webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · Ciudad
Sin suficientes valoraciones
28 Chs

Dendam

Elita merenung lama dinding dapur.

Makanannya masih belum disentuh.Selera makannya hilang sejak akhir-akhir ini.

Elita menoleh melihat kerusi sebelah.Selalunya Gavin berada di sebelah tetapi sekarang tidak kerana Gavin selalu keluar bersama Elmira dan balik pada waktu tengah malam.Jarang sekali Gavin bersama Elita dan dia selalu bersama Elmira.Sebelum ini,Elita nak sangat Gavin tak bersamanya tapi bila Gavin dah tidak bersamanya dia berasa sangat sedih.Elita sentiasa sendiri ke pejabat tanpa ditemankan oleh Gavin.Dia tidak memberitahukan hal ini pada ibu bapanya dan Vivi kerana dia tak nak mereka berfikir bahawa dia menyayangi Gavin.

"Kenapa cik Elita tak nak makan?"Vivi berasa kasihan melihat Elita kerana bersendirian sekarang tanpa Gavin.

"Elita tak ada selera makan"Elita berdiri dan keluar dari dapur.

Vivi menggeleng perlahan.

"Apa nak jadilah diorang berdua ni?Dulu rapat sekarang tak,Gavin pun dah tak jaga Elita"bisik hatinya.

Kali ini,Elita menunggu Gavin balik ke rumahnya.Dia sangat rindu untuk bersama Gavin walaupun Gavin sama sekali tidak pernah menegurnya lagi.

Alden pula?Dia kan teman lelakinya tapi rindunya terhadap Alden hanya sedikit.Dulu dia lebih sayangkan Alden daripada Gavin dan sekarang sayangnya lebih kepada Gavin.Cinta?Dia masih belum ungkapkan perasaanya kerana dia masih sayangkan Alden walaupun Alden sudah lama tak berjumpa dengannya.

Elita berbaring di sofa dan memejamkan matanya.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.45 malam namun Gavin masih belum balik.Elita tidur di sofa untuk menunggu Gavin.

"Dia akan mati hahahah!"

Alden mengajukkan pisau di perut Gavin.

"NO!!"

Elita berlari mendekati Gavin tetapi ditolak oleh Alden.Alden ketawa melihat Elita dan Elita berasa takut.

"Gavin... gavin..Gavin!"Elita terjaga dari tidurnya.

"Nasib mimpi je.."Elita mengurut dadanya.

Pintu diketuk dengan kuat.

Elita berdiri dan berlari menuju ke arah pintu.Tanpa berlengah,dia terus membuka pintu,Elita gembira kerana Gavin sedang berada di depannya sekarang.Elita memeluk Gavin.Gavin terkejut.

"Don't leave me.."kata Elita.

Gavin terdiam.Dia tidak percaya Elita berkata sedemikian kerana dulu dia nak sangat bila dia tak selalu bersamanya.

"Kenapa awak cakap macam tu.."

"Don't leave me!"

"Listen Elita saya tak pernah cakap yang saya nak tinggalkan awak"

"Habis tu kenapa awak selalu bersama Elmira?!Kenapa awak tinggalkan saya bersendirian?!Kenapa awak tak ambil kisah tentang saya!!Kenapa awak lebih sayangkan dia daripada saya?!!"

Elita menangis dengan sepuas hati dan memukul bahu Gavin dengan kuat.Semua persoalan telah pun diluahkan dan hatinya sedikit lega walaupun dia masih bersedih.

"Elita sebenarnya.."

Belum sempat Gavin menghabiskan ayatnya,Elita pengsan.Gavin sempat mengelakkan Elita daripada jatuh.Gavin mendukung Elita dan membawanya berbaring di sofa.

"Elita?"

Elita membuka matanya dan melihat Gavin.

"Gavin.."

"Yes?"

"Saya tak nak awak tinggalkan saya"Air mata Elita mengalir membasahi pipinya.

Gavin terdiam seketika.

"Temankan saya"

Gavin menganggukkan kepalanya dan di tidur di sebelah Elita.

Gavin memeluk Elita dan Elita tertidur lena dalam pelukannya.Pelukan yang dinantikan.

Dia penat berfikir tentang Gavin.Kali ini jantung Gavin tidak berdebar dan dia sangat selesa ketika bersama Elita

Gavin membelai lembut rambut Elita.

"Saya tak akan tinggalkan awak, Elita.Saya sayangkan awak"

Dia mengelap air mata Elita dan termenung melihat Elita.

***

Keesokannya..

Vivi bangun pada waktu pagi dan dia menuju ke ruang tamu.Dia terkejut melihat Gavin bersama Elita tidur berpelukan di sofa.

"Sweetnya diorang berdua ni"Vivi senyum melihat Gavin bersama Elita.

Gavin terjaga dari tidurnya.

"Morning Gavin"Vivi menegurnya.

Gavin terkejut melihat Vivi di depan mereka berdua'bila masalah pula dia ada kat sini?'bisik hatinya.

"Morning"balas Gavin.

"Sweetnya Gavin dengan cik Elita ,awak berdua sangat padan"

Gavin menggaru kepalanya yang tak gatal.Dia dapat merasakan mukanya sudah merah pendam menahan malu.

'kantoilah pula tidur kat sebelah Elita malunya.."bisik hati Gavin.

Gavin memandang Elita dan mengusap bahunya

"Elita bangun dah pagi ni nanti awak lambat masuk ke pejabat"

Elita masih belum bangun.Gavin semakin risau.Jantungnya berdebar-debar.Begitu juga dengan Vivi.

"Elita?Elita!"

Gavin meletakkan tanggannya di kepala Elita.Panas.

Gavin menoleh ke arah Vivi.

"Kita perlu bawa dia ke hospital sekarang"

Vivi mengangguk faham.

***

"Elita!"

Gavin memandang muka Elita semasa Elita dimasukkan ke dalam wad kecemasan.Air matanya mengalir saat melihat Elita.Gavin takut jika apa2 berlaku pada Elita nanti.Dia tidak sanggup kehilangan Elita.

"Maaf cik tak boleh masuk sekarang"

"Tapi.."

Vivi menarik lengan Gavin supaya tak masuk ke dalam.Gavin mengangguk faham.Pintu ditutup.

Gavin dan Vivi menunggu di luar.

Gavin berdiri dan berjalan ke kiri dan ke kanan.Dia sangat risau pada Elita.

"Gavin baik awak duduk sekarang"Vivi memberi nasihat pada Gavin walaupun dia juga masih risau pada Elita.

Gavin menggeleng perlahan.Dia masih berdiri.

"Elita..Elita"katanya sambil berjalan ke sana ke sini.Dia menyesal kerana tidak menjaga Elita selama ini.

Telefonnya berdering dan Gavin menjawab panggilan itu.Panggilan daripada Elmira(not girlfriend forever)

"Baby awak kat mana sekarang,penat tau sayang tunggu baby kat depan rumah Elita!"

"Saya kat hospital sekarang sebab Elita dimasukkan ke dalam wad,dia sakit.Awak tak perlu tunggu saya"

"Hei sayang!Sekarang siapa teman wanita awak?Saya ke atau Elita?Yang awak nak ambil kisah sangat tentang Elita kenapa huh!Biarkan je dia sakit! dia tu cuma boss awak dan bukan teman wanita awak!Kalau dia sakit atau pun mati dia tetap bukan teman wanita awak!"

"Jaga sikit mulut awak tu!Kurang ajar!"

"But baby!"

Talian diputuskan.Telefon berdering lagi.Masih nombor yang sama.Gavin menjeling nombor itu dan tidak menjawab walaupun 10 kali.Elmira berhenti menelefonnya.

"Sial!"bisik hatinya.Dia menyesal meluahkan perasaanya pada Elmira dan sebenarnya dia tidak menyukai Elmira.Dia hanya berpura-pura kerana dia ingin melihat sejauh mana Elita masih merinduinya jika dia tidak bersamanya.Dia juga ingin menjauhkan diri daripada Elita kerana Elita menghalangnya untuk mengawal dirinya.

"Gavin dan Elita ada masalah ke?"

Gavin terdiam saat mendengar soalan daripada Vivi.

"Saya ada teman wanita nama dia Elmira dan saya sentiasa bersama dia"

"Sebab tu kot Elita tak nak makan bila awak tak ada kat sebelah dia"

Gavin melihat Vivi dengan wajahnya yang sangat hairan.

"Dia tak makan ke?"

"Tak,tapi kalau dia makan pun dia hanya makan nasi 2 atau 3 sudu je, dia jarang makan selama ni,semalam pun dia langsung tak makan"

"Tapi kenapa?"

"Mungkin dia rindukan awak Gavin"

"Tapi dia kan benci bila saya bersama dia?"

"Benci kan boleh bertukar kepada sayang"

"So maksudnya Elita sayangkan saya?"

"Mungkin"

Gavin mengalih pandangannya ke arah pintu.Dia tidak percaya jika Elita sayang padanya kerana selama ini dia je yang selalu cakap yang dia sayangkan Elita dan dia tahu yang Elita sangat benci padanya.Sebab itulah Gavin menjauhkan dirinya daripada Elita dan bersama Elmira.Tapi tak sangka Elita sangat sedih.

"Kalau uncle dan aunty tahu yang awak tak jaga Elita selama ni memang awak akan dimarahi oleh mereka tapi nasib Elita tak pernah laporkan ni pada kami"

"Saya rela dimarahi.."

"Awak nak keluar bersama Elmira tu memang boleh tak ada masalah tapi awak mesti jaga Elita dan tak boleh tinggalkan dia"

Gavin mengangguk faham.

"I'm sorry Elita"bisik hati Gavin.Air matanya masih mengalir.

Tidak lama kemudian,seorang doktor keluar.

"Doktor macam mana keadaan Elita?Dia dah sedarkan diri ke?Kami adalah penjaganya"

Gavin bertanya dan jantungnya berdegup kencang.Risaukan Elita.

"Dia dah sedarkan diri.Cuma dia menghadapi penyakit gastrik yang sangat teruk dan demam,tapi jangan risau saya pasti dia akan segera sembuh.Buat masa sekarang dia perlu berehat di wad dan kami tak benarkan dia balik ke rumah untuk sementara waktu ni"

Gavin mengangguk faham.Doktor membenarkan Gavin dan Vivi melawat Elita dan mereka bergegas masuk ke dalam.

"Elita"

Gavin berdiri di sebelah Elita.Elita menjelingnya dan melihat ke arah lain.

"Awak buat apa lagi kat sini?"

"Saya risaukan awak"

"Risau?Awak tak perlulah nak risaukan saya!Awak suka kan tengok saya sakit dan lepas tu awak tinggalkan saya demi Elmira"

"Elita dengar penjelasan saya"

"Saya tak nak dengar apa2 lagi penjelasan daripada awak!Saya nak awak keluar dari sini sekarang!Keluar"

Muka Elita bertambah pucat dan Gavin bersetuju untuk keluar kerana tak nak keadaan Elita bertambah teruk lagi.

"Jangan keluar Gavin"Vivi menghalangnya.

"Please Elita maafkan Gavin,dia sanggup datang sini untuk awak dan awak tak boleh halau dia keluar dari sini"

Elita berdiam.

"Pergi kat sebelah dia"kata Vivi dan Gavin mengangguk perlahan.

Dia berjalan menuju ke sebelah Elita.

"I'm sorry Elita"

Gavin merenung muka Elita yang hanya terdiam tak berkata.

Gavin memegang tangan Elita.Elita masih tidak memandangnya.

"Maafkan saya Elita,saya rela kalau awak nak suruh saya berhenti jadi pengawal peribadi awak, saya sangat bersalah terhadap awak sebab saya tak jaga awak selama ni,saya memang pengawal peribadi yang lembab, bodoh dan suka curi tulang.Saya memang patut dipecat dan banyak lagi yang boleh jadi pengawal peribadi yang terbaik untuk awak"

Elita mengetap bibirnya dan air matanya mengalir.

"Baiklah saya akan buat keputusan sendiri bahawa saya akan berhenti menjadi pengawal peribadi awak,selamat tinggal Elita"

Gavin melepaskan tangan Elita dan berjalan menuju ke arah pintu.Vivi mengesat air matanya kerana sedih melihat Gavin ingin berhenti menjadi pengawal peribadi Elita.Dia tidak sanggup melihat Gavin dan Elita berpisah walaupun dia sentiasa serabut kepala melihat mereka berdua sentiasa bergaduh di rumah.

"Gavin"Elita memanggilnya.

Gavin berhenti.

"Please don't leave me..saya tak nak awak berhenti jadi pengawal peribadi saya"

Gavin menoleh ke arahnya.

"Betul ke apa yang katakan?"

"Ya Gavin"

Terukir senyum di bibirnya dan dia terus berjalan ke tempat Elita lagi.

Gavin memegang tanggannya.

"Saya sayangkan awak Elita,saya tak sanggup tinggalkan awak"kata Gavin dan memegang tangan Elita dengan erat.

Elita senyum melihatnya.

"Saya pun sayangkan awak Gavin,saya rasa sunyi bila awak tak ada bersama saya"

Mereka berdua saling berpandangan.Vivi gembira melihat mereka kembali bersama.Vivi menelefon ibu bapa Elita dan memberitahukan hal ini pada mereka.Mereka sangat terkejut dan risaukan pada Elita.Vivi tidak memberitahukan pada mereka bahawa Gavin tidak menjaga Elita kerana Elita tidak menyuruhnya untuk menceritakan hal sebenar.Gavin tertanya-tanya dalam hatinya.

***

Gavin menjaga Elita di wad dan tidak pernah meningalkan dia.Gavin juga tidak menjawab panggilan Elmira walaupun Elmira berkali-kali menelefonnya.

Gavin menghulurkan bubur ayam pada Elita.

"Saya tak nak makan.."kata Elita.

"Tak boleh,awak mesti makan"

"Saya tak nak makan kalau awak tak suapkan makanan untuk saya"Elita menyambung ayatnya tadi.Gavin tersengih.

"Haha,baiklah saya akan tolong suapkan bubur ni untuk awak"

Gavin membantu Elita untuk menyuapkan makanan.

"Sedap tak?"

"Sedap saya suka,saya nak suapkan makanan lagi untuk awak"

"Takpelah"

"Tak boleh!"

Elita terus menyuap makanan ke dalam mulut Gavin.

"Panasnya"

Elita tersengih melihat Gavin dan gembira dapat membuli Gavin lagi.Elita menghulurkan air suam pada Gavin dan Gavin mengambilnya lalu lekas meneguk air.

"Ok tak?"Elita bertanya.

"Ok"

Gavin merenung muka Elita yang sedang ketawa.

Elita berhenti ketawa apabila dia ternampak Gavin sedang memandangnya.

"Kenapa awak tengok saya?"

"Awak comel"

Jantung Elita berdebar dan mukanya berubah merah.Malu tak berkata.

Gavin mencubit pipi Elita.

"Sakitlah!"Elita berpeluk tubuh dan melihat ke arah lain.Dia merajuk.

"Janganlah merajuk,nanti saya terpikat tengok muka awak yang sangat comel"

Elita melihatnya.Mukanya menahan malu.Semakin laju jantungnya berdebar.Peluhnya pun mulai mengalir kerana terlalu malu.

"Apa senyum2? Macam kerang busuk!"

Elita menjelingnya.

"I'm sorry janganlah merajuk lagi wahai puteri"

.Gavin membelai rambut Elita.

"Wahai puteri please jangan marahkan putera nanti putera sedih"

Elita tersengih.Terhibur dengan kata2 Gavin.

"Nak saya suapkan makanan lagi?"

Elita mengangguk perlahan.

Gavin menyuapkan makanan lagi untuknya dan Elita termenung melihat Gavin.

"Kenapa awak tak cakap pada ibu bapa awak yang saya tak jalankan tugas dengan baik?"

"Sebab saya tak nak awak dipecat dan saya nak awak tetap jadi pengawal peribadi saya"

"Thanks Elita"

'Dia masih suka Elmira ke?Tapi kenapa dia tak pernah luahkan perasaan cinta terhadap aku?Tapi kenapa aku perlu berfikir tentang tu?No Elita jangan jadi perasan!Mungkin Gavin hanya jaga kau kerana dia ingin jalankan tugas dia sebagai pengawal peribadi dan mungkin dia tak pernah ada perasaan suka terhadap kau?'bisik hati Elita dan air matanya mengalir.

Gavin menyimpan bubur ayam itu di meja lalu mengelap air Elita dengan ibu jarinya.

"Kenapa awak menangis?"

Elita menggeleng laju.

"Yeke?"

"Ya"

"Saya tak nak tengok awak menangis,saya nak tengok awak senyum"

Elita mempamerkan senyuman manis ke arah Gavin.

"Saya janji takkan tinggalkan awak lagi dan saya akan jaga awak"

Elita mengangguk perlahan.

"Walaupun saya cuma cakap yang saya sayangkan awak tetapi saya akan cuba untuk bukakan hati saya pada awak, Elita"bisik hati Gavin sambil memegang tangan Elita.

***

Hadzwan dan Alden duduk di bawah jambatan.Mereka berdua membuka topeng muka hitam.

"Oii kau nak ajak aku pergi mana lagi?"kata Hadzwan.

"Ikut je aku kita berdua mesti larikan diri daripada polis!"

"Takkan polis tahu kita bunuh orang kaya tu?"

"Mestilah tahu bodoh!"

"Habis tu kenapa kita tak ambil harta dia lagi?"

"Bodoh!Kau tak pandai fikir ke apa?!Kita kan diburu polis takkan kita nak curi lagi harta orang tu!"

"Tapi sia-sialah kita bunuh orang kaya tu tapi tak ambil harta dia"

"Takpe kita tukar plan"

"Apa plan kau lagi?"

"Kita kerja kat pejabat ayah Elita"

"Tapi kita kan diburu oleh polis"

"Takpe kita tak akan disyaki punya sebab kita kan pakai topeng muka masa bunuh orang kaya tu"

"Betul juga apa yang kau katakan"

"Kita merayu kerja kat pejabat ayah Elita lepas tu bila ayah Elita benarkan kita kerja kat tempat dia,kita ganggu hubungan Elita dengan Gavin.Lepas tu kita bunuh Gavin dan bawa Elita jauh daripada Gavin"

"Ok aku setuju"

Mereka berdua ketawa.

***

"Elita awak memang perampas!"kata Elmira sambil mengajukkan pisau pada gambar Elita.Gambar yang dia curi di bilik Elita iaitu di pejabat.

"Takpe ni cuma permulaan lama2 awak akan semakin jauhkan diri daripada Gavin.Saya akan bunuh awak dan tak akan biarkan awak hidup!"

Elmira merenung muka Elita dalam gambarnya dan meludah gambar Elita.

"Semoga awak cepat mati!"