Gavin mengetuk pintu bilik Elita berkali-kali tetapi pintu biliknya sama sekali tidak dibuka.
"Elita?"
Tiada sahutan,dia terus memegang tombol pintu.Secara tidak sengaja pintu itu terbuka.Dia tidak terfikir bahawa Elita biasanya tidak mengunci bilik sebelum keluar.Gavin masuk ke dalam biliknya dan berjalan dengan perlahan.Dia melihat sekeliling dan mencari kelibat Elita.
"Awak kat mana ,Elita?"
Gavin mengeluh panjang.Menyesal kerana menyakitkan hati Elita selama ini.Dia sekilas melihat sekeping gambar yang berada di atas bantal Elita.Dia mencapai gambar tersebut dan ternyata dalam gambar itu merupakan kenangan mereka berdua ketika pergi ke Fun Fair dulu.
"Saya rindu nak bersama dengan awak ,Elita."
Dia menyimpan kembali gambar itu di bantal Elita dan berdiri meninggalkan biliknya.
"Morning Vivi."
"Morning Gavin."
"Elita kat mana?."
"Dia keluar tapi tak tahulah dia pergi kat mana."
"Dia seorang je ke?."
"Ha'ah..dia cakap yang dia nak pergi kat tempat yang boleh tenangkan fikiran dia."
Gavin mengangguk faham.Dia bergegas keluar untuk mencari Elita.
"Tunggu Gavin."
Namun Gavin tidak mempedulikan Vivi memanggilnya.Dia hanya memikirkan keberadaan Elita sekarang.
***
Setelah dia tiba di sebuah taman,dia mencari Elita di merata tempat.Kelihatan Elita sedang berdiri sambil termenung.Gavin menuju ke arahnya
"Hi "
Elita berpeluk tubuh.Kenal sekali dengan suara itu.
"Awak tak nak maafkan saya ke?."
Elita diam membisu.Dia menjauhkan dirinya daripada Gavin.Gavin mendekatkan dirinya di sebelah Elita.Elita berasa rimas.Dia memandang Gavin ,Gavin tersenyum.Elita menjelingnya dan melihat ke arah lain.Mukanya mulai merah pendam kerana menahan malu.
"Saya nak minta maaf.Berikan saya peluang kedua.Saya janji tak akan sakitkan hati awak lagi."
"Banyak kali awak minta maaf tapi awak tetap sakitkan hati saya...macam mana saya nak maafkan awak ..macam mana saya nak percaya awak sedangkan awak selalu mungkir janji?How?Awak ingat saya senang nak maafkan awak balik?No!Jangan harap!"
"Look at me now"arah Gavin.
"Tak nak!"balas Elita dan mengatur langkahnya untuk pergi.Gavin mengekorinya dari belakang.
"Wait ,Elita.Tolong maafkan saya ..saya tak tahu yang Elmira hasut saya untuk benci awak.Apa lagi saya perlu lakukan untuk buat awak percaya terhadap saya.Saya dah jelaskan semuanya tapi awak masih tak nak maafkan saya..ya saya tau saya tak layak untuk menjadi bodyguard awak...baiklah kalau awak tak nak maafkan saya.Saya akan berhenti menjadi bodyguard awak"
"Saya tak minta pun awak kembali menjadi bodyguard saya"kata Elita dengan selamba sahaja
"Okay..kalau itu yang awak nak saya terima.."
Air mata Elita mengalir perlahan.Hatinya sangat sakit.Mana mungkin dia mudah mempercayai Gavin
untuk peluang kedua.
"Semoga awak berjumpa dengan bodyguard yang baik dan sentiasa menjaga hati awak.Saya harap bodyguard baru awak tu tak akan menyakitkan hati awak dan bukan seperti saya.Selamat tinggal Elita.."
Elita menoleh ke belakang dan mendapati Gavin telah pun meninggalkannya.Tiba-tiba telefonnya berdering.Dia mengambil telefonnya dalam beg tangan dan menjawab panggilan daripada Haura.
***
"Why Elita?Tak baik awak buat dia macam tu.Saya rasa dia betul-betul nak berbaik dengan awak.Maafkanlah dia ,Elita.Susah tau nak dapat bodyguard macam dia."
"Sebab apa?Dia tu kan jahat cepat sangat terpedaya dengan kata-kata Elmira.Takkanlah saya nak percaya dia ,mungkin dia tu bersubahat dengan Elmira lagi"
"Dia kan tak sengaja nak sakitkan hati awak.Elmira je tu yang hasut dia benci awak .Saya tak percayalah kalau dia tu bersubahat dengan Elmira.Kesianlah kat dia , Elita.Tengoklah dia sanggup nak jadi bodyguard awak balik walaupun awak masih tak nak maafkan dia.Bukan senang nak dapat bodyguard yang penyayang macam dia tu tau"
"Tapi Haura..."
"Percayalah dia dan berikan dia peluang kedua,Elita"Kata Haura sambil melihat ke arah Gavin yang berada di luar.Haura memberikan isyarat pada Gavin supaya menunggu Elita.
Elita menoleh ke arah Haura lalu ke arah Gavin.
"Dia buat apa kat sini?"
Haura berhenti memandang Gavin dan beralih ke arah Elita.
"Awak tak nak jumpa dia?"
"Tak nak,Kenapa awak ajak dia pergi kat sini?"
"Saya nak satukan awak berdua balik"
"Saya tetap tak nak"
"Please Elita"rayu Haura sambil mengusap bahunya.
Elita menghembuskan nafas berat.
"Yelah.."balas Elita sambil berdiri dan menuju ke arah Gavin.Haura tersenyum riang.Berharap Elita akan memaafkan Gavin.
"Tadi awak cakap yang awak nak berhenti jadi bodyguard saya"kata Elita.
"Saya ..."kata Gavin terhenti di sana.Tak tahu nak menjelaskan apa lagi pada Elita
"Follow me"
Gavin mengikut arahan Elita.Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.Hairan dengan Elita membawanya ke suatu tempat.Haura memandang lama Elita dan Gavin sehingga hilang dari pandangannya.
"Kalau awak belikan saya 10 coklat saya akan maafkan awak"
"10 coklat?"kata Gavin.
"Ya 10 coklat je pun..kenapa tak boleh ke?Ke awak tak nak saya maafkan.."
"Ye ye saya akan belikan untuk awak"
"Bagus!Saya nak awak belikan coklat untuk saya dalam masa 10 saat"
"10 saat?"tanya Gavin yang semakin bingung dibuli olehnya sekali lagi.
"Cepat!Dalam kiraan...1"
Gavin terpaksa bersetuju dan berlari anak meninggalkan Elita.Elita senyum sinis dan gembira dapat mengenakan Gavin.Dia ketawa kecil melihat Gavin yang semakin terburu-buru mengejar masa.
"Padam muka!"bisik hati Elita
Gavin kembali di hadapan Elita dengan tanggannya memegang beg plastik yang berisi coklat.Elita mentertawakan dia kerana tercungap-cungap.
"Nah" Kata Gavin sambil menghulurkan coklat padanya.Elita tidak mengabaikannya dan dia menuju ke tempat lain.
"Kenapa ??Saya salah beli ke?"Tanya Gavin kerana kehairanan
"Ikut saya.Awak tolong pegangkan coklat saya.Saya malas nak bawa"
"Lah yeke erm yelah" balas Gavin sementara menunggu Elita berfikir untuk mengajaknya ke suatu tempat.Tiba-tiba Gavin ternampak susuk tubuh wanita yang menyerupai Amelia.Gavin melihat wanita tersebut dengan teliti.
"Amelia??"
Baru sahaja Gavin hendak menuju ke arah wanita tersebut.lenggannya ditarik oleh Elita.
"Jom pergi kat sana"
Gavin mengangguk dan melihat kembali wanita tersebut tetapi bayangannya telah pun hilang.
"Betul ke dia tu Amelia?Tapi kenapa dia tak tengok aku ?Ke dia dah lupakan aku kut?"bisik hati Gavin.Dia mengetap bibirnya.Sedih setelah bertahun-tahun dia tidak pernah berjumpa dengan Amelia.Elita menepuk bahu sasanya dengan kuat sehingga Gavin berhenti menghayal.
"Erh kenapa?"
"Awak teringatkan siapa?"tanya Elita.Gavin menggelengkan kepalanya.
"Saya nak awak ikut segala arahan saya.Kalau awak ikut arahan saya,saya akan maafkan awak.Boleh tak?"
"Boleh asalkan awak maafkan saya"
"Bagus!"
Elita menarik lenggannya lagi dengan kasar.Gavin terpaksa bersabar dengan arahan Elita.Bersabar dengan membawa beg baju yang banyak dan mengekori Elita ke sana ke sini.