webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Juegos
Sin suficientes valoraciones
856 Chs

Pencapaian Pantas

Editor: EndlessFantasy Translation

Sejak kejadian di kelab tempoh hari, Han Gemuk telah menghilangkan diri selama dua hari sebelum akhirnya muncul di atas talian pada tengah hari, hari ketiga itu.

"Si Gemuk, kau sudah kecut habiskah sekarang? Jangan sampai patah pinggang pula!" Zhang Yang mengusiknya.

"Yang Kecil! Baru hari ini aku faham kenapa lelaki suka dengar bila gadis cakap "Aku mahukannya", tetapi jika mereka cakap "Aku mahu lagi" selepas itu, itu satu mimpi ngeri! Jujur aku cakap! Dua hari ini, aku asyik dengar dia cakap "Aku mahu lagi" sebanyak 17 kali! TU-JUH-BELAS KALI! Ya Tuhan! Aku sudah jadi kurus sekarang!" Han Gemuk "mengadu" tentang pencapaiannya yang dibanggakan itu.

"Hah! Tahniah kerana kau bukan lagi seorang perawan!" Zhang Yang ketawa.

Walaupun Han Gemuk selalu menyebut benda yang tidak senonoh dalam percakapannya, dia sebenarnya belum pernah melakukannya lagi. Dia belum pernah menjalinkan hubungan intim dengan sesiapa lagi. Teman paling rapat yang pernah berkenalan dengannya ialah seorang gadis bernama Jean, atau adakah Jenny…

Han Gemuk mendengus. "Yang Kecil! Sebagai adik lelaki, kau tak patut cakap begitu dengan abang kau! Kau itu masih perawan! Baik, nampaknya abang kau ini kena bawa kau ke perasmian sebuah hotel yang akan berlangsung malam ini! Aku dengar ada gadis barat nanti! Haha! Bayangkan kau bukan lagi seorang perawan apabila bersama dengan gadis dari luar negara! Yang Kecil, kau akan membanggakan negara kau!"

"Berambuslah!"

"Hehe!" Han Gemuk berasa girang. Dia mempunyai berita baik untuk dikongsi. "Tadi aku periksa berat badan aku dan aku tengok berat aku turun tiga kilogram! Gadis ini memang seperti lubang hitam dan telah menyedut semua generasi aku yang akan datang jika kau faham maksud aku!"

"Si Gemuk, aku tahu kau ini memang seorang yang miang. Tapi aku tak sangka kau miang sampai sebegini rupa! Tak sangka aku!"

"Hahaha! Oh ya! Yun Yun ada ramai kawan, aku boleh perkenalkan kau dengan kawannya jika kau mahu."

"Tolong jangan buat begitu. Simpan sahaja untuk diri kau sendiri. Siapa tahu, mungkin kau boleh melakukan hubungan intim dengan tiga atau empat orang satu hari nanti."

Sambil mereka bergurau senda, Wei Yan Er dan Han Ying Xue log masuk. Setelah mereka semua berkumpul, mereka mula bertanya pelbagai soalan kepada Han Gemuk.

"Si Gemuk Miang! Semua salah kau! Kenapa kau tak log masuk semalam! Kami gagal pecahkan rekod kepantasan dalam menyelesaikan dungeon! Sekarang semua orang bercakap tentang betapa lemahnya kita! Mereka kata kita lebih lemah berbanding kumpulan askar upahan itu dan itulah sebab kenapa kita tak pernah terima cabaran rekod kepantasan!" Drizzler mengadu.

Han Gemuk tersengih lebar memandangkan dia berseronok sejak dua hari lepas. Dia tidak berasa marah langsung.

"Sabar. Abang Gemuk sudah sampai hari ini! Ayuh beri mereka satu pertunjukan yang akan diingati selama-lamanya! Oh ya, bukankah Malam Dingin bersama kau semua selama ini, kenapa kau tak masukkan dia dalam pasukan dan cuba capai rekod kepantasan itu?"

"Kakak Sun sibuk!" Wei Yun Er menggeleng kepalanya.

"Kakak Sun? Siapa itu?" Han Gemuk tidak tahu yang Malam Dingin juga dipanggil Sun.

"Sun itu Malam Dinginlah!" Zhang Yang membalas dan berpaling kepada Drizzler. "Kenapa dia sibuk sangat?"

"Ada pergaduhan geng. Dia tak menang tangan sekarang ini!" Wei Yan Er nampaknya meluangkan banyak masa dengan Sun Xin Yu baru-baru ini.

"Oh ya!" Han Yin Xue tiba-tiba nampak serius. "Dia juga minta aku beritahu kau semua supaya jangan buat kecoh di mana-mana kelab malam atau tempat sebegitu. Kau boleh ditangkap!"

"Kau pasti dia cakap macam tu? Atau kau yang bercakap bagi pihak dia?" Wanita dingin itu tidak mungkin mengatakan sesuatu seperti itu!

"Erhm… Aku erhm… Aku boleh baca daripada raut wajah dia!"

"Oh ya! Macam mana dengan malam hari itu? Kau semua dapat jumpa satu sama lain?" Han Gemuk tiba-tiba teringatkan temu janji mereka.

"Nishishishi… Sebaik saja tank noob ini nampak sepupu aku, dia sangat teruja hingga hidungnya terus berdarah! Dia kehilangan banyak darah hingga dia sekarang menjadi tank yang lebih noob!" Wei Yan Er mengusik Zhang Yang.

"Betulkah begitu…" Han Gemuk memerhatikan Han Yin Xue dengan teliti dengan raut wajah yang penuh curiga.

"Aku tak sangka Yang Kecil ini tak tahan dengan dugaan…"

Memang benar Han Yin Xue mempunyai tubuh yang mengiurkan, tetapi wajahnya hanya biasa sahaja. Dia mempunyai mata yang menawan, tetapi itu tidak akan membuatkan hidung Zhang Yang berdarah! Han Gemuk tidak dapat membayangkannya kerana dia tidak pernah berjumpa dengan Han Yin Xue dalam dunia sebenar.

"Si Gemuk, adakah gadis itu sedut kepintaran kau sekali semasa kau berdua melakukannya? Kau percaya dengan apa yang budak kecil ini cakap?" Zhang Yang menggeleng kepalanya dalam kekecewaan.

"Wah! Si Gemuk Miang! Kau luangkan masa dengan teman wanita kau selama dua hari ini!?" Wei Yan Er cuba untuk mengorek maklumat tentang kehidupan peribadinya. "Di mana dia tinggal? Adakah dia lagi gemuk daripada kau?"

"Tolonglah… gadis itu mempunyai tubuh seperti seorang model!" Han Gemuk berkata dengan bangga. "Saiznya adalah 34C-23-33. Macam mana? Kagum tak?"

Wei Yan Er benci apabila orang mula membandingkan bentuk tubuh dengan dirinya. Dia menyingsing lengan bajunya dan menunjukkan penumbuknya kepada Han Gemuk. "Si Gemuk Miang, kau hendak tahu betapa kuat tumbukan aku?"

Ratusan Tembakan akhirnya log masuk tidak lama selepas mereka selesai bergurau senda lalu pasukan itu mula menghala ke kawasan memburu.

Setakat ini, Zhang Yang dan Ratusan Tembakan berada pada Tahap 28 sementara mereka yang lain-lain di Tahap 27. Walaupun Sun Xin Yu jarang berada di atas talian, dia berjaya menyaingi mereka dan mencapai Tahap 27.

Mata pengalaman persatuan tersebut telah mencapai tahap maksimum tahap pertama. Semua ahli persatuan memperolehi dua keuntungan untuk dinikmati daripada itu. Semua mata pengalaman yang dikumpul daripada mana-mana raksasa atau cabaran meningkat sebanyak 10%. Semua bayaran untuk memperbaiki peralatan dikurangkan sebanyak 5%.

Tambahan pula, kedai persatuan tersebut mula menjual barangan kepada semua ahli persatuan. Kedai tersebut mempunyai barangan istimewa, tetapi tidak banyak stok. Kebanyakan barangan hanya boleh diperolehi apabila persatuan tersebut mencapai Tahap 2. Contohnya, item seperti Tunggangan Serigala Angin! Namun begitu, untuk mencapai Tahap 2, mereka perlu mendapatkan [Senarai Peningkatan Persatuan] Tahap 2. Setahu Zhang Yang, barangan ini hanya boleh didapati dalam Mod Paling Sukar di Istana Bayangan Rembulan dan dalam bentuk kepingan tercerai yang merupakan hasil rampasan daripada bos terakhir.

Memandangkan Senarai itu hanya boleh dikumpulkan dalam Mod Paling Sukar, kebanyakan persatuan perlu meningkatkan purata tahap ahli mereka kepada pertengahan 50 bagi mereka mula mengumpul barangan di dungeon tersebut. Mereka juga boleh membeli Senarai tersebut sebagai cara terakhir sekiranya mereka kurang bernasib baik. Namun, pada peringkat sekarang, tiada sesiapa yang tahu berapa tinggi harga kepingan [Senarai Peningkatan Persatuan] itu! Ini kerana masih belum ada harga untuk barangan tersebut di dalam pasaran. 

Terdapat berpuluh ribu persatuan besar dan kecil dalam permainan video ini, tetapi berapa banyak persatuan yang mampu menyerang dungeon berkenaan? Selain itu, kadar dapatan barangan itu juga tidak tetap! Terdapat juga kemungkinan yang ia langsung tidak akan digugurkan!

Sun Xin Yu tidak log masuk sepanjang hari tersebut. Mungkin dia begitu sibuk dengan kerja hingga dia tidak dapat bermain permainan video ini. Ia juga satu perkara yang baik. Zhang Yang tidak perlu memeningkan kepala untuk memilih pasukan yang akan dibawanya ke serangan pencapaian kepantasan.

Sekiranya dia berada di atas talian, Zhang Yang perlu meninggalkan seorang ahli. Walaupun mereka mendiamkan diri, tiada sesiapa yang suka apabila dia tidak dipilih sebagai salah seorang ahli. Zhang Yang mahu mengelak situasi tersebut.

Sejak beberapa hari lepas, Zhang Yang telah mempelajari dan menghasilkan [Posyen Ketangkasan Tahap 2] dan [Posyen Kepintaran Tahap 2]. Dia menyimpan beberapa posyen khusus untuk ahli pasukannya. Posyen berkenaan mungkin tidak diperlukan dalam pertarungan dengan raksasa biasa, tetapi dalam percubaan untuk memecahkan rekod pencapaian kepantasan penyelesaian dungeon, setiap barangan untuk menaik taraf pemain sangat bernilai. [Posyen Ketangkasan Tahap 2] hanya memberi bonus 10 mata Ketangkasan. Meskipun bonus tersebut hanya sedikit, ia tetap diambil kira!

Pasukan itu mula mencuba tepat pada pukul 7 petang.

Mereka telah empat kali menyerang Sarang Marzerway dalam Mod Paling Sukar. Memandangkan mereka pasukan penyerang utama persatuan mereka, mereka telah mengumpul banyak mata sumbangan buat persatuan! Tiada seorang pun ahli pasukan yang dipinggirkan dalam mendapatkan hasil rampasan daripada Mod Paling Sukar. Wei Yan Er ahli paling bertuah antara mereka. Dia hanya tinggal satu sahaja lagi peralatan set Perak Kelabu untuk melengkapkan setnya sementara Zhang Yang hanya perlu mendapatkan sebuah topi keledar. Ahli pasukan yang lain pula mempunyai sekurang-kurangnya tiga buah peralatan set. Tahap dan kuasa serangan mereka cukup hebat untuk menyelesaikan dungeon itu dengan mudah.

Zhang Yang memulakan jamnya dan mula menyerang. Setelah pasukan itu berjaya membunuh bos kedua, Zhang Yang berteriak. "Berhenti. Berhenti. Berhenti! Waktu rehat! Rehat selama tiga minit!"

"Apa?" Mereka semua keliru. 'Mereka di situ untuk memecahkan rekod kepantasan, tetapi kenapa mereka berhenti untuk rehat selama tiga minit? Apa yang terjadi ini?!'

"Kita terlalu laju!" Zhang Yang menerangkan.

Mereka semua bertambah keliru. 'Bukankah itu sesuatu yang bagus?'

Zhang Yang nampak wajah mereka yang keliru itu dan tertawa. Dia cepat-cepat memetik pepatah, "Tiada apa-apa yang kekal selamanya, semua akan kecundang jua akhirnya". Matlamat kita hanya untuk pecahkan rekod waktu Askar Upahan Pedang dan Api! Kita tak boleh terlalu tamak. Cukup sekadar kita tewaskan mereka, tapi kita tak boleh capai lebih daripada itu! Faham?"

Han Ying Xue orang pertama yang membalas, "Oh. Kita telah perolehi tiga Penyelesaian Pertama dari dungeon Tahap 20. Memandangkan kita telah capai itu, persatuan lain hanya boleh perolehi satu sahaja benda lagi. Itulah Pencapaian Kepantasan Penyelesaian dungeon! Kita patut pecahkan rekod mereka dengan berpatutan di mana persatuan lain masih ada peluang pecahkannya. Tapi jika kita wujudkan jurang yang terlalu besar, yang lain-lain akan kecewa dan beri reaksi yang buruk. Jika mereka berasa yang mereka tidak akan mampu pecahkan rekod kita, mereka akan salurkan kekecewaan mereka ke arah yang salah dan gelarkan kita musuh nombor satu orang ramai. Tak lama selepas itu, mereka akan bersatu dan cuba jatuhkan kita pula!"

"Sebab itulah kita perlu beri mereka peluang untuk capai kemasyhuran untuk diri mereka. Kalau tak, kita yang naya nanti akhirnya!" Zhang Yang mengangguk dan berkata, "Ia seperti cetak rompak di atas talian. Jika penerbit utama terlalu tamak, lebih ramai pengguna akan menunjungi laman seperti Pirate Bay! Mangsa utamanya akhirnya nanti diri mereka sendiri. Apabila mereka tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada pelanggan, mereka akan mengorek kubur mereka sendiri! Sebab itu kita tidak boleh terlalu tamak dan merampas semua kemasyhuran dan kita perlu beri peluang kepada yang lain-lain juga!"

Wei Yan Er memandang Han Yin Xue dengan mata yang terbeliak dan penuh kagum. "Wah! Kak, aku tak sangka kau ini bijak juga sebenarnya!"

Han Yin Xue mendabik dadanya lantas menonjolkan lagi buah dadanya. "Mestilah aku bijak!"

Tiada seorang pun lelaki di situ yang berani membuka mulut mereka sebaik sahaja mereka ternampak buah dadanya yang menonjol itu.

"*Ahem*, sudah cukup waktu rehat. Ayuh teruskan!" Zhang Yang mengeluarkan pedangnya dan menyerang bos itu.

Pertarungan terakhir pun bermula.

Selepas seminit pertarungan bermula…

"Tolong kawal diri kau! Jangan terlalu agresif! Kita hanya perlu pecahkan rekod dengan selesai 10 saat lebih awal!" Zhang Yang terus-menerus mengingatkan pasukannya apabila melihat serangan mereka yang menghujani bos itu dan menyebabkan HPnya merundum seperti runtuhan salji. 

Dengan kawalan ketat Zhang Yang tersebut, Wei Yan Er dan yang lain-lain dapat mengawal diri mereka dalam menyerang. Mereka akhirnya berjaya menewaskan bos itu tujuh saat lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan! Itu bermaksud pasukan mereka telah memecahkan rekod kepantasan Askar Upahan Pedang dan Api dengan selesai 17 saat lebih awal!

'Ding! Anda dan pasukan anda telah memecahkan rekod kepantasan penyelesaian Sayap Utama Sarang Marzerway (Mod Paling Sukar)! Pencapaian ini akan dicatat di Papan Pencapaian Kepantasan Penyelesaian Mod Paling Sukar! Sebagai ketua pasukan, sila masukkan nama pasukan anda!'

Zhang Yang memasukkan "Asap Gurun Terpinggir" dan saluran pelayan seterusnya penuh dengan pengumuman pelayan!

Namun begitu, ganjaran dalam memecahkan rekod kepantasan penyelesaian itu telah dikurangkan. Mereka semua memperolehi 10 keping syiling emas, 250 mata Reputasi, dan sebutir [Batu Permata Tahap 2] mengikut ketegori kelas. Zhang Yang menerima Batu Permata Vitality yang memberinya +20 kesan Vitality. Wei Yan Er menerima +10 Batu Permata Kekuatan, kedua-dua Ratusan Tembakan serta Han Gemuk menerima +10 Batu Permata Ketangkasan setiap seorang, manakala Han Ying Xue menerima +10 Batu Permata Kepintaran.

"Kak! Tengoklah batu permata ini! Wah! Mereka sangat bersinar-sinar dan cantik!" Wei Yan Er menjerit seperti seorang budak perempuan sambil membelek Batu Permatanya.

"Simpan batu itu! Kau ini tak tahu malukah?!" Zhang Yang mengeluh dan menggeleng kepalanya. Dia berkata, "Batu Permata Tahap 4 dan yang lebih rendah daripada itu boleh dibeli di mana-mana Kedai Batu Permata! Setiap butir batu ini bernilai paling kurang 100 keping syiling emas! Oh ya! Kau ada peralatan yang boleh dihiasi Batu Permata, bukan, kau sudah hiasinya dengan batu itu?"

Ratusan Tembakan menggeleng kepalanya. "Belum lagi. Aku masih belum sempat lakukannya lagi! Soket aku masih kosong!"

Ahli pasukannya yang lain juga menggeleng kepala mereka.

"Pergi masukkan. Sebenarnya ada kadar kejayaan apabila kau masukkan Batu Permata. Kau perlukan wang untuk beli Batu Permata. Kau juga perlukan wang untuk masukkan Batu Permata dan ia tidaklah 100%! Batu Permata Tahap 1 mempunyai 10% kadar kegagalan, Batu Permata Tahap 2 mempunyai 20% kadar kegagalan, dan kadar kegagalan itu akan terus meningkat sehingga ke Batu Permata Tahap 8 dengan kadar kegagalan sebanyak 90%! Ia sebenarnya satu pembaziran besar!" Zhang Yang menerangkan.