersama Elmira?'

Elita mencapai telefonnya dan menelefon Alden tetapi Alden tidak menjawab panggilannya.Sudah 1 minggu Alden tidak menelefonnya.Hatinya semakin sakit.

Tak sangka dia perlu menghadapi masalah sebegini.Kalau boleh dia nak membunuh diri dan mati.Tapi dia batalkan niatnya itu kerana membunuh diri merupakan satu daripada dosa besar.

Selepas makan tengahari,Elita melawat Alden di tempat kerjanya.

Elita mencari kelibat Alden tetapi tiada.

"Hello cik,cik cari siapa ek?"seorang pekerja perempuan menegurnya.

"Saya cari Alden dia kat mana sekarang?"

"Oh Alden dia dah berhenti kerja kat sini"

Elita memandangnya dengan hairan.Alden tidak pernah memberitahunya bahawa dia berhenti kerja.

"Bila lagi dia berhenti kerja kat sini?"

"2 hari lepas dia berhenti dengan Hadzwan"

'Hadzwan bukan ke dia tu kawan Gavin?'bisik hati Elita.

"Ok thanks for the info"

"Alright"

Elita berjalan ke arah keretanya meninggalkan pekerja perempuan itu.

"Hadzwan?Takkan Hadzwan tak tahu yang saya adalah teman wanita Alden?Kenapa dia masih nak tanya siapa teman lelaki saya? Tapi Alden kat mana sekarang?Kenapa dia tak jumpa saya?" Banyak soalannya mengenai Alden.Serabut kepalanya untuk berfikir.

***

Elita masuk ke dalam pejabat sekali lagi.Langkahnya sangat perlahan dan badannya lemah untuk berjalan lagi walaupun dia sudah berada di depan pintu sekarang.

Tiba2 Elmira melanggarnya dengan sengaja.Nasib Elita tak jatuh kerana sempat memegang tombol pintu.Kalau tak memang dah lama Elita jatuh dan pengsan kat sana.

"Opss!Sorry cik Elita saya tak sengaja"Elmira masih berpura-pura baik depannya.

Elmira menarik lengan Elita dan mengenggam lengan Elita dengan kuat.Dia mengusap lengan Elita.

"Ada luka ke?Sakit tak?"

"Takpe"

Elita tidak memarahi Elmira dan menarik tanggannya daripada genggaman Elmira.

"Saya nak tanya sikit pada cik Elita, boleh tak?"

"Boleh,apa yang awak nak tanyakan?"

"Awak suka Gavin ke?"

"Tak"

"Oh ok tapi cik Elita gembira tak bila Gavin suka kat saya?"

"Suka sangat"Elita senyum paksa melihat Elmira tetapi kemarahannya membuak-buak nak saja dia menampar Elmira.Tapi dia membatalkan niatnya kerana tak nak Gavin memarahinya pula dan menyangka dia cemburu melihat Gavin suka kat Elmira.

"Thank you so much cik Elita,sebenarnya dah lama saya suka kat Gavin tapi tiba2 semalam dia call saya dan dia luahkan perasaan dia pada saya,berbunga-bunga hati saya cik Elita saya tak sangka Gavin tu sebenarnya dah lama suka kat saya dan saya sangkakan Gavin tu suka pada cik Elita tapi cik Elita kan dah ada Alden so saya masih ada peluang"

Elita masih melihatnya dengan senyum paksa.Dia tak nak jika Elmira melihatnya seorang yang lemah.

"Saya ada banyak tugasan ,so saya doakan semoga awak berdua berbahagia"

Elita beredar dan meninggalkannya.Elmira berpeluk tubuh dan senyum sinis padanya.Dia gembira dapat menyakitkan hati Elita.

Elita masuk ke dalam pejabat tetapi banyak pekerja di pejabat ayahnya ketawa melihatnya.

"Cik Elita tak nak cari Gavin lagi ke?Hahahahahaha"kata mereka dan terus ketawa.

Elita menahan air matanya keluar.Dia berasa dirinya sekarang sangat lemah saat Gavin bersama Elmira.Elita terus berjalan dan masuk ke dalam biliknya.

Dia sedih kerana terdapat pekerja mula berani nak menyakitkan hatinya.

***

"Tembak dia!"kata Gavin.Mereka menumpukan perhatian dengan game PUBG MOBILE mereka berdua.

"Yes menang!"

Gavin dan Elmira bersorak-sorai kerana gembira apabila mereka berdua menang dalam permainan 'classic' di game PUBG MOBILE

"Dah lewat malam,saya perlu balik sekarang"

Gavin berdiri dan tanggannya ditarik oleh Elmira sehingga dia terduduk di sebelah Elmira.

"Nantilah baby,temankan sayang kat sini sekejap je"

"erm yelah.."Gavin senyum tawar dan Elmira menyandarkan kepalanya di bahu Gavin.Setiap malam,Gavin terpaksa balik lambat ke rumah kerana dia ingin menemankan Elmira dan mereka berdua sentiasa meluangkan masa bersama dengan bermain game PUBG.