"I'm very happy with your every assignment Mr. Alvis and Mrs. Jefina. I hope your company will always prosper"
"Thank you very much Mr. Clement"
Mereka bertiga berjabat tangan.
Encik Alvis dan Puan Jefina membuka pintu dan keluar dari syarikat Mr.Clement.
"So honey bila kita nak balik ke Kuala Lumpur?"
"Saturday"
"Tapi saya risaukan Elitalah honey"
"Don't worry about Elita, sebab saya dah suruh Gavin jaga dia selalu.Saya pasti Gavin boleh dipercayai orangnya.Kita perlu bagi peluang pada Gavin untuk berkenalan dengan Elita"
"Awak pasti Elita akan jatuh cinta terhadap Gavin ?Awak tahu kan Elita tu bencikan Gavin?"
"Yes takpe lama2 bersukalah tu kita tunggu dan lihat"
"Erm yelah honey saya harap sangat Elita akan suka Gavin,saya tak sabar nak dapat menantu macam Gavin tu"
Puan Jefina memaut lengan Encik Alvis.
"So where we want to go now?"
"Go there"
Puan Jefina mengangguk dan mengikut Encik Alvis.
***
"Saya nak jumpa Elmira kejap je boleh?"tanya Gavin untuk meminta kebenaran.
"Pergi jelah saya tak kisah.Lama pun boleh"balas Elita.
"Thanks"
Gavin mengulas tombol pintu.Daun pintu ditarik dan dia bersedia untuk pergi berjumpa Elmira.
"Dia masih sayangkan Elmira ke?"Elita bercakap sendiri.
Gavin mencari kelibat Elmira dan akhirnya dia menjumpai Elmira.Gavin terkejut melihat Elmira menangis sambil membancuh kopi.
"Hi"
Elmira merangkul leher Gavin tetapi Gavin menolak tangan Elmira.Elmira hairan terhadapnya.
"Kenapa ni baby?"
"I'm sorry Elmira.Saya rasa kita patut hentikan hubungan kita berdua.Selama ni saya hanya anggap awak sebagai kawan dan tak lebih daripada tu"
"Gavin kenapa awak sanggup nak suruh hentikan hubungan kita berdua?Awak tahu tak yang saya tak boleh hidup tanpa awak!Awak nak saya bunuh diri ke?!"
"Sebenarnya saya dah ada teman wanita sebelum awak"
"Gavin why?Saya dah berusaha nak pikat hati awak tapi awak tipu saya?"
"Saya tak tipu awak ,Elmira.Saya terpaksa terima cinta awak pun sebab awak nak bunuh diri.Saya tak nak biarkan awak bunuh diri disebabkan saya.Listen ,Elmira awak masih boleh cari lelaki lain selain daripada saya sebab kita berdua tak ditakdirkan jodoh"
"Gavin please love me!"
Elmira memegang tangan Gavin dan memaksa Gavin untuk menerima cintanya
"Cinta tak boleh dipaksa,Elmira"
"Ni semua mesti sebab Elita kan!"
"Dia tak ada kena mengena dalam situasi ni,sorry Elmira"
Gavin melepaskan tangan Elmira dan meninggalkannya.
"Baby!"
"Takpe saya akan hancurkan hubungan awak dengan Elita"bisik hati Elmira dan mengenggam penumbuknya.
"Tinggal sikit je lagi nak siap,hmm.."
Elita melihat sekelilingnya.
"Mana Gavin ek?ke dia masih jumpa Elmira?huh buat apalah nak fikirkan dia lagi"
Telefon Elita berdering,lalu Elita mengambil telefonnya.
"Eh panjang umur,baru je sebut nama dia dah dia call?Pelik"
Elita menjawab panggilan Gavin.
"Awak nak apa?"
"Sekarang dah jam 12 saya perlu bawa awak makan tengahari,cepatlah awak keluar saya tak nak tunggu lama awak kat luar ni"
"I don't care,saya banyak kerja sekarang"
Elita menamatkan panggilannya.Namun Gavin masih menelefonnya.
"Hishh dia ni en memang nak kenalah!"
Elita menjawab panggilannya lagi.
"Kalau saya kata saya banyak kerja saya tak naklah awak faham tak?!"
"Ke Elita nak saya ajak Elmira?"
"Huh yelah kejap2!"
Elita bingkas bangun dan berlari turun ke bawah.
"Tak habis2 nak memaksa je kerja dia ni!!Menyusahkan je haish!"
Gavin tersengih ketika memandang Elita.Elita menjelingnya dan lantas dia masuk ke dalam kereta.Kalau nak diteruskan melihat senyuman Gavin memang boleh menyakitkan hatinya.Jelingan maut diberikan namun bagi Gavin dia lebih suka melihat Elita marah.
***
"Tak sangka Elita setuju nak ikut saya bila saya sebut nama Elmira.Nampaknya Elita sayangkan saya kan?"
"Tak kuasa saya nak sayangkan awak faham!Gelilah,perasan je tahu"
"Macam saya tak ingat awak pernah cakap yang awak sayangkan saya"
Kali ini apa yang dikatakan oleh Gavin membuatkan Elita terdiam.
'Saya ada cakap ke yang saya sayangkan dia? malunya'
"Betul tak Elita?Awak jujur sayangkan saya ke?"
"Tak!"
"Hmm..saya sedihlah Elita tak sayangkan saya"
"Jangan nak merepek boleh tak,bising je"
Elita menghabiskan makanannya dan tidak mengabaikan Gavin.
"Dia tak pernah sayangkan saya? So saya je ke yang beria sayangkan dia selama ni?"
Bisik hati Gavin sambil mengetap bibirnya.
"Saya dah siap makan,saya nak pergi kedai sana nak belikan pasu bunga untuk Vivi"
Lamunan Gavin terhenti dan dia menghentikan Elita.
"Tunggu saya"
"Saya nak sendiri je,tak perlu sibuk nak ikut saya"
"Awak nak saya laporkan pada ayah awak yang awak tak bawa saya ke mana awak pergi?"
"Mengugut pula dia ni!yelah cepat saya tunggu awak kat luar"
Elita keluar dari restoran tersebut dan menunggu Gavin.Gavin lekas menghabiskan makanannya.
Tidak lama kemudian,Gavin keluar dan terus mencapai tangan Elita.
"Hei!Suka hati je awak nak pegang tangan saya lagi kenapa!"
"Salah ke?"
"Yes memang salah!Sebab awak teman lelaki Elmira!"
"So saya mesti jadi teman lelaki awak lepas tu saya boleh pegang tangan awak macam tu ke?"
"Jangan nak berangan!Saya tak akan cintakan awak!"
"Kalau kita berdua ditakdirkan jodoh macam mana?"
"Awak ni memang suka berangan ke huh!"
"Kalau betul macam mana?"
Elita memandangnya dengan pandangan tajam.
"Kan sayang?"
Terbeliak mata Elita mendengar perkataan 'sayang'. Jantungnya berdebar-debar kerana malu.Elita memukul bahu Gavin dengan kuat.
Gavin mengusap bahunya.Walaupun bahunya sakit dipukul oleh Elita dia tidak memarahinya malah Gavin terhibur dapat mengusik Elita.
"Sakitlah Elita"
"Lagi sekali awak panggil saya sayang saya akan pukul bahu awak"
"Saya bergurau je,saya rindu nak usik awak"
"Oh so tu hanyalah panggilan palsu kan?Hentikan gurauan awak tu!Saya tak suka awak mempermainkan hati saya!"
Elita berjalan menuju ke kedai yang menjual pasu bunga dan membiarkan Gavin masih terpinga-pinga.
"Mana satulah nak pilih ni,ni pun cantik yang satu ni pun cantik,susah nak pilih"
Elita bingung untuk memilih pasu bunga.
"Saya rasa ni pun yang cantik"kata Gavin.
Elita terkejut melihatnya.Nasiblah pasu bunga itu tak pecah.
"Jangan sibuklah"
"Awak tak nak percaya ke?Cuba awak tengok dengan teliti.Saya rasa pasti Vivi akan suka punya"
"Ok"balas Elita lalu mengambil pasu bunga itu.
Selepas Elita membayar,dia keluar dari kedai itu dan Gavin mengekorinya dari belakang.
Ketika mereka menuju ke keretanya, Haura berlalu di depan mereka berdua.
"Haura"
Haura menoleh ke arahnya dan membuka cermin matanya.
"Awak siapa?"Haura hairan melihat Elita.
"Saya kawan awak,awak tak ingat saya ke?Ke mana awak pergi selama ni?"
"Erh sorry saya sibuk sekarang"
"Haura"
Elita menarik lengan Haura tetapi Haura menepis tanggannya.
"Kenapa awak lupakan saya Haura?Apa yang terjadi pada awak?"
"Saya tak tahu"
"Haura please ingatlah saya"
Haura menggeleng laju dan berjalan ke arah lain.
"Haura"
Elita mengejar dia dan Gavin sempat menarik tanggannya.
"Elita kita perlu balik ke pejabat sekarang"
"Haura sanggup awak lupakan saya"
Air mata Elita mengalir.
"Elita"
Elita melepaskan tangan Gavin dan masuk ke dalam kereta.Elita tidak mempercayai bahawa Haura melupakan dirinya.
***
"Terima kasih sangat2 cik Elita"
Vivi mengambil pasu bunga itu yang diberikan oleh Elita.Dia tersenyum dan sangat gembira mendapat pasu bunga baru.Elita memandangnya dengan muka muram.
"Kenapa cik Elita sedih??"tanya Vivi setelah dia sedar dengan riak wajah Elita.
"Takdelah"Elita duduk di sofa dan mengeluarkan gambar.
Vivi menggaru kepalanya yang tak gatal.Vivi ternampak Gavin dan dia berjalan dengan perlahan ke arah Gavin.
"Haura kenapa awak lupakan saya?"
Setitis air mata jatuh di gambar kenangannya bersama Haura.
Gavin bersembunyi di sebalik dinding ruang tamu sambil melihat Elita duduk di sofa.
"Kenapa Gavin tunggu kat sini?"
Vivi menegurnya.
"Eh Vivi rupanya,takdelah Gavin perhatikan je Elita"
"Kenapa cik Elita menangis?"
"Tadi dia jumpa kawan dia Haura"
"Haura?Betul ke Gavin?Haura kan dah lama hilangkan diri?"
"Ha'ah memang dah lama tapi Haura tetiba lupa Elita dan sebab tu Elita sedih"
"Kasihan cik Elita.Kenapa Gavin tak nak pergi je kat sebelah dia?"
"Nanti dia marah saya"
"Cehh Gavin ni pergi je,pujuk dia ke"
"Takpelah"
"Tak boleh Gavin,awak mesti pujuk dia takkanlah awak nak tengok dia bersedih je awak bagilah dia kata-kata semangat ke"
"Tapi.."
"Pergi je"
Gavin mengangguk dan dia menuju ke arah Elita.
"Elita"
Elita mengesat air matanya dan Gavin melabuhkan punggung di sisi Elita.
"Kenapa awak kat sini?"
"Saya nak temankan awak"
"Tak payahlah"
"Kalau awak sedih saya pun akan sedih"
Elita diam membisu.
"Elita,saya pasti Haura akan ingat awak"
"Hati saya sakit Gavin ,saya tak tahulah siapa yang tergamak pisahkan kami berdua.Kenapa saya perlu hadapi masalah macam ni?Kenapa? Kenapa saya tak mati dari dulu lagi?Saya tak ada semangat nak teruskan hidup"
"Elita,hidup ni tak semestinya indah kadang2 dalam kehidupan, kita semua akan gembira dan kadang2 kita akan ditimpa masalah.Tapi kita perlu bersabar untuk menghadapinya sebab masalah yang mengajar kita erti kehidupan.Awak perlu doakan untuk Haura"
Elita menyandarkan kepalanya di bahu dan mengenggam erat tangan Gavin.
"Thanks Gavin"
Muka Gavin berubah merah pendam dan jantungnya berdebar-debar.Malu.
***
"Kenapa awak tak suka saya!!!!Gavin??!!Saya cintakan awak tapi awak tak cintakan saya?!!Gavin why??"
Elmira membaling ubat-ubatnya ke dinding.Dia menghantukkan kepalanya berkali-kali pada dinding membuatkan dia semakin menjadi gila.Gila kerana cintanya ditolak.
"Ni semua sebab awak Elita!!"
Elmira mengoyakkan gambar Elita sehingga menjadi cebisan kecil.
"Bertenang Elmira"Gideon menarik pisau daripada Elmira.
"Semua ni sebab Elita!!"
"Kita boleh bunuh dia"
"Nak harapkan kau satu kerja pun tak berjaya!Kau tu cuma lukakan lengan dia je tapi kau tak bawa dia pada aku!Lepastu aku suruh kau lagi culik Elita kat rumah dia tapi kau tertendang pasu bunga diorang!Memang kau tak boleh diharapkan!"
"Sorry,sebab Gavin cepat sangat datang selamatkan Elita"
"Kalau kau tak lembab memang berjaya plan aku ni huh!"
"So kau tak cuba sendiri je jayakan plan kau tu?"
"Belum tiba masanya sebab aku perlu buat hubungan diorang berdua hancur"
"Bagaimana?"
"Aku akan buat Elita tu cemburu bila aku bermesra dengan Gavin.Lepas tu aku bunuh Elita dan buang dia kat laut!"
"Ok aku akan sokong kau"
"Besok aku akan mulakan plan aku"
Elmira tersengih sambil berfikir untuk menghancurkan hubungan Elita dan Gavin.
***
"Morning baby"
Elmira menegur Gavin di depan pagar rumah Encik Alvis.
"Morning, kenapa awak tunggu kat sini?"
"Saya tunggu awaklah baby,boleh bukakan pagar tak baby?"
"Boleh"
Selepas Gavin membuka pagar,Elmira lekas memeluk Gavin.Elita keluar dari rumah dan terkejut melihat Elmira bersama Gavin.
"I miss you so much baby!"
"Lepaskan saya sekarang Elmira"
"No!"
Elmira mencium pipi Gavin walaupun Elita sedang memerhatikan mereka.
"Elmira!"Gavin menolak dia.
"Baby kenapa awak tak suka ke?"
"Tak!"
"Walaupun awak tak suka tapi cik Elita lebih suka tengok"
Gavin menoleh ke arah Elita.Elita menundukkan kepalanya dan terus masuk ke dalam keretanya.Dia memandu keretanya sendiri tanpa menunggu Gavin.
"Elita, tunggu "Gavin memanggil Elita namun Elita sama sekali tidak mendengarnya.
"Elita"
"Saya dah cakap kan Elita suka tengok kita berdua bersama,tak payahlah awak nak mengejar sangat cinta Elita tu sebab dia tak suka awak,so awak mesti terima orang yang cintakan awak macam saya ni"
"Diam!"
"Baby!"
"Berambus dari sini sekarang!"
"So macam mana awak nak pergi ke pejabat sekarang?"
"Jangan sibuk!"
"Awak tak nak ikut saya ke?Kalau awak tunggu teksi nanti awak lambat ke pejabat"
Gavin mengangguk dan bersetuju untuk mengikut Elmira.Dia tidak mempunyai pilihan lain kerana dia tak nak dimarahi oleh Encik Alvis kerana tidak menjaga Elita.
***
Elita keluar dari keretanya dan mukanya berubah gembira saat Alden berdiri di depan parkir kereta.
Elita berlari ke arahnya.
"I miss you Alden"
"I miss you too"
"Awak pergi ke mana selama ni?Kenapa awak berhenti kerja?"
"Saya dipecat.Saya stress sebab saya dah tak ada kerja lain lagi.Sebab tu saya tak jumpa awak ,saya tak nak ceritakan masalah saya ni pada awak"
"Alden why?Saya kan teman wanita awak so awak mesti ceritakan masalah awak pada saya dan saya boleh tolong awak"
"Apa yang awak boleh tolong saya?"
"Saya boleh cakap kat ayah saya untuk terima awak kerja kat sini"
"Betul ke ni sayang?"
"Ya betul"
"Kalau saya ajak kawan saya kerja kat pejabat ayah awak boleh?"
"Boleh kalau ayah saya dah balik,saya akan cakap kat ayah saya"
"Thank you sayang"
"You're welcome"balas Elita.
'Dia masih percayakan aku haha'bisik hati Gavin sambil melihat Elita.
"Hei tengok tu Alden jumpa Elita"kata Elmira sambil menunding jari telunjuknya ke arah Elita dan Alden.
Gavin melihat mereka berdua.
'kenapa dia masih jumpa Elita?'
Elmira memakirkan keretanya dan Gavin lekas keluar menuju ke arah Elita dan Gavin.
"Morning"Gavin menegur mereka.
Alden memandang Gavin dengan pandangan tajam dan merangkul pinggang Elita.
"Morning bro lama tak jumpa,tak sangka kau dah bersama Elmira.Aku sangkakan yang kau rampas Elita daripada aku.Rupa-rupanya tak.Tak lama lagi aku akan jadi bodyguard Elita juga"
Alden tersengih.Elita mengalihkan pandangannya ke arah lain untuk tidak bertembung muka dengan Gavin.Gavin melihat Alden.Nak saja dia menumbuk muka Alden tapi apakan daya dia hanyalah pengawal peribadi Elita.Tapi apa yang lebih menyakitkan hatinya bila Alden juga ingin mengambil jawatannya sebagai pengawal peribadi Elita.
"Baby!"kata Elmira lalu memaut lengan Gavin.Gavin menepis kuat tangan Elmira.Dia menjeling Elmira dan masuk ke dalam pejabat.Elita berasa kasihan terhadap Gavin.
"Morning Alden"
Elmira menghulurkan tanggannya untuk bersalaman dengan Alden.
"So awak adalah teman wanita yang sah pada Gavin?"
"Ya saya"
"Good,so saya tak perlu risau jika Gavin masih menjadi bodyguard Elita sebab dia dah ada awak"
"Betul tu,erh..saya nak undur diri lah bye"
"Ok bye"
Elmira melambaikan tangan pada Alden.
"Nanti saya call awak k"
Elita mengangguk perlahan.
"Kenapa dia munculkan diri?"
Gavin berpeluk tubuh sambil menunggu Elita di depan pintu.
"Kenapa awak tunggu kat sini?"
Gavin berdiri tegak saat Elita menegurnya.
"Saya tunggu awak"
Elita membuka pintu biliknya dan masuk.Gavin mengekori dia.
"So Alden akan kerja kat sini?"
"Ya"
Keadaan sunyi dan mereka tidak berbual.
***
Elita dan Gavin menantikan Encik Alvis dan Puan Jefina di lapangan terbang.
"Elita awak masih marahkan saya ke?"
"Entah"
"Kenapa awak tinggalkan saya masa Elmira jumpa saya?"
"Sebab saya tahu Elmira akan jemput awak dan hantar awak ke pejabat.So saya tak nak ganggu awak berdua"
"Elita.."
"Morning anak mama dan Gavin"
"Mama!"
Elita memeluk mamanya dan ayahnya.Mereka yang dinantikan.
Gavin menundukkan kepalanya. Dia sedih kerana tidak dapat menjelaskan semuanya pada Elita.Encik Alvis hairan melihat Gavin.
"Morning Gavin,kenapa muka awak sedih?Ada masalah ke?"tanya Encik Alvis.Gavin mengangkat kepalanya.
"Morning uncle and aunty,takde apa-apalah Gavin ok je"
"So macam mana tugasan mama dengan ayah?Dah siap ke?"Elita bertanya.
"Ya siap"balas Puan Jefina.
"Jomlah balik ,Elita bosan tunggu kat sini"kata Elita sambil membawa Puan Jefina menuju ke kereta.
"Awak berdua ada masalah ke?"tanya Encik Alvis.
"Takde"balas Gavin.
Encik Alvis mengusap bahu Gavin.
"Takpe saya faham Elita sakitkan hati awak lagi.Saya harap awak tetap bersabar"
Gavin mengangguk sambil senyum.